Monday

Semester Baru, Semester Terakhir

Aku mulakan dengan penuh kesyukuran terhadap Allah s.w.t kerana masih diberi peluang bernafas dan menjalani kehidupan di dunia.

Semester baru di semester terakhir nie seperti boleh kau bayangkan betapa kau memerlukan banyak pengorbanan masa, ruang dan wang. Tapi itu semua hanyalah bayangan semata, namun semua itu sebenarnya sudah termaktub dalam kehidupan, yang membawa cabaran dalam hidup.

Semester baru... bagi sesetengah orang adalah sama seperti tahun baru, memerlukan perancangan dan azam yang baru sebagai pembakar semangat untuk mengharungi liku-liku kehidupan di kampus.

Aku rasa, tak perlulah aku meletakkan azam baru sebab azam yang sebenarnya telah aku rencanakan sebelum aku menjejak kaki ke sini. Cuma perancangan yang perlu diubah dan diteliti balik untuk menutup lompang-lompang yang semakin kritikal.

Rasanya tidak perlu aku membuka pekung di diri, cuma sebagai ingatan kepada diri sendiri supaya tidak lagi pandang ke belakang dan meneruskan apa yang ada didepan mata dan cuba untuk mencari peluang yang ruang untuk membaiki diri sendiri.

Semester baru... tak start kelas lagi, aku dah menghadapi beberapa masalah, tak banyak tapi boleh memeningkan diri. Pertama, semester lepas aku telah ambil paper Periklanan berunit 3 sebagai kursus Elektif, tapi masalahnya, untuk kursus elektif memerlukan 4 unit. Mana aku nak cari 1 unit lagi, so aku bercadang untuk ambik paper Bahasa Arab LAA100/2. Tapi aku tak pasti samasa paper bahasa boleh ambil untuk kursus eliktif atau tidak.

Kedua... aku mulanya plan nak ambil paper kewangan islam (muamalat) untuk abiskan semua paper minor. Tak tahu la senang ke susah paper nie, tapi dah hati aku berkenan benor dengan paper nie, so aku pun daftar. Lagipun kelas waktu petang, tak clash dengan paper2 lain. Tapi bila aku buka website pengkhususan minor pengajian islam, rupaanya aku terlupa ambil satu paper wajib untuk minor iaitu perundangan islam, sekali tengok jadual, clash ngan dengan paper major. Adus, betol2 menyusahkan diri. Terpaksalah aku meminta jasa baik lecture supaya ubah waktu kelas. Minta2 beliau FAHAM...

nota d kaki: Semua yang berlaku disebabkan perancangan yang tak rapi.

Friday

Updated...

Dah lama aku biarkan blog nie bersawang. Sebenarnya aku macam rasa nak tingglkan dunia blogging nie sebab aku rasa tiada pape yang boleh aku sampaikan kepada pembaca. kebanyakkannya hanyalah aktiviti dan luahan rasa dan pendapat yang boleh diannggap hanya picisan sahaja. Dengan bahasa yang mudah, tiada tidak membaca apa-apa kepada pembaca.

Sepeninggalan aku lebih sebulan dalam dunia blog nie, aku rasa semuanya masih berada dalam keadaan yang sama sebelum dan selepas. Cuma, mungin ada sedikit perubahan, perubahan sikap, perubahan enviroment, perubahan pemikiran dan lain, tapi perubahan yang aku rasa hanya untuk sementara namun aku cuba untuk mengekalkan perubahan tersebut.

nota d kaki: xde pape kot nak aku tulis lagi...cau cin cau

Monday

Exam oh Exam

Sedar tak sedar nampaknya semester akan berakhir. Rasa sekejapnya aku dan teman2 bersama-sama menyiapkan berita Kampus sebanyak 6 keluaran. Walaupun aku lebih banyak menyibuk daripada bekerja, tapi sekurangnya-kurangnya aku tolong gak. (tolong menyibuk)

Tapi semua itu sudah berlalu, yang perlu difikirkan sekarang ialah final exam yang bakal menjengah dalam setiap pelajar, tak kira dimana jua anda berada. Yang nak ambil SPM dan STPM pun tak lama lagi juga.

Walaupun waktu-waktu begini (2.37am) amat sesuai untuk orang2 yang macam kelawar macam aku untuk study, tapi disebabkan terlalu banyak penganruh-pengaruh dan ancaman-amcaman dari luar menyebabkan, masa aku sering dilenyapkan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Terutama sekali facebook.

Penangan FB nie sebenarnya telah banyak melalaikan aku. Aku rasa ramai yang tak setuju dengan aku. Sebab kata mereka, pemimpin2 negara pun disaran untuk ada FB nie. Tapi bagi aku, antara aku dan pemimpin negara nie, bagai langit dan bumi. Mereka online kadang2, aku plak online lebih 12 jam sehari. Selagi wireless tak terputus dan laptop aku tak meragam, selagi itulah aku akan online.


Aku memang pasang hajat dan impian untuk sekurang2nya sekali dalam exam aku dapat 3.00keatas, tapi dengan sikap dan perangai aku macam nie, camne tue??? fikir-fikirlah sendiri. Nak salahkan orang lain memang tak boleh sebab dri sendiri tak mahu berubah.

Pic sebelah tue, aku bukan nak tuju kat sesape, tak kat diri sendiri juga. Sebelum aku kenal FB pun relust aku cukup2 makan jer, kalu dah kenal FB ni aku rasa headline boleh diubah ke 'Facebook punca keputusan semakin teruk'.

(Ayat menyedapkan diri) Papepun, aku rasa setiap sem aku dah cuba yang terbaik dan buat sehabis baik, mungkin yang terbaik bagi aku, masih tak terbaik bagi lecture. Tapi sekali tengok dalam slip, pointer aku selalu gak naik biarpun naik 0.01 cgpa.

nota d kaki: Buat teman-teman, sahabat-sahabat, kawan-kawan semua. Good luck for ur final exam.

Tuesday

Buat Teman-Teman Wartawan BK

Entry nie aku jumpa masa menjelajah dari web ke web tanpa arah tuju sebenarnya. So buat teman-teman wartawan Berita Kampus semua. Baca je la ek...

Memang lumrah kalau wartawan dijemput menghadiri mana-mana majlis, akan diberikan cenderahati kecil seperti pen, rantai kunci, payung, kalendar, buku catatan, topi atau door gift yang sama atau agak istimewa berbanding tetamu lain. Dalam musim perayaan pula, syarikat-syarikat besar seperti syarikat penerbangan atau hotel-hotel akan menghantar hamper, kuih, dodol, limau atau makanan lain ke meja wartawan sebagai tanda terima kasih atas kerjasama dan publisiti yang diberikan sepanjang tahun. Makanan dan hamper ini biasanya dibahagi-bahagikan sesama mereka yang bertugas termasuk bos.

Bagaimanapun, tanpa cenderahati atau hamper atau makanan, cerita, berita dan publisiti tetap juga ditulis dan disiarkan di media. Lebih-lebih lagi kalau jenis berita yang boleh ‘jual’ media (ahak!). Mereka tak payah cari wartawan, wartawan yang akan cari mereka.

Tetapi, pemberian wang atau hadiah yang mahal-mahal kepada wartawan secara peribadi tidak boleh diterima sama sekali tanpa kebenaran syarikat kerana ia dianggap melanggar etika kewartawanan dan etika syarikat. Kalau pihak pengurusan mengetahuinya, wartawan berkenaan boleh diambil tindakan tata tertib. Kalau nak keluarkan duit juga, beli iklan atau ruang khas untuk keluarkan cerita mereka. Duit itu pergi pada syarikat, bukan wartawan.

Suatu waktu dahulu, wartawan dipandang tinggi kerana tugas mereka yang menjadi penyalur berita, penyampai maklumat, malah penggegar semangat juang dan semangat nasionalisme melalui tulisan mereka. Untuk memperjuangkan kemerdekaan pada tahun-tahun 1950an dulu, wartawan ada peranannya. Laporan berbentuk penyiasatan atau investigative reporting yang dilakukan oleh wartawan, boleh meruntuhkan sebuah empayar atau organisasi seperti yang berlaku dalam skandal Watergate di Amerika suatu waktu dahulu.

