Wednesday

Kampung dan Motivasi

Dah lama gua tak update blog nie, al maklum la balik kampung kejap untuk menenangkan fikiran dan hati yang kusut2 nie. Bila dah balik kampung, hilang segala masalah yang ada, memang tak ingat pape pun masalah, kerja2 yang bertimbun, exam dsb. Selepas mengharungi minggu pembelajaran selama 14 minggu, exam akan menanti dihadapan plak. So persediaan perlu gua lakukan sebaik mungkin untuk cover CGPA gua yang sememangnya tak brape membanggakan, cukup2 makan je.
Balik kampung memang takde istilah rehat pun, tak melekat kat rumah langsung. Masa gua balik kampung hari yang lepas, gia telah diajak oleh ayah dan umi gua untuk melawat moyang saudara gua yang sakit. Gua pun tak sangka yang gua ada ramai saudara mara sebelah ayah gua. Dia pun tak pernah nak cerita atau bawa gua adik beradik kesana, so manalah gua kenal. Gua keluar rumah dalam pukul 9 pg untuk kesana, nak kata jauh rumah moyang saudara tue, takde la jauh sangat, cuma dalam 30 minit je dari umah gua. Masa duk berbual dengan anak moyang saudara tue, ayah gua cakap dah lebih 30 tahun dia tak datang kesana. Fuhh, lama giler kalau camtu tak jumpa, tapi moyang saudara gua tu still kenal ayah gua. Umurnya dah menjangkau 84 tahun tapi ingatan orang tua masih jelas walaupun sakit. Lepas meluang masa hampir 45 minit kat rumahnya, gua pergi plak umah saudara-mara yang lain, semuanya 5 buah rumah yang gua singgah, tapi semuanya gua tak kenal. Dari gua lahir hingga umurnya 21 tahun nie, tak pernah skali pun gua pergi rumah2 mereka. Mungkin hari tersebut perlu menjadi satu titik permulaan untuk mengerat silaturrahim dengan saudara-mara yang jauh.
Semasa dikampung juga, gua dapat motivasi diri daripada mak saudara gua, Che Sue nie. Almaklum la, pelajar PhD di USM Kubang Kerian. Bila dia dah berjaya pergi jauh dalam kehidupannya, dia juga berharap agar anak2 saudaranya mengikut jejaknya untuk menjadi seorang sarjana. Che Sue kata, semasa belajar di UPM, result exam dia macam result gua gak semasa semester2 awal, tapi dia cuba untuk merangkak sedikit2 sehingga result akhir mendapat CGPA 3.00 lebih2. Kemudian ambik master dan kini PhD. Satu perjalanan yang penuh onak duri, pahit maung untuk berjaya dalam pelajaran ini. So gua akan cuba untuk menyahut cabaran ini, supaya gua juga akan berjaya sehingga ke peringkat yang tertinggi bermula daripada semester ini. Persaing untuk mendapatkan peluang pekerjaan sekarang semakin sukar, terutama sekali jika mendapat CGPA yang sekadar cukup2 makan je. Yang mendapat ijazah pun hampir 85000 graduan menganggur, so sekarang dengan master sahaja yang menjamin peluang pekerjaan yang cerah, tapi jika mendapat PhD, bukan sahaja cerah, tapi terang benderang untuk mendapat peluang pekerjaan. Tapi, gua duk pikir2, adakah gua akan berjaya menandingi Che Sue sehingga bergelar seorang sarjana dengan title Dr Aizat??? Semoga Allah memakbulkan impianku ini.
Nota d kaki: Exam dah dekat, masa untuk study sebaik mungkin.

Thursday

Sahabat...

SAHABAT
AIZAT
Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup
Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi
Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Chorus:

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

Erm, tak tau plak nape gua tiba2 nak tulis pasal sahabat, kawan, rakan, dll yang bermaksud seseorang yang boleh dikira amat bermakna dalam hidup selepas keluarga. Sepanjang kehidupan pasti ada memori indah yang kita semua tak boleh lupa bila bersama-sama mereka nie. Bila jumpa kembali selepas lama tak bersua muka pasti ada cerita2 lama yang kembali diungkaikan kembali yang pasti akan mengundang gelak ketawa.

Bila teringat kembali kisah2 lalu,mesti gua rasa nak jumpa kembali sahabat2 gua yang lama tak jumpa nie Kali terakhir jumpa sebelum raya lepas, berbuka puasa ramai2, tapi ada yang tak dapat datang sebab dibuat saat2 akhir, pape pun gua amat berterima kasih kepada yang arrange majlis berbuka puasa tue.

Paling gua tak bleh lupa, masa lepas exam STPM. Kitaorang buat program ala2 family day gitu. So dapat la kumpulkan dalam 20 orang geng2 tingkatan 6 atas untuk buat camping kat pantai. Buat games, bakar ayam, mandi laut dan lain2. Walaupun buat cuma 2 hari 1 malam, sekurang-kurangnya dapat la dijadikan satu kenangan terindah buat kitaorang. Rasanya kalu nak buat sekarang, mungkin masing2 sudah ada komitmen lain, so ini mungkin menjadi yang pertama dan terakhir untuk kitaorang berkumpul ramai2 dengan kata lain mengeratkan silaturrahim.


Lepas exam jugak, pergi main boling. Pergi ramai2 memenuhkan pusat boling. Kira takde orang lain kat situ kecuali geng2 kita. So masing2 mesti nak tunjukkan kebolehan masing2 untuk dapat strike games. Sampaikan sanggup perhabiskan duit semata-mata kerana dapat hobi baru. Sanggup datang dari Tanah Merah ke Kota Bharu untuk naik boling. Sama2 kongsi untuk duit minyak dsb. Bila diingatkan kembali, rasa nak gelak je.

Kalau nak dikira pengalaman dengan kengkwan2 nie memang banyak dan sukar untuk diuraikan. Tapi gua gembira kerana walaupun dalam kalangan kita nie ramai yang otak gila2 masa skul dulu, dicop oleh ramai guru dll, tapi kita telah buktikan kepada mereka bahawa kita berjaya menjadi pelajar terbaik dan berjaya menjejak kaki ke universiti.

Terasa singkat masa ini, sudah lebih dua tahun tak jumpa, tapi ada yang masih contact dan jumpa bila cuti. Mungkin kita boleh berkumpul semual buat satu reunion, mengimbau kembali detik2 persahabatan lampau, bertanya khabar dsb.
Memang, bila terdengar lagu SAHABAT nie, timbul perasaan ingin berjumpa semula dengan sahabat2 lama. SAHABAT, INGATLAH, KAU SELALU JADI YANG TERBAIK...
WALAU KAU TAK DISINI LAGI...
Nota d kaki: Aizat AF5 dengan Aizat_Ejz adalah insan yang berbeza.

Monday

Sukses...

Walaupun semalam gua agak sangsi dengan perbentangan yang akan gua lakukan pada hari ini sebab kurang kerjasama antara ahli kumpulan yang lain, akhirnya gua berjaya melaksanakan tugas perbentangan dengan baik. Kumpulan gua kumpulan yang last skali kene bentang, so tak ramai la student2 yang ada dalam dewan kuliah. Takde la nanti gua rasa gementar, gemuruh dsb. Sebab tak cukup masa, akhirnya gua just summaries perbentangan tue. Tak sampai 10 minti siap bentang.

Kumpulan gua terpaksa bentang hasil perbincangan, artikel yang diterbitkan melalui blog bwcs.wordpress.com dimana kumpulan kami terpaksa, memang kena paksa buat pun, buat artikel2 berkaitan dengan teknomogi dan pekerjaan. Kalau tengok daripada tajuk yang kitaorg dapat tue, agak meluas gak perbincangan yang boleh dilakukan, tp masalahnya otak yang agak sempit, so kitaorg buat artikel berdasar kepada pemahanan sendiri tanpa merujuk kepada persoalan yang dikehendaki, so tiap kali tutorial, kumpulan gua mesti kena hentam skit2 dengan Mr Tutor, Eng Kiat.

Papepun gua rasa bangga kerana gua rasa komunikasi gua semakin bagus, tak macam dulu, agak2 gementar, malas dsb.

Nota d kaki: Tak sabar nak bentang untuk assignment sem depan plak

Friday

Nasib Badan...

Hari yang menyebabkan aku nampak seperti orang bodoh.
Cerita 1:
Petang tadi sebelum pergi ke kelas ganti yang diadakan oleh Dr Zin kat DK E48 dekat area PP HBP, gua telah pergi ke kedai untuk printing jurnal TRA yang diminta oleh Rathy. Gua rasa sebelum gua turun ke bus stop, gua telah masukkan pen drive kat dalam beg. Sampai kat kedai tue dan siap duduk atas kerusi dan buka PC, cari2 dalam beg, pendrive takde. Abis semua poket beg dan seluar gua check. Rasa2 malu dah timbul dalam diri gua, akhirnya gua buat selamba je bangun dan jalan keluar. Kak yang jaga kedai tue sempat gak tanya gua,

Kak : Nak print ke tak nie?
Gua : Tak jadi kak, pendrive tertinggal plak
Kak : Ermmmm

Gua pun keluar dari kedai tue dengan muka sposen je, cover malu beb.

Cerita 2:
Sebab Rathy dah bising2 masa kelas Dr Zin tadi, terpaksa la gua kuar malam untuk print jurnal tue. Malam2 hanya kedai print kat luar je yang buka, so gua pergi kat sebuah kedai printing kat area Restoran Istimewa. Sampai, duduk atas kerusi, ngadap PC, masukkan pendrive, tunggu kejap sambil layan mesej2 yang hotline malam nie. Tekan ikon PRINT. Tengok kat printer sebelah tak keluar pun paper, so tekan skali lagi, tak keluar jugak. Tak putus asa, tekan ikon print skali lagi. Pastu tekan PRINT skali lagi. Ish, kenapa tak keluar2 nie???

Gua: Uncle nape kertas tak keluar nie???
Uncle : ????
Aunty: Nie yang u print ke??? (Sambil tunjuk kertas)
Gua: Apa??? La printer kat depan tue ke, ingatkan guna printer yang kat tepi PC tue.
Uncle: Semuanya 54
Gua: RM54 ke??? (muka dah blur)
Uncle: 54 helai, semuanya RM4.30
Gua: Ooo

Gua keluar dengan muka kesal, uncle dan aunty duduk dengan muka ceria sebab dapat rembat duit gua.

Nota d kaki1: Slalu sangat lupa diri, sampai pendriver pun lupa nak letak dalam beg
Nota d kaki2: Malu bertanya sesat jalan

Wednesday

Rasa Diri Diperbodohkan

Gua tak tahu nie perasaan gua atau memang diaorg nak memperbodohkan kitaorang. Gua pun tak tanya member group yang lain pasal apa yang gua rasa nie. Nie la padahnya bila bekerjasama dengan mamat2 dan minah2 yang memang dah bentuk kroni mereka sendiri. Kitaorang nie just menumpang dalam group. Semua kerja2 yang agak susah dibebankan kepada kitaorg yang minoriti dalam group, yang senang2 diaorg bolot. Tapi tak pe la, sekurang-kurangnya boleh jadi pengajaran untuk gua supaya pilih member group yang serasi dengan diri gua nie.

nota d kaki: Nak buat camner, perkara dah berlaku...

Tuesday

Datuk Shah Rukh Khan

Rasa nak tergelak sakan gua bila baca berita kerajaan negeri Melaka nak beri pangkat, Datuk kat mamat bollywood nie. Kalau nak ikutkan penjelasan KM Melaka, DS Ali Rustam tue, gua rasa mesti dalam filem yang dia kata mempromosi Melaka tue ada heroin, pengarah, penerbit, dam krew2 belakang tabir, so gua rasa kerajaan Melaka perlu beri penghargaan kat mereka nie. Tak nak bagi pangkat Datuk pun, beri la anugerah2 lain. Nanti diaorang dengki plak kat Shah Rukh Khan nie.


Gua jugak rasa, kalu tak KM Melaka sdiri yang minat filem2 lakonan Shah Rukh Khan, mesti YDPN Melaka, Tun Khalil Yaakob yang minat kat mamat bollywood nie. Tapi nie andaian gua semata-mata je. Lagipun kat Malaysia nie memang ramai giler peminat filem bollywood nie. Mungkin mereka, pasnie akan jadi peminat no 1 Datuk Shah Rukh Khan. Gua dah tentu akan jadi peminat Shah Rukh Khan yang ke sejuta, tak pun yang ke berjuta-juta. Ada peminat kat seluruh dunia kan, siapa la gua nie kat Datuk Shah Rukh Khan nie.

Pasnie, gua rasa banyak filem bollywood, hollywood, dan wood2 yang lain, akan buat filem mereka kat Melaka, sebab pelakon mereka akan dapat gelaran Datuk. Buat pengambaran, pastu nampak skit A Famosa, Taman Asean, naik kete lembu, mesti dah dikira mempromosi Melaka, so mesti dapat gelaran Datuk. Sape tak nak gelaran besar camtu.

Kesian plak gua tengok kat pelakon2 drama, filem tempatan tue. Gua rasa dah banyak kali mereka duk buat shooting kat Melaka, tapi tak dapat gak gelaran Datuk. Tue pun dah dikira promosi Melaka, biar pun tak promosi Melaka kepada dunia, tapi sekurang-kurangnya promosi kepada rakyat tempatan. Sampaikan SENIMAN buat bantahan kat kerajaan negeri Melaka. Korang tengok sdiri la muka pelakon2 Malaysia yang monyok sebab tak dapat pangkat Datuk dari kerajaan Melaka. Mereka jugak berbakat seperti Shah Rukh Khan, cuma tak sehensem

Shah Rukh Khan je la kot. Gua rasa pun mereka dah berapa kali buat shooting kat Melaka. Bukan stakat shooting kat tempat2 menarik kat Melaka, tempat2 yang orang tak tau kat Melaka pun mereka buat.

Tapi jika nak kira pelakon2 antarabangsa yang pernah shooting kat Malaysia, Jackie Chan(Police Story) , Jodie Foster (Ana and The King) dan ramai lagi, gua rasa akan tuntut gelaran Datuk kat kerajaan negeri kat Malaysia nanti.


nota d kaki: Jadi datuk untuk cucu2 gua nanti je

Sunday

Rahsia Tarikh Lahir

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak
.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri
.
* Jujur dan setia pada segalanya
.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong
.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros
JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja
OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan
SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik
OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat
NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

nota d kaki: Yang gua bold dan italic tue adalah perwatakan diri gua

Saturday

Hari Ini Hari Sabtu

(11/10) hari sabtu, hari yang gua tunggu dan hari yang gua tak mahu ada...
Dah nama hari minggu, so gua boleh la tidur lama skit, lagu pun xde aktiviti yang nak buat. So gua bangun dalam pukul 11 pg. Kalu hari lain, kul 8 atau kul 9 dah kene bagun sebab ada kelas. Tapi masa 1st year dulu, hari sabtu hari ko-k, so pagi2 lagi dalam kul 8 dah kene ada kat kawasan parking school kajihayat. Tp masa 2nd year nie gua dah gugurkan kursus ko-k sebab gua tak larat nak involved dalam aktiviti ko-k yang start dari pagi sampai tengahari



Lepas mandi, so bermula la kehidupan hari sabtu gua yang memang membosankan, memboringkan dan mem..kan yang sama waktu dengannya. Dari gua buka mata sampai gua nak tutup mata, pasti xde aktiviti yang boleh gua buat.



Hari sabtu gua dah tetapkan hari untuk basuh kain yang tentunya bertimbun2 tue, tp x main la basuh tangan nie, kita kene guna teknologi yang ada. Biarpun kene bayar RM2.00, gua tak kisah sebab duit syiling gua dah hampir nak penuh tabung. Kiranya gua menabung tue untuk basuh baju2 yang seminggu tak basuh. Lepas dah



siap sidai baju, kawan gua ajak pegi sg dua untuk format laptop dia yang dah kene virus yang kaw2 punya. Fuhhh....macam2 virus masuk, yang klakarnya, ada gak virus nama JAMBANKU.NET.
<-----(tabung gua masa skolah menengah lagi)
Lepas balik dari Sg Dua tue, rasa boring terus mendampingi gua, apa lagi, on laptop dan bace berita2 yang ada. Berita yang ada pun memboringkan gua, asyik2 pasal politik, politik, dan politik. Tapi dapat gak untuk gua bahas dan bagi pendapat masa tutorial kelas kewartawana 1 nanti. Sampai pukul dua duk termenung dan mengoya depan laptop, terasa lapar la plak, nak turun makan pun rasa malas sebab cafe tutup, kene pegi cafe yang satu lagi tue, jauh skit so rasa malas nak pegi, akhirnya gua terpaksa mengalah kepada perut gua yang mimta untuk diisikan dengan nasi. Tengah hari nie, bajet yang gua kuarkan untuk makan ialah RM 3.50.


Lepas tue, terasa boring plak, apa lagi perut pun dah kenyang, gua pun menidurkan diri untuk seketika, lagipun roomate gua tak melalak dengan games gitar dia tue. Biasa la nak main gitar yang sebenar x pandai, dapat main gitar games pun jadi la. Lepas bangun, solat zohor dan tunggu untuk solat asar, sempat gak kuar check2 friendster, bace komen, forum dan sebagainya sampai check berita2 terkini dalam akhbar online.


Petang, rasa lapar la plak. So gua pun layan la roti ngan air milo. Kalu duk umah bleh gak makan goreng pisang, tak pun nugget. Sambil layan makan tue sempat gak layan budak2 dalam chat room sampai nak maghrib. Lepas mandi dan solat maghrib, terinagt plak gua kat assignment sejarah yang sepatutnya gua hantar hari khamis lepas, tapi tak siap2 lagi. Gua harap Dr Nik tak reject assignment gua tue. Akhirnya selepas tertungkus lumus untuk siapkan kesimpulan assignment, akhirnya sattle, cuma nak print out je.
<---buku rujukan untuk assignment pengantar sejarah
Malam... Lepas siapkan assignment tue, rasa lapar lagi, nak turun cafe, comfirm cafe tue dah tutup. So terpaksa la gua pekena nasi kandar mamak khaleel malam nie. Lepas pakai smart2, gua pun teruskan perjalanan dengan kaki gua ke restoran mamak belakang USM nie. Untuk perjalanan pergi dan balik tue, rasanya bleh la bakar kalori skit, secara tak lansung kira macam semaman la gak. Makan kat restoran mamak nie dah tentu gua akan lari bajet nanti, biasa la nasi kandar rm4.50, air milo o beng rm 1.50.
Makan dah, assignment dah, solat dah...
Lepas tue gua duk update blog dan buat entry baru HARI INI HARI SABTU

Politik Kampus

Pilihan raya kampus untuk sidang 08/09 kini makin terasa bahangnya, walaupun cuma beberapa universiti yang mana MPPnya telah dibubarkan dan telah menyatakan tarikh pembuangan undi. Bagi pilihan raya kampus untuk sidang nie, gua rasa mungkin akan kene tempias PRU 12, tp kebenaranya tak muncul lagi..

Belum lagi MPP dibubarkan, macam2 isu yang mula ditimbul dalam kalangan pelajar, gua nak cakap nie atas dasar gua nie pelajar dan bukan sokong mana2 pihak. Isu pembahagian kerusi MPP di USM, kenapa isu ini boleh timbul? Gua pun hairan, kenapa nak bahagi2 kerusi, igt tue kerusi untuk duduk ke!!!! Kalu nak bahagi2 kerusi MPP baik tak payah buat pilihan raya kampus. Alasan yang diberikan oleh Bos MPP, Che Mat, untuk mengelakkan perpecahan antara pelajar. Bagi gua, kerusi MPP nie sebagai medium untuk pelajar menyuarakan pandangan mahasiswa ke peringkat yang lebih tinggi, so student yang betul2 ada potensi, gaya kepimpinan dan yang sama waktu dengannya sahaja layak untuk duduk di kerusi MPP. Tp jika nak main bahagi2 kerusi, yang takde ketokohan pun boleh jadi MPP sebab yang dipilih tentulah kroni2 mereka sahaja. Student yang ada hak untuk pilih sape yang layak sebab ada jugak yang tak layak tapi nak bertanding atas tiket mereka popular.

vs

Memang gua tengok wujud perpecahan pelajar contohnya antara ProAspirasi dengan ProMahasiswa nie. Kenapa perlu wujud masyarakat berpuak2 dalam universiti. Tapi kalu puak2 kenegerian memang tak boleh nak ubah dah. Memang gua tak nafikan antara dua pihak nie nak jadi hero kepada student, tapi asyik nak salahkan antara satu sama lain. ProM kata ProAspirasi proksi kerajaan(BN) dan BHEPP, ProAspirasi kata ProM proksi Pakatan Rakyat. Sampaikan sudah masuk politik luar. Sepatutnya ProAspirasi dan ProM bekerjasama untuk bela nasib student. Paling baik gua rasa bubarkan ProAspirasi dan ProM, sape yang rasa dirinya layak untuk jadi pemimpin pelajar, rasa nak bela nasib pelajar, boleh jadi calon untuk rebut kerusi MPP. Yang selebihnya serah kepada pelajar2 untuk tentukan siapa yang layak untuk duduk kerusi MPP.
nota d kaki: Diri sendiri pun kurang terpimpim.

Tuesday

Balik Ke Kampus

Gua balik ke kampus USM hari ahad (5/10) sebab hari isnin kuliah dah start. Lagipun memnag dah jadi trend gua, kalu nak balik ke Penang ari ahad malam, sampai pagi and then terus pegi kelas kul 10 pagi. Menurut tiket yang gua beli, bas akan bertolak kul 10 mlm, so dalam kul 9.30 mlm, adik gua hantar gua ke stesen bas dekat Salem Aziz Textile TM. So gua pun berkira-kira la, mayb dalam pukul 4.00 pagi gua akan sampai ke Penang. Masa gua kat stesen bas tue, gua ada gak la terserempak dengan 2-3 orang kawan lama masa skul dulu. Pape pun gua nak mintak maaf la sebab gua dah lupa nama korang, sape suruh nama korang tue berbelit panjang sangat.

9.45 mlm :- Gua sampai di stesen bas, sebelum tue gua singgah kejap kat umah nenek gua, sempat gak la salam berlapik RM50.

10.00 mlm :- Bas yang gua tunggu tak datang lagi, so gua pun g tanya kat budak kaunter tiket, mana la tau kot-kot bas tue dah ada ke kat belakang. Sebab memang banyak bas ekspres dan bas tambahan malam tue. Tp budak tue jawab, bas ada tapi lambat sikit. So gua tak kisah la kalu lambat dalam 30 minit ke...

10.30 mlm :- Bas tak sampai-sampai lagi, yang ada kebanyakkan bas yang bertolak untuk ke KL je

11.00 mlm :- Bas ekspres Mutiara, E-Budaya dan Shamisha dah sampai dan nak bertolak pun, tp enjin bas tambahan yang nak naik tak bunyi pun lagi. Tiba-tiba, orang kat kaunter buat pengumuman, bas untuk ke Melaka ditunda pukul 10 pagi esk, padahal menurut pak cik yang duk sebelah gua tue kata, bas tue sepatutnya bertolak kul 8.30 mlm td. Gua tak tau la jenis janji apa nie, Janji Melayu atau Janji Rock. So apa lagi, tak pasal2 pak cik kaunter tue kene maki hamun.

12.00 mlm :- Gua still setia tunggu bas tambahan tue, sebuah bas tambahan untuk ke Penang dah sampai, tapi bas sekolah je. Kawan2 gua semua naik bas tue, gua je yang naik bas lain, sepatutnya gua naik bas skali ngan diaorg gak, tp tiket gua hilang. Tiba-tiba hujan plak yang turun. Kalu tidur kat rumah pun sedap. Gua dah tekad, kalu bas tak sampai gak kul 1.00 pg, gua nak ambk balik duit tiket dan pegi Penang minggu depan.

1.00 pagi :- Bas yang ditunggu-tunggu kira-kira 3 jam akhirnya muncul. Masa gua tanya kat budak kaunter tue, dia kata bas persiaran, tp yang sampai bas sekolah. Bas sekolah pun, bas sekolah la, yang penting gua sampai ke Penang. Lagipun gua tengok bas sekolah tue cam ok je.

8.00 pagi:- Akhirnya gua sampai kat Penang.

Coretan Sebelum Raya

Selepas seminggu gua bercuti, so pada hari ahad (5/10) gua kembali menyambung tugas sebagai student...
Dalam entri kali nie gua nak story sepanjang seminggu gua bercuti raya, kiranya ada la sedikit story yang gua nak kongsi. Gua sampai di kampung tiga hari sebelum raya, so sempat gak la gua membusykan diri untuk persiapan menyambut raya tahun nie.

Tiga Hari Sebelum Raya :-
Kira-kira kul 11 pagi gua g hantar kawan gua yang singgah kat umah gua ke stesen bas, 3 hari sebelum raya, bandar tanah merah dan bertukar jadi macam kuala lumpur, jalam jam kira-kira 1 kilometer untuk masuk ke bandar. Nasib baik gua naik motor, sempat gak la cilok2 skit. Gua x sangka orang tanah merah sebenarnya begitu ramai. Sampaikan padang bola pun dah bertukar jadi tempat parking kereta.

Dua Hari Sebelum Raya:-
Hari nie x de la sibuk sangat pun, tp hari nie gua rasa cam nak mengamuk satu negara. Masa gua g jumpa kawan kat umah dia, Gua terperasan yang tiket gua hilang. Tp dah kat umah orang, buat2 cool la, balik rumah nanti baru meletup skit. Cari punya cari punya cari, x jumpa jgak. Rasanya dah seluruh rumah gua cari. So gua buat conclusion, tiket tue jatuh masa gua ke pasar kelmarin. So terpaksa la gua beli tket yang baru. Mula2 gua ke kaunter tiket transnasional, pastu gua pergi ke kaunter tiket bas mutiara. Tp yang ada cuma tiket bas tambahan yang tak tahu asal usulnya, MN Agency. Sepanjang gua hidup kat bumi nie x pernah pun dengar nama syarikat tue. Papepun, kene beli jugak. Harganya RM50. Mahal giler... kalu beli beras, akan dapat dua guni, boleh makan untuk sebulan.

Sehari Sebelum Raya:-
Sehari sebelum raya, masanya untuk buat ketupat, tapai beras, dsb.Pagi-pagi lagi selepas solat subuh, gua dah kene bertugas, tugas gua mesin kelapa je untuk buat ketupat. Teringat gua kat iklan raya 2-3 tahun lepas pasal sorang mamat yang duk mesin kelapa dan pakai helmet tue. Bab bungkus ketupat memang gua hangin giler, rasanya tiap kali raya gua duk belajar cara nak bungkus ketupat, tapi tak jadi-jadi gak. Dah bermacam teknik diajar oleh sifu-sifu namun gua tetap x pandai gak. So gua hanya bungkus tapai beras je la. Lagipun memang gua suka makan tapai beras tue. Kiranya gua la sifu dalam membungkus tapai.
Petang tue, first time in the last day gua pergi ke bazar ramadan, mak gua bagi Rm50 untuk beli lauk pauk dan kuih-miuh untuk berbuka puasa. Biasa la kan, hari terakhir ramadan nie, memang sibuk kat dapur, tp dapur tak berasap, yang berasap cuma oven la... tue pun kalu biskut atau kek hangit. Duit yang mak gua bagi tue, memang x cukup kalu gua yang membeli, tengok je apa yang berkenan gua beli, so untuk petang tue je gua abiskan kira2 RM60 untuk beli lauk dan kuih. Memang gua boros kalu bab makanan nie.

nota d kaki: Memang seronok untuk sambut hari raya