Sunday

Earth Hour

Memang ini merupakan hari earth hour yang paling orait aku rasa. Dengan hujan yang turun tak henti2 sejak petang hingga malam. Aku rasa memang bumi akan menjadi hijau, takde pemanasan global dll. Tapi kalu hujan turun tak henti2, maunya pulau pinang nie hanyut gak nanti.
Tapi okey la hujan turun hari nie, dah lama rasanya pulau pinang nie panas terik. Kalu letak telur atas jalan pun, aku rasa bleh jadi telur mata nanti. Makan ngan nasi putih panas2, taruk kicap. Fuhhh, nasi tambah satu...
Aku sebagai warga yang prihatin gak la, aku menyahut seruan tue, siap daftar dalam web earth hour lagi. Walaupun awal2 lagi aku blah dari bilik, saje jer nak tengok rumate aku nie menyahut seruan atau pandai melalak jer. Aku juz melepak kat bilik kawan aku, dan sambil layan dvd. Tapi lampu tutup la. Ada gak jadi ala2 cinema.
Tapikan, aku tengok semua laptop, cpu kawan2 aku smua tak offkan. Apa yang aku terima dalam emel yang dihantar oleh WWF, semua bekalan elektrik yang tak berguna, seboleh-bolehnya dioffkan. Adakah ini dinamakan menyahut seruan gak??? Pandai2 la pikir sdiri.
nota d kaki: Hujan lebat, aku lupa angkat baju2 yang aku jemur tgh tadi. Habis basah balik.
nota d kaki 2: Laptop aku pun juz dalam mode stand by jer.

Saturday

Pengalaman Group Assignment

Semalam, (Jumaat/27.3) Group aku telah membuat satu temujanji dengan doktor sebuah pusat perubatan alternatif akupuntur kat Lebuh Queen, Goergetown. Sebab kitaorang pergi berlima, so aku telah menyewa sebuah "kete ala2 sport" gitu. Alah kete kancil cabuk jer.

Nie kali ke-2 aku sewa kete ngan compony tue, tapi apa yang aku tak puas hati, kitaorang janji kul 2.30 ptg sebab kul 3.30 ptg nak start shooting dan interview doktor tue. Tapi lepas sejam baru aku nampak bunga tayar kete tue. Lepas tue, dia plak buat banyak songeh, suruh antar dia plak kat area Gelugor sana. Rupa2nya, aku kene tukar kete yang lagi sport, lagi cabuk la tue. Lagipun, aku dah syak dari tadi lagi sebab, masa aku call dia kata ngah isi minyak. Kalau betul, baik giler abang nie.
Dengan kemahiran pemanduan aku yang semakin profesional nie, aku pun drive je kete kancil sport tue dengan kelajuan 0 km/j. Meter kete mati la, aku pun tak tahu brape kelajuan aku bawak.
Masa sampai kat klinik doktor tue, masa tanya kat receptionist, dia buat cam layan jer. Kitaorang dah risau nie, mana la nak cari klinik akupuntur last2 minute nie, dah la dah nak kene antar minggu depan.
Tapi alhamdulillah, lepas abis semua customer dia, dia suruh masuk bilik doktor tue. Kitaorang terus mintak maaf ramai2. Mujur tak nyanyi lagu maafkan kami jer. Dengan kerjasama doktor tue, semua kerja kami berjalan dengan lancar. Siap buat demo kat aku lagi rawatan akupuntur, aku kene cucuk 2 jarum akupuntur kat tangan.
Untuk memantapkan lagi video yang nak dipersembahkan kat lecture nanti, kitaorg pegi shoot plak kat area Padang Kota. Buat macam ala2 Majalah 3 la plak. Walaupun kene shoot banyak kali sebab lupa skrip, tapi kitaorng enjoy.
Tapi yang membuatkan aku rasa tak senang, sebab kehadiran budak2 dari Myammar or Bangladesh yang minta sedekah kat kawasan tue. Aku tahu, mereka semua mesti dari satu sendiket haram. Simpati, simpati gak tapi...Buat tak layan je la.
Lepas siap semua keje petang tue, aku bawak budak2 tue pegi makan kat area Seagate. Rupanya nie first time mereka ke sana.
Walaupun aku sorang je laki, dan yang lain of course la pompuan, tapi aku okey jer. Sape tak okey kalu buat keje ngan pompuan. Tentu keje aku jadi sedikit. Tapi aku urus bahagian report, yang mana semua kerja2 last touch aku yang settlekan.
Nota d kaki: To korang semua, group SHE 101, Akupuntur. Enjoy keje ngan korang dan trima kasih sebab sama2 bekerja keras untuk siapkan assignment kita.

Jadi Baik Payah, Jadi Jahat Pun Payah

Aku memang dah lama pendam rasa marah, meluat nie sorang2. Kita buat baik, dia plak makin jadi besar kepala.

Semalam (jumaat, 27/3) kawan aku sorang telah balik kampung, so motor dia tinggalkan kat kawan aku nie yang aku nak namakan mr. K. Boleh dikatakan mr. K nie penumpang, dan peminjam motor tegar aku. Aku tak kisah la sebab, kawan2.

Tapi yang aku tak puas hati, walaupun kawan aku telah beri amanah kat mr K untuk guna motor dia, dia tak guna gak. Motor aku gak yang jadi sasaran utama. Semalam pun, dalam kul 12 tgh mlm, mr k msg kat aku cakap nak guna motor aku. Lagipun masa tue, aku tak tahu yang anak kunci motor kawan aku dah ada kat dia. Semalam, lepas guna, dia tak pulangkan kunci motor aku, dah larut malam sangat kot.
Pagi tadi, aku ada bengkel untuk Intership Program, aku turun je kat parking motor, aku tengok motor aku dah lesap. Aku memang dah syak dah, xde orang lain yang guna sbb anak kunci spare ada kat mr K, aku call dia, dalam 15 minit dia datang ambk aku. Banyak la alasan dia bagi, lupa nak bagitau la, kejar masa la, dan macam2 lagi alasan yang memang selalu dia bagi.
Bila aku tanya, nape tak guna motor yang ada kat dia, dia kata motor tue tak bleh start. Aku dah tahu dah, menipu aku la tue, kelmarin elok2 je aku tengok motor tue. Pecut sampai 100 km/j mampu lagi.
Satu lagi yang aku tak puas hati, kalau nak tipu pun agak2 la. Pikir alasan yang bernas skit. Masa aku suruh datang ambik aku lepas program tue, dia kata ngah dalam baris, ngah kawad kaki kot. Tapi bleh plak angkat call aku. Setahu aku, sebab aku pun pernah gak masuk kawad2 nie, mana la bleh angkat call, jawab msg masa dalam baris. Memang aku geram giler2, lepas 30 minit lepas tue baru dia datang ambik aku.
nota d kaki: Begini lah kalau dah nama berkawan, nak cakap depan2 kot terasa hati plak, bergaduh bermasam muka plak. Aku hanya nak luahkan perasaan aku jer

Wednesday

Agama Sebagai Taruhan

Terkejut aku bila terbaca laporan akhbar tentang sebuah keluarga yang asal daripada Ajil, Terengganu yang kini menetap kat Pahang yang ingin murtad kerana faktor kemiskinan dan dihina oleh masyarakat. Adakah keluarga ini fikir dengan menukar agama, mereka boleh hidup dengan senang lenang? Adakah mereka fikir agama yang mereka bakal anuti tue, boleh mengubah nasib kemiskinan mereka?
Aku juga terfikir, mengapa masyarakat sekeliling menghina mereka disebabkan oleh miskin? Bagi aku, kemiskinan wujud di mana2 saje. Takkan la kat kampung yang mereka tinggal tue, keluarga mereka sahaja yang miskin.
Bagi aku, hanya orang yang kurang dan tidak teguh pegangan agama sahaja yang terfikir untuk menukar agama ke agama lain. Dan alasan kemiskinan bukan faktor utama yang menyebabkan mereka terfikir untuk menukar agama. Kalaupun mereka menukar agama, aku rasa kelaurga tersebut akan lebih teruk dihina oleh masyarakat sekeliling, bukan hanya kerana kemiskinan, tetapi kerana menukar agama. Mungkin bagi ibu bapa, mereka masih boleh menerima cemuhan masyarakat, tetapi bagaimana pula anak2 mereka yang masih kecil?
Dalam akhbar, keluarga ini ada memberitahu, mereka menggunakan bekalan air daripada sebuah madrasah. Bagi aku la, kalau di ayah nie merupakan kaki madrasah tue, aku rasa orang kampung tak kisah mereka menggunakan bekalan air dari sana. Tapi aku pun x tau keadaan sebenar. Nie hanya andaian aku jer.
Satu lagi yang aku nak persoalkan ialah, mana perginya wakil rakyat kawasan tersebut. Aku tak pasti, wakil rakyat tersebut daripada parti mana, tapi tak kisah la dari mana2 pun. Bagi aku la, wakil rakyat kawasan tersebut tak buat keje, hanya pandai berpolitik dan kumpul harta jer. Kepentingan rakyat setempat diabaikan, tidak dipedulikan. Takkan, masuk rancangan Bersama Mu, wakil rakyat baru nak tunjuk batang hidung, baru nak tunjuk keprihatinan kepada rakyat setempat. Nak glamour jer.
Tapi, aku amat bersyukur dengan keprihatinan seorang Hamba Allah yang sempat tahu keadaan tersebut dan melaporkan kepada media sebelum dirujuk kepada Majlis Agama Islam Pahang. Keluarga ini memang patut dibela, diberi kaunseling dan nasihat serta pengawasan oleh pihak majlis agama untuk memastikan niat mereka untuk menukar agama tidak timbul lagi. Semoga kelaurga ini tidak lagi berniat untuk menukar agama dan masih berdiri teguh dengan kalimah syahadah.
Nota d kaki: Iman seseorang manusia hanyalah seperti buih dilautan. Jagailah ia, agar tidak pecah walaupun dihempas oleh ombak ganas.

Saturday

Santai Ku Menjadi Kelam

Hari jumaat,walaupun seperti kebiasaan aku sibuk ngan kelas, start dari kul 10-12 dan sambung plak lepas jumaat, 3 - 6 ptg. Tapi minggu nie semua kelas cancel dan sudah tamat. So jumaat minggu nie, aku just santai-santai je kat bilik. Ditambah lagi dengan hujan yang agak lebat.

Sambil ngan sibuk melayari internet, aku terima satu panggilan dari orang yang dikenali. Nampaknya terganggu santai aku ari nie sebab dia telah mengajak aku pergi buat operasi mencari dan penyelamat barang-barang dia seperti laptop, wallet dan kunci bilik yang tertinggal kat kedai roti dalam USM nie gak. Masalahnya kedai roti tue tutup awal.
Selepas siap segala alatan menyelamat seperti lesen memandu, helmet dan motor nouvo z aku, aku dan dia menuju ke Jabatan Keselamatan untuk menanyakan rumah empunya kedai tue. Yang pak guard tahu cuma cawangan kedai tue sahaja kat Sg.Nibong. Tak Jauh sangat ngan USM. Kiranya masih dalam kawasan taklukan aku lagi. Aku dan dia pun merempit ke kedai tue. Sampai je kat sana, kami menanyakan perihal2 yang patut. Tapi anak kunci kedai tue tak ditinggal kat situ. Anak kunci tue tersimpan rapi kat cawangan satu lagi kat Bayan Baru.
Kerana sudah tidak masuk dalam kawasan taklukan aku, payah sikit la nak cari. Call kat cawangan sana, dia suruh pergi sana plak. Merempit aku ngan dia kesana plak. Dalam suasana yang semakin gelap dan ditambah plak mata aku yang tidak beroperasi dengan betul pada waktu malam. Aku main redah je jalan yang aku rasa betul ditambah plak dengan ingatan aku yang suam2 kuku pasal kawasan tue. Disebabkan keterreran aku, sampai gak ke cawangan kedai kek tue.
Lepas cakap2 sikit dan sambil tunggu akak tue siapkan kerja menghias kek pengantin (kot). Aku just duduk memerhatikan akak tue menyiapkan kerjanya menghiap kek. Lepas dia dah siapkan kerjanya, dia kata yang dia kene pergi sendiri. Mungkin tak percaya kat aku kot. So aku ngan akak tue pun merempit la plak ke USM. Cilok sana cilok sini, tak sampai 10 minit, aku sampai kat USM. Pergi kedai roti tue, yang ada cuma laptop sahaja, wallet ngan kunci bilik mungkin dia orang kedai tue yang simpan. Lepas solat, aku kembali ngan aksi2 rempit aku ke kedai sana plak. Sampai sana, ambik kawan aku, rempit kembali ke USM.
nota d kaki: Dia merupakan seorang lelaki yang "awww"
nota d kaki 2: Aku terkejut sebab penjual kedai roti dan kek dalam USM tue takde handphone
nota d kaki3: 1st time aku bawak pompuan bukan muhrim naik motor ngan aku. Mujur dia dah taraf akak.
nota d kaki 4: Aku terlewat 1 jam 30 minit untuk group dicsussion
nota d kaki 5: Dia janji nak isi minyak motor aku pasni ( yang aku tunggu2kan)

Apasal Buat Hal Nie

Ko tau tak betapa pentingnya ko dalam idup aku nie. Xde ko camner la aku nak call dan antar sms kat kawan2 aku. Sape nak hiburkan aku dengan lagu2 masa kini dan retro sepanjang hari terutama masa aku ngah busy menyiapkan assignment yang tak abis2 lagi.
Apasal la ko nak rosak time2 aku tengah pokai sekarang nie. Nak baiki ko bukannya murah, mau kene ada RM100 keatas, dalam bank aku, cuma ada cukup2 makan untuk seminggu jer. Lain2 minggu aku kene tunggu dari sumber2 kewangan yang lain.
Orang kata ko nie tahan lasak, payah nak rosak dan macam2 lagi orang puji ko. Tapi sekarang, ko dah rosak plak. Aku cuma pakai ko tak sampai dua tahun lagi. Tapi ko dah start buat hal. Camner aku nak percaya generasi2 ko akan datang.
Aku harap, aku bangun pagi esok, ko dah sihat macam sedia kala. Kalau tak terpaksa la ko aku rembat dalam laci jer. Ko nak duk terperuk sorang2 lama2?
Nota d kaki: Nokia 3310 Klasik

Wednesday

Lepas Geram

Aku tengah geram sekarang nie sebab makhluk tuhan mana yang telah rembat helmet aku. Kes nie berlaku masa aku pergi kuliah petang tadi. Sebab aku sampai lambat, aku terlupa nak sangkut helmet bawah seat motor. Abis je kelas, helmet aku tak dapat dikesan oleh radar.
Tak pasal2 aku nak kene beli yang baru. Kalu harga murah xpe la, nie maunya abis RM50 pulak. Dah la aku ngah pokai, sekarang pun dah guna duit dari sumber ke-dua.
Aku nak sumpah, sape yang curi helmet aku, dia jadi helmet jugak nanti. So kalu sesape jumpa helmet, dan kawan2 dia hilang tak dapat dikesan. Sah la sumpahan aku menjadi.
Nota d kaki: Kalau la undang2 kat Malaysia tak wajibkan pemakaian helmet, kan senang idup aku.

Tuesday

Motor Maksiat

Sejak aku bawak motor kat sini, aku rasa motor aku seakan-akan menggalakkan maksiat dalam kalangan kawan2 aku. Kalau kawan-kawan aku nak kuar ngan awek dia mesti dia pinjam motor aku. Tak kira la siang atau malam, jauh atau dekat.

Tapi aku tak kisah sangat sebab, bila balik aku tengok meter minyak aku hampir2 nak F. Sekurang-kurangnya jimat duit aku nak tuang minyak untuk 3-4 hari.

Aku pernah tinggalkan motor aku pada cuti sem lepas kat kawan aku. Daripada motor aku duk tersadai kat parking lot Stesen Bas Sg Nibong, baik kawan aku yang gunakan. Lagipun aku rasa kawan aku tue takkan pegi mana2 pun, abis jauh pun jalan2 dalam pulau nie jer. Tapi, masa aku dalam bas nak balik kampung, kawan yang balik sama ngan aku bagitau yang motor aku telah berjaya menyeberangi hingga ke Seberang Prai ngan awek dia. Tapi aku ok je, nak buat camner kan. Aku ingatkan, motor aku berjaya sampai kat Seberang Prai je, rupanya sampai kat Kuala Perlis, bawak awek dia jalan2. Dia pegi Kuala Perlis pun tak bagitau aku. Kawan aku jugak yg bagitau. Mujur tak sampai Langkawi jer. Masa dia nak bagi balik motor tue kat aku, dia siap pesan lagi, kalau ada rosak pape, bagitau dia. Pastu dia dah siap tukar minyak silinder ngan minyak automatik lagi. Jimat duit aku.
Kawan aku sorang lagi yang suka pinjam motor aku nie, boleh dikatakan hari2 dia pinjam. Kuar makan ngan awek ke, beli something utk awek ke, dan pape saje la. Tapi tak pasal2 jugak, motor aku jadi perhatian sebab pantang nampak pompuan jalan sorang, berdua atau ramai2, mesti dia akan hon. Tapi tak kat pompuan yang jalan ngan couple mereka. Tapi yang penting, minyak motor aku selalu FUEL. Lagipun aku memang bagi kat dia bila meter minyak dah sampai takat merah. Pernah dalam seminggu, sekali pun aku takyah isi minyak. Jimat duit aku.
Nota d kaki: Aku ikhlas bagi pinjam kat mereka, mereka je yang tak ikhlas kat motor aku.

Adusss, Flora Mengetag Aku Lagi

1) Make a list of what u want on your birthday
2) The list should be 10 numbers
3) Post the image of this award to your posting
4) Give it to 10 friend of yours

1. Aku harap agar, dapat kesihatan yang berpanjangan (tp sakit sikit2 pun best gak, baru dapat rasa nikmat dunia)
2. Dapat sambut ngan kengkawan dan family. (besday thn nie sambut ngan kwn2, tp tragedi telah berlaku)
3. Kawan-kawan dapat terima aku seadanya, bkn sebab aku bwk motor kat sini (Hehehehe)
4. Aku harap, Semester nie, result aku semakin meningkat, asyik statik je setiap sem
5. Aku nak happy happy selalu, x nak moody
6. Abis belajar nanti, terus dapat keje
7. Kawan-kawan yang hutang ngan aku, dapat bayar ngan kadar segera (nak mintak direct, segan skit)
8. Dapat hadiah banyak2 (Tahun nie satu hadiah pun x terima)
9. Dapat kebahagian dan keberkatan di dunia dan akhirat (keberkatan --> kaf ba ra kaf alif ta alif nun)
10. Pasangan idup yang solehah (Insya Allah)
Aku tak nak tag sesape pun, sape nak jawab, jawab la. Aku bagi free
Nota d kaki: Aku harap semua wish aku tue, aku akan dapat suatu hari nanti.

Monday

Rencana Naratif

Bercuti bersama-sama ahli keluarga semasa cuti sekolah merupakan sesuatu yang diimpikan oleh setiap keluarga terutama sekali kepada anak-anak. Destinasi percutian yang mendamaikan dan lari daripada hiruk pikuk kota tentunya menjadi destinasi percutian impian. Antara tempat yang menjadi tumpuan percutian pada musim cuti seperti cuti persekolahan ialah Tanah Tinggi Cameron yang terletak di Pahang.

Semasa cuti persekolahan yang lalu, saya dan ahli keluarga sempat untuk bercuti bersama-sama di Tanah Tinggi Cameron. Selepas segala perancangan diatur rapi dari segi waktu perjalanan dan tempat penginapan, kami bertolak daripada rumah di Kota Bharu, Kelantan pada awal pagi. Hal ini bagi memastikan kami sampai di Tanah Tinggi Cameron semasa hari masih siang.

Perjalanan jauh yang mungkin memakan masa enam jam ini akan melalui jalan Kota Bharu – Kuala Krai sebelum menghala ke jalan Kuala Krai – Gua Musang. Daripada rumah kami di Kota Bharu ke Gua Musang, ia akan memakan masa perjalanan selama tiga jam setengah. Selepas penat memandu, kami berhenti di kawasan hentian Rawat dan Rehat Gua Musang untuk melepaskan penat dan lelah seketika. Perjalanan ke Gua Musang digamit dengan permadangan menghijau hutan-hutan dan bukit-bukau yang belum diterokai sepenuhnya.

Tiba di Gua Musung, kami perlu menghala ke jalan Kuala Betis kemudian menghala ke Lojing. Perjalanan melalui jalan raya yang baru siap dibina ini turut dihiasi dengan bukit bukau dan hutan-hutan hijau. Sampai di Lojing , kami sudah mula merasai kedinginan udara walaupun belum sampai ke Tanah Tinggi Cameron. Lojing merupakan kawasan tanah tinggi khusus untuk tujuan pertanian seperti bunga-bungaan dan sayur-sayuran.

Selepas menyusuri perjalanan daripada Kota Bharu, kami tiba di Tanah Tinggi Cameron pada jam 2.00 petang. Mengharungi perjalanan jauh tentunya menyebabkan kelaparan dan meletihkan. Oleh itu sebelum daftar masuk di hotel, kami menjamah makan tengah hari di Kafeteria Brinchang. Walaupun cafeteria tersebut agak kecil, namun ia tetap membuatkan kami semua makan dengan penuh selera. Kedinginan Tanah Tinggi Cameron dihangatkan dengan minuman panas yang dipesan tadi.

Selesai makan, kami semua menuju ke Hotel Jasmine yang sudah ditempah sebelum kami bertolak lagi. Tempahan awal dilakukan supaya kami tidak tercari-cari hotel kerana pada musim cuti sekolah, kebanyakkan hotel di sekitar bandar Berinchang sudah penuh. Hotel yang terdapat di bandar Berinchang kebanyakkannya merupakan hotel bajet rendah dimana harga yang ditawarkan berharga antara RM150-300 untuk penginapan semalaman.

Hotel-hotel yang terdapat di Tanah Tinggi Cameron semuanya tidak menyediakan penghawa dingin ataupun kipas. Hal ini kerana kedinginan udara cukup membuatkan sesiapa sahaja berasa sejuk terutama sekali pada waktu malam. Kehadiran kami ke Tanah Tinggi Cameron sebenarnya disambut oleh hujan renyai-renyai sejak pagi lagi. Hal ini membuatkan kami berasa amat sejuk sehingga menggigil kesejukan.

Dalam suasana kedinginan dan hujan renyai, ia tidak mematahkan hasrat kami untuk melawat beberapa tempat menarik disekitar Tanah Tinggi Cameron. Kawasan pertama yang kami singgahi ialah Ladang Teh Bharat Plantation yang terletak kira-kira 10 km daripada bandar Berinchang. Kawasan penanaman teh di lereng-lereng bukit membuatkan kami teruja untuk turun ke kawasan lembah untuk melihat sendiri pokok-pokok teh.

Menurut seorang penjaga ladang tersebut, semakin tinggi pokok teh ditanam, daun teh tersebut semakin berkualiti. Kesempatan yang ada juga digunakan oleh kami untuk merakamkan gambar kenang-kenangan disebalik rimbunan pokok teh. Selepas penat meyusuri pokok-pokok teh, kami singgah di cafeteria untuk menjamu air teh yang boleh dibeli di café tersebut.

Disebabkan hari sudah hampir malam, kami mengambil keputusan untuk balik ke hotel. Suhu pada waktu lebih sejuk sehingga kami terpaksa memakai baju sejuk dan stoking untuk menghangatkan badan. Suhu dingin pada malam itu hinggakan hawa keluar daripada mulut. Hal ini membuatkan penulis berasa seperti berada di Eropah semasa musin salju.

Suasana malam di Tanah Tinggi Cameron sebenarnya lebih rancak berbanding siang hari. Hal ini kerana pasar malam yang terletak di hadapan Balai Polis Brinchang dibuka setiap malam. Pasar malam tersebut menyediakan banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis barangan. Antaranya sayur-sayuran, bunga-bungaan, kaktus dan cenderahati. Kami tidak melepaskan peluang untuk membeli belah terutama sekali sayur-sayuran segar yang dibawa terus daripada ladang. Selain itu, antara makanan paling popular dalam kalangan pengunjung ialah strawberi yang dicelup dengan coklat panas. Dengan harga yang berpatutan, ia laris sehingga penjual tidak mampu untuk melayan semua pelanggannya.

Kepenatan malam itu ditinggalkan dengan kedinginan malam yang menusuk hingga ke tulang. Namun kami semua dapat tidur dengan nyenyak. Tambahan pula banyak lagi tempat-tempat menarik yang ingin kami lawati dan singgahi keesokan harinya.

Selepas bersarapan dengan nasi lemak di sebuah restoran mamak, kami meneruskan perjalanan kami ke Stesen Mardi Cameron Highland. Walaupun tempat tersebut merupakan kawasan penyelidikan Mardi, namun ia dibuka untuk kunjungan pelawat. Selain menghayati keindahan kawasan, pengunjung juga berpeluang untuk membeli buah tangan seperti buah strawberi yang dijual dengan harga yang berpatutan. Selain itu, pengunjung juga boleh membeli pokok bunga-bunga seperti pokok orkid, kekwa dan sebagainya. Mengunjungi seseuatu tempat di Tanah Tinggi Cameron tidak sah sekiranya tidak merakamkan gambar kenang-kenangan.

Walaupun hari sudah berganjak ke tengah hari, namun kedinginan Tanah Tinggi Cameron masih lagi terasa dengan suhu berada sekitar 17-18oC. Sebelum melawati ke beberapa tempat menarik di sekitar Tanah Tinggi Cameron, kami kembali ke Hotel Jasmine untuk mendaftar keluar pada jam 12.00 tengah hari. Kemudian kami menyusuri turun ke Blue Velley untuk singgap disebuah ladang strawberi. Ladang tersebut menyediakan kemudahan petik sendiri. Peluang ini diambil oleh kami untuk memilih dan memetik sendiri buah strawberi. Harga untuk satu kilogram starawberi juga agak berpatutan. Kami juga sempat singgah di satu kawsan yang menempatkan gerai sayur-sayuran yang diusahakan oleh petani secara kecil-kecilkan. Harga yang ditawarkan juga lebih berpatutan dan murah berbanding di tempat lain.

Selesai membeli, kami meneruskan perjalanan pulang ke Kota Bharu yang pasti memenatkan tetapi berbaloi. Walaupun ia merupakan percutian yang singkat bersama-sama ahli keluarga, namun ia dapat mengeratkan hubungan diantara keluarga dan sudah tentu anak-anak berasa berbaloi dengan percutian tersebut dan akan meninggalkan satu memori indah dalam benak fikiran mereka. Cuti sekolah kali ini tentunya yang paling menyeronokkan bagi si anak.


Nota d kaki: Anda dapat feel ke pejalanan percutian yang aku karang tue??? Kalu ada plez tinggalkan komen ek.

Sunday

Hidup Merempat

Semalam (14 Mac) boleh dikira sebagai hari paling malang dalam hidup aku. Tak pasal2 hidup aku merempat kat bilik kawan aku. Hal ini terjadi dua kali, pada waktu petang dan malam.
Waktu petang tue, pukul 3.30 ptg aku pergi ke tandas untuk wuduk. Ngan selamba je aku capai anak kunci bilik dan terus keluar. Nak masuk bilik, aku tengok rupa2nya anak kunci bilik aku takde sebab aku dah ceraikan. Semuanya aku nak salahkan kawan aku jugak sebab dia nak guna motor aku, so aku ambik jer anak kunci bilik dan kunci2 lain aku bagi kat dia. Tapi aku lupa nak masukkan balik. Petang tue aku merempat kat surau sampai petang. Aku cuma boleh masuk bilik dalam kul 8.45 mlm. Rumate aku dah balik. Aku call, x diangkat, mesej dan ym x terbalas. Padam muka aku.
Waktu malam, kawan aku ajak pergi tengok bola Liverpool vs ManU, aku pergi pun dekat2 nak abis sebab kawan aku ada discussion jap. Pakai baju, seluar, aku pun ambik anak kunci bilik, halmet, hanset n wallet. Masa nak turun tangga, aku tengok anak kunci, rupa2nya aku ambik yang satu lagi, petang tadi aku dah ceraikan jugak anak kunci bilik tue. Nampaknya sejarah mungkin berulang lagi. Pape hal pun aku pergi gak tengok bola. Liverpool belasah ManU 4-1. Lepas abis, aku pun balik. Aku ingatkan rumate aku pun dah balik, sebab dia bukannya kaki perayap malam macam aku. Tapi tak balik2 lagi. Lepak dulu kat bilik kawan, dalam kul 1.30 pg, kuar plak g makan nasi lemak kat Restoran Subaidah. Balik makan, rumate aku masih tak balik2 lagi, aku pun terpaksa buat segala teknik2 yang ada, mesej, call, YM. Semuanya tak terbalas dan terangkat. Aku je jadi tersangkut malam tue. Malam tue, aku merempat plak kat bilik kawan aku sampai pagi.
Aku cuma boleh masuk bilik selepas aku intai bawah pintu, selipar rumate aku ada. Tapi ngah mengomakan dirinya. Aku pun ketuk dan terajang pintu sampai rumate aku buka pintu. Ngan muka yang masih separuh sedar, dia bukakan pintu.
"Apasal tak mesej, telefon kat aku," katanya
"Ko guna no 0198******" aku tanya balik
"Erm" katanya sambil berjalan ke jalan yang benar (katil dia)
Nota d kaki: Aku tetap nak salahkan kawan aku sebab selalu pinjam motor aku. Dan aku terpaksa ceraikan kunci bilik untuk masuk bilik.

Saturday

Baru Ku Tahu

Baru ku tahu betapa busynya jadi pelajar universiti sebenarnya. Tapi semester nie aku memang busy tahap dewa. Semester2 sebelum nie aku rasa takde la busy sangat pun. Kalau stakat tak tido satu malam tue kira biasa la sebab aku buat kerja last minute. Salah aku sdiri gak.
Kebusyan yang amat nie mula sebab aku terpaksa balik kampung sebab mak sedara aku kawin. Entri sebelum nie pun aku dah bagitaukan. Disebabkan tarikh kawin pun masih lagi dalam mood sekolah, so tak ramai la yang datang untuk tolong2, cuma yang tolong makan je ramai. So aku sebagai anak sedara lelaki yang paling hensem dan dah besar, terpaksa la aku memikul tanggungjawab untuk menghidang makanan (jong kaqo) <--dialek klate, awal2, sepupu2 aku masih ada, bila dah malam, dlm kul 9.30 mlm mereka terpaksa balik sebab esk pagi, kene pegi skolah plak. Terpaksa la aku buat sorang2 lepas tue. Ada adik aku pun, xleh kira sangat sebab awal2 lagi dia lari ngan kawan2 yang datang makan. Hampir2 nak siap, mujur pak sedara aku yang baru tolong. Akhirnya, semua beres dalam kul 11 mlm.
Selepas berehat dua hari kat umah, isnin malam, aku dipanggil untuk menyahut seruan USM. Tapi kat umah pun, xde la rehat sangat pun sebab aku nak kene siapkan assignment yang nak kene hantar hari rabu. Dalam kul 10.30 mlm, bas ekspres sampai kat stesen Tanah Merah, so awal skit bertolak dan bleh la sampai awal skit kat Penang nanti. Tapi sangkaan aku meleset 200% sebab bas tue merosakkan dirinya kat sana. Aku jadi geram giler2. Nak tunggu atas bas, ngan air-cond, engine semua padam. Terpaksa la aku merempat kat kaki lima bangunan. Rasa cam pengemis pun ada. Akhirnya, kul 12.oo tgh mlm. Bas pun bertolak. Naik je bas, aku terus koma sampai la bas berhenti kat Grik, sampai kat sana pun aku masih separuh sedar dan tak turun, kemudian aku teruskan koma aku sampai la aku perasan bas dah duk atas jambatan Pulau Pinang. Sampai kat Stesen Bas Sg Nibong, kul 7.00 pagi.
Kelas pagi, semua aku cancelkan, Kebusyan melampau aku start malam tue, (selasa malam) aku ada meeting untuk assignment berkumpulan. Kitaorang kene redesign Berita Kampus. Mujur la aku dah buat sikit kat umah, so banyak la yang kene betulkan. Tapi disebabkan ketua kumpulan yang tersangat la banyak songeh, banyak yang aku kene ubah balik. Kira malam tue meeting untuk ubah balik apa yang tak kene dimata dia. Dalam kul 1.00 pagi, boleh gak aku balik ke bilik.
Aku balik pun bukan boleh tido sebabku ada satu lagi assignment yang nak kene hantar ari Rabu. Malam tue aku stay up sampai subuh. Lepas subuh, aku tido sampai kul 11.30 sebab aku ada kelas plak. Balik kelas, aku sambung lagi sampai nak g kelas kul 5.00 ptg. Tamat je kelas kul 7.00 mlm, aku stay kat dewan kuliah untuk siapkan assignment redesign tue sampai siap kul 5.00 pagi. Kerja marathon aku buat tue. Aku rasa kumpulan lain xde la sampai kul 5 pagi diaorg buat. Semuanya disebabkan oleh kekwat dan sangat songeh ketua kumpulan aku. Tapi kerja tue tak siap2 gak sebenarnya.
Kelas pagi Khamis bermula kul 10 pagi, tapi aku pergi kul 10.30pg, biasa la terlebih tido. Habis je klas, aku berhajat nak balik terus, tapi disebabkan oleh semangat setiakawan, kerja kumpulan, aku stay gak kat situ, ngan mengantuk yang terlampau, aku buat je kerja tue. Akhirnya, semua kerja-kerja last touch, aku sorang je buat. Sampaikan smua kelas petang aku ponteng. Due time untuk assignment tue kul 5.00 ptg, tapi sebab aku ssorang je yang buat, edit, g print, hantar dll. Dalam kul 5.30 ptg aku baru sampai kat pejabat untuk hantar. Mujur la S/u dekan masih ada kat opis. Kalu tak, aku sendiri pun tak tau. Tapi mesti aku yang dipersalahkan. Tue pun aku kene bebel ngan s/u dekan sebab lambat hantar.
Khamis malam, aku mengqado semua tido aku selama 3 hari dari kul 10 mlm sampai kul 10 pagi.
Nota d kaki: Jika nak dikira jam, untuk edit assignment redesign BK ambil masan18 jam. Itu tak termasuk yang buat awal2 lagi. Sumpah aku tak nak satu kumpulan ngan dia lagi. Banyak songeh, kekwat, dia je yang batul.

Thursday

Apa Lagi

Kenapa ia berlaku lagi, perasaan aku menjadi tidak tenang 2-3 hari nie. Aku rasa seperti apa yang aku lakukan, semuanya tidak kena. Nak buat assignment, fikiran berserabut. Nak edit untuk BK, aku jadi tiada idea walaupun aku dah tetapkan semua apa yg aku harus ubah.
Adakah ini disebabkan oleh salah faham antara aku ngan dia dan yang lain-lain. Dia kata aku akan tidak tenang selepas kejadian tersebut. Mungkin apa yang dia katakan itu, ada benarnya.
Tapi aku cuma berharap, jika dia membaca n3 aku nie, dia dapat maafkan aku. Kita lupakan semua kisah-kisah dan hal yang telah berlaku. Kita mulakan hidup baru. Sedangkan Nabi ampunkan ummatnya, apatah lagi kita cuma INSAN BIASA.
Mungkin aku kene balik kampung untuk tenangkan diri. Itu memang yang aku selalu lakukan untuk mencari ketenangan hidup. Mengadap muka family memang memberi satu ketenangan.
Nota d kaki: Memang aku nak balik kampung pun 06/03 2009 nie sebab mak sedara aku nak kawin. Kalu aku tak balik merajuk plak bakal pengantin baru tue. Selamat Pengantin Baru Che Sue.

Wednesday

Jom Jumpa Pak Cik Hussain

Meet Uncle Hussain - Hilang <--- Klik Utk Download

Hadirlah keindahan
Abadi kau berikan
Kenangan telah ku alami

Cinta yang didusta
Prilaku dosa
Khayalan
Kau memperdayaku

Namun apalah dayaku
Tempuh dan biarkau hanyut
Hanyut dalam warna-warna dunia

Pedihnya ku rasakan
Melihat jiwa meronta
Ku gagahkan teguh berdiri

Segala nikmatnya
Syurga kononnya
Kelalaian
Kau memperdayaku

Namun segala kisah berlaku
Harus ku terima
Hanya berserah pada yang Maha Esa

Tiada apa ku harap
hanya dapat ku temukan
keindahan yang abadi selamanya

Namun segala kisah berlaku
Harus ku terima
Hanya berserah pada yang Maha Esa

Tiada apa ku harap
hanya dapat ku temukan
keindahan yang abadi selamanya

Nota d kaki: Aku mencari keindahan yang HILANG

Monday

Alasanmu

Exists - Alasanmu <--- Klik untuk download

Ikhlasnya hati
Sering kali disalah erti
Tulusnya budi
Tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan
Kelukaan ini
Kumengalah... ku bersabar

Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu

Manis dibibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlena pastinya terpukau
Pujukmu, rayumu, suaramu
Yang menagih simpati dan harapan

Engkau pastinya tersenyum
Dengan pengunduran diriku
Tetapi bagi ku pula
Suatu ketenangan

Andai kita terus bersama
Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah
Cara hidupmu

Ada rahmatnya
Bila tidak lagi bersama
Terasa jauh
Diriku ini dengan dosa

Ku tinggalkanmu walau tanpa kerelaan
Yang nyata kau tidak berubah...

Katalah apa yang kau ingin
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu
Semenjak dahulu

nota d kaki: Layan lagu nie.

Aku Ditag Oleh Flora

10 perkara tentang orang yang tag saya:


  1. Namanya, Minang Flora Malindo Bt Nurlin Allan. (aku ambik dlm blog dia)

  2. Nama glamour, Flora

  3. Anak sulong dari 2 beradik (aku copy je dlm blog dia)

  4. Tahun nie umurnya 22

  5. Duk kat Serdang, Selangor

  6. Pakwe dia nama Ekwan (rasa2nya betulkan)

  7. Suka baby...sebab comel (kawin la cepat2, bru dpt baby sdiri)

  8. Suka berkawan (sebab tu aku kawan ngan dia, walaupun juz knal dlm YM jer)

  9. Aku rasa, dia seorang yang sensitif tetapi happy go lucky (aku rasa2 je nie sbb tak pernah jumpa)

  10. Dia kata nak buka travel & tourist agency (kalu aku nak pergi melancong nanti, bleh minta diskaun)

Ini pula 10 perkara tentang diri saya..



  1. Nama, Mohd Aizat bin Shamsuddin

  2. Anak kedua dari 4 adik beradik (2 lelaki, 2 perempuan)

  3. Umur 22 pada 24/2 yang lepas (sape yg wish birthday, tq byk2)

  4. Suka warna putih dan hitam (semua baju aku kebanyakan warna tue)

  5. Suka duk menggelamun kat tepi pantai sorang2

  6. Suka pergi bercuti ngan family. (tak kisah kat ne pun, tp kalu pergi macam Cameron Highland, best gak)

  7. Aku seorang yang pendiam dan pemalu kalau ngan orang yg tak brape knal.

  8. Cita2 nak jadi usahawan dalam bidang penternakan

  9. Aku suka bawak kete dan motor laju2 (saje nak test power)

  10. Aku jenis yg tak kisah apa yg orang nak cakap pasal aku, tapi jangan lebih2 sudah

Saya nak lepaskan tag nie kepada:-



  1. Ladybug

  2. Niena Kirana

  3. HoneyB

  4. Ubye

  5. Tice Su

  6. Sesape yg nak jwb tag nie

Nota d kaki: First time aku ditagkan.

Rencana

Saat temujanji diatur oleh penulis, beberapa kali ia terpaksa diubah disebabkan oleh jadual pengajian yang padat. Melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi memerlukan komitmen dan pengorbana yang lebih demi memastikan citi-cita untuk menjadi seorang pensyarah kelak berjaya. Walaubagaimana pun, peluang yang ada digunakan oleh penulis sepenuhnya untuk membongkar segala pengalaman dan perjalanan hidup gadis ini sehingga bakal bergelar seorang doktor.

Sepenjang temuramah dijalankan, Hafzan yang gemar membahasakan diri Kak Zan, jika dilihat kepada perwakatannya merupakan seorang yang amat peramah dan ceria. Sikapnya yang gemar bersenda, meriuhkan suasana saat itu yang turut ditemani oleh beberapa rakan seperjuangan.

Dilahirkan di Tanah Merah, Kelantan, beliau mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah di Tanah Merah. Beliau kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di sebuah Sekolah Menengah Ugama Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu. Kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang Sains Pemakanan di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Menurut beliau, selepas tamat tingkatan 5, beliau memang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, tetapi disebabkan oleh mabuk darah, beliau terpaksa menukar haluan ke bidang pemakanan. Walaupun bidang sains pemakanan tidak mencabar seperti bidang kedoktoran, namun cabarannya tetap ada kerana setiap bidang pengajian memerlukan komitmen dan minat yang mendalam.

Selepas berjaya menggenggam segulung ijazah, beliau merasakan masih kekurangan ilmu didada. Oleh itu, beliau telah menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang yang sama di UPM. Hal ini kerana, bagi beliau, hanya dengan segulung ijazah sahaja tidak cukup untuk merebut peluang-peluang pekerjaan disebabkan golongan yang mempunyai ijazah kini ramai. Namun selepas tamat pengajiannya, sangkaannya untuk mendapatkan pekerjaan dengan senang ternyata meleset. Hal ini ditambah lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Selepas dapat master, ingatkan senang sikit nak minta kerja, sebab yang ada master tidak ramai sangat, lagipun taraf pendidikan pun dah dikira lebih tinggi” ujurnya.

Disebabkan sukar untuk mendapatkan pekerjaan tetap, beliau melakukan kerja-kerja sambilan seperti guru bukan sandaran, pembantu penyelidik di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM).

“Sekurang-kurangnya, dapat juga cari pengalaman kerja dan sedikit pendapatan untuk menyara emak dan diri sendiri” katanya.

Semasa bekerja sebagai pembantu penyelidik di USM, beliau mendapat peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat doktor falsafah melalui skim Rancangan Latihan Kakitangan Akademik USM. Baginya, ia merupakan satu peluang yang tidak perlu dilepaskan.
Ketika pelajar-pelajar lain memilih untuk melanjutkan pelajaran ke universiti yang terkemuka di luar negara, beliau sebaliknya memilih universiti tempatan iaitu Universiti Sains Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Kesihatan Bersekutu.

“Saya tidak nafikan bahawa USM Kampus Kesihatan dekat dengan rumah, hal ini kerana perjalana antara rumah dan USM hanya memakan masa satu jam”. Tetapi baginya, beliau yakin dengan keupayaan universiti tempatan terutama sekali USM sebagai tempat untuk menimba ilmu. Taraf USM sebagai universiti Apex mengukuhkan lagi keupayaan USM untuk standing dengan universiti-universiti yang terkemuka di luar negara.

Selain itu, selepas tamat pengajian nanti juga, secara tidak langsung, beliau akan dilantik sebagai pensyarah di USM juga. Jadi, dapatlah dia menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana kampus.

Saat diajukan pengalaman-pengalaman beliau menjalankan kajian untuk thesisnya, beliau menyatakan bahawa, kajian yang dilakukannya melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah. Oleh itu, beliau terpaksa melayan pelbagai kerenah dan perangai pelajar yang mempunyai pelbagai ragam. Paling tidak dapat dilupakan apabila tas tangannya turut dicuri oleh pelajar disebuah sekolah yang dikunjunginya semasa menjalankan kajian.

“Ragam pelajar sekolah memang macam-macam, tapi yang penting kerjasama antara pelajar sangat penting untuk memastikan kajian yang dijalankan mempunyai hasil yang diinginkan.” Selain itu, pihak sekolah juga turut banyak membantu untuk memastikan kelancaran kajian yang dijalankan.

Kajian yang dijalan mengenai tahap anemia darah dalam kalangan pelajar sekolah adalah penting untuk memastikan pelajar-pelajar terbabit mempunyai tahap kesihatan yang baik.
Menurut beliau, selain kajian yang dijalan terhadap pelajar-pelajar sasaran, ia juga bertujuan untuk memberi pendidikan secara tidak formal terhadap pelajar-pelajar sekolah untuk menjaga soal pemakanan. Hal ini kerana, soal pemakanan sangat penting untuk memastikan pelajar dapat menumpu perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran.

Tujuh tahun mendambakan diri dalam pelajaran menjadikan Hafzan seorang yang cukup bermotivasi tinggi dan mempunyai pelbagai pengalaman bergelar seorang siswazah. Jadi, tidak hairanlah beliau menjadi tempat rujukan kepada anak-anak saudaranya untuk mendapat pendapat dan nasihat berkaitan pelajaran. Selain itu, keakraban antaranya dengan anak-anak saudara menjadikan mereka tidak kekok untuk berkongsi masalah dan mendapatkan nasihat. Lagipun sebagai anak yang bongsu, tentu lebih rapat dengan anak-anak saudaranya.

Saat diaju soalan berkaitan jodoh, beliau hanya tersenyum tersipu-sipu. Menurut beliau, saudara-maranya selalu mengajukan soalan tersebut kepadanya. Hal ini kerana, beliau seolah-olah terlalu menumpukan perhatian kepada pelajaran sehingga mengabaikan soal jodoh. Baginya, soal jodoh sudah ditentukan oleh tuhan, mungkin jodohnya lambat sedikit. Namun, beliau sebenarnya akan diijab kabulkan dengan lelaki pilihannya dalam bulan Mac nanti.

Bagi rakan-rakan seperjuangannya, mereka menyatakan bahawa Kak Zan merupakan seorang sangat rajin dan sentiasa dengan buku. Baginya walau ke mana sekalipun, buku tetap ada ditangan.

“Jika saya ada sebarang masalah, Kak Zan tempat saya untuk dapatkan nasihat sebab beliau selalu mengambil berat terhadap rakan-rakannya” ujur Wan Azlin.

Bakal pensyarah dalam bidang sains kesihatan ini juga ada memberi nasihat kepada golongan remaja dan siswazah-siswazah. “Golongan remaja seharusnya jangan abaikan soal pelajaran hal ini kerana ilmu merupakan segala-galanya untuk mengubah kehidupan dan masa hadapan seseorang”. Katanya diakhir temuramah tersebut.

Nota d kaki: Aku rasa rencana yang aku tulis nie tak ubah seperti karangan aku masa sekolah dulu. Korang rasa???

Dimana Ada Kemahuan, Disitu Ada Jalan

Akhirnya aku percaya jugak dengan pepatah "Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan"

Ini kerana, walaupun aku masih blur nak buat rencana profail tentang apa pada mulanya. Tetapi selepas aku melihat kejayaan Manchester United yang bersungguh-sungguh mencari gol dalam perlawanan akhir Piala Liga, walaupun tidak mendapat goal dan hanya menang melalui sepakan panalti. Tetapi aku percaya, pemain2 MU telah mengerah keringat untuk mencari gol.

Lepas je balik dari tengok perlawanan tersebut dalam pukul 2 pagi, aku buka laptop dan mula mencari bahan2 dan berfikir apa yang perlu untuk menulis rencana mengenai profail seseorang. Selepas tilik punya tilik, akhirnya aku ambik keputusan untuk menulis rencana profail mengenai mak sedara aku yang ngah ambik PhD sekarang nie.

Sekurang-kurangnya aku tak payah nak interview orang, aku tulis je apa yang aku tahu dan jika ada musykil2 skit, aku bleh tanya dia, takpun aku tulis ikut suka hati aku jer. Senang skit keje aku.
Selepas fikir2 dan tulis sedikit sebanyak isi2 yang hendak dimasukkan, akhirnya dalam pukul 3 pagi, aku start mengarang rencana tersebut. Tungkus-lumus memikirkan ayat dan bahasa yang paling kritis untuk aku muatkan dalam rencana aku nie. Ayat-ayat kritis memang diperlukan untuk menarik minat pembaca. Tapi kalu ayat tue sampai berbunga-bunga aku rasa, boleh lempar dalam recycle bin rencana aku nanti.
Akhirnya, selepas bertungkus lumus dan memerah segala otak kanan dan kiri, akhirnya dalam pukul 5.08 pagi dengan mata aku pun semakin mengecil dan perut pun terasa lapar, maka siaplah rencana aku dengan tajuknya...
Nota d kaki: Pensyarah aku tak suruh bagi tajuk untuk rencana tue, so aku pun tak fikir lagi nak bagi tajuk untuk rencana tersebut