Tuesday

Lipat Melipat

selalunya kalu sebut pasal lipat melipat nie mesti teringat pasal pakaian, baju @ seluar dan yang sewaktu dengannya. Tapi yang aku nak story, gosip2 nie bukan pasal pakaian tapi benda lain.

Seperti yang aku mention sebelum nie, aku ada join program MCMF yang menyediakan training kepada graduan2 universiti. Ahlamdulillah, selesaikan program tue, memang banyak kenangan2 dan kawan2 baru yang aku dapat. Memang kenangan yang menjadi memori hingga ke tua.

Sebenarnya, kalu diikutkan selepas tamat program, akan diadakan majlis graduasi @ konvokasyen. Sebagai tanda kenang-kenangan jer.

Masa mula2 start majlis pun ak bleh tengok kekalutan dengan kata lain, program yang terabur. Macam xde kerjasama antara pihak penganjur dan universiti. Yang jadi mangsa lipat tentulah traninee, datang jauh2 dari pelusok negara semata2 termakan dengan kata2 nista dan manis untuk menyediakan sessi interview dengan lebih 10 buah syarikat.

Dengar 10 company, ak memang semangat gila nak datang, mana tau lekat 2-3 jawatan nnt. Lagipun dengar2, bukan calang2 syarikat nak datang, syarikat GLC,MMC SME smua ada. Gaji dan kerjaya yang ditawarkan mesti menjamin masa depan.

Tapi yang ada cuma 7 elevan ngan syarikat penganjur program. Dan syarikat tue, sebenarnya bukan nak ambik staff baru, cuma sebagai helah untuk nmpk banyak company dengan buka 4 booth untuk setiap department. Hampeh, hampeh, hampeh

Last2, kami yang terlipat dengan janji2 kosong nie diminta menghadiri sessi open interview kat UiTM Shah Alam sempena majlis konvokesyen MCMF disana. Tak tau camne nasib kami disana nnt. Dengar kata, lagi gempak sebab lebih 50 company yang ambik bahagian dalam career fair disana. Semoga rezeki kami disana.

No comments: