Thursday

Rezeki Siapa?

Rezeki siapa sebenarnya sepanjang bulan Ramadhan ini?

Ramai tentunya sedia maklum bila masuk je bulan yang penuh dengan keberkatan ini, dilipat segala pahala dari amalan yang kita lakukan, banyak company terutamanya yang menganjurkan majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh anak yatim, ibu tunggal, pelajar tahfiz dll. Lepas tue siap bagi duit raya, baju, hamper dll.

Makanan, yum2...bila buat kat hotel atau sekadar di dewan, memang segala macam lauk ada, sampai tak tau nak makan apa...akhirnya penuh pinggan la jawabnya.

Berbalik ke reeki siapa, adalah ia rezeki golongan2 yang aku nyatakan diatas atau rezeki golongan yang membuat liputan majlis itu???

Kenapa aku katakan begitu... sebabnya aku rasa rumah2 anak yatim, persatuan ibu tunggal atau maahad tahfiz yang dijemput untuk majlis berbuka puasa, sepanjang bulan ramadan ini, maybe 2-3 kali jer, tapi wartawan dalam seminggu tue, memang tak menang tangan menerima jemputan berbuka puasa.

Bukan hanya buat liputan utk program, tapi ada gak company yang anjur majlis berbuka puasa hanya untuk media sahaja. Kalu tak hotel yang berbintang2 memang tak sah la kan. Tak habis setakat itu, ada gak company yang taja majlis berbuka puasa untuk buat di perkarangan opis.

Pertanyaan yang aku cuba untuk fahami, adakah ia sebagai tanda perhargaan untuk golongan media atau rasuh secara senyap2. Dengan kata lain untuk bodek bos2 terutamanya untuk mcmu bila cover majlis2 mereka nnt.

Ada lagi, dekat2 nak raya nie, company bukan hanya hantar kad raya, tapi siap hantar hamper, biskut raya lagi untuk wartawan. Kalu bos2...hamper mereka lagi la besar. Itu yang aku tahu setakat untuk raya, untuk chinese new year plak camne??? Tunggu dan lihat nnt.

Nota d kaki: Kenyang2...selamat poket aku...

No comments: