Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Thursday

Salam Syawal

Alhamdulillah, sempurna sudah puasa kita pada tahun ini, selepas sebulan kita menahan lapar dan dahaga. Selain itu, meningkatkan amalan-amalan dan meninggalkan semua larangannya.

Salam Aidilfitri aku ucapan buat semua blogger2 yang singgah ke blog aku yang tak seberapa ini. Almaklum la, lama tak update, lagipun broadband aku rosak, so aktiviti blogging dan facebook aku tergendala dan terpaksa dikurangkan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Friday

Selamat Hari Raya

Dah hampir nak raya nampaknya, aku pun dah tak sabar2 nak balik kampung. Tahun nie aku terpaksa balik ngan kete sdiri sebab terlambat beli tiket bas.

So dalam otak aku terfikir-fikir kesesakan jalan terpaksa aku harungi dari Penang sampai Kelantan. Jika masa aku drive datang Penang tempoh hari, aku ambil masa 4 jam untuk sampai Penang, so masa nak balik raya nie mingkin ganda dua kot.

Sebenarnya, plan awal aku nak bertolak lepas subuh, masa tue matahari pun dah membahang lagi, kereta pun mungkin tak banyak lagi. Tapi sebab Bakri nak tumpang, terpaksa la aku tangguh sampai petang, tapi bila aku fikir2 balik, kalu bertolak petang, sampainya mesti malam. Nak hantar kawan aku kat Pasir Mas lagi, jawabnya sampai tengah malam la aku.

So aku ubah ke tengah hari, sekurang-kurangnya sampai dekat2 nak buka puasa. Takpun buka puasa kat rumah kawan aku dulu. Pastu baru bertolak ke rumah.

Yang lain semua tak pandai drive, ataupun xde lesen. Terpaksa la aku drive sorang2 nanti. Papepun mental ngan fizikal kene kuat nak mengharungi perjalanan yang tak tahu berapa jam. Pastu kene maintan pemanduan, jangan laju dan yang penting INGATLAH ORANG 'TERSAYANG' dan keluarga.

Pape hal, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

nota d kaki: Barang2 aku tak kemas lagi.

Saturday

Selamat Hari Lebaran Minal Aidil Walfaizin...



Syukur alhamdulillah, kita semua telah berjaya melawan hawa nafsu sepanjang bulan ramadhan ini daripada makan dan minum serta melakukan perkara2 yang boleh memakruhkan puasa ini.


Entri ini gua tulis beberapa jam sebelum gua berangkat ke stesen bas. Selepas sekian lama gua tunggu saat dan detik ini, maka pada pukul 9 malam, 27/9 gua akan balik jugak ke kampung gua di Kelantan untuk menyambut Aidilfitri dengan family. Dikesempatan yang ada nie gua nak minta ampun dan maaf kepada semua yang mengenali gua. Gua tau gua nie bukanlah seorang yang baik untuk semua orang dan selalu buat orang lain x senang dengan kehadiran gua.


Kepada si Dia, jika terbuka blog nie, gua rasa memang gua tak layak untuk Dia. Selalu sangat gua sakitkan hati dia. X pernah serius dan yang sama waktu dengannya. Apapun saya harap kita akan terus berkawan dan bersahabat sampai bila2. Saya tau Dia x balas mesej sebab Dia dah terasa sangat dengan perangai sy nie. Apa-apa pun SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN *0-0* SMUA

Thursday

Gua Masih Disini

Gua masih duk kat sini (usm), sebelum gua tulis entri nie, tiga call gua terima dari kakak, adik dan spupu gua. Kakak gua ngah on the way balik kampung, manakala adik gua dan spupu gua dah ada kat kampung. Wah, wah, wah... enak2 je diaorg kutuk gua sebab tak balik kampung lagi. Xpe... gua balas raya tahun depan, sebulan sebelum raya gua dah terpacak kat kampung.
Kakak gua cakap tadi, hari jumaat (26/10) diaorg nak gi shopping sakan kat KB Mall kot, pape pun jangan risau, gua dah buat shopping list utk kakak gua belikan. Duitnya, cam biasa la, dr Bank Umi...
Shopping List
  1. Baju T-shirt Berkoler (putih)
  2. Baju T-shirt Round Neck (hitam)
  3. Jeans

Bagi gua, tu dah kira sikit, sebab gua tau kakak dan adik gua akan shopping lebih dari tue. lagipun boleh gua pakai untuk g klass nnt.

nota d kaki: Baju melayu gua pakai yang tahun lepas je

Saturday

Lagu Raya...

Masuk je 10 malam terakhir ramadhan, lagu raya dan berkumandang kat radio2 swasta cam era.fm, hot.fm, sinar.fm dll. Gua yg org kata anak perantau nie rasa cam x sabar2 je nak balik kampung. Memang hari2 duk bilang bila la 27.9 (tarikh gua balik raya la nie) tp belum bleh balik raya nie, mak oi byknye keje yg nak kene settle, laporan, survey, assignment dll. Tp best gak sambil2 buat keje tue sambil2 layan lagu raya. Orang kata, dgr lagu raya nie bleh timbul feel raya tue, Tp kalu dgr lagu raya sedih, rasa syahdu la plak.
nota d kaki: Camner rasanya x balik raya tahun dan duk dgr lagu raya...