Saturday

Selamat Hari Lebaran Minal Aidil Walfaizin...



Syukur alhamdulillah, kita semua telah berjaya melawan hawa nafsu sepanjang bulan ramadhan ini daripada makan dan minum serta melakukan perkara2 yang boleh memakruhkan puasa ini.


Entri ini gua tulis beberapa jam sebelum gua berangkat ke stesen bas. Selepas sekian lama gua tunggu saat dan detik ini, maka pada pukul 9 malam, 27/9 gua akan balik jugak ke kampung gua di Kelantan untuk menyambut Aidilfitri dengan family. Dikesempatan yang ada nie gua nak minta ampun dan maaf kepada semua yang mengenali gua. Gua tau gua nie bukanlah seorang yang baik untuk semua orang dan selalu buat orang lain x senang dengan kehadiran gua.


Kepada si Dia, jika terbuka blog nie, gua rasa memang gua tak layak untuk Dia. Selalu sangat gua sakitkan hati dia. X pernah serius dan yang sama waktu dengannya. Apapun saya harap kita akan terus berkawan dan bersahabat sampai bila2. Saya tau Dia x balas mesej sebab Dia dah terasa sangat dengan perangai sy nie. Apa-apa pun SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN *0-0* SMUA

Friday

Malapetaka yg telah memimpa diri...

20 tahun gua bernyawa nie, dah tiga kali gua ditimpa malapetaka yang kaw2 tim. First time yang gua kene masa gua tak silap umur gua 4-5 tahun. Tp gua masih ingat masa tue 1 Muharam. Gua telah dilanggar oleh beskal je, tp efek yang gua kene macam kene langgar kapal terbang. Kaki kiri gua telah patah. Apa yang gua ingat masa tue dekat nak maghrib, so dah gelap la. Datang dari mana entah beskal tue, trus langgar gua tanpa belas kasihan kepada kanak2 yang ensem. Akibat accident tue, gua terlantar entah brape bulan kat umah, tp gua x masuk hospital, just buat secara tradisional ngan bomoh patah. Yang first, bila g x-ray tulang x bersambung ngan elok, ada lari skit. So ayah gua pun cari la bomoh patah yang lain. Hal ini menyebabkan kaki gua terpaksa dipatahkan sekali lagi. Hanya tuhan yang tahu betapa sakitnya dipatahkan nie...masa tue yang tahu hanya berteriak macam tarzan je la, tp rasanya lebih kuat dari tarzan kot. Gua ingat lagi, bomoh tue guna pembaris kayu untuk balut kaki gua, ganti simen. Sampai skrg kesan dari patah kaki tue kaki gua jd panjang sebelah, tp x tempang ok...Geng2 gua slalu bertanya, sebab diaorg tengok macam gua sakit kaki, kaki gua ok je cuma kekadang krem je.

Second time, masa gua umur 13 tahun, masa tue 1 ramadhan dan skolah pun cuti, so nak ilangkan boring duk umah, gua berpakat ngan kakak dan adik gua nak g umah nenek gua ngan beskal. Macam biasa la llki mesti jadi leader, so gua duk depan skali, masa turun bukit dengan laju ala2 race le tour de langkawi, gua x dapat kawal beskal tue, so gua terjelepuk jatuh, efeknya, muka gua cedera parah. Tp gua still sama gak, tak g hospital. Bubuh minyak gamat je. Sebulan bulan puasa tue gua x g mana2 juz duk umah je, orang kampung ajak buke puasa, gua x g. Tp masa raya tue gua rasa parut2 kat muka gua dah ilang skit2, yg ada cuma parut yang degil je.

Yang ketiga, ajal maut ditangan tuhan. Masa tue gua tingkatan 2, gua terlibat accident dengan kereta dan gua hanya bawak motor. Masa tue gua balik dari kelas tuisyen B. Inggeris. Masa tue g follow kereta tersebut dari blakang, tiba2 kereta tue nak masuk umah dio kat sebelah kanan, tp gua ingat lagi dia signal kiri. Kereta tue telag langgar gua dari kanan. So gua naik marah la, dengan muka, tangan, kaki yang berdarah nie, gua maki hamun je diaorg satu family. Tp diaorang x ngaku salah. Tp kalau ikutkan gua lagi salah sebab gua xde lesen motor lagi masa tue. Tp diaorang baik hati gak sebab bawak gua g klinik, juz untuk bersihkan luka dan ubat tahan sakit je. So muka gua kembali la berparut untuk beberapa lama. Dan juga, ayah gua terpaksa bayar ganti rugi kat tuan kereta tue, kalu x silap abis gak dalam Rm700 untuk repair dan cat balik kereta tue. Motor gua plak masuk workshop dan abis dalam RM300.

Lepas kejadian ketiga tue, gua dah x ditimpa kemalangan yang serius dah, cuma kene skit2 je la. Calar2 skit je

nota d kaki: orang2 tua kata, kalu dah tiga kali kemalangan, kita x akan ditimpanya lagi... Wallahuallam

Thursday

Hari Ini Dalam Sejarah...

Hari nie (25/9) gua kene present untuk paper HSA101, malam td gua dah prepare kaw2 tim, org kata kalu nak lebih confident masa bentang nnt, cuba present depan cermim. So gua pun try la. Boleh la tahan. Lepas solat subuh gua rasa nak baca note sej 2, mana la tau kot2 dapat soalan cepu emas ke nnt. Tau2 je la bdk2 U zaman skrg nie. Tp gua rasa gua perlu sambung beradu balik sebab malam td pun dah banyak gua prepare, sampai jam 3 pagi. So secara automatiknya, kalau dapat soalan cepu emas gua tibai je la apa yang patut.

Kelas tutorial gua pukul 9 pg. Kelas pagi baru fresh, tp gua rasa cam x sedap badan. Rasa nak demam pun ada. Tp gua semangat dan diri gua jugak. Semangat Malaysia Boleh tue ada dalam diri gua. Alhamdulillah, gua rasa gua telah present dengan lancar walaupun ada sedikit tersekat2. Tp gua x tau mengapa gua tengok hasna (member group) cam kalut semacam je. Lepas abis present tue, sesi soal jawab. Soalan yang gua dapat ialah "apa maksud kasi" Gua rasa nak tergelak, tp gua still cool. Apa la budak first year nie, maksud kasi pun x tau. Masuk sekolah rendah balik la wei. Bagi la soalan yang kaw2 tim skit.

Gua memang sampai sekarang rasa x sedap badan. Rasa nak demam je. Member gua skrg dah demam, roomate gua pun nampak cam tak brape sihat je. Ya Allah, Jauhkanlah aku dari sebarang masalah, mohon untuk sentiasa sihat. Amim. Dua malam lepas, gua duk lepak kat Kedai Makan Nur Mutiara Tomyam sampai jam 2 pagi, duk borak ngan kawan ngan awek dia skali, dah lama rasanya x borak ramai2 nie. Tp nyamuk punya la banyak, tp kitaorg buat dek je kat nyamuk tue. Keesokan harinya gua dapat tau member gua dah demam kaw2 tim, nie yang buat gua naik risau. Manala tau kot kene deman denggi ke, minta jauh la. Gua nak raya, assignment gua belambak berguni2 lagi x buat. Minggu lepas pun selebriti blogger hilang punca kene deman denggi, tp skrg dah ok kot.

nota d kaki: gua takut nak jumpa doktor

Gua Masih Disini

Gua masih duk kat sini (usm), sebelum gua tulis entri nie, tiga call gua terima dari kakak, adik dan spupu gua. Kakak gua ngah on the way balik kampung, manakala adik gua dan spupu gua dah ada kat kampung. Wah, wah, wah... enak2 je diaorg kutuk gua sebab tak balik kampung lagi. Xpe... gua balas raya tahun depan, sebulan sebelum raya gua dah terpacak kat kampung.
Kakak gua cakap tadi, hari jumaat (26/10) diaorg nak gi shopping sakan kat KB Mall kot, pape pun jangan risau, gua dah buat shopping list utk kakak gua belikan. Duitnya, cam biasa la, dr Bank Umi...
Shopping List
  1. Baju T-shirt Berkoler (putih)
  2. Baju T-shirt Round Neck (hitam)
  3. Jeans

Bagi gua, tu dah kira sikit, sebab gua tau kakak dan adik gua akan shopping lebih dari tue. lagipun boleh gua pakai untuk g klass nnt.

nota d kaki: Baju melayu gua pakai yang tahun lepas je

Tuesday

Kelas Hari Selasa

Pagi tadi gua ada klas kul 10 pg kat Pusat Bahasa, so lepas solat subuh gua pun buat alarm pukul 9 pagi, tp biasa la pukul 9 pagi alarm bunyi kul 9.30 baru gua bangun dari tilam terbang gua tue. Biasa la kalu dah rasa liat je nak pegi klas. Lepas pikir2 dah 2 kali gua ponteng klas LSP300 tue, gua pun bangun gak dari beradu dan mandi. Lepas siap mandi dan siap pakai baju dan smua, gua pun turun la bawah nak g ke bus stand IK. Sampai je kat bawah hostel bas hijau lalu depan gua, so secara livenya gua dapat rasa yg gua akan lambat sampai ke klass pg nie. Nampaknya ramalan gua benar belaka, dekat 20 minit gua tu nggu baru bas hijau tue muncul, tue pun lepas gua nyanyi lagu Ku Seru. Dengan perasaan malas yg mula menyelubungi gua, gua pun naik laa bas. Sampai kat Pusat Bahasa pukul 10.30 pg, turun je bas gua terpikir, mesti Ms Tan tanya gua,"Why are you late" apa gua nak jwb nie, bas lambat ataul lewat bangun tidur so gua nak jawab "the bus was late" @ "i wake up late". Ramalan gua benar belaka, masuk je klass, Ms Tan tanya, "kenapa lambat" sebab dia tanya dalam BM gua pun jawab dalam BM gak la. penat gua susun ayat takut terabur speaking english.
Abis je klas kul 11.50 pg, bermakna abis la klass untuk gua hari nie. Gua cepat2 keluar klass dan tggu bas hijau lagi, kalu lambat lagi bas tue sampai nampaknya gua kene nyanyi skali lagi lagu Ku Seru tue, tp nampaknya kejap je gua tunggu. Sampai je bilik, gua terasa ngantuk giler sbb dalam kelas td pun asyik duk menguap je kijenya, kalu gua duk belakang memang sah2 gua dah sambung tidur. Lepas tue gua pun panjat tangga katil dan mula la episod baru tidur gua.
Nota d kaki: Memang tue la sejarah hidup gua hari selasa slalunya.

Saturday

Lagu Raya...

Masuk je 10 malam terakhir ramadhan, lagu raya dan berkumandang kat radio2 swasta cam era.fm, hot.fm, sinar.fm dll. Gua yg org kata anak perantau nie rasa cam x sabar2 je nak balik kampung. Memang hari2 duk bilang bila la 27.9 (tarikh gua balik raya la nie) tp belum bleh balik raya nie, mak oi byknye keje yg nak kene settle, laporan, survey, assignment dll. Tp best gak sambil2 buat keje tue sambil2 layan lagu raya. Orang kata, dgr lagu raya nie bleh timbul feel raya tue, Tp kalu dgr lagu raya sedih, rasa syahdu la plak.
nota d kaki: Camner rasanya x balik raya tahun dan duk dgr lagu raya...

Friday

Majlis Berbuka Puasa

Tahun nie gua 1st time join program majlis berbuka puasa anjuran persatuan komunikasi perkom. Tahun lepas diaorg dah anjur tp gua x pegi. Seperti gak tahun lepas diaorg buat majlis nie bersama anak-anak yatim dalam 40 orang smuanya. Paling gua terasa bila anak-anak yatim tue nyanyi lagu nasyid ibu, kalu x silap kumpulan asal yang nyanyi lagu tue kumpulan ae-man, kumpulan nasyid kanak-kanak.
Kawan-kawan aku yg terlibat secara langsung dalam program tue x lepas peluang untuk menunjukkan vokal diaorg, tp nyanyi maiming je la. hehehe... Budak2 1st year pun x lepas peluang gak nak tunjuk bakat terpendam diaorg, so diarg persembahkan sketsa pasal puasa nie, gua nak anak-anak yatim tue terhibur ngan sketsa budak2 tue. mungkin pasnie bleh g audition untuk jadi pelakon.
Sambil-sambil duk makan tue, pengarah projek, cik miera pun nak tunjuk bakat gak, so dia nyanyi lagu raya... bleg tahan la suara si miera nie... lepas tue gua nampak majlis jadi semakin melalut, terutama selepas semua dif-dif dan anak-anak yatim tue pulang, maybe nak lepaskan stress kot, pape pun gua terhibur gak ngan suasana tue..
Tp gua terasa terkilan gak, camner YDP perkom tue x nak terlibat dalam program nie, sepatutnya dia yang jadi peneraju utama dalam program-program anjuran PERKOM. Pape pun gua nak ucapkan syabas nak Cik Miera dan geng-geng dia yg buat program majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim nie.
Bulan yang mulia nie la kita nak buat amal kebajikan kepada anak-anak yatimkan. tapi gua rasa program nie akan lebih bermakna jika program tue buat di rumah anak yatim tue sendiri, bleh gak student-student nie rasa pengalaman duk rumah anak-anak yatim. dapat gak menimbulkan keinsafan kepada student-student nie. dapat gak kita tau kehidupan seharian anak-anak yatim tue camner kan.
Nota d kaki: Gua dipaksa oleh cik miera untuk join majlis nie.

Politik skit...

Student komunikasi nie mmg banyak terdedah dengan isu-isu semasa terutama hal-hal politik tempatan... masuk je kuliah atau tutorial mesti lecture akan cakap pasal politik. tak kira la yg sokong parti pemerintah atau pembangkang. tp sekuramg-kurangnya gua dapat cuba untuk bandingkan yang mana yang baik dan yang mana yang x baik.
bagi gua antara politik la yang paling kotor dan jijik... asyik nak gaduh je... kalah ngan budak-budak gaduh sebab sedikit salah faham. tp yang aku tgok masa gaduh, fuhhhh bleh melayang kerusi meja sebenarnya, punya la berapi duk cakap, terutama dalam parlimen la. tp kalu buat makan, lepas tue mak oiii baik dan mesra plak. buat cam xde pape berlaku pun.
tp masalahnya rakyat kat luar ramai yg x tau pasal nie ataupun buat saje-saje x tau. sampaikan rakyat kat luar tue x bertegur sapa dek kerana politik. sampaikan x ngaku saudara pun ada kerana politik.
Gua pun terasa nak ulas gak pasal tahanan ISA mggu lepas, menurut lecture gua, YB Teressa Kok dan wartawan yang kene tangkap tue bekas pelajar komunikasi USM... Fuhhhhhhh...risau gak gua kot lepas nie gua plak yang kene tangkap...

Dulu Berlima Skarang Sorang...

Masih gua teringat first time gua masuk usm penang nie.. walaupun gua geram sbb gua x dapat kos yang gua arap2kan.. tp nak buat camnerkn... tp mujur gak ada geng2 masa skul dulu yg dapat skali kat sini...nak di jadikan story, lama2 gua pun rapat la ngan 4 org kwn gua skrg nie, smua bdk klate kecuali sorang bdk Slgr, tp dah murtad slgr sbb dah terrer cakap klate. Tp dalam lima2 nie, gua je yg kos lain, yang lain smua bakal cikgu. Masuk je sem 2, 2 org kwn gua yg dak kene ikat ngan awek dia, masuk sem 3, sorg lagi terikat ngan awek dia, yang sorg lg gua x tau dah ada awek ke xde, tp nmpk2 cam ada je...tp gua apa kisah beb, asalkn diaorg bahagia, tp gua nie bila nak ada awek, ADA SESAPE YANG SUDI X JD AWEK GUA, SILA ANGKAT TANGAN...

Monday

Berbuka Puasa: Hostel vs Rumah

Minggu lepas gua sempat balik klate jap... gua x kisah geng2 gua ckp lebih duit ke balik kg tue, tp gua rasa bahagia dapat berbuka puasa ngan bersahur kat umah nie... masa balik kg, masa berbuka nenek gua suruh g berbuka puasa kat umah dia, dia kata nak buat ayam percik, memang feveret gua tue, ada lagi kuih2 tradisional klate cam akok, murtabak dll, (gua pun x igt sesetengah nama kuih 2) x abis masa berbuka, lepas terawih plak gua bedal. Buka puasa pun ramai2, lagipun family mak sdara gua pun balik sama. Memang terasa meriahnya bulan puasa ini. Ari kedua kat kg plak, gua just buka puasa kat umah gua la plak, cam biasa la, gua ini suka nyibuk kat dapur, tolong skit2 je...tolong tgok je lebih. mak gua masak ikan cicah air asam, meleleh air liur beb, lain tue ada la skit2 kuih2 yang mak gua buat, gua pun sempat gak bawa balik kuih tue ke penang untuk bersahur skit.
Gua sampai ke penang dalam kul 5 pagi, sampai lewat dari biasa, lori terbalik kat jalan grik-jeli, so smua kenderaan x leh gerak sbb lori tue terbalik melintang jalan, gua pun x tau apa yang jadi kat driver ngan kelindan nya tue, dgr kata mati, enth la...terlari topic plak...sampai je kul 5, mujur sempat gak gua jamah kuih 2, biasa la bdk hostel, bersahur ala kadar je, just pekena kuih ngan air kosong je... masa berbuka plak, ala kadar gak, just nasi ngan air tea o beng je. Lagipun memang menu gua hari2 berbuka puasa cam2...

p/s: Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberi aku sedikit rezeki d dunia ini...

Puasa| Tiket | Raya|

Ari nie dah 8 hari kita puasa, so ada dalam 3 minggu lagi kita akan sambut hari raya...
Penangan raya punya pasal...tiket bas x sampai 2 jam buke, abis orang beli terutama tket bas nak balik klate...tket bas nak balik negeri lain gua x kisah sbb gua nak balik klate je. Gua cuma dapat tket bas tambahan je...tue pun mujur gua cepat skit je... kalu x nmpknye malam raya @ sehari lepas raya gua baru bleh balik... skrg nie gua duk bimbang plak, takut nnt bas tambahan yg gua dan geng2 gua nak naik tue bas cabuk, kene macam gua naik bas nak dtg penang bulan lepas...naik bas tambahan, bas kilang je, x sempat nak sampai penang dia dah rosak, apa kejadah beb...gua bayar mahal2 bukannye nak naik bas cabuk...