Wednesday

Kembali aktif

Sejak dua menjak ini, tidak tahu kenapa tetiba aku rasa untuk kembali aktif sebagai blogger. Banyak yang ingin aku kongsi menerusi tulisan untuk tatapan sesiapa yang membaca.

Bergelar wartawan sebenarnya banyak mendedahkan aku kepada perkara di luar sana. Baik dari segi isu semasa, politik, sukan, hiburan semuanya maklumat ada di depan mata. Cuma sebagai orang yang waras akal fikiranya harus menilai baik dan buruk.

Jadi dari aku fikir, tiada tempat untuk aku luahkan, maka blog ini tempat yang paling sesuai untuk aku luahan segala perasaan. Walaupun tiada siapa yang akan membacanya tapi sekurang-kurangnya aku ada blog ini sebagai tempat untuk mengadu.

Mungkin ini sekadar permulaan untuk aku memanaskan kembali blog ini yang membeku hampir setahun. Ini pun sebab aku masih sukar untuk melelapkan mata walaupun badan agak penat dengan bebanan kerja, tapi otak masih lagi ligat berfikir, terus buka laptop dan kemaskini bog lama untuk dibarukan kembali.

Sekian untuk seketika

No comments: