Tuesday

Lipat Melipat

selalunya kalu sebut pasal lipat melipat nie mesti teringat pasal pakaian, baju @ seluar dan yang sewaktu dengannya. Tapi yang aku nak story, gosip2 nie bukan pasal pakaian tapi benda lain.

Seperti yang aku mention sebelum nie, aku ada join program MCMF yang menyediakan training kepada graduan2 universiti. Ahlamdulillah, selesaikan program tue, memang banyak kenangan2 dan kawan2 baru yang aku dapat. Memang kenangan yang menjadi memori hingga ke tua.

Sebenarnya, kalu diikutkan selepas tamat program, akan diadakan majlis graduasi @ konvokasyen. Sebagai tanda kenang-kenangan jer.

Masa mula2 start majlis pun ak bleh tengok kekalutan dengan kata lain, program yang terabur. Macam xde kerjasama antara pihak penganjur dan universiti. Yang jadi mangsa lipat tentulah traninee, datang jauh2 dari pelusok negara semata2 termakan dengan kata2 nista dan manis untuk menyediakan sessi interview dengan lebih 10 buah syarikat.

Dengar 10 company, ak memang semangat gila nak datang, mana tau lekat 2-3 jawatan nnt. Lagipun dengar2, bukan calang2 syarikat nak datang, syarikat GLC,MMC SME smua ada. Gaji dan kerjaya yang ditawarkan mesti menjamin masa depan.

Tapi yang ada cuma 7 elevan ngan syarikat penganjur program. Dan syarikat tue, sebenarnya bukan nak ambik staff baru, cuma sebagai helah untuk nmpk banyak company dengan buka 4 booth untuk setiap department. Hampeh, hampeh, hampeh

Last2, kami yang terlipat dengan janji2 kosong nie diminta menghadiri sessi open interview kat UiTM Shah Alam sempena majlis konvokesyen MCMF disana. Tak tau camne nasib kami disana nnt. Dengar kata, lagi gempak sebab lebih 50 company yang ambik bahagian dalam career fair disana. Semoga rezeki kami disana.

Dilema

Salam 1Malaysia,

Salam terbaru dan terkini walaupun dah semakin lapuk.

Tetiba hidup aku dilanda dilema dan tertaksa untuk memikirkan untuk jangka panjang, pendek dan sederhana. Dah la peluang keemasan aku terpaksa ditolak disebabkan sebab2 yang memang tidak boleh diterima akal.

Untuk membuat pilihan yang ada depan mata memang susah untuk dipilih, seperti antara hidup ngan mati plak. Takut yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran.

Maklum la dalam situasi genting aku sekarang nie, perlu buat pilihan yang tepat. Kot nnt masa depan yang aku nak daki, semakin menjunam. Arghhh, kekadang boleh spoil mood ak untuk berhari2. Sampai makan pun terlebih kenyang, mandi pun terlebih basah.

Antara kerjaya, knowledge dan masa depan. Untuk kita tentukan mana yang terbaik untuk dipilih memang susah. Tanpa knowledge, gelap la kerjaya, tanpa kerjaya, gelap masa depan plak.

nota d kaki: cari ilham dalam mimpi

Saturday

Update: Lama Betul Aku Menyepi II

Diam2 ubi berisi, adalah peribahasa tue ada kene mengena ngan aku... maybe ada la skit, menyepi bukan kerana kekeringan idea, banyak yang aku ingin kongsi di alam maya nie, tapi disebabkan banyak sangat... aku akan cuba compress dalam entri kali ini.

Sepanjang enam minggu membizikan diri dengan kursus kerjaya MyCareer MyFuture, akhirnya dengan perasaan sedih, sebak yang diadun sebati, berakhirlah program tersebut. Lets me story mory, what i gained from this programme.

  1. Disebabkan salah satu objektif program ini adalah, meningkatkan penguasaan dalam BI, so from now, i think, to speak fluently in English, don't shy2 cat to speak english anywhere and with anybody. But the important is, jangan plak speak english tak bertempat.
  2. to enhance self-confident, sebenarnya sedikit sebanyak membantu aku supaya tidak malu untuk bercakap dalam khalayak. sebelum nie pun semasa aku bergelar wartawan BK, banyak mendorong aku menjadi seorang yang berkeyakinan diri terutama bila berhadapan dengan orang ramai. Yang penting jangan over confident.
  3. Friends, aku kenal ramai kawan2 baru yang berbeza latarbelakang pengajian mereka, jika sebelum ini kebanyakan kawan2 aku dari PPIP, PPIK dan Komunikasi, tapi bila join program nie, jaringan kawan2 bertambah kepada pelajar master, kimia, biologi, fizik. Sampaikan ada yang tinggal 1 desa pun aku tak kenal sebelum nie. Sampaikan ada yang sudah lebih dari kawan pun ada. Memang berbaloi gak program ini untuk mencari pasangan hidup.

Rasanya cukup la 3 perkara yang aku huraikan itu. Apa yang penting, ilmu itu luas dan kita cuba untuk menerokainya dan mempelajarinya. Kalu diberi kesempatan untuk menyertai program2 seperti ini, aku tidak akan lepaskan, mmg best dan banyak pengalaman yang aku perolehi.

nota d kaki: 21/1/2010 aku akan bergraduat skali lagi. hope bleh jmpe lagi dengan smua group Fabulous Star, Aummmmmm