Alhamdulillah, gua bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana akhirnya perjuangan untuk semester ini telah berakhir. Semua peperiksaan sudah gua bereskan, cuma tunggu keputusan je lagi. Papepun gua berharap agar pointer gua meningkat setiap semester. Almaklum la, dunia semakin memcabar, yang semakin bijak pandai pun semakin pandai, nak bersaing secara fizikal memang tak mampu, so orang kata bersaing secara sihat dengan mendapat pointer yang cemerlang. Gua tak nak banyak pun, cukup la sekadar 3.00 keatas, sekadar yang mampu dan terdaya.
Berbalik kepada 3.00, gua duk dengar kalu pelajar pusat pengajian Komunikasi yang dapat 3.00 keatas memang pelajar yang boleh diangkat sebagai hero dan heroin Malaya. Kenapa, susah sangat ke nak dapatkan 3.00 nie? Memang susah beb, gua rasa masa exam gua dah tulis abis, abis, abis baik dah. Semua fakta, isi, contoh, huraian boleh diterima pakai, lagipun banyak yang belajar bersangkutan dengan isu-isu semasa kini. Biasa la, pasal politik, demokrasi, kebebasan dll. So contoh-contoh sudah tentu ada di depan mata. Memang boleh tulis berjela-jela sampai tak cukup kertas. Tapi reslult still cukup2 makan je. So siapa yang nak dipersalahkan bila student dapat result rendah, student or lecture??? Seperti kata Nabil "Lu Pikir La Sdiri" Gua pun duk pikir-pikir jugak, tapi sambil mengoya.
Masa peperiksaan berjalan selama lebih dua minggu (3-18/11/2008) memang saat yang mencabar kewibawaan gua selaku student yang selalu berseorangan nie. Kawan-kawan yang ada disekeliling pun daripada pusat pengajian lain. So bak kata Akon, "Lonely, i'm mr Lonely" tapi gua bukan kesunyian or kesepian ok. Semuanya keseorangan, belajar sorang2, buat assigment sorang2, pergi exam hall pun sorang2, makan pun sorang2 jugak. Tapi gua suka sebab gua tak suka cara nie, sebab gua tak suka menyusahkan orang. Tapi kepada sesapa yang gua selalu susahkan tue, gua mintak ampun, halalkan semua kesusahan yang korang alami sebab gua. Kepada kengkawan yang membekalkan nota, rujukan,soalan2 spot tue gua ucapkan terima kasih, sem depan bagi lagi ok. Thanks alot for u guys.
Mendekatkan diri kepada tuhan merupakan salah satu cara untuk memohon pertolongan dari-Nya, so banyak2 la berdoa dan sembahyang hajat supaya setiap apa yang diingini termakbul, tak semua hajat termakbul, sebahagian pun cukup la. Itu pun tanda Allah mengingati kita, dan mungkin ia akan termakbul lain kali dengan berlipat kali ganda. Usaha dan dilakukan, doa sudah dipanjatkan. Hanya bertawakkal kepada Allah supaya hajat termaktul. Macam khutbah la plak.
Minggu peperiksaan, gua dua kali mengalami masalah pemikiran, mungkin sebab otak nie dah full tank kot. Sampai benda2 yang remeh-temeh pun gua lupa. Dua kali masa exam, slip peperiksaan gua terlupa bawa, so kene la berpatah balik ke balik untuk ambik slip peperiksaan. Papepun mujur hostel gua tepi dewan peperiksaan je, lari2 slow motion pun sampai jugak. Tapi sedikit sebanyak menggangu ketenteraman jiwa dan otak jugak. Dah la pergi dewan peperiksaan on time kul 9.00 pg, tertinggal plak benda alang tue. Apa nak jadi ngan gua nie.
Habis exam bermakna??? Boleh balik kampung la... Harta-harta karun gua pun dah masukkan kedalam peti besi. Harap-harap dengan kaedah penyimpanan yang lebih sistematik, kotak2 kene tampal borang apa entah, peti besi hanya dibuka pada masa2 tertentu, hanya tiga kotak dibenarkan, harta karun gua yang bernilai kira2 RM 3 billion tue tak hilang. Opss terlepas cakap plak...
Sebab lebih seminggu gua tak update blog nie panjang plak gua membebel. Tapi lepas ni tak tahu la bila boleh update blog nie, kat rumah pun xde line internet. Apa kejadah entah curi kabel talefon kat area kampung gua. Papepun Happy Holiday to all USM Student and other university.
Nota d kaki: Tak sabar nak tau result semester nie.
No comments:
Post a Comment