Tuesday

Petaling Street

Minggu lepas, aku dan rombongan cik kiah seramai enam orang kiranya, ke Kuala Lumpur untuk ditemuduga yang akhirnya kami dilipat-lipat dengan lebih teruk lagi. Janji yang memakan diri kami sendiri.

Malas ak nak cerita perjalanan panjang kami untuk interview tue, dan aku jadikan ia sebagai pengajaran agar jangan terlalu berharap kecuali dengan daya usaha sendiri.

Kita kembali kepada Petaling street, seperti yang sudah diketahui oleh semua umat Kuala Lumpur dan sebahagian umat Malaysia, Petaling Street nie tempat shopping barang2 branded yang tiruan dan tempat itu jugalah tempat yang amat digeruni sebenarnya. Dah macam tempat samseng.

Sebelum nie, aku hanya dengar dari mulut ataupun terbaca dalam blog2 pasal Petaling street nie pasal para penjual yang kurang ajar yang mahu kita membeli barangan mereka jika kita dah belek2 dan tanya harga dan cuba buat tawar menawar harga.

Dan, akhirnya aku sendiri terjebak dalam situasi tersebut, walaupun bukan kene kepada diri sendiri.

Meh nak story skit... selepas sampai ke Stesen Pasar Seni, flight ke Putrajaya lambat lagi, kawan aku ajak ke Petaling Street untuk usha2 baju, aku yang dilantik sebagai tourist guide rombongan cik kiah ikutkan sahaja, buat apa duk termunung dalam balai berlepas lama2.

Jalan2 sampai rasa dah bengkak kaki, jumpa la pelating street yang semakin ramai dengan orang terutama sekali pelancong asing. Pusing2 dan tawaf kawasan, akhirnya kami terpecah, yang lain berempat dan aku hanya dengan sorang kawan perempuan (baca leklok: KAWAN) berjalan dibelakang dan agak lambat.

Akhirnya kawan aku nie singgah kat satu kedai yang jual handbeg dan usha2, belek2 beg yang berjenama itu. Macam2 jenama ada, jimmy choo, prada, dan macam2 lagi ada... Akhirnya ngah duk usha2 keluarlah sorang lelaki india (jurujual) tanya kami berdua. Kawan aku cakap hanya nak usha2 jer...akhirnya lelaki tue terus ambik satu beg dan bagi kat kawan aku. Aku cam biasa la, duk usha dari jauh jer.

Lepas tanya harga dan brape bajet kawan aku, jurujual tue trus ambik plastik, tapi kawan aku macam berdalih dan tak mahu beli dan nak blah, tapi jurujual tue panggil balik... akhirnya aku terpaksa masuk campur dan terangkan yang kami hanya mahu tengok2 jer, tapi dengan bebalnya lelaki tue trus duk suruh kami angkat beg tersebut dan masih duk tawar menawar harga.

Akhirnya kami terpaksa buat keputusan untuk beli beg jimmy choo walaupun kawan aku agak tak puas hati dengan easy wordnya, tak puas hati. Lagipun kami malas nak tegang2 kat situ sebab mesti geng2 mereka ramai, kene belasah, tak pasal2 HKL.

Rasanya kawan aku dah trauma nak ke pelating street. Sampai sekarang, kalu kami jumpa aku asyik terbersim jer... Jimmy Hachommm

No comments: