Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Tuesday

Berbuka Puasa Di Masjid USM

Dah lama rasanya aku tak mengupdate blog nie sejak anniversery pertama blog nie. Nak kata busy sangat rasanya banyak masa aku luangkan depan laptop, download movie, buke facebook. Tp yang sebenarnya otak aku macam dah tepu je nak tulis dalam blog nie, semangat tue dah kurang.

Sepanjang bulan berkat nie, boleh dikatakan selalu gak la aku g berbuka puasa kat masjid, nak save bajet gak la. Tapi bila beli kat bazar, memang macam tak ingat dunia, RM10 tue memang comfirm abis la, xpun lebih dari tue.

Sape kata makan kat masjid tak best, nie ada gambar2 nasi2 yang aku sempat aku ambik semasa berbuka puasa kat sana. Kekadang aku rasa lebih berbaloi berbuka kat masjid dari beli kat bazar.


Yang penting, setiap hari menu lebih kurang sama jer, tapi yang penting kenyang. Selalunya lauk yang disediakan oleh pihak masjid spt ayam ngan daging masak kurma. Pastu ada buah kurma, air sirap, acar timun.

Nasi sorang2 banyaknya macam bukit uhud bak kata ustaz aku dulu. Kiranya memang kenyang yang amat la bagi sesape yang berbuka puasa kat masjid dan gerenti kalu tak sahur pun x rasa lapar dan dahaga. Mungkin keberkatan tue yang ada.

Korang layan je la nasi aku masa berbuka puasa kat masjid

Ramadhan and H1N1

Nampaknya tahun nie Ramadhan disambur dalam keadaan tahap kesihatan dunia yang kurang menentu akibat wabak influenza A, H1N1 atau nama popularnya Selsema Babi. So bagi mengelak berlaku jangkitan secara terus, ramai yang mengambil langkah berhati-hati dengan memakai penutup mult dan telinga.

Ramadhan yang disambut dalam suasana H1N1 telah disalahgunakan oleh sekelompok manusia yang mempunyai tahap kekreatifan yang tinggi dimana digunakan untuk tujuan menyamar dengan kata lain supaya orang lain tak tahu mereka tak berpuasa. Supaya orang ramai tak cam mereka semasa membeli makanan seawal jam 12 tgh.

Aku sendiri yang melihat kelatah mereka semasa cuti mid sem lepas berhampiran rumah. Nak bagi tambah hensem lagi, siap guna cermin mata hitam (reben) supaya muka fully tertutup. Aku pun hairan, nak kata umur kanak2, aku nampak cam dah tua bangka, maybe dalam lingkungan umur 20an.

Tapi yang aku kesal sebenarnya dengan sikap peniaga yang dibuka seawal jam 12 tgh. Buka kedai cam nak jual untuk makan tengah hari plak. Memang la bulan puasa bagi peniaga untuk mengaut keuntungan berlipat ganda disebabkan permintaan yang tinggi. Tapi apa salahnya jika kedai dibuka selepas jam 4 ptg. Aku rasa tue pun dah boleh untuk lebih.

nota d kaki: Yang tak puasa dah tentu berdosa, peniaga yang jual untuk orang tak puasa camner plak???

Friday

Majlis Berbuka Puasa

Tahun nie gua 1st time join program majlis berbuka puasa anjuran persatuan komunikasi perkom. Tahun lepas diaorg dah anjur tp gua x pegi. Seperti gak tahun lepas diaorg buat majlis nie bersama anak-anak yatim dalam 40 orang smuanya. Paling gua terasa bila anak-anak yatim tue nyanyi lagu nasyid ibu, kalu x silap kumpulan asal yang nyanyi lagu tue kumpulan ae-man, kumpulan nasyid kanak-kanak.
Kawan-kawan aku yg terlibat secara langsung dalam program tue x lepas peluang untuk menunjukkan vokal diaorg, tp nyanyi maiming je la. hehehe... Budak2 1st year pun x lepas peluang gak nak tunjuk bakat terpendam diaorg, so diarg persembahkan sketsa pasal puasa nie, gua nak anak-anak yatim tue terhibur ngan sketsa budak2 tue. mungkin pasnie bleh g audition untuk jadi pelakon.
Sambil-sambil duk makan tue, pengarah projek, cik miera pun nak tunjuk bakat gak, so dia nyanyi lagu raya... bleg tahan la suara si miera nie... lepas tue gua nampak majlis jadi semakin melalut, terutama selepas semua dif-dif dan anak-anak yatim tue pulang, maybe nak lepaskan stress kot, pape pun gua terhibur gak ngan suasana tue..
Tp gua terasa terkilan gak, camner YDP perkom tue x nak terlibat dalam program nie, sepatutnya dia yang jadi peneraju utama dalam program-program anjuran PERKOM. Pape pun gua nak ucapkan syabas nak Cik Miera dan geng-geng dia yg buat program majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim nie.
Bulan yang mulia nie la kita nak buat amal kebajikan kepada anak-anak yatimkan. tapi gua rasa program nie akan lebih bermakna jika program tue buat di rumah anak yatim tue sendiri, bleh gak student-student nie rasa pengalaman duk rumah anak-anak yatim. dapat gak menimbulkan keinsafan kepada student-student nie. dapat gak kita tau kehidupan seharian anak-anak yatim tue camner kan.
Nota d kaki: Gua dipaksa oleh cik miera untuk join majlis nie.