Showing posts with label dia. Show all posts
Showing posts with label dia. Show all posts

Saturday

Aku Parah

Betul gak kata en. Syamsuri masa buat latihan kompang untuk Impact Week lepas. Orang macam tue jangan buat baik sangat, nanti dia jadi lain plak.
Nampaknya apa yang dikatakan oleh en. Syamsuri tue aku kene terima gak. Dan sekarang aku semakin cuba untuk buat tak tau dengan kata lain menjauhkan diri darinya.
Aku tolong atas dasar kawan dan tak lebih dari tue. Aku tak kisah ngan kawan2 aku semua, bagi aku tolong dengan ikhlas, nanti dapat pahala. Dah la pahala aku nie tak banyak. Berat kat dosa je kot. Heheheh
Yang aku paling terkesima bila dia YM aku, dia tulis yang dia tak faham dengan perangai aku. Apa kejadahnya pun aku tak tau. Aku layan kawan2 fair and square semua. Adil dan saksama. Tak lebih dan tak minta balasan. Tapi kalu nak belanja makan, bagi duit aku terima dan ambik jer. Rezeki jangan tolok, musuh jangan dicari.
Lagipun aku rasa, perangai aku nie paling unik kot kat dunia sebab bagi aku sikap dan perangai aku, orang yang baru kenal memang takkan faham perangai aku. Kawan2 rapat aku pun ambik masa nak faham perangai aku. Niekan pula dia yang baru kenal aku.
Aku akui, dia nie bijak dan pandai berbanding aku. Aku pun pandai gak, tapi malas je lebih. Dia mesej aku, kalu ada masalah dan nak tanya berkaitan exam, pintu bilik dia berbuka 24 jam untuk aku. Aku rasa nak rebah ala2 kartun jepun jer.
Adakah aku yang salah erti atau dia yang salah erti. Budak2 pompuan pun dah ada yang cakap aku skandal dengan dia. Apa kejadah beb skandal sama jantina.
Nota d kaki: Tuhan jadikan makhluk itu berpasang-pasangan, lelaki dan perempaun. Jantan dan betina.

Monday

Aman Duniaku

Aku terasa aman bahagia sekarang. Semalam dia telah membuatkan aku rasa macam nak gaji sebuah kubur jer. Menyusahkan hidup aku jer bersama-sama dengan dia.
Semalam, aku memang letih gile, lagipun dah 4 malam aku tidur tanpa bulan dan bintang. So disebabkan semua assignment semua dah settle, so bolehlah aku melelapkan mata awal sikit. Biarkan pagi tue ada test, tapi lepas aku buka nota, aku rasa cam nota tue tak nak menerima aku. Atau aku yang tak nak. Mana-mana jer la.
Dalam kul 1.30 pagi, lepas abis layan bola kat khalel. Aku balik ke bilik. Dia pun dah nyenyak ngan bantal bucuk dia. So bolehlah aku terus menyenyakkan diri aku gak jap lagi. Tapi lepas je aku siap solat isyak, dia tiba2 terjaga daripada tidurnya. Terus ke PCnya dan main game dan layan lagu.
Aku dah naik geram sebenarnya, kalu pasang sound slow skit okey la, nie macam satu desa boleh dengar. Aku cuba gak untuk tidur, tapi tak berdaya. Lagipun aku kalu tidur tak boleh pasang lampu, kalu boleh semua ruang2 cahaya tak boleh ada. Tapi dah dia ngah masyuk depan PC aku malas nak kata pape la. Kot2 dia ada belas kasihan kat aku. Tapi memang dia tak berperikemanusiaan kat aku. Akhirnya, aku rasa dekat kul 5 pagi baru aku boleh tido.
Aku memang tak pernah satu kepala dengan dia. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab dah hampir dua tahun aku satu bilik dengannya, atau sikap dan perangainya. Mungkin semua diatas kot.
Sekarang, dia tiada kat sini lagi. Aku pun tak ambik kisah mana dia nak pegi. Balik negerinya, atau kemana saje dia pergi, Lantaklah. Tengah hari tadi, dengan beg yang aku syak sejak kelmarin dia dia nak pergi somewhere. So pergilah dia kemana-mana saje. Kalau boleh tak balik terus pun tak pe.
nota d kaki: Adakah aku terlalu kejam???