Friday

Transformasi Siri Part 2

Salam 1Malaysia

Apa yang boleh ak rumuskan tentang hidup aku kini ialah, aku seorang bakal pemberita atau reporter sebuah akhbar no 2 negara, Berita Harian.

Berbalik kepada sambung transformasi diri, selepas cukup2 sebulan aku bekerja di CIMB, aku terpaksa mengucap selamat tinggal kepada kerja pertamaku. Sedih dalam suka sebenar, almaklum la, baru nak serasi dan rapat dengan rakan sekerja lain, dah nak resign. Jodoh x panjang...

Sekarang, aku trainee reporter Berita Harian. Sebulan masuk kelas mendengar segala perancangan masa hadapan NST dan BH dan juga operasi BH.Selain itu, belajar menulis berita walaupun selalu kene marah dengan intro berita yang entah apa2 dan berterabur.

Walaupun dan berkali2 buat latihan berita, ada beberapa house style BH yang sering aku lupa dan terus buat dalam penulisan berita. So... kene marah dan marah. Tapi yang penting belajar dari kesilapan.

Rasanya itu je update terbaru.

Adios....

Saturday

UPDATE: Transformasi diri

Assalamualaikum, Salam Blogger...

Memang lama aku tinggalkan blog nie tanpa sebarang bebelan. Agak busy dengan life baru dan juga dengan benda2 yang tidak berfaedah.

Sepanjang lebih sebulan tak update blog nie, macam2 perkara yang telah terjadi. Dari seorang penganggur kepada seorang bekerjaya. Dari seorang banker kepada seorang wartawan.
Alhamdulillah, setelah melalui liku2 hidup akhirnya rezeki memihak kepada aku. Bukan setakat rezeki, tapi rezeki yang melimpah ruah. Semuanya berlaku pada hari kejadian aku, 24 Februari 2011. Mulanya aku memerima panggillan dari iCimb dan sebelah petangnya dari Berita Harian.

Disebabkan Berita Harian hanya untuk penilaian terakhir, maka aku terima untuk bekerja di iCimb sdn bhd kat Kerinchi. Anak syarikat Cimb Group yang menjalankan urusan bank dan sistem kewangan seperti pengendalian cek, cimb customer service dll.

Kerja aku start jam 7 pagi disaat warga KL lain baru nak memulakan hari2 mereka, tetapi aku dah terpacak kat opis. Bidang kerja aku, senang tapi sangat banyak kerja yang harus diselesaikan. Bermula dengan verify cek yang mencecah ribu2 setiap hari boleh buat mata nie berpinar. Settle verify, beralih plak kepada mailing kepada customer cek2 yang tak valid, walaupun hanya dalam seratus setiap hari, tapi kalu sorang2 yang buat, makan berjam gak. Lepas lunch hour, walaupun jarang sangat dapat turun lunch, ialah proses scanning signature dan update condition untuk akaun bank.

Kerja2 nie walaupun nampak senang tapi, perlukan komitmen yang tinggi. Ngadap pc dari pagi hingga petang, mata memang sakit dan berpinar. Sampaikan ada yang tak tahan dan resign dengan alasan seperti kornea rosak. Tapi rasanya kalu lama2 aku keje kat situ, bermata empat gak nanti.

To be continue...