Thursday

Rezeki Siapa?

Rezeki siapa sebenarnya sepanjang bulan Ramadhan ini?

Ramai tentunya sedia maklum bila masuk je bulan yang penuh dengan keberkatan ini, dilipat segala pahala dari amalan yang kita lakukan, banyak company terutamanya yang menganjurkan majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh anak yatim, ibu tunggal, pelajar tahfiz dll. Lepas tue siap bagi duit raya, baju, hamper dll.

Makanan, yum2...bila buat kat hotel atau sekadar di dewan, memang segala macam lauk ada, sampai tak tau nak makan apa...akhirnya penuh pinggan la jawabnya.

Berbalik ke reeki siapa, adalah ia rezeki golongan2 yang aku nyatakan diatas atau rezeki golongan yang membuat liputan majlis itu???

Kenapa aku katakan begitu... sebabnya aku rasa rumah2 anak yatim, persatuan ibu tunggal atau maahad tahfiz yang dijemput untuk majlis berbuka puasa, sepanjang bulan ramadan ini, maybe 2-3 kali jer, tapi wartawan dalam seminggu tue, memang tak menang tangan menerima jemputan berbuka puasa.

Bukan hanya buat liputan utk program, tapi ada gak company yang anjur majlis berbuka puasa hanya untuk media sahaja. Kalu tak hotel yang berbintang2 memang tak sah la kan. Tak habis setakat itu, ada gak company yang taja majlis berbuka puasa untuk buat di perkarangan opis.

Pertanyaan yang aku cuba untuk fahami, adakah ia sebagai tanda perhargaan untuk golongan media atau rasuh secara senyap2. Dengan kata lain untuk bodek bos2 terutamanya untuk mcmu bila cover majlis2 mereka nnt.

Ada lagi, dekat2 nak raya nie, company bukan hanya hantar kad raya, tapi siap hantar hamper, biskut raya lagi untuk wartawan. Kalu bos2...hamper mereka lagi la besar. Itu yang aku tahu setakat untuk raya, untuk chinese new year plak camne??? Tunggu dan lihat nnt.

Nota d kaki: Kenyang2...selamat poket aku...

Saturday

Ramadan

Kekadang bila difikirkan memang rasa sebak tapi perasaan itu semuanya harus ditolak ketepi.

Camtulah perasaan tiap kali berbuka puasa sorang2 kat umah, tapi mujurlah hari2 kerja berbuka dengan kawan2,takpun ada majlis berbuka puasa.

Walaucamne pun, buka puasa kat mana, hotel bintang berkelip2sekali pun, ak masih teringin untuk buka puasa kat umah a.k.a kat Klate la, kumpul ramai2 dengan sedara mara, sepupu sepapat, memang meriah... tapi bila dah merantau kat negeri orang nie, jauh dari family pendam je la perasaan tue.

Sentuh pasal sahur lagi la buat aku jadi x keruan, rasanya sekal 1 Ramadan lagi, tak pernah sahur yang proper, slalunya jam 2-3 pagi dah sahur kat kedai ataupun beli bungkus. Kalu nak bangun jam 5 untuk sahur kompem2 nasi tue jadi habuan tong sampah.

Paling rajin bangun sahur pun kurma 2-3 biji plus air milo my fevret ataupun sky juice.

Alhamdulillah, peluang aku untuk beraya tahun nie kat kampung masih ada. Tak seperti kawan2 aku yg lain yang hanya dapat balik kampung sehari lepas raya ataupun hari raya kedua dah kene keje. Nasib badan jadi staff baru nie. Katanya bagi peluang untuk staff lama beraya ngan family.

Insya Allah, 28/8 aku akan berangkat pulang ke Kelantan, kalu takde arang melintang la. Walaupun hari tue aku masih kene masuk keje dan under unit aku semuanya dah bercuti sakan. Kata bos aku staff baru, xleh cuti lama2. Yang masuk keje paling awal pun aku gak nanti. Nasib, nasib...

Bila sebut balik kampung plus raya times dah keje equal to duit raya la. Ermm... kene plan betul2 nie maklum sepupu sepapat ramai yang amat, nasib anak buah xde lagi. Antara plannya, beli sampul raya Upin & Ipin dan just isi RM1... Tentu bebudak lebih excited dapat sampul Upin Ipin dari dapat duit raya...

nota d kaku: Tulis panjang2 entri nie boleh menitis air mata aku... sob sob sob