Saturday

Selamat Hari Lebaran Minal Aidil Walfaizin...



Syukur alhamdulillah, kita semua telah berjaya melawan hawa nafsu sepanjang bulan ramadhan ini daripada makan dan minum serta melakukan perkara2 yang boleh memakruhkan puasa ini.


Entri ini gua tulis beberapa jam sebelum gua berangkat ke stesen bas. Selepas sekian lama gua tunggu saat dan detik ini, maka pada pukul 9 malam, 27/9 gua akan balik jugak ke kampung gua di Kelantan untuk menyambut Aidilfitri dengan family. Dikesempatan yang ada nie gua nak minta ampun dan maaf kepada semua yang mengenali gua. Gua tau gua nie bukanlah seorang yang baik untuk semua orang dan selalu buat orang lain x senang dengan kehadiran gua.


Kepada si Dia, jika terbuka blog nie, gua rasa memang gua tak layak untuk Dia. Selalu sangat gua sakitkan hati dia. X pernah serius dan yang sama waktu dengannya. Apapun saya harap kita akan terus berkawan dan bersahabat sampai bila2. Saya tau Dia x balas mesej sebab Dia dah terasa sangat dengan perangai sy nie. Apa-apa pun SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN *0-0* SMUA

No comments: