Wednesday

Update: Tired But Happy

Sejak akhir-akhir nie byk plak yang aku cuba nak kongsi di alam mayan nie, cuma masa yang singkat dalam 24 jam menyebabkan masa itu seperti tidak cukup lagi. Kalu dulu rasa cam lambat je seharian untuk berlalu.

Seperti entri aku terdahulu, aku ada terangkan pasal program MyCareer MyFuture (MYMF) under MyPartner sdn. bhd dan MOHE. Alhamdulillah, dengan hati yang terbuka luas, aku menyertai program tersebut dengan harapan untuk belajar sesuatu yang baru dan menggerakkan sel2 otak aku yang dah lama membeku.

Sebenarnya, sudah dua hari aku melalui hari2 yang sangat penat dengan menyertai program MCMF dimana program atau kelas bermula jam 8.30 pg - 6.00 petang. Tapi ada la waktu rehat untuk minum pagi, lunch dan minum petang yang ditaja oleh duit sdiri. Seharian kelas banyak diisi dengan sessi perbentangan, latihan dalam kumpulan dan juga aktiviti suka-suki untuk menghilangkan tekanan. Dan yang paling penting, program ini adalah sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.

Kalu diikutkan, speaking aku memang terabur dan menjadikan keyakinan diri@ self confident trus down bila kene present, namun dengan bantuan rakan2 seperjuang kursus dan juga trainer, sedikit sebanyak membantu aku untuk menjadi lebih tenang. Lagipun dalam proses belajar dan kami semua dianggap sama.

Tapi mujurlah trainer untuk kelas aku nie perempaun melayu, so senang skit untuk communicate berbanding trainer2 lain yang berbangsa cina dan india.

Akhir kata, aku memang enjoy dengan program nie dan mengajak sesiapa sehaja untuk menyertainya, selain dapat belajar bahasa inggeris, membina keyakinan diri dan juga kearah mendapatkan peluang pekerjaan.

Thursday

Update: Lama Betul Aku Menyepi

Dah lama rasanya aku tak update blog nie selepas raya lepas, skrg nie dh nak masuk raya haji plak... Lagupun sebagai penganggur terhormat, rasanya tak banyak yang aku boleh kongsi diruang maya nie...hari2 aku laluan benda yang sama sahaja...
Setelah lama aku membekukan otak dikampung, aku dapat satu mesej untuk satu program, MyCareer Myfuture... bunyi macam program best, so dengan hati yang terbuka luas, aku menghadirinya dengan satu harapan dan tekad, dapat mengubah kehidupan aku yang agak mendatar sekarang nie.

Progran nie memang mendapat sambutan yang hangat daripada penganggur2 semua, rasanya lebih dari 150 orang yang hadir pada sessi taklimat dan pendaftaran tadi. Dan ada gak kengkawan dari school aku yang hadir untuk memeriahkan program.

Serba sedikit pasal program nie:-
MyCareer MyFuture Program is a collaboration program between Ministry of Higher Education (MOHE) and My-Partners. This pilot project will involve 1000 Diploma / Bachelor’s Degree graduates where the program will train them for 10 weeks in contact centre operations, communications and customer service. The training includes classroom, instructor-led setup as well as practical sessions that simulates real-life call centre scenarios.

The objectives of the program are as follows:

  • To meet the demand for high skilled and competent call centre agents by local and international outsourcing companies
  • To enhance university graduates’ employability
  • To make call centre agent a fulfilling career of choice

The program is hoped to reduce unemployment among graduates, promotes growth of local outsourcing industry, increase supply of high quality workforce, reduces demand and dependency on foreign workers as well as to develop excellent business and communication skills for graduates.

Kalu korang tak faham, tranlate sdiri.

Selepas sessi pendaftaran, ada plak sessi interview untuk menentukan anda nie dh mmg terrer dalam semua segi, memerlukan bantuan pernafasan, dan ........ (korang isi tempat kosong tue)

Semasa sessi interview, aku ditemuduga oleh seorang perempaun melayu, dh pangkat emak, so x bleh mengorat. Bila dia suruh introduce yourself, aku speaking 3-4 patah, dia menjampuk tanya aku betul ke asal kelantan dan pure kelantan, katanya aku takde rupa kelantan dan cakap xde pun bunyi dialek kelantan... aku pun memang dah lama perasan dan pernah gak ada orang tanya.

Sesetengah orang yang duk luar dari Kelantan, katanya mereka boleh cam orang melalui paras rupa dan percakapan. Aku pun hairan sebab, aku memang tak boleh nak cam seseorang melalui paras rupa, kecuali percakapan. bagi aku, paras rupa terutama orang melayu, adalah hampir iras2.. berkulit sawo matang, kuning langsat.

Oklah, lupakan pasal paras rupa aku yang dikatakan xde rupa kelantan dan cakap xmacam orang kelantan sebab aku memang pure dan xde mix dari mana2 negari dan negara.

Untuk program MyCareer MyFuture, ia akan bermula 22/11/2010 - akhir bulan Disember, dan USM, here i come again...

Salam Syawal

Alhamdulillah, sempurna sudah puasa kita pada tahun ini, selepas sebulan kita menahan lapar dan dahaga. Selain itu, meningkatkan amalan-amalan dan meninggalkan semua larangannya.

Salam Aidilfitri aku ucapan buat semua blogger2 yang singgah ke blog aku yang tak seberapa ini. Almaklum la, lama tak update, lagipun broadband aku rosak, so aktiviti blogging dan facebook aku tergendala dan terpaksa dikurangkan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Salam Ramadhan

Assalamualiakum...

Agak lama juga aku tak update blog ni... rasanya dah hampir 4 bulan, bermakna hampir 4 bulan juga aku bergelar si penganggur... bukan tak mahu update, tp sebagai penganggur nie, rasanya tiada apa yg boleh dikongsikan.

Hari ini, sudah 2 hari umat islam di Malaysia atau serata dunia menyambut bulan ramadhan dengan penuh kesyukuran dan kenikmatan. Alhamdulillah, aku pun masih diberi peluang dan ruang untuk sama2 meraikan bulan yang penuh keberkatan ini.

Tahun ini, secara automatiknya aku berpuasa dirumah sahaja selepas 3 tahun berpuasa di perantauan. Berpuasa di USM bersama kawan2 adalah sangat berbeza berpuasa dengan family, rasanya lebih seronok berpuasa dengan kawan2 berana dapat berbuka dengan kesederhanaan. Rasa nak mewah skit, berbuka di masjid. Berbuka kat masjid, dengan nasi yang boleh diibarat seperti bukit uhud, memang mengenyangkan.

Tapi kalu berpuasa dirumah nie, lain skit tahun nie, lgpun kat rumah tinggal aku dan umi serta ayah. Adik2 yang lain ambik pulak berpuasa di negeri orang. So juadah tue tak banyak, semuanya ala kadar jer.

Hari pertama puasa, disebabkan bekalan air terputus, terpaksa la turun ke bazar2 ramadhan untuk membeli juadah... aku angkat ayam percik, ikan percik serta gulai ayam kampung. Rasanya xde la sedap sgt, sedap kalau dapat buat sendiri kat umah.

Hari kedua, masa solat terawih imam umumkan majlis berbuka puasa akan diadakan setiap hari khamis sepanjang bulan ramadhan ini. Secara tidak langsung mengingatkan aku kepada puasa2 sebelum ini dimana hampir setiap hari aku berbuka di masjid USM. Walaupun juadah tidak seperti dirumah, sekurang-kurang kita dapat makan secara sederhana.

nota d kaki: Jom g terawih... malam nie ada moreh ke x yer????

Kes Buang Bayi Kat Tanah Merah

Sebelum nie aku ingat Tanah Merah nie, masalah sosial xde la teruk sangat sampai kes macam bunuh, rogol, buang bayi dll. Kalau kes kecurian tue, memang selalu gak aku dengar walaupun x masuk paper. Kes terbaru seorang bayi comel dibuang, diletakkan dihadapan rumah kat Jalan Wan Ahmad.

Kalau diikutkan, memang tak jauh dari rumah aku, jalan tue pun slalu aku lalu utk buang sampah dan antar umi aku ke sekolah. Rasa cam nak g melawat je tempat kejadian dan bayi comel tue, mana tau bleh buat anak angkat. Kat rumah aku pun dah lama xde bayi kecil, semua bayi2 besar jer.

Berbalik kepada kes buang bayi, jika nak diikutkan, dah lama kes buang bayi tak timbul kat Tanah Merah, kalau ada pun zaman aku sekolah-sekolah dulu. Dah 4-5 tahun lalau. Tapi bagi aku, ibu bayi tue still ada belas kasihan kat anak, sbb letak dihadapan rumah orang, berbanding yang main letak ke kat tong sampah, kaki lima dan tempat2 yang tak sepatutnya. Mungkin kesempitan hidup untuk bela bayi itu. Tapi selalunya, kes buang bayi nie, adalah kes terlanjur.

Apa nak jadi manusia akhir zaman sekarang nie, anak pandai nak buat, tapi jaganya tak pandai. Kucing aku pun pandai jaga anak dia sdiri walaupun bapak kucing tue ada perangai karnivor skit, nak makan anak. Sbb tue kene ingat yer tuan-tuan dan puan-puan, bapaknya kene asingkan dari ibunya setelah ibunya melahirkan anaknya.


nota d kaki: Dah lama tak menulis blog, entri Imbas Kembali pun dah terbengkalai lama...


Saturday

Imbas Kembali Tahun Pertama

Tiga tahun tahun menapak dibumi USM, masih-masih peristiwa pahir dan masin telah aku lalui... yang terucap dan tak terucap semua telah aku tempuhi...

Meh aku nak imbas kembali saat mula-mula aku menjejak kaki ke USM sampai la sekarang

Sehari sebelum aku mendaftar masuk ke USM, walaupun hati aku memang sejak tahu diterima masuk kesini, tidak tenang, tidak suka, tapi aku gagahi untuk bergelar pelajar universiti. Family aku siap adakan tahlil, tapi selepas solat maghrib berjemaah, aku dikejutkan, ayah aku diserang strok...memang masa itu fikiran aku langsung tidak teringat akan USM. Dengan hati dan jiwa yang tak tenang, aku ke hospital, tahlil malam itu diuruskan oleh bapa saudara aku.

Setelah keadaan ayah aku agak stabil, aku dan kakak balik ke rumah, Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar, tapi semua yang datang memang terkejut sebab tuan rumah xde. Aku menerima kata-kata semangat daripada keluarga dan sanak saudara yang hadir. Memang masa tue semangat aku sudah luntur memikirkan keadaan ayah di hospital.

Lepas balik dari hospital 4 pagi, aku langsung kemaskan barang-barang dan kepengkapan untuk ke bertolak ke USM keesokkan paginya. Tapi mujurlah mak sedara aku yang akan hantarkan aku ke USM, tapi kami stay di Ipoh dulu sebelum langsung ke USM.

Hari pendaftaran, bapa saudara aku yang hantarkan dari Ipoh ke USM, memang hati tak menapak di USM, tiada rasa kagum bergelar mahasiswa universiti, hati dan jiwa terus melayang ke arah lain.

Mujur aku ramai kawan sekolah lama yang turut belajar di USM, mereka lah teman dan kawan. Aku memang seorang yang payah untuk mendampingi dan didampingi. Mungkin ada yang cakap aku sombong, pendiam, pemalu...tapi semua itu adalah luaran aku sahaja.

Ke kelas dan kuliah memang aku keseorangan, duduk plak berseorangan dibelakang dan hujung kelas... mungkin orang kata aku nie sukar malas nak bergaul. Teman-teman aku diuniversiti hanyalah yang tinggal di desa. Makan, jalan-jalan semua dengan mereka. Itu pun tak ramai 4 orang jer. Perjalanan tahun pertamaku di universiti kosong.


Kenapa ini masih berlaku

Wah...wah...wah...
sekejap je rasa masa terlalu...rasa macam kelmarin baru bersua <---kata2 bakri semasa bagi ucapan 9 page masa J Nite

Malam bersama-sama kawan yang paling happening, syahdu, dan sebenarnya sukar diucap dengan kata-kata (bohong skit-skit)... Malam yang sebenarnya aku impikan semua kawan-kawan bersama-sama hingga ke penghujung majlis, tp sayangnya ada gak yang blah begitu sahaja...aku tak tau apa yang diaorg fikirkan, still rasa kecil hati, marah dengan yang lain... hanya mereka yang ada jawapan

Takyah fikir kepada perkara yang membuatkan kita rasa sedih, hari-hari terakhir nie perlu happy...enjoy ngan kengkawan...

Friday

Sekadar Picisan

Dah lama aku biarkan blog nie bersawang, banyak masa dihabiskan untuk assignment dan final projek. Assignment, walaupun ada satu jer, tapi kalau dh buat last minute tue, memang xde kualiti mana jawabnya, orang kata sekadar antr untuk dapat markah, dapat 2/10 pun dah kira ok.

Untuk Final Projek, xyah cite la...memang memenatkan badan, otak dan smua anggota badan. Walaupun masa yang diberi sudah lama, tapi macam biasa la, kalu tak buat last minute memang tak sah. Masa cuti mid sem, sanggup tak balik kampung dengan alasan untuk siapkan apa-apa yang patut sebelum buat layout untuk majalah. Tp semuanya hampeh, langsung tak berbekas. satu rencana pun tak buat.

Sebab kitaorg dah perkenalkan satu rencana baru, yang tak pernah diajar oleh mana-mana lecture, so disini aku sertakan rencana tersebut. Rencana Diari...

Khamis (18/3) organisasi final projek mula serius dalam membahagi tugas, tugas dibahagi ikut suka hati, tapi atas persetujuan dan kelayakan masing-masing. Aku kalu boleh, leboh prefer untuk buat layout, just ngadap PC/laptop dan buat ikut suka hati. Tapi disebabkan ahli kumpulan tak cukup, aku buat rencana yang entah apa2 entah, Berkumpul, lepas acara makan besar, jam 12 malam... berlanjutan sampai jam 4 pagi, masing-masing balik dengan rencana yang tak siap.

Jumaat (19/3) Seperti meeting-meeting sebelum ini, kami berkumpul 9.30 malam untuk settekan semua rencana yang betul siap. Walaupun otak semakin kurang efisien sebab banyak sangat perkara yang difikirkan, selain dateline yang semakin dekat, tapi sekurangkurangnya malam tue aku dah siapkan satu rencana, satu lagi dalam separuh jer. Tak sah kalu xde aktiviti sampingan, so malam tue sebab maisng-masing otak dah penat, so layan muvi Adnan Sempit pun best. Papehal malam tue berlanjutan sampai jam 3 pagi.

Sabtu (20/3) Tempat operasi ditukarkan dari Cafe Aman ke C10,untuk memudahkan segala operasi dijalankan. Operasi dimulakan lebih awal dalam jam 11 pagi. Biasalah, yang penting kumpul tenaga atas katil dulu sebelum buang tenaga dengan kerja-kerha yang semakin banyak. Jam terus berdetik sampai tak tahu hari hampir malam. Hari nie, plan birthday party untuk sorang anggota kongsi gelap, Roslin@Lin@Olynn. Dia agak terkedu gak, spt tak sangka, tp dia juga tak sangga tak dibaling teung dan gandum.

Ahad (21/3) C10 dah jadi macam rumah kedua kami, makan tido semuanya lat situ, tp ada juga yang terus mandi manda kat kat sana, sampai bilik sendiri pun tak kenal. Grup aku, semua rencana sudah settle, cuma nak edit rencana, kasi urmm skit, nak cuba dapatkan anugerak rencana terbaik semasa Comm Nite nanti, angan-angan je nie. Saat ke minit ke jam, pagi ke petang ke malam memang berlalu dengan pantas. Perasan hari dah berganjak ke Isnin. Hari nie, plan keliling Penang untuk snap pic, dari pagi gerak sampai malam baru settle. Diri sdiri ambil gambar, pastu diri sdiri jugak yang jadi model.

Isnin (22/3) Semalaman tak tidur, kalu lelap pun kejap jer. Sekadar ambil syarat. Hari isnin, kene jual BK, dengan tak mandi, kepala semakin berserabut, memang sah aku takkan jual. Penat lelah dengan tak tidur, costumer tengok pun, akan lari. Walaubagaimana pun, dengan mata yang semakin pedih perit, aku pergi ke kelas, dalam kelas, terpaksa niat buat-buat segar walaupun mata dah tak boleh nak celik. Lecture tanya pun, jawab cam mamai2 jer. Masing-masing ambil keputusan untuk balik tido, rehat secukupnya, Aku tido dari jam 2 petang, alarm kul 4, tapi terlajak tido sampai jam 5 petang. Lepas smart-smart dan hensemkan diri, gerak ke c10. Muka maisng-masing dah macam mayat hidup. tapi semangat masih membara. Aku dari seorang penulis rencana dah bertukar kepada layout designer, sebab masa semakin memhambat, tambah pulak ada manusia yang cakap pandai, tapi tak serupa bikin. Last-last aku gak yang tolong cantikkan layout tue. Bukan nak membangga diri, tapi itulah kenyataan.

Selasa (23/3) Masing-masing dah semakin tak tentu hala, dgr2 ada grup dah macam2 angin keluar. Tapi aku rasa grup aku still maintain enjoy the journey. Walaupun kekadang terpaksa menyekat angin daripada keluar. Kerja-kerja suntingan dan layout diteruskan seperti biasa. Walaupun plan dateline dah lepas, tapi kerj-kerja tetap dilakukan dengan tenang dan enjoy sempoi dan yang sama waktu dengannya. Dalam grup aku konflik pun kadang-kadang timbul, tapi disebabkan satu lawan 5, yang satu mesti kalah, walaupun seperti tidak mahu mengalah. Seperti biasa, masa berlalu dengan pantas, tak mampu untuk dihentikan walaupun sesaat. Dari siang telah bertukar malam, C10 dah bertukar daripada tempat kerja kepada seperti rumah pelacuran, semua cari port tidur masing-masing. Tapi aku tetap gagahkan diri untuk tidak tidur bersama member2 yang lain

Rabu (24/3) Segala kerja yang dilakukan semakin hampir selesai. Akhirnya mata aku terpaksa menidakkan yang aku boleh terus berjaga. Lepas solat subuh, hanya ingin rehatkan badan, tapi sampi jam 10.30 aku terlena. Semua kelas, bukan sengaja tapi terpaksa untuk ponteng. Selepas terjaga dari tidur yang agak lena, semua kerja final projek tak siap 100%, pergi hantar ke kedai print dan duduk bersembang di restoran mamak sebelum pulang ke kamar untuk terus melelapkan mata sampai petang.

nota d kaki: Bila diingatkan kembali, semua ini adalah satu kenangan yang sukar dilupakan semasa bergelar mahasiswa universiti. Jika ujian sebenar ini tidak mampu ditempuhi dihalangi, macam mana mahu tempuhi halangan yang lebih mencabar dialam kerja nanti

Monday

Setiap yang hidup pasti akan mati

Jika dua minggu lepas aku terima berita kemalangan kawan sekuliah. Memang terkejut juga, dah la kami satu grup untuk final projek magazine. Tapi tak kisah sangat pasal final projek tue, yg penting nyawa dan kesihatannya. Tp sekarang mujurlah dia dah semakin sihat dan isnya Allah sempat recover sepenuhnya sebelum final exam.

Pagi tadi aku terima berita kemalangan kawan lama aku masa sekolah rendah dan menengah. Bukan kemalangan biasa2, tp kemalangan yg menyebabkan kematian. Dari berita kwn2 aku, memang ngeri gak kemalangan tue. Memang terkejut sangat2. Aku pun tak sempat nak tanya dengan lebih lanjut, sebab kwn2 aku yang tinggal dan belajar sama dengan dia masih terkejut lagi.

Tapi dari laporan berita yang aku baca, aku bleh bayangkan yang kemalangan itu amat dasyat dan ngeri sebab tertembung dengan kereta dari arah bertentangan.

Pernah gak sekelas dulu cuma tak rapat. Yang aku still ingat, dia nie perangai manja2 skit, maklumlah anak tunggal dalam keluarga. Perempuan sorang plak tue. Aku memang sukar nak bayangkan bagaimana perasaan mak ayah dia. Dah anak tunggal, tentu jaga anak seperti menatang minyak yang penuh.

Buat kawan2 aku yang betul2 rapat dengan dia, yang betul2 terkejut dan sedih... Ingatlah sesiapa yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya. Cuma kita tidak tahu bila kita akan dipanggil untuk mengadapnya.

Nota d kaki: Innalillah.. semoga Allah menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman dan bertakwa.


Thursday

Islam agama syumul

PADA 17 Oktober tahun lalu, peguam terkenal Amerika Syarikat (AS) yang bertaraf jutawan, Mark Shaffer secara rasmi memeluk Islam di Arab Saudi.

Beliau yang mengendalikan pelbagai kes perundangan sivil, memeluk Islam ketika bercuti 10 hari di negara itu untuk melawat bandar terkenal seperti Riyadh, Abha dan Jeddah.

Di AS, beliau seorang yang sangat dikenali lebih-lebih lagi Shaffer ialah peguam yang mengendalikan kes raja pop Michael Jackson, iaitu seminggu sebelum superstar itu meninggal dunia pada 25 Jun 2009.

Sebagaimana yang diceritakan oleh pemandu pelancong, Dhawi Ben Nashir yang mengiringi Shaffer sepanjang percutian di Arab Saudi itu, peguam itu memeluk Islam dengan penuh kerelaan.

"Sejak hari pertama Shaffer menjejakkan kakinya di Tanah Arab, beliau bertanyakan pelbagai soalan mengenai Islam terutamanya mengenai solat.

"Selepas bercuti selama dua hari di Riyadh, sebuah bandar yang agak moden, kami kemudiannya bertolak ke Bandar Najran untuk melawat dua kawasan iaitu Abha dan Al-Ula.

"Di situ, minat beliau terhadap Islam semakin bercambah lebih-lebih lagi apabila berada di padang pasir yang gersang dan tandus. Namun semua ini memberikan pelbagai kesan tersendiri kepada jiwa Shaffer," katanya.

Shaffer dikatakan begitu tertarik melihat gelagat tiga pemuda yang turut mengikuti rombongan itu mendirikan sembahyang di tengah-tengah padang pasir yang luas.

Suasana itu memberikan satu pemandangan yang cukup indah kepada peguam tersebut.

Selepas itu mereka ke Al Juf dan sejurus tiba di sana, Shaffer meminta Dhawi mendapatkan beberapa buah buku mengenai Islam.

Sehari suntuk Shaffer menghabiskan masa dengan hanya membaca buku-buku tersebut.

"Keesokan pagi, Shaffer terus meminta saya supaya mengajarnya bagaimana melakukan solat. Tanpa banyak masalah saya pun menerangkan cara-cara untuk mendirikan solat termasuk mengambil air sembahyang," kata Dhawi.

Tanpa disangka, Shaffer kemudiannya berdiri di sebelah Dhawi dan mereka bersama-sama mendirikan solat.

Selepas bersolat dan berdoa, Shaffer berterus terang kepada Dhawi mengenai jiwanya yang kini dirasakan cukup tenang dan damai, suatu nikmat perasaan yang tidak beliau pernah rasakan sebelum ini.

Ketika itu peguam berkenaan hanya ingin merasa sendiri kesan solat terhadap dirinya walaupun masih belum memeluk Islam secara rasmi.

Pada petang Khamis itu mereka meneruskan perjalanan ke bandar Jeddah. Sepanjang perjalanan itu Shaffer tidak putus-putus membaca buku mengenai Islam.

Apabila tiba dan menginap di sebuah hotel di Jeddah, Dhawi meminta kebenaran Shaffer untuk keluar mengerjakan solat Jumaat.

"Bolehkah saya pergi bersama-sama awak? Nanti, bolehlah saya melihat sendiri bagaimana yang dikatakan solat Jumaat itu," kata Shaffer.

"Silakan, tidak ada masalah, marilah," ajak Dhawi.

Setibanya mereka di sebuah masjid yang terletak tidak jauh dari hotel penginapan, Shaffer dan Dhawi terpaksa solat di luar masjid. Mungkin kerana mereka tiba agak lewat, para jemaah telah melimpah ke luar masjid.

Menurut Dhawi, beliau melihat sendiri bagaimana Shaffer begitu asyik menyaksikan gelagat umat Islam mengerjakan solat terutama sebaik sahaja masing-masing selesai mengerjakan solat itu.

Para jemaah tanpa mengira latar belakang, miskin kaya dan sebagainya mereka semuanya saling bersalaman dan berpeluk dengan wajah yang ceria dan gembira.

Unik dan indah

Shaffer mengakui beliau begitu mengagumi pemandangan yang disifatkan begitu unik dan indah itu.

Sebaik sahaja tiba di hotel, tanpa ragu-ragu lagi Shaffer memberitahu Dhawi keinginannya memeluk Islam secara rasmi.

Dhawi tidak terkejut malah meminta supaya Shaffer membersihkan diri, iaitu mandi sunat dan kemudiannya beliau membimbing peguam itu melafazkan dua kalimah syahadah.

Maka rasmilah jutawan AS itu memeluk Islam setelah mengamati dan tertarik dengan suasana serta bagaimana agama itu begitu kuat diamalkan di Arab Saudi.

Seusai memeluk Islam itu, Shaffer menyatakan hasratnya untuk mengunjungi dan beribadat di Masjidil Haram di Mekah, sebelum mengakhiri percutiannya di Arab Saudi.

Bagi memenuhi hasrat Shaffer itu, Dhawi membawanya ke pejabat Dakwah dan Irshad di Al Hamro Jeddah bagi mendapatkan pengesahan mengenai pengislaman peguam itu.

Shaffer kemudiannya mendapat sijil sebagai dokumen rasmi yang membenarkan Shaffer untuk memasuki kota Mekah dan beribadat di Masjidil Haram.

Beliau kemudiannya diiringi Muhammad Turkistani yang bermurah hati membawa Shaffer masuk ke Tanah Suci Mekah dan bersama-sama beribadat di situ.

Sebaik sahaja Shaffer dapat memasuki Masjidil Haram di mana tersergam di hadapannya kini kaabah yang menjadi kiblat dan tumpuan ibadah umat Islam wajah Shaffer begitu gembira dan berseri-seri.

"Tidak dapat dibayangkan betapa gembira malah begitu terharu kerana sukar mempercayai bahawa Kaabah kini berada di hadapan mata," kata Shaffer kepada Dhawi.

Syukur atas nikmat Allah

Mulutnya tidak henti-henti mengucapkan syukur atas nikmat Allah kerana dapat berada di hadapan kaabah lebih-lebih lagi dalam tempoh 24 jam baru memeluk Islam.

Beliau kemudiannya mengerjakan tawaf mengelilingi kaabah yang diakhiri dengan solat sunat dan doa yang panjang.

Apabila tiba masanya untuk mereka meninggalkan Masjidil Haram, dapat dilihat betapa Shaffer seperti enggan berpisah malah suasana bertukar menjadi sangat sayu.

Baru sampai sudah hendak berpisah, hati mana yang tidak sedih!

Dalam satu temuramah dengan akhbar Al Riyadh, Shaffer tidak dapat menghuraikan perasaannya kini setelah rasmi memeluk Islam tanpa paksaan mana-mana pihak.

"Tetapi apa yang jelas, dapat dirasakan saya seperti dilahirkan semula dan kehidupan seolah-olah baru sahaja bermula.

"Di samping begitu gembira iaitu kegembiraan yang sukar saya terjemahkan melalui kata-kata apabila diizinkan Allah tidak sahaja dapat mengecap nikmat iman tetapi yang lebih bertuah lagi saya dapat beribadat di hadapan kaabah.

"Ini menjadikan diri saya sangat mendekati Islam dan tidak mahu berjauhan dari kaabah yang suci itu," katanya.

Namun beliau menyedari bahawa dia masih begitu dangkal mengenai Islam.

"Maka menjadi satu tanggungjawab selepas ini untuk saya terus mengkaji dan mendalami agama Allah ini dan yang pasti kembali ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah dan haji," ujarnya dengan penuh azam.

Sebelum ini menurut Shaffer, beliau telah menerima pelbagai maklumat mengenai Islam namun semua itu agak terhad.

"Sehinggalah saya melawat Arab Saudi dan secara peribadi menyaksikan mengenai Islam di sana, melihat sendiri bagaimana mereka mendirikan solat semua itu menyebabkan keinginan saya untuk mengenali Islam semakin kuat.

"Ditambah apabila saya banyak membaca mengenai Islam semua itu membuatkan saya semakin yakin bahawa Islam adalah agama yang benar," katanya.

Sunday

Berani betul budak nie

Aku merupakan antara jutaan oarang Malaysia yang mengikuti perkembangan kes seorang gadis berumur 19 tahun, Norlaili Afizah Omar @ Pijah yang dikatakan lari bersama kekasihnya Sarjo @ Abg Jo untuk berkahwin di Indonesia. Namun akhirnya, Pijah mengambil keputusan untuk kembali ke pangkuan keluarga selepas berita kehilangan Pijah dilaporkan didada-dada akhbar dan media elektronik.

Bagi aku, Pijah seorang gadis yang berani kerana mengambil keputusan untuk lari dan kahwin di Indonesia. Mungkin Pijah tidak membaca laporan akhbar dan media elektronik tentang kesensaraan yang ditanggung oleh gadis2 yang dibawa lari ke Indonesia.

Ataupun perasaan kasih, sayang, cinta yang mendalam Pijah terhadap Abg Jo, aku ambil kata2 dari Utusan Malaysia pandangan terhadap lelaki Indonesia:-

hadeja Rini, 26, dari Medan, berkata, layanan yang diberikan oleh lelaki Indonesia terhadap wanita mempunyai perbezaan dengan lelaki tempatan.

''Lelaki Indonesia melayan wanita dengan penuh pengertian, sopan dan pandai menjaga hati pasangannya.

''Namun itu tidak bermakna lelaki tempatan tidak bagus, cuma cara mereka menunjukkan kasih sayang mungkin berbeza berbanding lelaki Indonesia yang lebih terbuka," ujarnya.

Sementara itu, Fatkhurrahman, 36, dari Gombong, Jawa Timur pula berpendapat, sikap rajin dan tidak melepaskan peluang yang berada di depan mata merupakan antara tarikan yang ada pada lelaki Indonesia.

''Kami datang ke Malaysia untuk bekerja dan asalkan kerja itu halal, pasti kami sanggup lakukannya dan mungkin ini yang dinilai wanita tempatan sehingga nekad memilih lelaki Indonesia," katanya.

Tapi, jika benarlah laporan dalam akhbar, tidak ditokok tambah, aku rasa memang Abg Jo nie seorang yang caring and loving sebab dengan rela hati melepaskan Pijah untuk kembali ke pangkuan keluarga. Dia pun tahu, tanpa restu kelaurga, perkahwinan mungkin takkan bahagia.

Tapi, aku pelik juga, dalam berjuta-juta lelaki kat Malaysia nie, nak pilih gak lelaki Indonesia. Adakah lelaki M'sia nie x macam Abg Jo. Tengok cam Dato' K, loving and caring gak mcm Abg Jo.

Papepun, untuk Pijah, akhirnya dia telah kembali sedar dari angau cinta dengan membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan keluarga. Umur pun baru 19 tahun, masih muda lagi dan perjalanan untuk masa hadapan pun masih jauh. Pijah pun ada kata nak masuk rancangan Mentor, mesti ramai yg akan vote Pijah sebab dia dah popular sebelum masuk lagi.

Nota d kaki: Abg Jo dah balik Indonesia, abg Aizat still ada kat Malaysia


Saturday

Kematian

Sejak kebelakangan ini, hampir setiap hari aku mendengar berita mengenai kematian samada dalam kalangan saudara-mara kengkawan, berita atau diblog.

Al-Qur’an menegaskan bahwa seluruh manusia, bahkan seluruh makhluk hidup, akan mengalami kematian. Tidak seorang pun yang akan hidup kekal di dunia ini. Allah SWT berfirman,

“Semua yang ada di muka bumi ini akan fana.” (QS. Ar-Rahman: 36)
“Setiap yang bernyawa itu pasti akan mengalami kematian.”(QS. Ali ‘Imran: 185)
“Sesungguhnya engkau—wahai Rasul—akan mati. Dan sesungguhnya mereka pun akan mati.” (QS. Az-Zumar: 30)
“Dan kami tidak menjadikan orang-orang yang sebelum kamu itu hidup kekal. Apakah jika kamu mati mereka itu hidup kekal?” (QS. Al-Anbiya’: 34

Dari ayat-ayat ini kita dapat memastikan bahwa kematian merupakan hukum kehidupan umum dan mutlak bagi setiap makhluk hidup di dunia ini.

Melalui ayat-ayat Al-Quran yang aku petik nie, kita semua tahu yang hidup pasti akan menemui kematian, tidak kira bagaimana cara sekalipun. Bila malaikat menjemput, pasti tidak ada yang mampu menolak dan menangguhnya.

Kematian juga tidak mengira umur, darjat, pangkat, pasti kematian akan menjelma juga

Bila terfikir akan kematian, pasti ramai yang akan takut, tapi sudah bersediakah kita untuk menghadapinya? Cukupkah amalan kita didunia, sudahkah kita mula bertaubat? adakah kita sudah memaafkan dan dimaafkan?

Bila terngat tentang kematian, teringat juga aku pada lagu selimut putih..

Bila Izrail Datang Memanggil
Jasad Terbujur Di Pembaringan
Seluruh Tubuh Akan Menggigil
Terbujur Badan dan Kedinginan
Tak Ada Lagi Gunanya Harta
Kawan Karib Sanak Saudara
Jikalau Ada Amal Di Dunia
Itulah Hanya Pembela Diri
Janganlah Mahu Dikenang-kenang
Engkau Digelar Manusia Agung
Sedarlah Diri Tahu Diuntung
Sebelum Masa Lkerenda Diusung
Datang Masanya Insaflah Diri
Selimut Putih Pembalut Badan
Tinggal Semua Yang Dikasihi
Berbaktilah Hidup Sepanjang Zaman

Kematian sebenarnya berlaku setiap saat dan detik, cuma kita sahaja tidak mengetahuinya. Yang ditinggalkan hanya, amalan, doa anak yang solah dan sedekah jariah.

Salam takziah aku untuk Nadzirah diatas kematian pakciknya, ajeng - neneknya, rakyat negeri johor - almarhun Sultan Iskandar, Keluarga Timb. Ketua Polis Negara, Tan Sri Sedek Ali, Pensyarah UM, Dr. Anuar Nor Arai, Timb Editor Utusan Online, Faridah Hashim dan Jurufoto Utusan Nazudeen.

nota d kaki: semasa aku menulis entri nie, hujan turun dengan renyai2. Hujan rahmat

Friday

Jom Main Kawin-kawin

KANGAR: “Saya hairan dengan urusan perkahwinan ini kerana dari segi logik, nak beli kerbau sekalipun kita perlu bertemu pemiliknya...inikan pula orang.

“Saya dan keluarga langsung tak pernah bertemu bakal ‘menantu’ dan tak tahu menahu mengenai majlis akad nikah mereka,” kata bapa ‘pengantin perempuan’, Wan Ahmad Wan Harun, 58, (gambar) ketika ditemui petang semalam.


Katanya, adat Melayu ada peraturannya apabila keluarga pengantin lelaki perlu mengadakan majlis merisik, bertunang, menetap mas kahwin dan hantaran serta tarikh perkahwinan.


“Tapi semua itu tak berlaku kepada saya yang dikatakan bakal menerima ‘menantu’. Secara tiba-tiba, rombongan pengantin lelaki datang untuk bernikah.


“Saya terkejut dan hampir pengsan apabila rombongan pengantin lelaki tiba-tiba datang ke masjid dekat rumah untuk melangsungkan pernikahan (1 Januari lalu),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gial, dekat sini.


Seorang inspektor polis, Nurr Fahmy Abu Samah, 28, menanggung malu kerana mendakwa ditipu bakal isteri yang masih berstatus isteri orang menyebabkan majlis perkahwinan itu dibatalkan.

Dalam kejadian itu, rombongan pengantin lelaki terkejut apabila melihat `pengantin’ perempuan hanya berkain batik dan berbaju-T menyambut kedatangan mereka seorang diri di rumahnya di Kampung Gial.


Wan Ahmad yang juga seorang pesara kerajaan berkata, anak perempuan sulungnya daripada lima beradik itu, Wan Azura, 28, sudah berkahwin dan sepanjang pengetahuannya anaknya itu masih tinggal bersama suami di Kuala Lumpur.


“Macam mana dia hendak berkahwin kerana sudah bersuami. Mengapa keluarga pengantin lelaki tak siasat latar belakang bakal isteri dan tergesa-gesa hadir untuk berkahwin,” katanya.


Justeru, katanya, bagi mengelak kejadian tidak diingini, dia dan isteri, Aisyah Mat, 49, mengambil keputusan keluar dari rumah ketika rombongan pengantin tiba pada hari berkenaan.

nota d kaki: Nak kahwin kene ikut adat melayu


Wednesday

USMFC Cemerlang di laman sendiri


Aksi sulung USM FC di pentas Liga Perdana 2010 menampakkan hasil apabila menundukkan Pos Malaysia FC dengan jaringan 1-0

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan gagal mencari gol awal untuk keputusan 0-0 pada separuh masa pertama.

Namun begitu, pada minit ke-45, USM FC hampir berada dihadapan, namun gol yang dihasilkan dinafikan oleh pengadil akibat telah melepasi kawalan offside

Menjengah ke separuh masa kedua, permainan adalah agak seimbang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan dengan beberapa gerakan berbahaya ditunjukkan oleh pemain Pos Malaysia FC dan USM FC namun gagal untuk menjaringkan gol.

Namun, lima minit sebelum wisel tamat, gol yang dicari menjelma hasil tandukan cantik Mohamad Baser.

Menurut Jurulatih USM FC, S Veloo, beliau berbangga dengan aksi yang ditunjukkan oleh anak-anak buahnya dan memyifatkan ia sebagai satu permulaan yang baik.

“Namun ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki untuk memantapkan lagi persembahan pasukan khususnya dibahagian serangan dan pertahahanan,” katanya.

“Untuk perlawanan seterusnya menentang PDRM, kita mensasarkan untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata,’’ ujarnya.

Hadir sama menyaksikan perlawanan tersebut ialah Naib canselor USM Prof. Tan Sri Dr. Dzulkifli Abd. Razak dan Timbalan Naib Canselor Bahagian Penyelidikan dan Inovasi Prof. Asma Haji Ismail.

Perlawanan seterusnya, USM FC akan menentang Polis DiRaja Malaysia di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi pada 15 Januari dan akan menentang pasukan Felda United FC di laman sendiri pada 18 januari 2010.

USMFC ke Liga Perdana 2010


Universiti Sains Malaysia (USM) melalui USM FC mencipta sejarah sebagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pertama di Malaysia yang bersaing dalam Liga Perdana musim 2010 bermula pada 11 Januari lalu.

Pengurus Pasukan, Mohd Azizudin Mohd Sharif berkata,pasukan yang dahulunya dikenali dengan nama Kelab Bola Sepak Staf USM (KBSUSM) kini dikenali sebagai USM FC bagi menunjukkan penglibatan warga USM dalam pasukan yang kebanyakannya merupakan staf-staf universiti.

USM FC juga akan diperkuatkan oleh 10 pemain profesional yang pernah bersaing dalam Liga Super, Liga Perdana dan Piala Presiden.

Antaranya M. Prakash, Mohd Noraslan Md. Makhtar (Pulau Pinang) Azizul Ahmad Sabri (ATM)dan Mohd Fakhrul Radzi Yaacob (Piala Presiden Kedah)

USM FC turut mendapat khidmat bekas Ketua Jurulatih Pulau Pinang, S. Veloo sambil dibantu oleh Rosli Ali dan K. Ramajayam.

Sebagai pasukan baru dan dibarisi pemain-pemain muda, USM FC hanya menetapkan sasaran yang sederhana untuk musim 2010

“ Sasaran USM FC pada musim 2010 adalah untuk terus kekal dalam Liga Perdana, namun untuk sasaran jangka panjang, kita berharap untuk beraksi dalam Liga Super ,”katanya

“USM juga mencipta sejarahnya tersendiri apabila menjadi universiti awam pertama diberi peluang untuk menganjurkan perlawanan di Stadium USM setelah mendapat pengesahan daripada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya

Beliau juga mengharapkan sokongan padu daripada warga kampus USM untuk memenuhi kerusi stadium dan menyokong pasukan USM FC dalam setiap perlawanan di Stadium USM, katanya ketika ditemui semasa upacara penyerahan bendera USM.

Hadir sama ke majlis tersebut ialah Naib Canselor USM, Prof.Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak untuk sesi memperkenalkan pemain dan pengurusan USM FC.

Dalam perkembangan lain, USM FC turut menerima tajaan daripada Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (R&I) USM bernilai RM200 000 bagi membiayai program latihan memantapkan pasukan untuk bersaing dengan lebih kompetetif dalam Liga Perdana musim 2010.

Pasukan USM FC telah memulakan saingan dalam Liga Perdana dengan menentang pasukan POS Malaysia pada 11 Januari lalu manakala pada 2 Februari hadapan pasukan USM FC akan memulakan saingan dalam pertandingan Piala FA dengan menentang Terengganu.

Pasukan lain yang akan turut beraksi dalam Liga Perdana 2010 termasuklah Sabah, Sarawak, Melaka, Felda United, Harimau Muda, Majlis Perbandaran Muar, Polis Diraja Malaysia, PKNS Selangor, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kuantan Port.

Monday

Ceritera Kehidupan

Ceritera 1

Hari isnin, hari kelas sedunia... seperti biasa kalau ada kelas pagi, mesti aku akan bangun antara setengah jam @ sejam sebelum kelas bermula. Itu pun dengan pertolongan alarm HP, kalau tak, tunggu matahari tegak dikepala baru nak bangun

Disebabkan semalam agak lewat aku tido, lepas solat subuh aku kembali memejamkan mta untuk seketika sebab kelas jam 9 pg. Aku terlewat bangun kira2 jam 8.45pg. Bergegas aku kebilik air, kira mandi pun sekadar ambil syarat. Selebihnya kita serahkan kepada deodorant ngan perfume.

Aku terlewat 10minit. Tiba di DK N, aku melulu masuk dan tiada sebarang nafas manusia didalam. Persoalan dijiwa... adakah kelas batal, tukar DK lain @ dianjak kewaktu lain. Aku balik ke bilik dengan hampa.

Nampaknya sehari lagi jadual aku clean n clear untuk minggu ini.

Ceritera 2
Aku tekad, pape hal aku kene jumpa lecturer jugak. Surf internet dalam pusat pengajian ilmu kemanusiaan tengok lecturer yang mengajar. Sorang lelaki Dr. Jasni) dan sorang perempuan (Dr. Hasanah). Sah2 aku nak jumpa lecturer perempuan, sekurangnya kene marah, marah2 sayang gitu.

Jam 4 ptg, lepas mandi dan solat, aku dengan semangat ke PPIK untuk bertemu muka dengan Dr. Hasanah, tapi sudah termaktub disoftboard, Sebarang Perbincangan HIS213 Sila Jumpa Dengan Dr. Jasni (C20 037). Terima Kasih

Aku melangkah longlai ke bilik Dr. Jasni, dibilik Dr. Jasni nampaknya ada orang, hampir 30 minit gak aku menunggu penuh berdebar, camner gamaknya Dr. Jasni nie. Selepas orang itu beredar, aku masuk... Dr. Jasni sambut aku dengan senyuman lelaki macho.

Aku: Dr, saya nak daftar tutor
Dr. J: Awak tak pergi class ke td?
Aku: Saya pergi pukul 9, tapi takde orang pun
Dr J: Laa, awak nie, kelas pukul 10, bukan 9.. nah ambil kertas nie dah tulis kelas tutor mana awak nak.

Tiba2 terasa tebal muka aku sambil memilih kelas tutor hari isnin jam 10pg.

Aku: Satu lagi Dr. kelas hari rabu saya clash
Dr. J: Nak buat camner, saya buat tutup mata je la. Tapi make sure awak cari nota2 lepas

Terima kasih Dr, aku keluar dengan mata berbunga2 riang.

Ceritera 3
Usai semua meeting desk sukan, aku ke Sungai Dua dengan harapan tinggi, nak repair laptop yang semakin tenat. Bukan tenat sangat pun, cuma sound, speaker je yang buat hal. Bunyi macam pecah.

Kali ini aku memilih kedai komputer Maksom. Kenapa aku pilih kedai nie, entah la. Aku main hentam je pegi kedai tue.

Masuk kedai, tak mesra pelanggan langsung, tak ucap selamat datang pun kat aku. Selepas terang sedikit sebanyak penyakit laptop akukat seorang mamat, dia on, lepas tue click sana click sini. Rasa mcm ilmu perkomputeran tak cakup, dia tanya yang lain. Lepas tue, bawak laptop tenat aku ke tingkat atas.

Aku ambil masa terluang dengan survei laptop baru kat kedai. Nak beli, x mampu. so mampu tengok je la. Lebih kurang 10 minit, dia suruh aku bersabar sebab katanya penyakit laptop aku tak boleh diselamatkan. Sebelum aku keluar, mamat tue tanya usia hayat laptop, aku cakap 5-6 tahun. Dia balas balik "kene dengan umur dia dah tue". Menyirap darah aku dengan mamat tue, papepun aku sayang ko laptop. Ko banyak berjasa untuk aku.

Sabar je laptop, dah keje nanti, aku tukar ko jadi laptop mini plak.

nota d kaki: Tahun 2010 nie, banyak plak aku membebel dalam blog nie

Saturday

Hari Ini Dalam Sejarah

lepas mandi untuk kali ke-dua hari ini, ak menyiapkan diri untuk keluar sorang-sorang tanpa ada kelibat manusia lain bersama. Jam dah menunjukkan pukul 1 tgh, perut pun kene isi gak. Aku pun menuju ke Sungai Dua untuk ke kedai makan dekat simpang ke JPJ.

Sesampai disana, kedai agak ramai dan sesak dengan manusia yang lapar seperti seminggu tak makan. Aku ambil keputusan untuk makan kat dalam desa, antara kat cafe fajati atau di cafe kembara. Di cafe fajar pun nampak seperti ramai orang.

Akhirnya aku kembali kepada cafe kembara yang sebenarnya aku tolak ketepi dari list tempat makan hujung minggu, lagipun apa salahnya hujung minggu cari selera luar.

Aku ambil keputusan untuk makan di bilik saje, lagipun ada geng2 budak saspen yang amat aku kenali, malas nak makan dengan diaorg. So aku buat macam2 tak nampak je. Nampak lauk2 yang terhidang dimeja agak mengiurkan. Aku ambil ayam goreng, sayur masak lemak dan telur dadar
Dengan muka yang lapar, aku ke kaunter pembayaran, mak cik cafe kira smuanya RM4.00. Agak murah jika dibandingkan aku makan diluar, tapi aku rasa lagi murah makan di cafe indah.

Aku nak ambil wallet dalam poket seluar, tapi takde...menggelabah gak aku, rasa cam dunia mahu terbalik, mana aku letak pun, aku tak pasti. Maybe dalam raga motor, aku bergegas ke motor, juga tak ditemui. Aku start motor dan balik ke desa. Rupanya wallet ngah landing sedap atas tilam.

nota d kaki: Camner agaknya reaksi aku jika perkara ini berlaku dikedai luar USM, mana aku nak letak muka.

Bangun Pagi-Pagi

Semalam agak lewat gak aku tido, duk melayan YM ngan kak long sampai jam 3 pagi. Pastu apa lagi...ak trus pergi beradu.

Tepat jam 6.45 pg, alarm hp mengejutkan aku untuk mengadap Allah s.w.t. Selepas tue, aku terasa seperti mata tak mahu untuk menutup kembali seperti biasa. Apakah yang boleh aku lakukan pagi2 buta2 sedangkan lebih 1 billion umat sedang lena diulit mimpi.

Aku membuat sedikit regangan badan kat bilik, pakai kasut dan trus ke kawasan skul Farmasi. Jogging dua pusingan aku truskan ke kawasan tasik aman dan farapan plak.

Masuk ke 1 pusingan kat tasik farapan, aku dah termengah2 menyedut oksigen pagi yang masih segar sebelum dicemari oleh asap2 dan habuk2 bandar.

Jogging di tasik aman, lari kejap, jalan, lari kejap, jalan...nampak sangat aku tak fit. Buat 2 pusingan kat tasik aman, aku trus ke skul farmasi untuk buat satu pusingan sebelum balik ke desa. memang aku dah tak larat nak lari, rasa cam nak cari balang oksigen dah.

kesudahannya, aku rasa lenguh2 dan sakit2 badan. Tapi aku rasa seperti memulakan hari dengan cara sihat.

Jom minum milo. "Anda Jadi Sihat Dan Kuat' (iklan tak berbayar)

nota d kaki: Azam tahun baru aku kot, nak jogging tiap hujung minggu