Saturday

Kematian

Sejak kebelakangan ini, hampir setiap hari aku mendengar berita mengenai kematian samada dalam kalangan saudara-mara kengkawan, berita atau diblog.

Al-Qur’an menegaskan bahwa seluruh manusia, bahkan seluruh makhluk hidup, akan mengalami kematian. Tidak seorang pun yang akan hidup kekal di dunia ini. Allah SWT berfirman,

“Semua yang ada di muka bumi ini akan fana.” (QS. Ar-Rahman: 36)
“Setiap yang bernyawa itu pasti akan mengalami kematian.”(QS. Ali ‘Imran: 185)
“Sesungguhnya engkau—wahai Rasul—akan mati. Dan sesungguhnya mereka pun akan mati.” (QS. Az-Zumar: 30)
“Dan kami tidak menjadikan orang-orang yang sebelum kamu itu hidup kekal. Apakah jika kamu mati mereka itu hidup kekal?” (QS. Al-Anbiya’: 34

Dari ayat-ayat ini kita dapat memastikan bahwa kematian merupakan hukum kehidupan umum dan mutlak bagi setiap makhluk hidup di dunia ini.

Melalui ayat-ayat Al-Quran yang aku petik nie, kita semua tahu yang hidup pasti akan menemui kematian, tidak kira bagaimana cara sekalipun. Bila malaikat menjemput, pasti tidak ada yang mampu menolak dan menangguhnya.

Kematian juga tidak mengira umur, darjat, pangkat, pasti kematian akan menjelma juga

Bila terfikir akan kematian, pasti ramai yang akan takut, tapi sudah bersediakah kita untuk menghadapinya? Cukupkah amalan kita didunia, sudahkah kita mula bertaubat? adakah kita sudah memaafkan dan dimaafkan?

Bila terngat tentang kematian, teringat juga aku pada lagu selimut putih..

Bila Izrail Datang Memanggil
Jasad Terbujur Di Pembaringan
Seluruh Tubuh Akan Menggigil
Terbujur Badan dan Kedinginan
Tak Ada Lagi Gunanya Harta
Kawan Karib Sanak Saudara
Jikalau Ada Amal Di Dunia
Itulah Hanya Pembela Diri
Janganlah Mahu Dikenang-kenang
Engkau Digelar Manusia Agung
Sedarlah Diri Tahu Diuntung
Sebelum Masa Lkerenda Diusung
Datang Masanya Insaflah Diri
Selimut Putih Pembalut Badan
Tinggal Semua Yang Dikasihi
Berbaktilah Hidup Sepanjang Zaman

Kematian sebenarnya berlaku setiap saat dan detik, cuma kita sahaja tidak mengetahuinya. Yang ditinggalkan hanya, amalan, doa anak yang solah dan sedekah jariah.

Salam takziah aku untuk Nadzirah diatas kematian pakciknya, ajeng - neneknya, rakyat negeri johor - almarhun Sultan Iskandar, Keluarga Timb. Ketua Polis Negara, Tan Sri Sedek Ali, Pensyarah UM, Dr. Anuar Nor Arai, Timb Editor Utusan Online, Faridah Hashim dan Jurufoto Utusan Nazudeen.

nota d kaki: semasa aku menulis entri nie, hujan turun dengan renyai2. Hujan rahmat

Friday

Jom Main Kawin-kawin

KANGAR: “Saya hairan dengan urusan perkahwinan ini kerana dari segi logik, nak beli kerbau sekalipun kita perlu bertemu pemiliknya...inikan pula orang.

“Saya dan keluarga langsung tak pernah bertemu bakal ‘menantu’ dan tak tahu menahu mengenai majlis akad nikah mereka,” kata bapa ‘pengantin perempuan’, Wan Ahmad Wan Harun, 58, (gambar) ketika ditemui petang semalam.


Katanya, adat Melayu ada peraturannya apabila keluarga pengantin lelaki perlu mengadakan majlis merisik, bertunang, menetap mas kahwin dan hantaran serta tarikh perkahwinan.


“Tapi semua itu tak berlaku kepada saya yang dikatakan bakal menerima ‘menantu’. Secara tiba-tiba, rombongan pengantin lelaki datang untuk bernikah.


“Saya terkejut dan hampir pengsan apabila rombongan pengantin lelaki tiba-tiba datang ke masjid dekat rumah untuk melangsungkan pernikahan (1 Januari lalu),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gial, dekat sini.


Seorang inspektor polis, Nurr Fahmy Abu Samah, 28, menanggung malu kerana mendakwa ditipu bakal isteri yang masih berstatus isteri orang menyebabkan majlis perkahwinan itu dibatalkan.

Dalam kejadian itu, rombongan pengantin lelaki terkejut apabila melihat `pengantin’ perempuan hanya berkain batik dan berbaju-T menyambut kedatangan mereka seorang diri di rumahnya di Kampung Gial.


Wan Ahmad yang juga seorang pesara kerajaan berkata, anak perempuan sulungnya daripada lima beradik itu, Wan Azura, 28, sudah berkahwin dan sepanjang pengetahuannya anaknya itu masih tinggal bersama suami di Kuala Lumpur.


“Macam mana dia hendak berkahwin kerana sudah bersuami. Mengapa keluarga pengantin lelaki tak siasat latar belakang bakal isteri dan tergesa-gesa hadir untuk berkahwin,” katanya.


Justeru, katanya, bagi mengelak kejadian tidak diingini, dia dan isteri, Aisyah Mat, 49, mengambil keputusan keluar dari rumah ketika rombongan pengantin tiba pada hari berkenaan.

nota d kaki: Nak kahwin kene ikut adat melayu


Wednesday

USMFC Cemerlang di laman sendiri


Aksi sulung USM FC di pentas Liga Perdana 2010 menampakkan hasil apabila menundukkan Pos Malaysia FC dengan jaringan 1-0

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan gagal mencari gol awal untuk keputusan 0-0 pada separuh masa pertama.

Namun begitu, pada minit ke-45, USM FC hampir berada dihadapan, namun gol yang dihasilkan dinafikan oleh pengadil akibat telah melepasi kawalan offside

Menjengah ke separuh masa kedua, permainan adalah agak seimbang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan dengan beberapa gerakan berbahaya ditunjukkan oleh pemain Pos Malaysia FC dan USM FC namun gagal untuk menjaringkan gol.

Namun, lima minit sebelum wisel tamat, gol yang dicari menjelma hasil tandukan cantik Mohamad Baser.

Menurut Jurulatih USM FC, S Veloo, beliau berbangga dengan aksi yang ditunjukkan oleh anak-anak buahnya dan memyifatkan ia sebagai satu permulaan yang baik.

“Namun ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki untuk memantapkan lagi persembahan pasukan khususnya dibahagian serangan dan pertahahanan,” katanya.

“Untuk perlawanan seterusnya menentang PDRM, kita mensasarkan untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata,’’ ujarnya.

Hadir sama menyaksikan perlawanan tersebut ialah Naib canselor USM Prof. Tan Sri Dr. Dzulkifli Abd. Razak dan Timbalan Naib Canselor Bahagian Penyelidikan dan Inovasi Prof. Asma Haji Ismail.

Perlawanan seterusnya, USM FC akan menentang Polis DiRaja Malaysia di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi pada 15 Januari dan akan menentang pasukan Felda United FC di laman sendiri pada 18 januari 2010.

USMFC ke Liga Perdana 2010


Universiti Sains Malaysia (USM) melalui USM FC mencipta sejarah sebagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pertama di Malaysia yang bersaing dalam Liga Perdana musim 2010 bermula pada 11 Januari lalu.

Pengurus Pasukan, Mohd Azizudin Mohd Sharif berkata,pasukan yang dahulunya dikenali dengan nama Kelab Bola Sepak Staf USM (KBSUSM) kini dikenali sebagai USM FC bagi menunjukkan penglibatan warga USM dalam pasukan yang kebanyakannya merupakan staf-staf universiti.

USM FC juga akan diperkuatkan oleh 10 pemain profesional yang pernah bersaing dalam Liga Super, Liga Perdana dan Piala Presiden.

Antaranya M. Prakash, Mohd Noraslan Md. Makhtar (Pulau Pinang) Azizul Ahmad Sabri (ATM)dan Mohd Fakhrul Radzi Yaacob (Piala Presiden Kedah)

USM FC turut mendapat khidmat bekas Ketua Jurulatih Pulau Pinang, S. Veloo sambil dibantu oleh Rosli Ali dan K. Ramajayam.

Sebagai pasukan baru dan dibarisi pemain-pemain muda, USM FC hanya menetapkan sasaran yang sederhana untuk musim 2010

“ Sasaran USM FC pada musim 2010 adalah untuk terus kekal dalam Liga Perdana, namun untuk sasaran jangka panjang, kita berharap untuk beraksi dalam Liga Super ,”katanya

“USM juga mencipta sejarahnya tersendiri apabila menjadi universiti awam pertama diberi peluang untuk menganjurkan perlawanan di Stadium USM setelah mendapat pengesahan daripada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya

Beliau juga mengharapkan sokongan padu daripada warga kampus USM untuk memenuhi kerusi stadium dan menyokong pasukan USM FC dalam setiap perlawanan di Stadium USM, katanya ketika ditemui semasa upacara penyerahan bendera USM.

Hadir sama ke majlis tersebut ialah Naib Canselor USM, Prof.Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak untuk sesi memperkenalkan pemain dan pengurusan USM FC.

Dalam perkembangan lain, USM FC turut menerima tajaan daripada Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (R&I) USM bernilai RM200 000 bagi membiayai program latihan memantapkan pasukan untuk bersaing dengan lebih kompetetif dalam Liga Perdana musim 2010.

Pasukan USM FC telah memulakan saingan dalam Liga Perdana dengan menentang pasukan POS Malaysia pada 11 Januari lalu manakala pada 2 Februari hadapan pasukan USM FC akan memulakan saingan dalam pertandingan Piala FA dengan menentang Terengganu.

Pasukan lain yang akan turut beraksi dalam Liga Perdana 2010 termasuklah Sabah, Sarawak, Melaka, Felda United, Harimau Muda, Majlis Perbandaran Muar, Polis Diraja Malaysia, PKNS Selangor, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kuantan Port.

Monday

Ceritera Kehidupan

Ceritera 1

Hari isnin, hari kelas sedunia... seperti biasa kalau ada kelas pagi, mesti aku akan bangun antara setengah jam @ sejam sebelum kelas bermula. Itu pun dengan pertolongan alarm HP, kalau tak, tunggu matahari tegak dikepala baru nak bangun

Disebabkan semalam agak lewat aku tido, lepas solat subuh aku kembali memejamkan mta untuk seketika sebab kelas jam 9 pg. Aku terlewat bangun kira2 jam 8.45pg. Bergegas aku kebilik air, kira mandi pun sekadar ambil syarat. Selebihnya kita serahkan kepada deodorant ngan perfume.

Aku terlewat 10minit. Tiba di DK N, aku melulu masuk dan tiada sebarang nafas manusia didalam. Persoalan dijiwa... adakah kelas batal, tukar DK lain @ dianjak kewaktu lain. Aku balik ke bilik dengan hampa.

Nampaknya sehari lagi jadual aku clean n clear untuk minggu ini.

Ceritera 2
Aku tekad, pape hal aku kene jumpa lecturer jugak. Surf internet dalam pusat pengajian ilmu kemanusiaan tengok lecturer yang mengajar. Sorang lelaki Dr. Jasni) dan sorang perempuan (Dr. Hasanah). Sah2 aku nak jumpa lecturer perempuan, sekurangnya kene marah, marah2 sayang gitu.

Jam 4 ptg, lepas mandi dan solat, aku dengan semangat ke PPIK untuk bertemu muka dengan Dr. Hasanah, tapi sudah termaktub disoftboard, Sebarang Perbincangan HIS213 Sila Jumpa Dengan Dr. Jasni (C20 037). Terima Kasih

Aku melangkah longlai ke bilik Dr. Jasni, dibilik Dr. Jasni nampaknya ada orang, hampir 30 minit gak aku menunggu penuh berdebar, camner gamaknya Dr. Jasni nie. Selepas orang itu beredar, aku masuk... Dr. Jasni sambut aku dengan senyuman lelaki macho.

Aku: Dr, saya nak daftar tutor
Dr. J: Awak tak pergi class ke td?
Aku: Saya pergi pukul 9, tapi takde orang pun
Dr J: Laa, awak nie, kelas pukul 10, bukan 9.. nah ambil kertas nie dah tulis kelas tutor mana awak nak.

Tiba2 terasa tebal muka aku sambil memilih kelas tutor hari isnin jam 10pg.

Aku: Satu lagi Dr. kelas hari rabu saya clash
Dr. J: Nak buat camner, saya buat tutup mata je la. Tapi make sure awak cari nota2 lepas

Terima kasih Dr, aku keluar dengan mata berbunga2 riang.

Ceritera 3
Usai semua meeting desk sukan, aku ke Sungai Dua dengan harapan tinggi, nak repair laptop yang semakin tenat. Bukan tenat sangat pun, cuma sound, speaker je yang buat hal. Bunyi macam pecah.

Kali ini aku memilih kedai komputer Maksom. Kenapa aku pilih kedai nie, entah la. Aku main hentam je pegi kedai tue.

Masuk kedai, tak mesra pelanggan langsung, tak ucap selamat datang pun kat aku. Selepas terang sedikit sebanyak penyakit laptop akukat seorang mamat, dia on, lepas tue click sana click sini. Rasa mcm ilmu perkomputeran tak cakup, dia tanya yang lain. Lepas tue, bawak laptop tenat aku ke tingkat atas.

Aku ambil masa terluang dengan survei laptop baru kat kedai. Nak beli, x mampu. so mampu tengok je la. Lebih kurang 10 minit, dia suruh aku bersabar sebab katanya penyakit laptop aku tak boleh diselamatkan. Sebelum aku keluar, mamat tue tanya usia hayat laptop, aku cakap 5-6 tahun. Dia balas balik "kene dengan umur dia dah tue". Menyirap darah aku dengan mamat tue, papepun aku sayang ko laptop. Ko banyak berjasa untuk aku.

Sabar je laptop, dah keje nanti, aku tukar ko jadi laptop mini plak.

nota d kaki: Tahun 2010 nie, banyak plak aku membebel dalam blog nie

Saturday

Hari Ini Dalam Sejarah

lepas mandi untuk kali ke-dua hari ini, ak menyiapkan diri untuk keluar sorang-sorang tanpa ada kelibat manusia lain bersama. Jam dah menunjukkan pukul 1 tgh, perut pun kene isi gak. Aku pun menuju ke Sungai Dua untuk ke kedai makan dekat simpang ke JPJ.

Sesampai disana, kedai agak ramai dan sesak dengan manusia yang lapar seperti seminggu tak makan. Aku ambil keputusan untuk makan kat dalam desa, antara kat cafe fajati atau di cafe kembara. Di cafe fajar pun nampak seperti ramai orang.

Akhirnya aku kembali kepada cafe kembara yang sebenarnya aku tolak ketepi dari list tempat makan hujung minggu, lagipun apa salahnya hujung minggu cari selera luar.

Aku ambil keputusan untuk makan di bilik saje, lagipun ada geng2 budak saspen yang amat aku kenali, malas nak makan dengan diaorg. So aku buat macam2 tak nampak je. Nampak lauk2 yang terhidang dimeja agak mengiurkan. Aku ambil ayam goreng, sayur masak lemak dan telur dadar
Dengan muka yang lapar, aku ke kaunter pembayaran, mak cik cafe kira smuanya RM4.00. Agak murah jika dibandingkan aku makan diluar, tapi aku rasa lagi murah makan di cafe indah.

Aku nak ambil wallet dalam poket seluar, tapi takde...menggelabah gak aku, rasa cam dunia mahu terbalik, mana aku letak pun, aku tak pasti. Maybe dalam raga motor, aku bergegas ke motor, juga tak ditemui. Aku start motor dan balik ke desa. Rupanya wallet ngah landing sedap atas tilam.

nota d kaki: Camner agaknya reaksi aku jika perkara ini berlaku dikedai luar USM, mana aku nak letak muka.

Bangun Pagi-Pagi

Semalam agak lewat gak aku tido, duk melayan YM ngan kak long sampai jam 3 pagi. Pastu apa lagi...ak trus pergi beradu.

Tepat jam 6.45 pg, alarm hp mengejutkan aku untuk mengadap Allah s.w.t. Selepas tue, aku terasa seperti mata tak mahu untuk menutup kembali seperti biasa. Apakah yang boleh aku lakukan pagi2 buta2 sedangkan lebih 1 billion umat sedang lena diulit mimpi.

Aku membuat sedikit regangan badan kat bilik, pakai kasut dan trus ke kawasan skul Farmasi. Jogging dua pusingan aku truskan ke kawasan tasik aman dan farapan plak.

Masuk ke 1 pusingan kat tasik farapan, aku dah termengah2 menyedut oksigen pagi yang masih segar sebelum dicemari oleh asap2 dan habuk2 bandar.

Jogging di tasik aman, lari kejap, jalan, lari kejap, jalan...nampak sangat aku tak fit. Buat 2 pusingan kat tasik aman, aku trus ke skul farmasi untuk buat satu pusingan sebelum balik ke desa. memang aku dah tak larat nak lari, rasa cam nak cari balang oksigen dah.

kesudahannya, aku rasa lenguh2 dan sakit2 badan. Tapi aku rasa seperti memulakan hari dengan cara sihat.

Jom minum milo. "Anda Jadi Sihat Dan Kuat' (iklan tak berbayar)

nota d kaki: Azam tahun baru aku kot, nak jogging tiap hujung minggu