Sunday

Tiga Bulan Yang Sukar

Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, syukur kerana aku berjaya habiskan tiga bulan yang mencabar untuk menempatkan diri sebagai wartawan berita harian. Tapi nasib aku untuk terus diserap sebagai wartawan berita harian masih samar2 lagi. Samada sebagai staff tetap atau kontrak.

Bulan pertama memang tiada apa yang spesel kerana tiap2 hari masuk kelas utk teori dan dengar taklimat pengurusan berita harian dan nstp. Sampai satu tahap dh boring asyik dengar ceramah jer. tapi best gak sbb minum pagi dan petang disediakan. Save bajet.

Tamatnya kelas teori, maka bermulalah tugasan sebagai seorang wartawan yang kerdil untuk mengenal erti sebenar dunia diluar. Start dengan sukan walaupun hanya untuk dua minggu, tapi aku dapat gak ceduk cara penulisan berita sukan.

Tengah syok dan baru2 nak ngam dengan sport desk, ak dapat panggilan maut untuk ditukarkan ke desk diva, BPOP yang bukan calang2 wartawan yang menapak dalam tue. Memang perangai pun diva tapi baik hati. (Ambik hati sikit2) Walaupun sebulan atau leboh tepat lagi 4 minggu, tak banyak yang ak dapat belajar sebenarnya tapi tetap ada kepuasan dalam menulis. Apa yang aku rasa penting dan agak penting aku tibai jer. Cuma yang aku paling tak sukan untuk penulisan hiburanh adalah gosip yang terlampau untuk menjatuhkan artis dan memecah belahkan artis.

Sepanjang 4 minggu, rasanya story hiburan aku cuma kelaur 3 jer, first pasal sham kamikaze, pelancaran album anang & ashanty dan pelancaran album dayang nurfaizah.

Minggu2 terakhir yang tinggal, cuma dua minggu aku merayu untuk masuk news desk untuk belajar basic reporting sebenarnya. Walaupun terpaksa bersaing dengan senior2 dan assignment yang duberi hanya2 picisan2 sahaja, tapi amanah dan tanggungjawab yang diberi oleh editor perlu diselesaikan.

paling mencabar sepanjang dua minggu di news desk tentunya kene buat tinjauan umum kes bekalan air sekitar KL terputus untuk tiga hari, terkejar sana sini dengan ada dua assignment. Pressure dari editor untuk siapkan bherita dengan cepet. Memang kene absorb tekanan yang diterima.

Tamatnya hari Ahad, 3 Julai dengan assignment majlis tandatangan hak milik strata penduduk Pangsapuri Permai PJS, maka tamatlah praktikal sebagai PETS berita Harian.

nasib selepas ini aku berserah kepada-Nya. Semoga aku diletakkan dalam golongan yang mendapat razeki dari-Nya.

Nota d kaki: BERSIH buat otak aku jadi KOTOR

No comments: