Friday

Kongsi Rasa

Tetiba mata rasa tak ngantuk dengan beberapa perkara masih menghantui fikiran aku. Minggu ini banyak perkara yang berlaku hingga banyak kerja terganggu mampu akhirnya dengan berfikir dengan positif dan tindakan susulan akan datang, semua masalah boleh dikira selesai.

Tetiba malam ini aku teringat satu peristiwa yang berlaku dalam bulan puasa lepas. Entah kenapa semasa cover majlis di RTM Angkasapuri perhatian aku tertumpu kearah pasangan penyanyi dan pelakon Safura dan suaminya Sharonizam yang juga pelakon.

Lihat mereka sekeluarga tambahan dengan kehadiran dua anak mereka bagaikan daya penarik untuk aku menyungkil kisah raya mereka tambahan pula bila diberitahu Safura kini hamil.

Kisah kebahagian rumah tangga mereka dengan kehadiran empat anak, tentunya satu suasana yang menyeronokkan tambahan sama macam aku ada empat beradik semuanya. Bila lama tak jumpa, peluang bila balik kampung, rasa macam satu hari bersama tidak cukup.

Berbalik kepada kisah Safura, selepas seminggu kisah keluarganya kelaur dalam B*Pop, aku dikejutkan dengan berita anak perempaunnya yang comel Nur Aisyah Mariam meninggal dunia. Masih aku ingat ketika nak photoshot, bila photogirl  aku suruh Mariam pose bersama mak dan ayahnya dia taknak tapi bila hanya photoshot untuk Safura dan suaminya saja, dia plak nak menyibuk untuk posing. Bagi aku kanak2 kecil memang begitu.

Aku kongsi keratan akhbar mungkin gambar terakhir mereka berempat dalam surat khabar.


klik pix untuk besarkan...

nota d kaki: Bestnya kalu dapat balik kampung

No comments: