Friday

Penang - Putrajaya - KL - Shah Alam

Salam 1Malaysia...

Tengok kepada tajuk entri macam jadual perjalanan bas ekspress jer, tapi itulah sebenarnya perjalanan rombongan cik kiah dan aku baru2 ini. Perjalanan untuk memulakan satu fasa hidup yang baru, tapi masih terkial-kial mencari tapak permulaan.

Sebenarnya aku sendiri tak tahu nak mula dimana perjalanan rombongan cik kiah nie, sebab banyak suka dan duka yang kami lalui, maklumlah berkelana ditempat orang, dah la x biasa keadaan Kuala Lumpur, kalu stakat aku sorang, memang aku main redah je KL tue, asalkan poket berduit.

Disebabkan nak cut bajet, kami stay kat Putrajaya, rumah mak sedara salah sorang ahli rombongan cik kiah. Kat situ, dah dapat potong bajet penginapan dan makan. Almaklum la, ngan makan apat free. Masa kami sampai dari Penang, hidangan makan malam dah siap hidang.

Sebut bab makan nie, memang kredit terima kasih daun keladi, nnt kami datang lagi untuk mak cik sebab masak untuk kami. Pagi2, awal jam 5 pagi mak cik dah bangun sediakan sarapan bihun goreng untuk kami. Bimbang kami kelaparan kot. Lagipun banyak tenaga diperlukan hari tersebut. Hari kedua plak, biarpun aku sorang je yang ada interview, mak cik bangun sama gak untuk masak nasi lemak plak... Rasa nak jadi anak angkat mak cik jer.

Itu baru bab sarapan, makan tengahari ngan malam pun sama gak. Siap kene warning supaya jangan makan kat luar sebab dia nak masak. Untung poket ngan perut kami. Antara menu istimewa untuk kami, sup tulang, soto, ayam kicap dll...

Kita beralih plak ke perjalanan kami yang seterusnya. Rombongan cik kiah tak sah kalu tak berjalan2 pusing2 KL. Lepas habis interview kat Shah Alam, kami bergerak ke KL Sentral. Dari KL Sentral kami ke Times Square untuk cari makan. Last2, McD gak yang jadi pilihan. Macam la kat KL Sentarl xde McD.

Hari kedua, aku memang awal2 pagi dh keluar sbb interview jam 8.30 pagi. So rombongan cik kiah yang lain menyusul ke KL lewat skit. Bajet2 aku habis interview, diaorang sampai KL Sentral. Plan kami Mid Valley plak, ada yang usul nak ke Sunway Piramid, tp aku sebagai Tourist Guide mereka pun xpernah sampai dan xtau cara nak pergi sana.

Last2, kat MidValley pun hanya acara makan2 kat Pizza Hut jer, pastu jalan2 pusing2 bangunan sampai letih. Masa nak balik adalah pengalaman pertama ahli rombongan cik kiah sebab terpaksa berhadapan dengan keadaan yang agak kelam kabut warga kota.

Disebabkan masa kami nak balik bertembung ngan waktu keluar kerja, maka keadaan di stesen komuter agak sibuk, sesak dan haru biru. Ditambah plak, perjalanan tren dari Sg Buloh dibatalkan. So terpaksa kami bersesak2 nak naik tren. Akhirnya selepas 3 tren dan lebih sejam meninggu, baru kami berjaya meloloskan diri masuk ke dalam tren. Dalam gerabak dah macam sardin penyek rasanya, macam plastesin pun ada. Mujurlah perjalanan stesen Mid Valley ngan KL Sentral cuma stesen berikutnya. Xde la lama berpenyek dalam gerabak.

nota d kaki: Empat hari hidup kat KL dah macam2 perkara aku hadapi, niekan pula nak bina hidup di KL...

Tuesday

Petaling Street

Minggu lepas, aku dan rombongan cik kiah seramai enam orang kiranya, ke Kuala Lumpur untuk ditemuduga yang akhirnya kami dilipat-lipat dengan lebih teruk lagi. Janji yang memakan diri kami sendiri.

Malas ak nak cerita perjalanan panjang kami untuk interview tue, dan aku jadikan ia sebagai pengajaran agar jangan terlalu berharap kecuali dengan daya usaha sendiri.

Kita kembali kepada Petaling street, seperti yang sudah diketahui oleh semua umat Kuala Lumpur dan sebahagian umat Malaysia, Petaling Street nie tempat shopping barang2 branded yang tiruan dan tempat itu jugalah tempat yang amat digeruni sebenarnya. Dah macam tempat samseng.

Sebelum nie, aku hanya dengar dari mulut ataupun terbaca dalam blog2 pasal Petaling street nie pasal para penjual yang kurang ajar yang mahu kita membeli barangan mereka jika kita dah belek2 dan tanya harga dan cuba buat tawar menawar harga.

Dan, akhirnya aku sendiri terjebak dalam situasi tersebut, walaupun bukan kene kepada diri sendiri.

Meh nak story skit... selepas sampai ke Stesen Pasar Seni, flight ke Putrajaya lambat lagi, kawan aku ajak ke Petaling Street untuk usha2 baju, aku yang dilantik sebagai tourist guide rombongan cik kiah ikutkan sahaja, buat apa duk termunung dalam balai berlepas lama2.

Jalan2 sampai rasa dah bengkak kaki, jumpa la pelating street yang semakin ramai dengan orang terutama sekali pelancong asing. Pusing2 dan tawaf kawasan, akhirnya kami terpecah, yang lain berempat dan aku hanya dengan sorang kawan perempuan (baca leklok: KAWAN) berjalan dibelakang dan agak lambat.

Akhirnya kawan aku nie singgah kat satu kedai yang jual handbeg dan usha2, belek2 beg yang berjenama itu. Macam2 jenama ada, jimmy choo, prada, dan macam2 lagi ada... Akhirnya ngah duk usha2 keluarlah sorang lelaki india (jurujual) tanya kami berdua. Kawan aku cakap hanya nak usha2 jer...akhirnya lelaki tue terus ambik satu beg dan bagi kat kawan aku. Aku cam biasa la, duk usha dari jauh jer.

Lepas tanya harga dan brape bajet kawan aku, jurujual tue trus ambik plastik, tapi kawan aku macam berdalih dan tak mahu beli dan nak blah, tapi jurujual tue panggil balik... akhirnya aku terpaksa masuk campur dan terangkan yang kami hanya mahu tengok2 jer, tapi dengan bebalnya lelaki tue trus duk suruh kami angkat beg tersebut dan masih duk tawar menawar harga.

Akhirnya kami terpaksa buat keputusan untuk beli beg jimmy choo walaupun kawan aku agak tak puas hati dengan easy wordnya, tak puas hati. Lagipun kami malas nak tegang2 kat situ sebab mesti geng2 mereka ramai, kene belasah, tak pasal2 HKL.

Rasanya kawan aku dah trauma nak ke pelating street. Sampai sekarang, kalu kami jumpa aku asyik terbersim jer... Jimmy Hachommm