Sunday

BERSIH 2.0

Skarang smua pelusuk Tanah Melayu, duk cerita pasal bersih, x kira la perhimpunan BERSIH yang mengotorkan KL, BERSIH mata kat shopping kompleks (cam aku), BERSIH rumah, kereta dan segala bagai lagi.

Saat berpuluh2 ribu umat manusia yang dahagakan demokrasi, pilihan raya yang adil bersih suci murni, aku lebih senang mengambil sikap x peduli sebabnya aku masih belum memilih pemimpin dalam pilihan raya, lagipun aku belum lagi daftar mengundi.

Bila aku fikir balik, perlukan aku daftar mengundi, jawapannya... mengundi adalah satu tanggungjawab kita untuk memilih pemimpin, tapi bila tengok balik gelagat pemimpin kat parlimen, baik xyah aku mengundi. Rasanya pemimpin sekarang tak kira kerajaan, pembangkang smuanya tak bleh pakai seperti kata Jambu "apa pun tak bleh"

Saat pusat bandaraya KL duk kecoh ngan sorakan, pancutan meriam air, gas pemedih mata, gari, aku masih gak masuk KL tapi kat Setiawangsa jer, lepak kat Jusco sambil memBERSIH mata tengok orang melilau dalam shopping kompleks. Usha2 aweks, maklumla solo lagi (jual diri skit).

Perjalanan dari umah aku yang selalunya makan masa antara 10-15 minit nak smpai sana, rasa cam sekejap jer, jalan memang lengang. Kalau nak try baring golek2 atas jalan pun bleh. Sampai rasa x mencabar langsung sebagai seorang penunggang motor kerana tak boleh nak cilok kereta.

nota d kaki: Motor aku dah lama rasanya x diBERSIHkan

No comments: