Wednesday

Makan keropok

Malam semalam ketika tengah godek2 fb aku terjumpa satu gambar dan post mengenai penjual keropok.

Bagi orang KL yang ada kenderaan, tak kisahlah lori, treler ataupun apa juga kenderaan yang bertayar tentu selalu singgah ke stesen minyak. Untuk apa? tentulah mengisi petrol ataupun diesel.

Mereka pasti pernah terserempak dengan beberapa orang lelaki, siap berkopiah menjual keropok. Mendengar tutur kata mereka aku pasti mereka ini berasal dari Selatan Thailand dan paling penting mereka adalah islam.

Sebenarnya sebelum ini aku pernah berjumpa dengan mereka, tapi hati aku begitu EGO setiap kali saudara2 seislam kita datang dekat kereta aku dan menawarkan keropok yang mereka jual. Macam2 alasan yang aku bagi antaranya kat rumah sudah ada (alasan paling konkrit kiranya untuk mengelat).

Tapi bila aku baca satu post kat fb, hati aku tetiba tersedar yang mereka ini sebenarnya sedang mencari rezeki bukan untuk mereka saja tapi untuk anak2 di kampung. Memang post itu membuatkan aku sebak kerana mereka sanggup datang ke KL ini semata-mata untuk jual keropok.

Tapi paling terharu bila baca post itu, mereka berjam2 berada bawah terik matahari untuk jual keropok untuk sesuap nasi tapi mereka yang berkereta mewah seakan tidak mengendanya. Tapi aku sekurang-kurangnya buka cermin kereta sebelum ini dan minta maaf sebab tak nak beli.

Bila baca post itu membuatkan aku bulatkan hati sekiranya terserempak dengan mereka sekali aku, dengan rezeki yang aku dapat bulan2 untuk beli sekurang2nya satu paket. Ya...bukannya mahal sangat pun jika ingin dibandingkan setiap minggu kita drive thru di MCD, makan di restoran mewah jika dibandingkan dengan beli keropok RM20 sepeket itu.

Dan malam tadi semasa singgah di stesen minyak Shell sebelum tol sungai beli, aku dipertemukan dan mambuatkan aku membeli keropok itu. Dan sambil menulis posting blog ini aku sedang mengunyah keropok itu. Rasa cam berbaloi sebab boleh dikira sedap gak.

Aku juga faham mungkin ramai yang beranggapan mereka adalah sindiket menjual keropok yang hasil jualan nanti untuk pihak ketiga. Bagi aku itu adalah antara mereka dengan Tuhan. Lagipun adalah gaji kita tiap bulan2 itu adalah 100% halal.

Oklah aku nak sambung makan keropok

1 comment:

Shintech said...


Bone Meal started out with an incredible objective of ensuring environmental sustainability through innovative green engineering. Our journey began as a fertilizer manufacturing company, utilizing available wastes and converting them into value-added nutrition for plants.