Friday

Teringat Plak...

Teringat plak gua kepada khutbah yang disampaikan oleh khatib semasa solat jumaat td (7/11) berkenaan ngan solat di Masjid USM td. Terasa diri ini banyak betul dosa-dosa yang dilakukan sepanjang perjalanan hidup hampir 22 tahun ini. Terutama sekali bab meninggalkan solat dan melengahkan solat. Kini gua dah tak meninggalkan solat apa2 pun solat tetap solat, cuma bab melengahkan solat je yang payah nak buang. Kekadang hampir nak habis waktu baru terkejar-kejar nak pergi ambik wuduk untuk solat.



Berkenaan dengan khutbah td, antara yang menusuk hati ialah kisah seorang sahabat yang uzur, bila terdengar azan, beliau meminta anak2nya untuk membawanya ke masjid untuk berjemaah, tapi anaknya bertegas dengan alasan ayahnya kini uzur, jadi cukup la sekadar sembahyang dirumah. Tapi ayahnya tetap meminta anak2nya membawanya ke masjid. So sebagai seorang anak, kene ikut perintah ayahnya. Semasa disujud terakhir, si ayah tetap menembuskan nafas terakhir. Antara doa yang selalu si ayah panjatkan ialah supaya dicabutkan nyawanya ketika sedang bersujud kepada Allah s.w.t.


Selain itu, sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut pasal solat, solat, solat. Ini menunjukkan bertapa pentingnya solat kepada kita semua. Seperti yang kita tahu, solat merupakan tiang agama, maknanya jika kita tidak bersolat, runtuhlah agama kita. Dalam azan juga ada menyebut, marilah bersolat, mari menuju kejayaan. So dengan kata lain, solat merupakan pemangkin kearah kejayaan. Solat mengingatkan kita kepada Allah, dan Allah akan mengingati kita, so razeki dari Allah yang akan kita terima.


Bab solat juga mengingatkan gua masa zaman kecil2 dulu. Kalu lupa nak solat, mesti ada informer dalam rumah yang bagi bagi kat mak, so apalagi mesti kene bedal ngan penyakut baju. Sebenarnya bagitau kat mak bukan sebab nak mengingati antara satu sama lain, tapi best tengok orang kene bedal. Tapi ini sebenarnya yang menyebabkan kita takut untuk meninggalkan solat, sebagai pengajaran. Masa kecil dulu solat sebab takut kene bedal, tapi sekarang nie, solat sebab takut kepada azab Allah s.w.t.


Gua menulis entri nie sekadar untuk mengingati gua tentang solat, gua belum cukup ilmu tentang agama untuk bercakap lebih lanjut. Cuma ini sebagai ingatan kepada kita semua supaya tidak perlekehkan solat. Jika gua ada tersilap tulis, sila betulkan.


Nota d kaki: Solat tiang agama, rumah tanpa tiang, runtuhlah ia.

No comments: