Tuesday

No Komen

Kali ini aku nak kongsi satu emel yg diterima dalam official emel berita harian. Penghantar emel aku tak sure siapa, tapi dari kata2 kesal yg dikarangnya agak menusuk ke kalbu aku gak. Almaklum la aku juga wartawan hiburan yang banyak menelanjangkan kisah2 artis. Tapi jauh dipelusuk hati, aku lakukan atas desakan kerja.

Tapi rasanya sepanjang 3 bulan menjadi sebahagian dunia hiburan nie, belum pernah aku buat photoshot artis yang pakaian mereka terlalu seksi hingga seksa mata. Tapi melalui emel yg diterima ini, aku faham sebagai wartawan hiburan mereka tentunya ingin melariskan akhbar yang menaungi tempat kerja dengan wordsnya, tempat bagi mereka makan.


Aku sendiri akui banyak gambar2 yang diambil masa photoshot, artis pose kadang2 terlalu daring dan over. Maklum la muka tengah boleh jual, tentu lepas kluar cerita2 mereka dalam akhbar, market mereka akan lebih tinggi, dapat job2 berlakon tapi secara individunya aku sendiri tak berapa berkenan mereka pose2 terlalu over. Cukuplah sekadar menonjolkan diri melalui lakonan mereka.

nota d kaki: Tak nak komen lebih2...

Friday

Kongsi Rasa

Tetiba mata rasa tak ngantuk dengan beberapa perkara masih menghantui fikiran aku. Minggu ini banyak perkara yang berlaku hingga banyak kerja terganggu mampu akhirnya dengan berfikir dengan positif dan tindakan susulan akan datang, semua masalah boleh dikira selesai.

Tetiba malam ini aku teringat satu peristiwa yang berlaku dalam bulan puasa lepas. Entah kenapa semasa cover majlis di RTM Angkasapuri perhatian aku tertumpu kearah pasangan penyanyi dan pelakon Safura dan suaminya Sharonizam yang juga pelakon.

Lihat mereka sekeluarga tambahan dengan kehadiran dua anak mereka bagaikan daya penarik untuk aku menyungkil kisah raya mereka tambahan pula bila diberitahu Safura kini hamil.

Kisah kebahagian rumah tangga mereka dengan kehadiran empat anak, tentunya satu suasana yang menyeronokkan tambahan sama macam aku ada empat beradik semuanya. Bila lama tak jumpa, peluang bila balik kampung, rasa macam satu hari bersama tidak cukup.

Berbalik kepada kisah Safura, selepas seminggu kisah keluarganya kelaur dalam B*Pop, aku dikejutkan dengan berita anak perempaunnya yang comel Nur Aisyah Mariam meninggal dunia. Masih aku ingat ketika nak photoshot, bila photogirl  aku suruh Mariam pose bersama mak dan ayahnya dia taknak tapi bila hanya photoshot untuk Safura dan suaminya saja, dia plak nak menyibuk untuk posing. Bagi aku kanak2 kecil memang begitu.

Aku kongsi keratan akhbar mungkin gambar terakhir mereka berempat dalam surat khabar.


klik pix untuk besarkan...

nota d kaki: Bestnya kalu dapat balik kampung

Sunday

Kawin la Ko...

Minggu nie ramai betul artis yang kahwin, Norman Memey, Nabil, Noraniza Idris dan Taja MUH. Sebagai pendatang baru dalam mereport dunia hiburan nie, aku diberi gak la assignment mereport artis kahwin. Walaupun perkahwinan artis nie xde la sponsor smpai RM12 macam si Norman Hakim dan Memey.

Bila diberi tahu untuk cover artis kahwin nie, memang ada gak perasaan excited. Maksud kahwin disini akad nikah dirumah pengantin perempaun sebab untuk resepsi macam biasa la, akan buat kat dewan ataupun hotel. Dengan perasaan malas dan rajin yang bercampur baur aku gagahkan diri untuk pergi, lagipun aku dibayar gaji untuk menjalankan segala tugas yang termaktub didalam jadual. Tapi untuk selamat, aku awalkan assignment untuk photographer untuk snap gambar2 yang perlu dulu, dan aku menyusul kemudian. 


Tapi alangkah luluhnya hati ini, bila diberitahu yang my photogirl kene halau oleh tuan rumah dan segala gambar nanti aku kene ambil dengan photographer yang dibayar oleh pihak pengantin. So terpaksa aku relakan my photogirl balik dan tinggal terkontang kanting sorang diri. Untuk pengetahuan, wartawan lain pun xde. So terdetik dibenak fikiran aku, adakah wartawan memang tidak diundang atau aku sebenarnya macam main serbu je rumah pengantin. 


Tapi mujur aku diperkenalkan dengan PR yang sebenarnya sudah sediakan segala berita untuk diemelkan kepada wartawan. Tapi disebabkan aku hadir, so terpaksa tunggu hingga selesai majlis. Tercongok aku dirumah pengantin perempaun seperti orang bodoh, rasanya kalau wartawan senior lain dah lama mereka blah, tapi disebabkan dedikasi dan rasa amanak dan tanggungjawan aku tunggu sampai selesai. 


Tunggu dan terus menunggu sampai jam 5 petang, tiada apa yang boleh aku buat selain tunggu dan menunggu, nak lebih2 rasanya kuasa as wartawan tak cukup kuat sebab terkontang kanting sorang2, dengan penuh kesabaran yang semakin menipis aku menunggu, akhirnya si PR datang dengan kesabarannya yang memang terjuman terus ke kerak bumi sebab menunggu untuk ambil gambar, tapi tak dapat2.


Bila kesabarannya sudah tidak dapat dibendung lagi, apatah aku ini, ambil berita dan terus balik dengan harapan esok aku dapat byline tanpa susah payah memerah otak menulis berita. Sampai di opis tercinta, my akak senior kata story tak payah buat dengan apa yang pihak pengantin telah buat kat my photogirl. Then aku tanya kenapa tak suruh saya balik gak, jawapannya


"MANA TAU KOT BOS NAK PAKAI STORY TUE GAK"


nota d kaki: Esok majlis resepsi nabil dan aku plan untuk menghadirkan diri. Sesiapa yang nak sponsor baju untuk sku dipersilakan tanpa segan yer