Sunday

Byline...

Bagi yang memasuki dunia kewartawanan, terutama sekali print media, byline merupakan satu penghargaan atas daya usaha kita mencari bahan berita dan mengolahnya untuk menjadi berita bagi tatapan pembaca.

Apa yang aku diberitahu, wartawan yang mendapat 1st byline perlu belanja rakan2 wartawan lain. Sebabnya mungkin sebagai tanda terima kasih kepada rakan wartawan lain yang banyak membantu. Takpun kene paksa ngan wartawan senior lain untuk belanja.. Segala kemungkinan tetap terjadi..

Bagi aku plak, byline memang satu penghargaan atas susah payah kita, tapi apa gunanya kalu apa yang kita karang last2 keluar dalam newspaper keesokkan harinya lain dari yang asal kita tulis. Bila compare, memang betul gaya penulisan berita aku teruk walaupun dapat byline. Xde rasa bangga langsung dengan byline tersebut.

Dua minggu attach kat sport desk, banyak yang aku pelajari walaupun tempoh itu amat singkat untuk belajar. Tapi peluang yang aku dapat amat berguna. Bermula dari hanya buat translation untuk berita sukan antarabangsa, ikut wartawan senior, diberi peluang untuk keluar assignment sorang2 dan buat 1:1 interview.

Berbalik kepada isu byline, sesetengah wartawan baru, memang mereka perlukan byline untuk memperkenal diri kepada dunia wartawan. Siap bilang lagi baru berita dah kuar, brape byline dah dapat sepanjang minggu pastu g compare plak ngan wartawan2 baru lain. Saje nak bangga diri. Tapi ada aku kisahhhh...

Lastweek aku attach kat sport desk adalah minggu yang paling mencabar kerana tugasan aku adalah Kejohanan Badminton Remaja 2011. Tiga hari berkampung kat sana dari petang smpai malam dan berhujan adalah komitmen wartawan.

Hari pertama, tujuh para aku hantar dengann angle yang lain...last2 kuar angle lain. Hari kedua, hantar tetap tujuh para, tapi keluar 10 para. Itu pun para 1 ngan 2 jer sama... others para smuanya editor rewrite balik. Memang rasa sedih, tapi aku cuba untuk belajar dari semua kesilapan itu. Lastday as sport reporter, aku cuba untuk perbaiki smua kelemahan dan kesilapan dan hasilnya apa yang aku karang dan olah...sebijik kluar dalam berita keesokan harinya tapi tanpa byline. Namun aku tetap puas hati.

nota d kaki: Next week as entertaniment journalist.

No comments: