Dalam kesibukan student lain nak memulakan pengajian untuk semester baru, gua sempat lagi pergi melencong (melancong) 3-4 hari. Sebenarnya tujuan asal cuma nak pergi hantar sepupu gua (Angah) yang dapat kursus jururawat kat Kolej Kejururawatan Kesihatan kat Sungai Buloh, Selangor. Tue pun gua tak ikut sebab juz nak g hantar sepupu gua, bukan adik beradik gua. Tapi ayah gua telah memberi satu idea yang sangat bernas untuk pergi ke Cameron Highland, mulanya kira nak pergi CH dulu, pastu baru hantar Angah ke Sungai Buloh, tapi last2, hantar Angah dulu baru naik CH. Gua rasa Angah mesti dengki sebab dia tak pernah pegi lagi ke CH.
Akibat idea yang bernas tue, gua dipanggil balik untuk berkhidmat sebagai pemamdu. Mula2 gua memang rasa malas nak pergi sebab kelas baru je nak mula, banyak benda nak kene settle macam daftar kelas tutorial, first meeting dll. Tapi bila duk pikir2 balik, best gak dapat bercuti awal2 semester nie. Lagipun family gua memang comfirm akan pergi, takkan nak harapkan adik pompuan gua sorang je drive g KL, naik CH balik semula ke Kelantan. So terpaksalah gua swastakan daftar tutorial ngan ambik handout coursework kat kawan gua.
30 Dis 2008:- (Selasa)
Lepas settle semua kelas hari tue, gua kemaskan barang2 yang nak dibawa balik. Cukup la satu beg galas ngan baju2 nak dipakai untuk 3-4 melencong tue. Bas gua dijangka bertolak kul 9 malm, tapi kene pergi awal sebab jalan jem sebab Stesen Bas Sg Nibong dekat nggan Tapak Pesta Pulau Pinang. Seperti dijangka kul 9 bas bergerak. Dalam perjalanan bas plak buat hal, aircond rosak, mujur bas gerak malam, takde la jadi panas sangat, lagipun driver tue buka pintu kat bumbung bas, masuk angin skit. Rasa sejuk lebih dari aircond la plak. Lepas henti rehat kat Sg Rui, Gerik dalam kul 12 bas bergerak, tapi hanya tuhan yang tahu betapa geramnya gua sebab driver tue bawak bas slow sangat, slalu duk follow blakang lori, bas2 lain dengan megahnya melintas2 lori2. Maybe driver tue pikir bab keselamatan penumpang kot, tak bleh bawak laju2. Tapi gua pilih bas tue sebab ia tak masuk Butterworth, so cepat skit sampai dalam kul 2 pagi. Papepun dalam kul 3.30 pagi gua sampai kat tanah bertuah, Tanah Merah.
31 Dis 2008:- (Rabu)
Gua ingat, nak bertolak ke KL awal pagi dalam kul 10 pagi, tapi terpaksa dienjakkan ke pukul 2 petang. Maknanya sampai KL malam. Tapi biasa la, kul 2 mesti jadi kul 3 baru bertolak. Mula2 gua tak drive lagi sebab saki baki mengantuk masih ada, so gua bleh la tido2 atas kete dulu. Tapi duk atas kete bukanya bleh tido pun. Sampai kat R&R Gua Musang, kitaorang henti sekejap untuk sesape tak sembahyang jamak dan qasar lagi. Lepas tue gua take over trus sampai KL. Perjalanan ke KL malam tue diiringi dengan hujan yang rengai2 kadang kala lebat. So slow je gua bawak, tak bleh racing laju2. Dalam kul 9 malam, kitaorang henti lagi kat R&R Genting Sempah. Biasa la, nak buang apa2 yang patut. Sampai kat Tol Gombak, kawan kakak gua dah tunggu kat situ. Pastu kitaorang konvoi untuk cari hotel2 bajet kat area Kepong, tapi semua dah penuh. So terpaksalah cari kat area Kampung Baru, KL. Tidur malam tue kat Hotel Sima. Tapi nak sampai kat Kampung Baru tue, bingit telinga gua. Ayah ngan Umi gua duk membebel suruh follow rapat2 supaya dah sesat, keete banyak camner nak follow dekat, tau2 je la orang KL drive, cilok sana, cilok sini. Lepas angkut2 beg pakaian, kitaorang turun makan kat kedai makan dekat area hotel. Makanan dah la tak sedap, mahal plak. Makan 14 orang, semuanya RM150. RM150 tue bleh blanje makan satu kampung. Papepun malam tue kitaorang makan sambil tengok bunga api sempena 1 Jan 2009. Kiranya makan ala2 romantik la. BLEH BLAH.
1 Jan 2009:- (Khamis)
Pagi2 lagi, kul 7 pagi semua dah siap siaga. Papepun kene tunggu kawan kakak gua jugak. Sebab dia orang KL. So berkonvoi la plak ke Sg Buloh, kul 8 sampai kat Hospital Sg Buloh. Kitaorang juz tunggu kat parking, juz Family Angah yang pergi uruskan pendaftaran. Boring2 duk tunggu gua g melantak kat cafe hospital. Ingatkan pendaftaran kejap je, dalam kul 10-11 semua dah settle, tapi dalam kul 2 baru semua hal pendaftaran settle. Boring2 sempat gak gua g usha Bandar Baru Sg Buloh. Papepun sempat gak la pusing2 bandar sambil cari jalan nak g hospital tue balik (sesat jalan daa) Selesai soal pendaftaran, so masa untuk bertolak ke Serdang la plak, UPM untuk hantar barang kat anak pak sedara gua kat sana. Lepas settle semua, g solat kat Masjid UPM dan makan kat area Serdang. Kul 5.30 petang masa untuk perjalanan ke CH plak. Perjalanan dari Serdang ke CH dijangka ambik masa 3 jam. Mula2 perjalanan lancar sekali sampai kat Tapah. Dari Tapah akan terus ke CH. Semasa perjalanan naik ke CH, hujan turun dengan lebat yang amat, secara livenya menguji teknik pemanduan gua selama 4 tahun. Jalan yang bengkang bengkok didarab plak dengan hujan yang lebat so gua kene berhati2, nanti masuk gaung or langgar bukit. So tak bleh la gua nak drift ala2 Initial D, juz drive slow, slow, slow. Jangkaan gua sampai pukul 8 terpaksa dienjak ke pukul 9.30 malam. Cari2 hotel, jumpa la hotel bajet murah, Hotel Jasmine. Bilik yang kitaorang sewa berada kat tingkat 4. Bleh tercabut kaki gua nanti nak naik dan turun.
2 Jan 2008:- (Jumaat)
Lepas tidur yang lebih dari cukup, pukul 10 kitaorang g usha sekitar CH, tapi disebabkan masa yang singkat, kene check out kul 12 so gua bawa ke board meeting untuk juz pergi Taman Mardi kat Tanah Rata. Kat sana bleh la snap gambar 20-30 keping. Lepas rasa kaki pun tak larat nak jalan kat Taman Mardi, so kitaorang balik ke hotel untuk check out, lepas tue masa untuk turun dan balik ke Tanah Tercinta (Tanah Merah) On the way turun tue, singgap kejap untuk beli sayur2. Rasanya tak sah kalau tak beli sayur kat CH. Lepas tue, ada plak yang mengidam nak makan strawbery, so singgap jap kat ladang strawbery, Self Plucking, apa lagi kutip la sendiri sambil snap gambar sampai abis bateri. Perjalanan turun dari CH, hujan still turun, ditambah plak ngan kabus tebal. Kete gua buat hal, aircond rosak. cermin jadi kabus, so terpaksa la drive slow tapi slalunya laju. Pukul 4 petang singgap solat kat Masjid Gua Musang. Lepas solat sorang pakcik cakap kat gua ada accident dekat ngan R&R Gua Musang (Accident 3 buah kete, 10 orang maut) Sebagai seorang yang slalu berhati2 di jalan raya dan ingatkan orang yang tersayang, on the way ke TM, gua juz pandu perlahan jiwa selamat. Tapi bila kete kat depan slow sangat sebab hari dah malam darab hujan , gua jadi naik angin, terpaksa la gua guna pengalaman memandu 4 tahun untuk melintas kenderaan yang drive ala2 slow skit. Papepun, syukur alhamdulillah, kul 8 malam, kami smua selamat sampai ke rumah.
nota d kaki: Best gak pergi melencong ramai2, semua family. Ada masa kita pergi tempat la ramai2 plak. Seronok beb.
No comments:
Post a Comment