Wartawan dulu juga dianggap hebat kerana dilihat bergaul rapat dengan orang penting dan kenamaan yang sukar didekati orang biasa. Tetapi, sama seperti profesion perguruan, wartawan kini dipandang rendah dan remeh oleh sebahagian anggota masyarakat. Kalau difikir-fikirkan, tak boleh juga menyalahkan sepenuhnya orang luar yang berpandangan begitu, kena salahkan sebahagian wartawan itu sendiri yang bersikap ‘sebab nila setitik rosak susu sebelanga’.

Sebenarnya, wartawan pun sama macam orang lain juga. Kalau ada guru, polis, doktor, peguam, kerani, ustaz, imam, ketua jabatan, ketua hakim (hehehehe!) atau menteri (hehehehe!) yang jujur dan yang menyeleweng, wartawan pun ada yang jujur dan ada yang menyeleweng. Sama macam mereka yang lain itu juga, wartawan pun ada yang amanah menjalankan tugas dengan niat menyampaikan maklumat kepada masyarakat dan ada juga yang ‘main belasah’ saja untuk kepentingan diri sendiri.

Dalam dunia wartawan sama juga macam di organisasi lain, ada politicking, ada back stabbing, ada yang jadi mangsa dan ada yang jadi pemangsa. Ada wartawan yang sangat tajam pemikiran dan jauh pandangannya, ada juga yang jenis blur, malas, buat kerja asal siap dan tak buat homework dulu sebelum menulis. Sebab itu tidak adil membuat tanggapan buruk secara umum kepada semua wartawan.

Kepada adik-adik yang masih jadi wartawan macam Syahril (yang pernah ‘berasap’ apabila ada orang mengutuk wartawan) dan adik saya, jangan lekas putus asa, marah atau rendah diri jika ada orang memandang serong pada wartawan. Walaupun mungkin kecil, tetapi kita juga ada peranan penting kepada masyarakat. Tanpa wartawan, orang yang mengutuk wartawan itu nanti akan jadi katak di bawah tempurung, tidak akan tahu perkembangan semasa dunia. Tak nak tengok dan baca media tempatan dan nak tengok atau baca berita-berita CNN, Al-Jazeera, Reuters, AFP, Astro dan yang seumpamanya saja? Mereka itu pun wartawan juga! Ada yang betul dan ada yang tak betulnya!

Saya pernah jadi wartawan dan bukanlah mudah sebenarnya untuk jadi wartawan yang baik. Saya pernah melalui latihan intensif kewartawanan di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) selama tiga bulan sebelum dipercayai untuk dilepaskan keluar bertugas. Pernah berhempas pulas selama empat tahun di ITM (sekarang UiTM) untuk mengejar sekeping pengiktirafan dalam bidang kewartawanan, pernah melalui pelbagai pengalaman pahit manis jadi wartawan dan pernah menang anugerah kewartawanan. Tetapi semua itu masih belum menjanjikan seseorang itu boleh menjadi wartawan yang baik.

Bagi saya, wartawan yang baik ialah yang ada rasa tanggungjawab terhadap apa yang ditulisnya, bukan menulis untuk mensensasikan cerita, untuk melariskan akhbar/majalah semata-mata atau untuk mengejar populariti. Dan apabila kita rasa tidak berupaya menegakkan tanggungjawab itu lagi, maka tibalah masanya untuk berundur dan jadilah wartawan pencen macam saya!

(petikan dari http://makajiamatullah.blogspot.com)

Adakah aku layak untuk menjadi wartawan dalam skop yang lebih besar sedangkan dalam skop yang kecil pun aku tak mampu hadapi.

Nota d kaki: Bak kata BPR, aku hanya serangga.

Thursday

Malam Yang Hening

Selepas letih melepak kat opis Berita Kampus, aku pun merempit balik ke desa untuk beradu. Almaklum la, dah hamper jam 12.

Sampai di di desa IK, parking nouvo aku elok-elok, aku berjalan naik ke tingkat 3. Tiba-tiba pandangan aku beralih ke sekelompok manusia lelaki dan perempuan di blok lelaki. Buat apa budak perempuan dalam blok lelaki malam2 buta nie.

Diketuai oleh big bossnya, mereka mengetuk-ngetuk pintu dari bilik ke bilik, tapi aku langsung tak ambik port dan terus blah menaiki anak tangga demi anak tangga ke tingkat 3.

Masuk ke bilik, buka laptop sambil menghirup air kosong, tiba2 pintu bilik aku diketuk. Bukan tiga kali,tapi berkali-kali. Gelabah juga, sbb ingatkan sekelompok manusia tadi, tapi cuma manusia biasa dari Sabah.

Manusia Sabah bagitau aku yang barang2 elektrik budak level bawah kene rampas oleh sekelompok manusia tadi. Aku pun rasa cam nak cakap besar jer, kalu berani meh la rampas heater aku. Bagi aku, heater tue barang penting, sbb tanpanya aku xbleh minum air milo malam2.

Aku bagi alasan skit2, sape suruh tak repair water dispenser kat pantry.

Tiba2, pintu aku diketuk lagi, siap dengan bagi salam dan tanya “Ada orang ke kat dalam” sedangkan pintu aku tak tutup rapat pun.

Gelabah gila aku, sekelompok manusia tadi, dah la heater aku duk atas meja jer. Kene rampas tak pasal2. Cepat2 aku ambik dan sorok dalam laci.

Buka je pintu, Ikhwan duk tersengih2… Celaka ko Ikhwan. Manusia Sabah tak henti2 gelakkan aku.

nota d kaki: Heheheh

Monday

Diari Di Pagi Hari

4.30 pg: Selepas mengharungi perjalanan lebih 5 jam, akhirnya aku sampai gak ke bumi USM sedangkan hati aku berat nak tinggalkan kampung

4.45 pg: Perut aku meminta diisi dengan benda yang mengenyangkan, sedangkan kat umah aku dah melantak sepuas-puas hatinya

5.15 pg: Mata aku xde tanda-tanda untuk tertutup, aku pun buka laptop dan buat apa yang perlu

6.00 pg: Solat subuh

6.30 pg: Mata aku berjaya untuk ditutup

7.45 pg: Alarm hp aku berbunyi, off dan sambung tidur untuk beberapa minit lagi

8.15 pg: Alarm terus mengejutkan aku, aku gagahkan diri untuk bangkit dan terus ke bilik mandi

8.30 pg: Hensem2kan diri dan terus ke parking motor, belai sikit2 motor nouvo aku, dah 3 hari aku tinggalkannya. Kemudian menuju ke bangunan C10 untuk menukar profesion sebagai penjual Berita Kampus.

8.40 pg: Sampai C10, tetapi tidak dapat mengesan sebarang jejak2 penjual BK

8.45 pg: Balik ke 210 L12 dan cuba untuk sambung tidur

nota d kaki: Mengapa tiada seorang pun bagitau BK akan dijual esok, sape nak menjawab aku tak cukup tidur hari nie.

Friday

Selamat Hari Raya

Dah hampir nak raya nampaknya, aku pun dah tak sabar2 nak balik kampung. Tahun nie aku terpaksa balik ngan kete sdiri sebab terlambat beli tiket bas.

So dalam otak aku terfikir-fikir kesesakan jalan terpaksa aku harungi dari Penang sampai Kelantan. Jika masa aku drive datang Penang tempoh hari, aku ambil masa 4 jam untuk sampai Penang, so masa nak balik raya nie mingkin ganda dua kot.

Sebenarnya, plan awal aku nak bertolak lepas subuh, masa tue matahari pun dah membahang lagi, kereta pun mungkin tak banyak lagi. Tapi sebab Bakri nak tumpang, terpaksa la aku tangguh sampai petang, tapi bila aku fikir2 balik, kalu bertolak petang, sampainya mesti malam. Nak hantar kawan aku kat Pasir Mas lagi, jawabnya sampai tengah malam la aku.

So aku ubah ke tengah hari, sekurang-kurangnya sampai dekat2 nak buka puasa. Takpun buka puasa kat rumah kawan aku dulu. Pastu baru bertolak ke rumah.

Yang lain semua tak pandai drive, ataupun xde lesen. Terpaksa la aku drive sorang2 nanti. Papepun mental ngan fizikal kene kuat nak mengharungi perjalanan yang tak tahu berapa jam. Pastu kene maintan pemanduan, jangan laju dan yang penting INGATLAH ORANG 'TERSAYANG' dan keluarga.

Pape hal, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

nota d kaki: Barang2 aku tak kemas lagi.

Wednesday

Salam Aidilfitri Ayahnda & Bonda [feat. Raihan]by Hujan

Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba untuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru kusedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbananmu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnya

Salam… Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun wajahmu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibirmu kan menguntum senyum
Andainya anak-anakmu bahagia

Salam… Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Tuesday

Berbuka Puasa Di Masjid USM

Dah lama rasanya aku tak mengupdate blog nie sejak anniversery pertama blog nie. Nak kata busy sangat rasanya banyak masa aku luangkan depan laptop, download movie, buke facebook. Tp yang sebenarnya otak aku macam dah tepu je nak tulis dalam blog nie, semangat tue dah kurang.

Sepanjang bulan berkat nie, boleh dikatakan selalu gak la aku g berbuka puasa kat masjid, nak save bajet gak la. Tapi bila beli kat bazar, memang macam tak ingat dunia, RM10 tue memang comfirm abis la, xpun lebih dari tue.

Sape kata makan kat masjid tak best, nie ada gambar2 nasi2 yang aku sempat aku ambik semasa berbuka puasa kat sana. Kekadang aku rasa lebih berbaloi berbuka kat masjid dari beli kat bazar.


Yang penting, setiap hari menu lebih kurang sama jer, tapi yang penting kenyang. Selalunya lauk yang disediakan oleh pihak masjid spt ayam ngan daging masak kurma. Pastu ada buah kurma, air sirap, acar timun.

Nasi sorang2 banyaknya macam bukit uhud bak kata ustaz aku dulu. Kiranya memang kenyang yang amat la bagi sesape yang berbuka puasa kat masjid dan gerenti kalu tak sahur pun x rasa lapar dan dahaga. Mungkin keberkatan tue yang ada.

Korang layan je la nasi aku masa berbuka puasa kat masjid

Monday

Ulang Tahun Pertama Dan Ke-52

Merdeka
Merdeka
Merdeka

Alhamduliilah, dah cukup setahun umur blog aku, guapikir.blogspot.com "duk pikir-pikir sambil mengoya"

Kalu manusia, aku rasa umur 1 tahun nie dah tumbuh gigi dan sudah pandai merangkak. Tapi aku cuba sedaya upaya untuk berjalan dengan umur 1 tahun nie.

Masa yang ada nie aku nak ucap selamat menyambut hari kemerdekaan ke 52 buat Malaysia. Jangan lupa, motto tahun nie, 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Aku rasa, motto nie amat sesuai kepada semua pemimpin, jangan asyik mengutamakan kroni-kroni dan anak buah sahaja. Nasib dan rungutan rakyat hanya seperti melepaskan batuk ditangga. Langsung buat tak berapa peduli. Yang penting, duit masyuk.

Aku nak lihat sape pemimpin yang betul2 berhati rakyat yang sentiasa mengutamakan rakyat. Sentiasa mendampingi rakyat. Tak kiralah, pemimpin daripada parti pemerintah atau pemimpin parti pembangkang. Dah anda diundi untuk memimpin dan mendengar suara rakyat, so pandailah buat kerja dan jangan buat lemak saje.

Selalunya, apabila sebut pasal merdeka, orang akan kata ingin membebaskan diri daripada belenggu penjajahan pemikiran seperti pemikiran barat takpun pemikiran kolot. Tapi sejauhmanakan kita mampu memerdekakan pemikiran kita jika dilihat setiap hari ada saje masalah yang timbul dalam masyarakat.

Masalah sosial, politik dan ekonomi memang tak boleh dielakkan, namun jika masing-masing berusaha untuk membendungnya dan menanganinya, semua masalah yang timbul boleh diselesaikan.

Berbalik kepada blog aku. Aku cuba sedaya upaya untuk mempelbagaikan corak penulisan seperti ilmiah, santai, info dan lain-lain. Tp yang aku kesal, dah lama aku tak dapat upload gambar sbb internet terlalu slow.

nota d kaki: Sebenarnya aku masih merangkak dibumi ini.

Saturday

Lawatan Pelajar Jepun Ke USM

Tak pasal2 ak telah mendapat rumate baru darpada Jepun yang bernama Shiro, nama cam anjing Shin Chan plak. Mereka nie daripada Yohohama City University yang melakukan lawatan ke Malaysia, dan mendapat kerjasama daripada International Office dan Desasiswa IK.

So macam2 aktiviti yang diaturkan kepada mereka bersama dengan student IK seperti berbuka puasa bersama-sama, bawak g melawat sekitar Penang dan kampus selain aktiviti sukaneka.

Yang aku rasa paling tak boleh blah, tengok budak2 Jepun yang perempuan pakai baju kurung ngan kain tudung skali. Sekali tengok bleh bertukar dengan budak melayu. Dah la pakai baju kurung pastu bawak melawat sekitar kampus. Abis tergugat semua perempuan melayu terakhir

Walaupun aku nie kira lemah dalam BI, tapi rasa meraka nie lagi lemah dalam BI. So tak rasa cam rendah diri gak la. Cuma payah untuk berkomunikasi, sometime terpaksa guna bahasa isyarat plak. Selain tue, mereka juga ada kamus Jepun - Melayu, so boleh gak la mereka belajar beberapa perkataan dan ayat. Yang paling aku terkejut bila sorang budak Jepun nie tanya aku "ada makwe" mula2 memang tak jelas, tapi dah dia ulang 2-3 kali, ak faham la. Tergelak besar aku ngan kawan aku.

nota d kaki: Tapi sampai sekarang satu patah perkataan pun aku tak pandai dalam Bahasa Jepun

Tuesday

Ramadhan and H1N1

Nampaknya tahun nie Ramadhan disambur dalam keadaan tahap kesihatan dunia yang kurang menentu akibat wabak influenza A, H1N1 atau nama popularnya Selsema Babi. So bagi mengelak berlaku jangkitan secara terus, ramai yang mengambil langkah berhati-hati dengan memakai penutup mult dan telinga.

Ramadhan yang disambut dalam suasana H1N1 telah disalahgunakan oleh sekelompok manusia yang mempunyai tahap kekreatifan yang tinggi dimana digunakan untuk tujuan menyamar dengan kata lain supaya orang lain tak tahu mereka tak berpuasa. Supaya orang ramai tak cam mereka semasa membeli makanan seawal jam 12 tgh.

Aku sendiri yang melihat kelatah mereka semasa cuti mid sem lepas berhampiran rumah. Nak bagi tambah hensem lagi, siap guna cermin mata hitam (reben) supaya muka fully tertutup. Aku pun hairan, nak kata umur kanak2, aku nampak cam dah tua bangka, maybe dalam lingkungan umur 20an.

Tapi yang aku kesal sebenarnya dengan sikap peniaga yang dibuka seawal jam 12 tgh. Buka kedai cam nak jual untuk makan tengah hari plak. Memang la bulan puasa bagi peniaga untuk mengaut keuntungan berlipat ganda disebabkan permintaan yang tinggi. Tapi apa salahnya jika kedai dibuka selepas jam 4 ptg. Aku rasa tue pun dah boleh untuk lebih.

nota d kaki: Yang tak puasa dah tentu berdosa, peniaga yang jual untuk orang tak puasa camner plak???

Nampak Atau Buat-Buat Tak Nampak

Setiap dua minggu sekali merupakan hari yang paling ditakuti oleh sesetengah pelajar USM?

KENAPA???

Kerana kami pelajar2 kewartawanan akan menjadi hantu yang akan makan dan menghasut pelajar2 untuk membeli Berita Kampus. Yang tak mahu beli dipaksa dengan sekeras-kerasnya untuk beli, yang degil jugak, akan dicubit dan paling teruk dimaki hamun hingga terasa ke lubuk hati.
Aku sendiri sebenarnya tak tahu kenapa susah sangat pelajar USM nak melaburkan 50sen untuk membeli akhbar yang kami hasilkan sedangkan habiskan duit untuk benda2 lain tak kisah plak. Duk pergi BJ dan QB setiap minggu boleh plak.
Semalam, 10 Ogos merupakan hari yang boleh dianggap malang kerana aku gagal untuk menghabiskan jualan Berita Kampus sebanyak 50 naskah. Dah macam teknik aku gunakan dari duduk memekak sorang diri, memekak ramai2, dari meja ke meja, gaya lemah lembut, cari kasar, paksa hingga rela dan macam2 teknik kekerasan lain.
Meh aku story dengan sedikit detail aktiviti penjualan BK aku
9.00 pg: Aku dh bangun awal, tapi sampai kat opis BK lambat gak. Aku ingatkan kene jual 40 je, tp Husna ckp kene jual 50 untuk cover budak2 J yang kene kuarantin.
9.15pg: Aku takde arah sebenarnya nak jual kat ner, tapi kalu nak ramai orang tentulah kat area bus stand, foyer DK dan foyer DK U tempat bas berhenti. Sambil2 aku berjalan ke port ak, ada gak amoi cina nak panggil aku nak beli BK. Mungkin laku aku jual nnt.
9.30 pg: Aku sampai kat bus stand DK, syida dah cup tempat kat sana, ngan dia aku tengok dah terjual banyak, so bleh la aku ambik port dia nanti. Bas dah 4-5 trip berhenti kat situ, tapi student yang beli boleh bilang ngan jari kaki. Tak lama pastu, syida blah, so aku jaga port sorang2. Masa tue la aku rasa paling azab sebab kene jual sorang2, xde backup support. Suara pun rasa cam x nak kuar.
10.30 pg: Moral aku semakin menurun sebab jual sorang2. Tapi mujurla Ari ngan Erin datang. Bleh la borak2 jual sama2. Boring duk port tue, aku, ari ngan erin cari port baru kat foyer DK. Tapi nampak tak jalan gak. Cara baik x jalan, cara jahat, jalan skit2.
12.00 tgh: Kat tangan aku still ada dalam 35 naskah lagi. Aku ngan erin ada klas LSP 403, so port seterusnya area Pusat Bahasa. Kat sana pun ramai orang sebab ada International Day. Myb port sana laku skit. Jalan punya jalan, terjual cuma 2 jer, Tue pun junior aku yang beli.
1.00 tgh: Dah letih kat sana, kerja yang miss geetha pun dah siap. Plan seterusnya balik markas dulu. boleh ilang2 letih dan dahaga dulu. sambil tue, layan kartun pun best gak.
1.30 tgh: Ari ngan Lin dah cam putus asa, aku ngan erin teruskan penjualan dengan g ke foyer DK skali lagi. Masa lunch hour nie mmg ramaiorang duk lepak kat sana sambil2 tunggu kelas kul 2. Jalan2 sambil laung kata keratan BK! BK! BK! 50 sen jer. Alhamdulillah, laku gak 4-5 naskah.
2.00 tgh: Port seterusnya Subaidah dan Laluan Bintang dekat PP Seni. Kat Subaidah, laku gak 6-7 naskah sebab student sambil2 makan bleh gak diaorg tengok dan baca berita. Kat Laluan Bintang, aku nampak kawan aku ada kat sana. Secara automatik kene beli secara paksa. Dia plak offer diri untuk jual, sekurangnya, akan terjual gak sebab dia jual kat kawan2 dia.
3.00 ptg: Dia pun ada hal, aku pun dah hampir kebuluran, so aku pun balik ke markas dan kemudian balik ke bilik ngan berbaki 11 naskah. Secara automatiknya, aku sudah angkat bendera putih. Semuanya terjual sebanyak 38 naskah dengan keuntungan RM19
nota d kaki: Kepada student2 usm, kalu tak nak beli, tak yah la buat memek muka hodoh korang tue. Kalu nak rasa pengalaman buat direct selling, bleh jual BK

Monday

Renungan Buat Melayu

Nasib Melayu Dibumi Melayu
Oleh Dr Mohd Ridhuan Tee
Mingguan Malaysia, Julai 26hb 2009

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.
Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.
Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.
Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.
Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.
Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.
Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.
Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.
Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.
Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.
Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.
Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.
Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?
Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.
Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.
Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.
Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.
Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang(benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?
Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.
Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.
Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?
Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.
Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara.
Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.
Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?
Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.
Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.
Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.
Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.
Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.
Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.
Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.
Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan. – Mingguan Malaysia
____________________________________________________________________
Keadaan politik yang menyebabkan aku terasa betapa bodohnya politik nie. Aku bukan la sesape yang boleh bercakap pasal politik. Nak kata ambik sains politik pun tak. Tapi aku hairan kenapa "pemimpin" melayu sering berbalah antara sendiri sedangkan mereka cuba untuk berbaik dengan pemimpin lain.
Aku tak bermaksud pemimpin lain cuba untuk menjatuhkan bangsa melayu, tetapi "pemimpin" melayu yang seperti mahu menjahamankan bangsa melayu. Aku suka dengan contoh dalam artikel oleh Dr Redhuan tentang gadis yang pada mula disangka bangsa Cina, sebenarnya tak kira akhbar melayu @ cina semua ambik port untuk mensensasikan berita. Tetapi bila disahkan gadis tersebut adalah "melayu" semua buat macam perkara tue tak berlaku.
Isu pembinaan kuil berhampiran masjid kat Penang. Aku sendiri terasa betapa bodohnya pemimpim yang meluluskan projek tersebut. Mana kaum sekalipun aku rasa, jika nak beribadat mestilah dalam keadaan tenang dan tanpa gangguan. Jika orang islam beribadat, ketengan yang diperlukan berbeza dengan cara orang india beribadat. Mana perginya "pemimpin" melayu yang boleh memberi nasihat kat pemimpin Penang.
Demontrasi jalanan untuk memansuhkan ISA. Semua ini adalah ciptaan "pemimpin" melayu yang cuba menjahamankan melayu. Walaupun aku duk jauh terperuk kat Penang, tapi aku dapat rasakan yang hadir kebanyakkan adalah orang melayu, pemimpin melayu dianjurkan oleh pertubuhan dikuasai orang melayu dalam usaha untuk menjatuhkan melayu. Semuanya MELAYU. Kenapa Anwar Ibrahim mahu mansuhkan ISA??? Sebabnya dia dah rasa masuk ISA camner. Kalu dia tak pernah kene tahan bawah ISA, aku rasa dia sendiri tak peduli ngan ISA.
Adakah "pemimpin" melayu sebenarnya hanya boneka disebalik pemimpin lain.
Sesunggungnya tugas seorang pemimpin adalah sangat berat dan banyak dugaan. Jika ditanya oleh Allah pada hari akhirat nanti, pandai2 la kamu menjawab. Didunia kamu bercakap berapi2, diakhirat mungkin lidah kamu kelu sejuta bahasa.
nota d kaki: Takkan Melayu Hilang Didunia. Jangan jadi hamba dibumi sendiri

KeluangMan

5.38 am - Hingga minit tersebut, mata aku masih belum ada tanda mahu tertutup walaupun dah macam cara aku buat. Kalau aku nie keluang man, bleh gak aku membenteras jenayah kat bandar Tampoi.
Tak kira la jenayah jenis apa pun, curi, merompak, khalwat semua aku belasah. Kasi insaf skit.
nota d kaki: Semuanya gara2 tea o yang aku minum mlm td. Dah tau mata aku alah kat air2 berkafien nie, minum gak...

Friday

Sekali Aku Teringat Plak...

Kes ini berlaku semasa aku masih lagi menjalani praktikal kat RTM seminggu sebelum aku bersara. Aku kene bertugas semasa Pertandingan Akhir Bintang RTM. So sebelum malam pertandingan tue, aku disuruh untuk call beberapa bekas juri yang pernah bagi komen kaw2 kat bdk2 bintang RTM.
Antara yang sempat aku call spt Along Exist, Adnan dan Azman Abu Hassan, Manan Ngah, Jari dsb. Memang aku cakap ngan diaorg ala2 operator telefon la, lemah lembut, sopan santun.
Tapi pada hari pertandingan, sorang bekas juri nie call ak, aku pun pelik gak kenapa perlu call aku sebab aku jemput dia sebagai tetamu jer. Bukan suruh dia jadi juri pun.
Rupa2nya dia tersilap dengar, dia dengar cam aku suruh dia jadi juri untuk pertandingan akhir tersebut. Terpaksa la aku terangkan semula ngan komposer tersebut. Lepas komposer tue call, aku terima lagi satu panggilan, maybe krew bahagian hiburan gak kot. Terpaksa la aku terangkan plak. Takut ada call lagi, sepanjang program aku off henpon.
Seminggu aku rasa tak sedap hati kot2 kes salah faham tue sampai kat boss aku, dah la ada post mortem. Kalu kes tue masuk meeting, tak pasal2 aku kene panggil ngadap boss besar. Tapi alhamdulillah, xde pape hingga la aku bersara.
Nota d kaki: Komposer tue mesej suruh bagitau boss aku pasal kejadian tersebut. Tak menggila aku nak bagitau kat bos.

Sunday

Layakkah Aku?

Alhamdulillah, selepas berpenat lelah 3-4 hari tanpa tidur yang cukup, akhirnya layout Berita Kampus untuk semester ini siap dengan cantiknya. Walaupun ada gak perasaan tak puas hati disebabkan perkara yang tidak boleh dimaklumkan.
Aku ingatkan untuk BK 2 nanti, aku hanya jadi wartawan biasa, cari berita dan tulis kemudian hantar kepada ketua desk untuk edit. Tetapi aku dilantik plak sebagai ketua desk yang memerlukan aku untuk fikirkan berita apa yang perlu dikeluarkan, buat editting dll. Dah la ketua Desk Jenayah
Tapi layakkah aku untuk memegang jawatan tersebut, sedangkan berita aku untuk BK 1 pun kawan aku yang editkan, merangkap anak buah aku untuk BK 2 nie.
Sekarang, aku masih duk fikir, apa berita yang nak aku ketengahkan untuk BK 2 nie. Desk Jenayah nie berkaitan dengan keselamatan dalam kampus dan yang sama waktu dengannya.
Kalau nak diikutkan, dalam USM mana ada berita jenayah kecuali perkara yang sama dikeluarkan setiap edisi BK. Aku fikir untuk membuat kelaianan untuk desk jenayah tetapi bila duk fikir balik, mana ada berita yang eksklusif berkaitan jenayah dalam USM.
nota d kaki: Sesape yang nak buat jenayah dalam USM, sila contact aku dulu.

Monday

Kem PIMPIN Siswa

Atas arahan yang dikeluarkan oleh KP Berita Kampus, aku ditugaskan untuk cover story untuk Kem PIMPIN Siswa yang diadakan khusus untuk budak2 1st year. Aku telah menyertai kem D'Puncak Bris kat Sik Kedah.
Sampai kat sana selepas lebih 2 jam perjalanan, persepsi aku, sebuah kem yang cukup lengkap dengan kemudahan, ada coverage hotlink, ada kedai2 disekitarnya. Tapi rupanya kem tersebut terletak di kawasan yang jauh dari bandar, xde langsung coverage, apatah lagi kedai2.
Hari pertama, kebanyakkan aktiviti lebih menjurus kepada merapatkan sesama peserta. Maklum la, peserta semuanya daripada 5 pusat pengajian yang berbeza. Tapi mujur untuk siri pertama nie, peserta turut terdiri daripada junior aku, so akulah tempat mereka bertanya tentang paper2 komunikasi.
Pada waktu malam, aku mengikuti aktiviti lestari malam a.k.a jalan2 waktu malam kat hutan. Sebenarnya bukan hutan tapi kebun jer, cuma sebelum sampai kat kebun ada la skit kawasan semak yang agak tebal. Tapi bagi aku, aktivit tue tak sampai objektifnya sebab bila aku interview peserta tentang aktiviti tersebut, mereka tak tau nak cakap apa.
Hari kedua, aktiviti yang dilaksanakan semakin rancak dengan beberapa aktiviti yang sememangnya menguji mentak dan fizikal peserta. Yang paling best aku rasa, survival cooking. Dengan barangan yang disediakan agak terhad iaitu beras, ayam, minyak, gula, garam. Mereka kene memasak sekreatif yang mungkin. Tapi, lepas masak ada gak peserta yang tak sanggup makan maybe terlebih sedap kot.
Pada sebelah petangnya, aku menyertai mereka melakukan jungle trekking di sekitar kem. Masuk terowong, daki cerun, turun cerun. Yang paling best, kami kene meniti atas rakit untuk menyeberang ke kawasan kem. Kalu tersilap langkah nanti, memang jatuh dalam tasik. Macam2 aksi ditunjukkan oleh peserta untuk mengimbangi badan, ada yang macam menari sumazau pun ada.
Pada waktu malam, kami dihiburkan pula dengan persembahan peserta berdasarkan gambar2 yang disediakan oleh pihak urusetia. Ada sesetengah kump yang dapat mencari maksdu tersirat disebalik gambar2 tersebut.
Hari ketiga, Aktiviti tak menarik sangat dan lebih kepada perbentangan dalam kumpulan. Yang agak seronok adalah semasa sesi menyerah kembali amanah yang diterima peserta. Jika barang amanat hilang, kotor dan sebagainya peserta didenda dengan bercakap dengan rumput dan tasik, cium pokok dan lain2.
Bagi aku, kem seperti ini sangat menarik untuk disertai kerana ia dapat memupuk nilai2 positif kepada peserta seperti kepimpinan, perpaduan kaum, keberanian, dsb. Jika diberi peluang untuk cover story untuk kem PIMPIN Siswa siri seterusnya, pasti aku tak menolak.
Nota d kaki: Best sebagai peserta dengan best sebagai fasilitator adalah berbeza.

Tuesday

Versi Memberontak

Hati aku sekarang tengah memberontak untuk sesuatu yang memang tak mampu untuk aku capai. Tetapi aku sendiri tak tahu kenapa aku memberontak. Aku tak pasti apa yang kurang dalam diri aku sekarang.
Apa yang pasti, aku perlukan ketenangan, aku perlukan sokongan, aku perlukan agama. Hanya itu yang dapat menenangkan aku buat masa sekarang.
Mungkin kerja2 bertimbun yang menanti aku dihadapan membuatkan aku rasa tertekan. Tapi kerja2 tue belum tentu menjengah aku. Kenapa perlu aku risaukan. Aku sendiri tak faham, tetapi, itu yang sering aku fikirkan.
Sidang baru, semester baru. Aku rasa, aku perlu mengubah diri aku. Aku perlukan semangat baru, kehidupan baru. Tapi aku akan cuba seupaya yang mungkin supaya aku tidak statik setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun. Perubahan dalam diri penting seiring dengan kematangan usia.
nota d kaki: betul ke isnin, 20 julai cuti israj mikraj

Sunday

Aku Dah Blur

Baru seminggu aku meninggalkan kampus untuk settlekan semua hal selepas dua bulan menjalani intership program kat angkasapuri. Dan aku rasa macam dah banyak aku tertinggal. Sedangkan baru first meeting.


Yang paling aku rasa gerun bila Tuan Hj Haroon nak barkan kitaorg sebab tak hadir 2 kelas dia. Tak pasal2 aku rasa bertanggungjawab untuk mengadap beliau untuk jelaskan hal sbenarnya. Jika perlu la.


Sidang ini, pelajar komunikasi kewartawanan akan terbitkan surat khabar makmal atau nama saintifiknya, Berita Kampus. Disebabakan aku tak hadir kelas pertama, maka apa yang perlu aku buat, kumpulan, dan hal2 yang sama waktu dengannya aku langsung tak tahu. Tanya kengkawan pun, tak sama dengan lec cakap, mesti ada yang miss.


So, aku kene menghadapi dengan rakan2 seperjuangan aku yang sama tidak menghadirkan diri kelas pertama dulu.


Nota d kaki: Banyaknya kerja yang nak kene settlekan. Laporan LI tak sentuh lagi.

Versi Panjang

Memang aku tak dapat nak bayangkan sebenarnya, tetapi bayangkan sendiri. Perjalanan yang sebenarnya hanya mengambil masa kurang dari 4 jam, tetapi kami lakukannya dengan 9 jam. Memang lama jurang masa yang kami ambil, tetapi itulah hakikatnya.
4 jam masa yang diambil dengan menggunakan enjin 1.5cc dengan kelajuan maksimum 150 km/j manakala 9 jam diambil dengan menggunakan enjin 110-135cc dengan kelajuan maksimum 120 km/j.
Kalau diikutkan hati mahu saja aku poskan motor daripada mengharungi perjalanan yang panjang, letih, bahaya, hujan sepanjang perjalanan, masalah enjin, kesejukan dsb. Tetapi demi kengkawan, datang sama2, maka pulang pun kena la sesama.
Turun je dari tingkat 16 PPR Taman Wahyu II Selayang, Kuala Lumpur pada jam 1 pagi, hujan renyai2 mulai turun mengiringi perjalanan pulang kami ke Penang, khususnya USM. Lepas isi minyak sepenuh tangki yang boleh, kami memulakan perjalanan jarak jauh, namun tak sampai sejam perjalanan, kami akur dengan hujan dan kesejukan, kami terpaksa la kami memanaskan organ2 yang dalam kesejukan.
Perjalanan masih jauh kerana, kami belum lagi keluar daripada Selangor, maka perjuangan yang belum selesai mesti diteruskan. Masalah tetap ada sepanjang perjalanan kami baik semasa ke Kuala Lumpur dan pulang ke Penang. Motor yang sama, tuan yang sama. Semasa ke KL, tayar pancit manakala semasa pulang ke Penang, motornya habis minyak. Yang follow kat belakang ingatkan tekan turbo sebab keluar api dari ekzos, tapi rupanya kekeringan tangki. Terpaksa la ditunda lebih 30 km ke R&R terdekat.
Alhamdulillah, tak banyak masalah yang mendampingi kami sepanjang perjalanan kecuali hujan yang terus mengekori kami. Keletihan dan kesejukan malam serta hujan menyebabkan perjalanan kami sering terhenti di setiap R&R. dan kami telah menjenguh 5 kawasan R&R dan kawasan hentian rehat.
Selepas mengharungi perjalanan hampir 9 jam, dengan penuh kesyukuran kami selamat tiba dalam jam 9 pagi.
Nota d kaki: Jiwa Kelajuan, Ingatlah Orang Tersayang

Friday

Promosi Bintang RTM

Hari selasa lepas, aku ditugaskan untuk promosi Pertandingan Akhir Bintang RTM 2009 kat KL Sentral. So peserta2 pun hadir sama untuk promosi diri sebelum pertandingan tersebut. Dalam jam 2.30 petang, mereka sampai bersama2 orang daripada unit hiburan tv.

Tapi yang aku rasa kesian, macam takde langsung orang yang lalu lalang kat area sini perasan ngan kehadiran mereka. Semua buat kerja masing2, tanpa ambil peduli langsung. Aku sendiri tengok riak wajah peserta tersebut. Kesian, kesian, kesian.
Tapi bagi aku, itu hak orang masing2, yang penting peserta2 tue yang kene ambil inisiatif sendiri untuk promosi diri mereka. Takkan nak harapkan promo dalam tv atau radio sahaja. Yang aku rasa tak bleh blah. Sepatutnya, pandai2 bawa diri dengan perkenalkan diri mereka dan beramah mesra ngan orang ramai, tolong aku edar tiket pun dah kira ok. Sekurang2, dapat la glemer sikit.
Satu lagi, peserta2 nie, tak sampai setengah jam, dah buat hal, ada yang nak masuk tandas, lapar dan macam2 lag. Skali macam budak kecil jer aku tengok. Demand je lebih, glemernya tak seberapa. Memang tak glemer langsung la diaorg tue.
nota d kaki: Aku nak tengok, sejauh mana mereka nanti semasa pertandingan akhir bintang rtm

Wednesday

Bintang RTM 2009

Sejak aku praktikal kat RTM nie, tetiba je aku jadi ambil tahu pasal pertandingan Bintang RTM. Sebelum nie, bukan stakat Bintang RTM, Mentor, OIAM, Gangstarz dan semua2 rancangan realiti tv aku tak pernah ambil tahu.

Minggu lepas, aku ditugaskan untuk pertandingan pra-akhir 1 Bintang RTM. Jadi, inilah first time aku tengok rancangan tv secara live. Tugas aku memang mudah dan tak mencabar langsung, bagi siaran media kat wartawan, tunjuk2 tempat duduk kosong kepada penonton, bagi cenderahati (majalah) kepada penonton dan tengok pertandingan Bintang RTM.
Aku sebenarnya nak komen pasal pakaian peserta, bab vokal dan persembahan aku rasa dah okey cuma dari segi pengucapan nampak cam tak konfiden lagi. Malam tue, aku rasa ada peserta yang pakaian mereka ok, dan ko. Ada yang aku rasa pakaian mereka cam baju kelawar nak pergi tido. Dah la nyanyi lagu pop. Tak sesuwei langsung. Pastu, ada plak yang pakaiannya, aku sendiri tak tau tema dan konsep pakaiannya. Yang aku bleh komen, tak sesuwei.
Pape pun sebagai sebahagian tangan kaki RTM sementara waktu, aku nak jemput ramai2 ke Pertandingan Akhir Bintang RTM yang akan diadakan di Stadium Negara pada 28 Jun 2009 pada jam 8.30 malam. Tiket boleh didapati di pondok guard RTM ataupun cetak sendiri di www.bintangrtm.com. Sapa yang malas nak cetak sendiri atau pergi ambik tiket kat RTM, kami sekarang sedang aturkan satu sessi bersama rakyat jelata kat KL Sentral. Tapi tarikhnya aku sendiri tak konpem lagi. Bleh dapatkan tiket yang aku nak edarkan secara percuma. Pastu kalu nak bagi duit kopi kat aku pun bleh gak.
nota d kaki: Bak kata sorang staf kat sini, biar kenyang, asalkan tak kebulur. Maknanya, biar penuh satu stadium, jangan ada lompang semasa pertandingan akhir nanti

Balik Kampung Lagi

Aku memang excited giler nak balik kampung selepas merantau kat Kuala Lumpur nie lebih sebulan. Dua minggu sebelum balik aku dah g beli tiket kat Hentian Putra. Aku memang dah lama mengidam nak naik bas ekspress mahligai sebab aku tengok bas tue cam mewah jer. Mesti aku takkan merasa sakit2 belakang, pening masa naik bas nanti. Aku beli tiket untuk ke Tanah Merah, 5 Jun 2009 Jumaat, Jam 9.00 Malam.
Selepas masa berlalu hampir 2 minggu, tiba la hari yang aku nanti2 untuk balik ke kampung. Lepas mintak kebenaran kat supervisor aku untuk balik awal, sebab petang tue ada majlis pelancaran program Sembang Kopi, pukul 6 aku dah blah.
Sampai umah, packing2 barang sikit2. Mandi wangi2. Aku merempit ke UIA untuk tinggalkan motor aku kat sana. Selepas solat jamak&qosar maghrib dan isyak. Aku dan kawan aku tunggu bas untuk ke Stesen Putra Gombak. Tapi aku naik teksi jer. Sampai sana, mujur takyah tunggu lama sebab aku memang dah tempah khas putra hari nie. Sambil2 menjamu mata dalam putra, buat2 tidur, akhirnya kami sampai di Stesen KL Sentral. Kawan aku just hantar aku kat KL Sentral je, almaklum la, kot aku sesat je nanti.
Pastu aku ambik Komuter untuk ke stesen Putra. Orang memang ramai giler, lagipun hari jumaat. Semua nak balik awal. Sampai kat stesen putra, aku jalan kaki ke Hentian Putra dengan penuh gaya, mutu dan keunggulan sebab tak sabar nak naik bas balik kampung.
Dalam hentian tue, aku mencari2 bas Mahligai, bas tue duk paling depan skali. Maklum la, aku yang nak naik malam nie. Naik bas, bagi tiket kat budak kaunter(BK)...
BK: Boh, demo saloh hari nie, tiket demo malam esok.
Aku: Biar betul, bukan tiket malam nie ke?? (sambil aku tengok tarikh kat tiket bas)
Aku rasa dunia aku gelap gumpita saje, mana nak cari tiket2 last minit nie, orang pun ramai nak balik kampung malam nie.
Aku: Boh, ada lagi ko tiket untuk malam nie?, bas lain?, bas tambahan?
BK: X dok semua doh rasonyo, try g tanyo kat kaunter la,
Sambil kaki aku melangkah longlai menuju ke kaunter demi kaunter, aku call kakak aku, bagitau pasal masalah negara aku sekarang. Dia suruh gak aku cari tiket malam nie.
Sampai kat kaunter Bas Perdana, brader tue kata ada satu tiket yang orang baru je jual. Harga memang takleh nak tawar2 lagi, harga mati. RM50. Belek2 dalam wallet aku, cuma ada dalam RM40 jer. Terpaksa aku menggagahkan diri jalan kaki ke atm The Mall. Aku risau gak kot lambat nanti, dia jual kat orang lain. Takpun bas dah bertolak.
Sampai kat brader tue, dia duk sibuk layan orang lain yang nak beli tiket last minute cam aku gak. Hati aku berdebor2 kot dia dah jual tiket tue. Akhirnya aku berjaya gak dapatkan tiket tue walaupun harga mahal.
Selesai problem pertama aku. Tapi mai pulak problem seterusnya. Bas sekarang tengah tersekat kat Bukit Tujuh, Lipis. Ada lori accident tengah hari tadi. So bas dijangka sampai kat terminal dalam kul 12. Memang masa tak boleh dijangka. Akhirnya selepas lebih 4 jam duk berdiri, duduk, bertinggung, akhirnya bas sampai gak.
Naik je bas, duk tepi uncle india. Tengah tidur dengan nyenyak skali sambil berdengkur. Ini boleh mendatangkan kemarahan. Aku mana bleh nak tidur kalu bunyi dengkur nie, boleh mengganggu ketemteraman tidur aku nanti. Tapi alhamdulillah, melepasi Tol Gombak, aku dah tak sedar sampai la aku tersedar semasa bas berhenti rehat di Merapoh. Tapi aku tetap sambung tidur hingga mata aku dicucuk oleh pancaran matahari. Jam 9.00 pagi aku sampai kat Terminal Bas Machang.
Nota d kaki: Lain kali, masa beli tiket tengok dulu tarikh sebelum beredar.

Friday

Ingatan

"Belajar Dengan Orang Yang Betul"
Itulah kata2 pertama sekali aku dengar dari abang Bareed semasa dia belanja aku makan hari 1st aku lapor diri.
Abang Bareed cakap kat aku camtu sebab dia tak nak aku ikut jalan yang salah. Ikut cara yang salah. Kita nak belajar kene cari seorang role model supaya kita dapat belajar menjadi seorang pekerja yang bagus suatu hari nanti.
Kat bahagian aku nie, aku dah jumpa pelbagai perangai orang, yau ng otai, kekwat, kelakar, baik, tegas. Macam2 lagi la. Perangai orang nie macam2 jenis. Yang kekwat nie la paling aku tak suka. Suka mengarah, nak ikut cakap dia jer. Penyelia aku pun tak mengarah aku ikut suka hati.
Tapi kalu ikutkan hati, mau je aku tukar je aku tukar bahagian lain. Sebab kat bahagian skrg nie, tak banyak yang aku boleh belajar. Asyik buat keje sama setiap hari. Paper cutting, menaip, buat jemputan. Yang paling advance skit pun aku buat write up untuk siaran akhbar. So macam takde pape yang aku belajar.
Tapi aku nak cuba gak untuk bertahan dengan keadaan sekarang nie. Lagipun aku dah berada separuh jalan. Manatau dengan berkat kesabaran aku, suatu hari nanti aku diterima kerja plak kat sini.
Tapi yang penting kene ikut cara orang yang betul, berdamping dengan orang yang betul supaya aku nanti jadi orang yang betul.

Monday

Setengah Hari Kat Mid Valley

Lepas siap2 aku tolong kawan aku masak kat dapur, aku kuar untuk jumpa kakak aku kat The Mall untuk bagi something sebelum dia balik ke Melaka.
Selepas tue, aku g ke Mid Valley sebab ada orang nak belanja aku makan kat Pizza Hut. Aku kalu orang nak belanja makan, aku tak kisah, yang penting aku kenyang.

Jalan nak ke mid valley memang aku tak tau, so aku juz main redah je jalan ke sana. Akhirnya sampai gak aku mid. Sampai je aku kat sana, aku memang tak jumpa lorong ke tempat parking motor, so aku masuk je la area parking kereta. Mana la tau kot2 jalan masuk sama. Cari punya cari, aku tak jumpa tempat parking motor. So aku letak la sorok2 skit supaya guard kat situ tak nampak.
Lepas tue aku g jumpa member aku, then makan2 pizza sampai kenyang. Pastu ikut diaorang shopping skit. Tengok barang je lama, belinya tak. Biasa la pompuan. Masuk kedai tue, kedai nie. Katanya nak survei harga.
Lepas puas pusing2 satu mid valley dari LG sampai ke tingkat yang aku sendiri pun tak tau. Ditambah masa yang semakin petang beransur malam. Kami pun berpisah la. Sebab dia parking kat luar, aku plak parking kat dalam.
Nak ke tempat aku parking motor tue, aku juz ikut kaki dan hati aku bawak je. Pastu bayar parking RM4. Sampai kat parking motor, aku nampak motor aku pakai rantai gajah. Satu surat terselit kat motor aku. DENDA RM100. Aku pun call la no yang tertera kat surat denda tue. Tak sampai seminit sorang guard datang dan bawa aku ke pejabat sekuriti.
Aku buat2 cool walaupun dalam hati dan otak aku tak serabut giler. Guard tue siap pesan kat aku supaya slow talk ngan pegawai guard nanti. Sambil2 duduk tunggu pegawai tue datang, aku duk susun ayat supaya tak sangkut2 bila cakap nanti. Duduk dalam 5 minit pegawai tue datang, dengan misai ala2 sarjan misai, badan macam sazali samad. Aku pun masuk dalam opis.
Tanpa banyak cakap, dia mintak mykad dan tanya brape boleh bayar. Dalam wallet aku cuma ada RM100, aku cakap boleh bayar RM50. Pastu dia tanya aku, RM10 ada ke tak. Aku hulur RM50. Dia kata xde duit kedai. Cari punya cari, mujur cukup duit RM5 ngan RM1. Selamat duit aku untuk makan seminggu.
Aku dibawa ke motor ngan guard yang jemput aku tadi. Aku pun buat2 banyak mulut gak la. Tanya kat mana area parking motor dan macam2 lagi la. Guard tue cakap kat aku, aku parking motor kat area parking VVIP. Dalam hati aku, motor aku macam motor orang kaya hari nie.
Lepas dia buka rantai gajah tue, dia mintak kad parking dan siap tunjuk jalan ke parking motor. Pastu jalan kuar dari parking mid valley. Aku pun pulang dengan hati tergelak sorang2. Tapi aku silap jalan dan terpaksa la aku sesat dulu sebelum aku cari jalan nak pegi ke pusat bandar. Macam2 jalan aku redah, Jalan Telawi, Jalan Maarof, Jalan Ara. Aku kalu first time, memang tak sah kalu tak sesat. Dah sesat baru tau jalan2 kat area KL nie.
Nota d kaki: Malu bertanya sesat jalan

Thursday

Sometime, Bila Aku Terpikir

Apa dapat aku kata sekarang cumalah mengeluh penjang. Aku rasa sepanjang hampir dua minggu aku menjalani latihan praktikal ini, aku tak dapat apa2 ilmu yang berguna. Tapi ada gak la sikit2. Itu pun dalam kuantiti yang boleh dikatakan ciput jer.
Aku hanya diberi satu tugas jer, membuat write up untuk press release kat paper. Pastu bagi kat cik nurul untuk dia edit balik. Maklum la, ayat aku nie kekadang cam karangan budak sekolah rendah jer. Selain itu, cuma buat kerja2 opis. So layak gak la aku digelar opis boy tak bertauliah dan tak bergaji.
Sekali rasa, cam nak tukar unit plak, seronok tengok budak2 praktikal dari unit lain yang dapat buat kerja2 luar, menimba ilmu daripada senior untuk mendapat berita, membuat berita dsb. Aku tanya terperuk kat opis hingga kekadang aku rasa cam kene kurung jer. Kalu dapat keje luar pun masa ada event, tapi event kat dalam RTM jer kitaorang boleh join, yang kat luar, jangan harap la.
So, secara livenya, aku rasa hari2 aku nak cepatkan jam kul 5 petang. Aku dapat balik umah, tengok tv sambil minum milo o panas. Baru rasa masyuk. Tapi duk umah pun membuatkan aku boring gak. So aku nak cepatkan hari plak ke 7 julai 2009 untuk aku kembali ke USM memulakan hidup baru disemester dan sidang baru.
nota d kaki: Sesape budak USM yang baca blog aku nie duk kat area KL, jom g lepak kat Putrajaya Sabtu @ Ahad nie.

Wednesday

Gatal Tangan , Lama Tak Menulis

Sudah lama aku tak menulis dalam blog aku nie. Nak kata sibuk sangat, sibuk gak la sebab aku dalam Intership Program. Dalam IP nie, aku terpilih RTM sebagai tempat untuk aku mencurahkan tenaga nie. Diletakkan plak dalam Unit Pengurusan Am.
Unit nie takde kene mengena lansung antara hidup atau mati dengan kos yang aku ambik. Komunikasi Kewartawanan. Secara minualnya, kerja aku tak banyak sangat la. Cuma aku hari2 kene ngadap PC atau laptop aku untuk tulis press release untuk akhbar2 tentang rancangan "menarik" yang akan disiarkan kat TV 1 @ TV 2.
Setakat hari nie, dah dua press release aku masuk paper, tentang drama komedi Angguk2 Geleng ngan Terminator. Bangga gak aku biarpun nama aku takleh dipampangkan kat sana. Sape la aku niekn...
Yang aku paling benci buat IP kat sini, aku tak dapat elaun macam kengkawan kat lain. Orang lain bleh gak rm200-300 sebulan @ sepanjang IP nie, tp aku bleh letih jer. Budak2 yang masuk PLKN pun dapat elaun, aku yang kerja kekadang sampai malam, 1 sen pun tak bagi. Kawan praktikal aku kat sini kata, buat kerja amal, aku kata plak, kerahan tenaga.
Setakat 2 minggu aku tak unit nie, dah 2 program aku terlibat secara langsung gak la, walaupun buat keje yang cikai2 jer. 1st untuk rancangan dialog bersama KSN dan 10 gerak khas bersama RTM. Tp aku tak sempat nak interprem untuk masuk tv. Kalu tak, tentu aku glemer satu kampung.
nota d kaki: Pengalaman kerja dan gaji : Sama-sama penting.

Friday

Menjawab Koleksi Tag Dari Lagi Lagi Flora

Tag Pertama:

My top ten most favourite foods:
1. Masakan yang aku masak sdiri, walaupun yg cincai saje
2. Masakan yang mak/kakak/adik aku masak
3. Ayam Oyster
4. Ayam Masak Merah
5. Ayam Masak Kicap
6. Roti Kaya
7. Nasi Goreng Pataya
8. Kueh Tiau Goreng
9. Kuih Mueh ( Apa2 saje yg aku rasa nak makan)
10. Nasi Lemak

Ten things I love to do:
1. Duk rilex sambil goyang kaki (gaya cam orang kaya)
2. Makan angin, ronda2 ngan motor sorang diri
3. Ngadap laptop (Biar pun kekadang xde motif)
4. Tidur
5. Baca Quran (percaya la ek)
6. Dengar radio
7. Baca paper kat internet
8. Melancong ngan family
9. Buat air milo
10. Sapu kaya kat roti

Five things I love to do when I'm happy:
1. Senyum sorang2
2. Cari sape2 yang sudi dengar crite happy aku
3. Sebarkan brita gumbira itu kat family
4. Aku bersyukur
5. Aku tulis kat blog nie

Five things I wish to happen:
1. Aku dapat result exam yang gempak
2. Aku takyah menganggur lama lepas grad nanti
3. Aku berjaya dalam hidup dan kerjaya aku nanti
4. Aku dapat membawa parent aku pergi haji
5. Aku kawin sebelum umur aku 30 (Hahahahha)

My top ten most addicted playlists:
1. Exists - Alasanmu
2. Meet Uncle Hussain - Putihnya Lukisan
3. Secondhand Serenade - Your Call
4. Meet Uncle Hussain - Hilang
5. 4 Non Blondies - Whats up
6. Ari Lasso - Hampa
7. The Rock - Munajat Cinta
8. Bunkface - Silly Lilly
9. Jay-jay - Permaisuriku
10. Irwansyah - Camelia

Person I wish to tag:
aku taknak tag sesape.

Tag Kedua:
1.Anda perlu "printscreen" wallpaper anda yang sedang guna sekarang, jangan dusta, kerana kurang digemari. Lagipun berdosa masuk neraka

Memang aku tak tipu, wallpaper aku gelap gumpita sebab aku dapat mesej dari microsoft. YOU MAY BE A VICTIM OF SOFTWARE COUNTERFEITING.

2. Beri tahu mengapa anda suke "wallpaper" anda itu..

Aku memang tak suka wallpaper nie. Takde masa aku nak format balik laptop aku.

3. Sekian, terima kasih

4. Aku taknak tag sesape jugak

Jom Membebel

Aku skarang tengah boring sambil otak aku tengah pusing ligat sebab dah lebih 24 jam aku tak tidur. Semalam lepas aku rasa dah blur duk study pengajian aqidah, dan kawan2 aku pun duk mengajak aku, so kami keluar ke khaleel untuk minum2 dalam kul 3 pagi. Sebab aku rasa nak stay up sampai pagi, so aku order nescafe o ais satu.

Sampai kat khaleel, dua orang kawan aku yang tak tau datang dari mana, ada kat sana. Sebab dah lama tak kumpul ramai sebab masing2 busy study untuk exam. Yer la sangat duk study. Kami pun borak la ngan macam2 isu baru dan isu lapuk. Sambil2 gelak macam tak ingat mati.
Lepas geng mamak khaleel nak cuci kedai, tapi cam nak halau kitaorang je. So dalam kul 4 pagi kami pun pulang ke pangkal jalan. Sebab aku dah minum nescafe ala2 kaw gak tue, so mata aku secara automatiknya tak nak tutup kedai gak. So aku pun study la sambil baring2 boring2 sampai subuh. Lepas subuh, try gak nak tidur, tapi mata aku nie degil cam aku gak, so sampai la kul lapan. Mandi dan siap sedia untuk berjuang dalam dewan peperiksaan.
Masuk dewan, buka buku soalan, aku makin jadi blur tengok soalan2 membunuh. Dalam setengah jam baru otak dan jari aku beroperasi untuk berfikir dan menulis esei. Semakin lama, kepala aku semakin berat ditambah plak ngan rasa ngantuk tiba2. Alah biasa tegal biasa. Aku meneruskan operasi menjawab exam sampai siap walaupun aku rasa tak berbaloi aku tak tidur dengan jawapan esei yang hanya ciput je aku tulis.
Masa berjalan balik ke bilik, dalam fikiran aku cuma A tak mungkin, B rasa tak logik, C mungkin la. Adakah ini gara2 nescafe o ais atau aku yang study last minute?
Nota d kaki: Fuhh, sungguh kick penangan nescafe o ais khaleel hingga skarang aku tak rasa ngantuk.

Thursday

Gaya Tulisan

Kenali peribadi melalui Graphology (Kajian).....


Dr Fadzilah Kamsah
Kenal peribadi melalui Graphology (Kajian)

Grapho ertinya tulisan
Logy ertinya bidang ilmu

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
* Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. • Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
* Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
* Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
* Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah,suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
* Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
* Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
* Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
* Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
* Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor

a) Besar, panjang dan sempurna
* Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
* Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
* Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
* Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
* Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -
Tulisan mencerminkan peribadi...
Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti
kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup...