Friday

Dilema

Gua sekarang betul2 dalam dilema antara ingin mengikut kata hati atau mengikut kata family. Walaupun gua rasa apa yang diperkatakan oleh family ada benarnya agar gua tak terjerumus dengan benda2 yang tiada kesahihannya, tetapi kata hati gua kuat menyatakan gua mampu untuk mengangkat beban dan tanggungjawab untuk berjaya mengikut acuan gua sendiri.
Selepas family tau apa yang gua tengah lakukan, gua tau mereka risau jika gua ditipu dengan kata2 manis untuk menjerat terutama pelajar2 dengan sifat2 keduniaan, kemewahan, dan masa depan. Gua pun rasa begitu, gua lakukan itu semua kerana tiba2 sifat2 materialistik menusuk kedalam diri gua selepas melihat kejayaan orang lain. Tetapi adakah gua mampu untuk melakukannya seperti orang lain???
Sebelum pulang ke kampung sempena Tahun Baru Cina dan Mid Sem, gua tak tahu kenapa timbul satu perasaan antara nak balik atau tak ke kampung. Gua tau, gua memang akan kene bebal a.k.a brain wash ngan family. Tapi alhamdulillah, mereka tak marah, tetapi tak support dan mahu gua berhenti dan lupakan apa yang telah gua lakukan.
Kini, apa yang boleh gua lakukan cuma berfikir dan berserah kepada Allah s.w.t supaya apa yang gua akan lakukan seterusnya memberi faedah untuk masa depan gua dan family.
nota d kaki: Fikir, fikir dan terus berfikir untuk memcari penyelesaian

Rahmat Ujian

Gua percaya setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. Gua memang sangat bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana gua sedar benda ini dari awal. Walaupun gua dah buat satu kesilapan yang tak boleh diterima akal, menyebabkan keluarga juga berasa bimbang dan hampir hilang kepercayaan kepada gua atas apa yang gua lakukan, namun itu semua adalah satu ujian yang sangat besar untuk untuk ditempuhi.
Kesalahan yang gua lakukan ini juga akibat berfikiran pendek dan ingin mengejar kebendaan dunia semata-mata. Akibat pengaruh daripada kata-kata manis dan kebendaan menyebabkan gua mula lalai dan turut berfikiran kebendaan walaupun semua itu merupakan mainan syaitan yang cuma untuk menyesatkan anak-anak Adam a.s
Walaupun apa yang gua lakukan pada mulanya cuba untuk disembunyikan daripada keluarga, tetapi, tetapi akibat terdesak untuk mengingini sesuatu yang pada mulanya gua tak pasti tujuannya , gua minta nasihat dari mak sedara yang akhir mamahani tujuan sebenar gua. Atasan nasihat dan pandangan yang diberikan, gua pasti apa yang lakukan merupakan satu kesilapan yang besar dan teramat besar. Setiap perkara yang berlaku, walaupun tidak boleh dikembalikan kepada asalnya, tetapi ini menjadi satu teladan untuk gua dan keluarga untuk sentiasa beringat-ingat dan sesungguhnya padangan daripada orang yang lebih tua merupakan pandangan yang paling bernas.
Tetapi pemikiran manusia yang sentiasa berubah positif dan negatif menyebabkan seseorang berada dalam keadaan yang paling sukar untuk membuat keputusan. Itulah yang terjadi kepada gua sekarang. Dalam dilema antara yang positif dan negatif. Kebuntuan fikiran untuk berfikir dengan lebih bijak, lebih terbuka menyebabkan kekusutan dalam minda. Yang positif menjadi negatif dan yang negatif tetap negatif dan semakin negatif.
Yang penting kini adalah cuba bangkit daripada kekecewaan yang dicipta sendiri. Dorongan, nasihat dan semangat begitu penting untuk gua bangkit daripada kegagalan ciptaan sendiri. Walaupun orang berkata, tiada guna menyesal tetapi penyesalan awal merupakan satu keputusan terbaik berbanding menyesal selepas jauh tersasar daripada landasan kebenaran. Gua amat berterima kasih kepada mak sedara gua yang awal2 lagi telah mengesan kesalahan dan cepat2 menegur gua supaya gua tidak tersasar jauh dan terus mencipta kesalahan untuk diri sendiri.
Kini, gua benar2 berharap kesalahan yang telah gua lakukan ini menjadi ikhtibar dan teladan untuk gua dan keluarga. Gua amat berharap agar keluarga dapat menerima kekesalan yang telah gua lahirkan. Gua juga akan cuba untuk mengembalikan kehidupan asal yang sentiasa simple tetapi bermakna.
Nota d kaki: Alhamdulillah, satu pengajaran untuk diri yang kerdil di sisi Allah s.w.t

Thursday

Selamatkan Dunia

(Klik Untuk Download)
Selamatkan dunia ini dari peperangan
Selamatkan dunia ini dari kehancuran
Selamatkan anak-anak dari kebuluran
Selamatkan dunia… selamatkanlah
ohh…
Kedamaian terbina dari rahmat keamanan
Kebahagiaan terbina dari nikmat perpaduan
Kemajuan tercipta dari usaha pembangaunan
Kasih sayang penghubung kita semua
ohh…
Mari kita berganding
Menuju hidup yang sempurna
Bersamalah kita bina
Masyarakat harmoni
Saling hormat menghormati sesama kita
Tua muda miskin kaya usahlah dibeza
Semua bangsa dan agama
Sifat warga yang berhemah
Amal pekerti mulia
Hindari persengketaan
Kekalkan keharmonian
Anak muda dan remaja
Warga pewaris dunia
Hargai jasa yang tua
Teruskanlah perjuangannya
Memang payah
Untuk membentuk hidup yang sempurna
Akan mudah jika kita berusaha
Demi kejayaan bersama

Sunday

Jom Tengok Bola EPL

Gua sebenarnya bukan la kaki bola sangat, main bola ngan tengok bola bukanlah terutamaan gua. Sabtu malam ahad semestinya ada perlawanan bola EPL. Sebab malam tue gua boring, so gua pun ikut la geng2 yang gila bola ke restoran khaleel. Port bola paling ramai terutama jika Man United lawan. So boleh la tengok kat skrin besar yang dipasang. Tapi geng2 gua bukan peminat Man United tetapi Chelsea. Tapi kene tengok kat tv kecil je.
Sepanjang perlawanan 90 minit berlangsung perlawanan antara Chelsea ngan Stoke City, memang memdebar giler, semua gol yang disumbat dalam separuh masa kedua. Tapi Chelsea yang lebih banyak kawal bola dan shot. Akhirnya penantian gol tamat apabila Stoke City sumbat pada minit ke 60. Gua tengok muka sorang2 geng gua memang geram giler. Semua sumpah serapah keluar dari mulut diaorang. Nak tunggu Chelsea sumbat gol memang bising giler, terutama mamat yang duduk belakang gua, bola hilang kat kaki, bola tak gol, pemain Chelsea kene terjah memang dia tak bleh terima. Chelsea sumbat goal minit 89 dan pada masa tambahan. So memang suka la diaorang, sorakan padu untuk The Blues.
Sepanjang gua berada kat restoran Khaleel tue antara perkataan paling popular ialah:-
1.Bodoh
2. Babi
3. Gila
4. Sial
5. Celaka
Memang kaw2 pemain Chelsea ngan Stoke City kene kutuk malam tue. Macam la diaorang tue pandai sangat main bola nak kutuk pemain2 profesional yang dibeli ngan harga puluh2 dan ratus juta tue. Tapi gua faham, terlalu fanatik tengok bola tetapi bukan fanatik main bola. Macam gua memang tak fanatik langsung. Sekadar tengok untuk temankan kawan ngan hilangkan boring dan makan nasi kandar.
nota d kaki: Best kalau dapat tengok perlawanan bola sepak Liga Super mendebar dan menghiburkan seperti EPL.

Friday

Selamatkan Palestin

Berita yang sering terpapar di dada2 akhbar sekarang memang tak bleh lari daripada kekejaman Israel terhadap Palestin. Hari2 kita dapat lihat mayat2 kanak2, wanita, orang tua, para syuhada yang gugur dimedan syahid.


Semalam gua sempat singgah di sebuah surau dalam perjalanan pulang ke USM, selepas solat isyak diadakan solat hajat. Semasa solat hajat, gua boleh dengar esakkan imam surau tersebut. Ini nak menunjukkan betapa sedih dan hibanya beliau dengan apa yang berlaku terhadap saudara seislam kita dibumi palestin. Surah yang dibaca beliau juga surah Al-Fil semasa solat isyak dan solat sunat hajat.



Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)

Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka ?

Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan,

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras,

Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.


Boikot barangan/produk Amerika/Yahudi. Bolehkah ia berlaku??? Nampak cam mustahil jer. Dah berapa kali gua dengar NGO lancarkan slogan barangan/produk Amerika/Yahudi tapi gua nampak macam tak berkesan jer. Kebergantungan masyarakat dunia terhadap barangan produk Amerika/Yahudi memang banyak. Barang yang kita guna, pakai, makan semuanya daripada Amerika/Yahudi. Berapa banyak keluaran barangan/Produk pengguna yang dikelurakan oleh orang2 islam??? Walau bagaimanapun, demi islam gua rasa boikot tersebut amat perlu kerana keuntungan yang diperolehi oleh syarikat yahudi banyak disalurkan untuk meruntuhkan umat islam didunia. Korang bleh rujuk link nie untuk mengetahui produk Amerika/Yahudi yang perlu kita boikot. Klik sini


Negara2 Arab, apa yang mereka buat sekarang??? Membantu Palestin menentang Israel, bantuan kemanusian??? Tak dengar pun bantuan yang dibuat oleh negara2 arab yang kaya seperti Arab Saudi, UAE, Qatar dll. Kalau sekadar berdemontrasi, gua rasa Israel tak hairan pun. Apa yang gua tahu, negara2 arab kebanyakan mempunyai mazhab yang berbeza seperti Syiah, Wahabi, Sunni dll. Mungkin perbezaan mazhab menyebabkan mereka tidak membantu. Tapi seperti yang semua tahu, negara2 arab yang kaya semuanya tunduk kepada Amerika Syarikat, so tak hairan la kenapa mereka seperti tak endah kepada penderitaan rakyat Palestin.


Demontrasi hanyalah sebagai tanda bantahan yang tidak memberi sebarang makna kepada Israel. Hanya doa dan solat hajat kita sebagai umat islam, Hamba Allah yang penting untuk menegakkan islam, menegakkan negara Palestin Merdeka. Semoga rakyat Palestin dibawah payungan Allah s.wt. Seseungguhnya perjuangan mereka adalah intifada, fisabilillah, mati mereka adalah mati syahid.
nota d kaki: Allahu Akhbar

Thursday

Api Api Api

Pulau Pinang: Lebih 20 orang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) maut dalam satu kebakaran yang berlaku di blok L11 dan L12 Desasiswa Indah Kembara pada jam 12.50 tengah malam semalam.

Mungkin ini berita yang akan terpapar di dada2 akhbar di Malaysia jika kebakaran memang benar2 berlaku kat USM semalam. Tapi sebenarnya hanya latihan kebakaran yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Keselamatan, USM.
Apa yang gua nak tulis disini adalah perihal semasa latihan kebakaran diadakan. Papepun gua memang dah tau latihan kebarakan nak diadakan cuma buat bodoh je. Bunyi je loceng kecemasan masing2 sempat lagi nak tutup laptop, pakai baju, selaur, nak masuk tandas pun sempat lagi. Kalau la kebakaran memang betul2 berlaku, gua rasa memausng ramai la yang akan masak malam tue. Tp gua rasa ada gak yang tak turun, yang tidur terus tidur, buat2 tidur pun ada. Bila pegawai keselamatan naik kat blok, ketuk pintu bilik, duk senyap2, bukannya diaorang tau. Betul tak???
Tapi kalau nak diikutkan keadaan sebenar, kebakaran betul2 berlaku, gua rasa lebih separuh penghuni blok L11 dan L12 Desasiswa Indah Kembara hangus malam tue.
nota d kaki: Gua pun tak turun gak, tutup lampu bilik, buat2 tidur.

Wednesday

Jom Pergi Melencong

Dalam kesibukan student lain nak memulakan pengajian untuk semester baru, gua sempat lagi pergi melencong (melancong) 3-4 hari. Sebenarnya tujuan asal cuma nak pergi hantar sepupu gua (Angah) yang dapat kursus jururawat kat Kolej Kejururawatan Kesihatan kat Sungai Buloh, Selangor. Tue pun gua tak ikut sebab juz nak g hantar sepupu gua, bukan adik beradik gua. Tapi ayah gua telah memberi satu idea yang sangat bernas untuk pergi ke Cameron Highland, mulanya kira nak pergi CH dulu, pastu baru hantar Angah ke Sungai Buloh, tapi last2, hantar Angah dulu baru naik CH. Gua rasa Angah mesti dengki sebab dia tak pernah pegi lagi ke CH.
Akibat idea yang bernas tue, gua dipanggil balik untuk berkhidmat sebagai pemamdu. Mula2 gua memang rasa malas nak pergi sebab kelas baru je nak mula, banyak benda nak kene settle macam daftar kelas tutorial, first meeting dll. Tapi bila duk pikir2 balik, best gak dapat bercuti awal2 semester nie. Lagipun family gua memang comfirm akan pergi, takkan nak harapkan adik pompuan gua sorang je drive g KL, naik CH balik semula ke Kelantan. So terpaksalah gua swastakan daftar tutorial ngan ambik handout coursework kat kawan gua.
30 Dis 2008:- (Selasa)
Lepas settle semua kelas hari tue, gua kemaskan barang2 yang nak dibawa balik. Cukup la satu beg galas ngan baju2 nak dipakai untuk 3-4 melencong tue. Bas gua dijangka bertolak kul 9 malm, tapi kene pergi awal sebab jalan jem sebab Stesen Bas Sg Nibong dekat nggan Tapak Pesta Pulau Pinang. Seperti dijangka kul 9 bas bergerak. Dalam perjalanan bas plak buat hal, aircond rosak, mujur bas gerak malam, takde la jadi panas sangat, lagipun driver tue buka pintu kat bumbung bas, masuk angin skit. Rasa sejuk lebih dari aircond la plak. Lepas henti rehat kat Sg Rui, Gerik dalam kul 12 bas bergerak, tapi hanya tuhan yang tahu betapa geramnya gua sebab driver tue bawak bas slow sangat, slalu duk follow blakang lori, bas2 lain dengan megahnya melintas2 lori2. Maybe driver tue pikir bab keselamatan penumpang kot, tak bleh bawak laju2. Tapi gua pilih bas tue sebab ia tak masuk Butterworth, so cepat skit sampai dalam kul 2 pagi. Papepun dalam kul 3.30 pagi gua sampai kat tanah bertuah, Tanah Merah.
31 Dis 2008:- (Rabu)
Gua ingat, nak bertolak ke KL awal pagi dalam kul 10 pagi, tapi terpaksa dienjakkan ke pukul 2 petang. Maknanya sampai KL malam. Tapi biasa la, kul 2 mesti jadi kul 3 baru bertolak. Mula2 gua tak drive lagi sebab saki baki mengantuk masih ada, so gua bleh la tido2 atas kete dulu. Tapi duk atas kete bukanya bleh tido pun. Sampai kat R&R Gua Musang, kitaorang henti sekejap untuk sesape tak sembahyang jamak dan qasar lagi. Lepas tue gua take over trus sampai KL. Perjalanan ke KL malam tue diiringi dengan hujan yang rengai2 kadang kala lebat. So slow je gua bawak, tak bleh racing laju2. Dalam kul 9 malam, kitaorang henti lagi kat R&R Genting Sempah. Biasa la, nak buang apa2 yang patut. Sampai kat Tol Gombak, kawan kakak gua dah tunggu kat situ. Pastu kitaorang konvoi untuk cari hotel2 bajet kat area Kepong, tapi semua dah penuh. So terpaksalah cari kat area Kampung Baru, KL. Tidur malam tue kat Hotel Sima. Tapi nak sampai kat Kampung Baru tue, bingit telinga gua. Ayah ngan Umi gua duk membebel suruh follow rapat2 supaya dah sesat, keete banyak camner nak follow dekat, tau2 je la orang KL drive, cilok sana, cilok sini. Lepas angkut2 beg pakaian, kitaorang turun makan kat kedai makan dekat area hotel. Makanan dah la tak sedap, mahal plak. Makan 14 orang, semuanya RM150. RM150 tue bleh blanje makan satu kampung. Papepun malam tue kitaorang makan sambil tengok bunga api sempena 1 Jan 2009. Kiranya makan ala2 romantik la. BLEH BLAH.
1 Jan 2009:- (Khamis)
Pagi2 lagi, kul 7 pagi semua dah siap siaga. Papepun kene tunggu kawan kakak gua jugak. Sebab dia orang KL. So berkonvoi la plak ke Sg Buloh, kul 8 sampai kat Hospital Sg Buloh. Kitaorang juz tunggu kat parking, juz Family Angah yang pergi uruskan pendaftaran. Boring2 duk tunggu gua g melantak kat cafe hospital. Ingatkan pendaftaran kejap je, dalam kul 10-11 semua dah settle, tapi dalam kul 2 baru semua hal pendaftaran settle. Boring2 sempat gak gua g usha Bandar Baru Sg Buloh. Papepun sempat gak la pusing2 bandar sambil cari jalan nak g hospital tue balik (sesat jalan daa) Selesai soal pendaftaran, so masa untuk bertolak ke Serdang la plak, UPM untuk hantar barang kat anak pak sedara gua kat sana. Lepas settle semua, g solat kat Masjid UPM dan makan kat area Serdang. Kul 5.30 petang masa untuk perjalanan ke CH plak. Perjalanan dari Serdang ke CH dijangka ambik masa 3 jam. Mula2 perjalanan lancar sekali sampai kat Tapah. Dari Tapah akan terus ke CH. Semasa perjalanan naik ke CH, hujan turun dengan lebat yang amat, secara livenya menguji teknik pemanduan gua selama 4 tahun. Jalan yang bengkang bengkok didarab plak dengan hujan yang lebat so gua kene berhati2, nanti masuk gaung or langgar bukit. So tak bleh la gua nak drift ala2 Initial D, juz drive slow, slow, slow. Jangkaan gua sampai pukul 8 terpaksa dienjak ke pukul 9.30 malam. Cari2 hotel, jumpa la hotel bajet murah, Hotel Jasmine. Bilik yang kitaorang sewa berada kat tingkat 4. Bleh tercabut kaki gua nanti nak naik dan turun.
2 Jan 2008:- (Jumaat)
Lepas tidur yang lebih dari cukup, pukul 10 kitaorang g usha sekitar CH, tapi disebabkan masa yang singkat, kene check out kul 12 so gua bawa ke board meeting untuk juz pergi Taman Mardi kat Tanah Rata. Kat sana bleh la snap gambar 20-30 keping. Lepas rasa kaki pun tak larat nak jalan kat Taman Mardi, so kitaorang balik ke hotel untuk check out, lepas tue masa untuk turun dan balik ke Tanah Tercinta (Tanah Merah) On the way turun tue, singgap kejap untuk beli sayur2. Rasanya tak sah kalau tak beli sayur kat CH. Lepas tue, ada plak yang mengidam nak makan strawbery, so singgap jap kat ladang strawbery, Self Plucking, apa lagi kutip la sendiri sambil snap gambar sampai abis bateri. Perjalanan turun dari CH, hujan still turun, ditambah plak ngan kabus tebal. Kete gua buat hal, aircond rosak. cermin jadi kabus, so terpaksa la drive slow tapi slalunya laju. Pukul 4 petang singgap solat kat Masjid Gua Musang. Lepas solat sorang pakcik cakap kat gua ada accident dekat ngan R&R Gua Musang (Accident 3 buah kete, 10 orang maut) Sebagai seorang yang slalu berhati2 di jalan raya dan ingatkan orang yang tersayang, on the way ke TM, gua juz pandu perlahan jiwa selamat. Tapi bila kete kat depan slow sangat sebab hari dah malam darab hujan , gua jadi naik angin, terpaksa la gua guna pengalaman memandu 4 tahun untuk melintas kenderaan yang drive ala2 slow skit. Papepun, syukur alhamdulillah, kul 8 malam, kami smua selamat sampai ke rumah.
nota d kaki: Best gak pergi melencong ramai2, semua family. Ada masa kita pergi tempat la ramai2 plak. Seronok beb.