Sunday

Jom Tengok Bola EPL

Gua sebenarnya bukan la kaki bola sangat, main bola ngan tengok bola bukanlah terutamaan gua. Sabtu malam ahad semestinya ada perlawanan bola EPL. Sebab malam tue gua boring, so gua pun ikut la geng2 yang gila bola ke restoran khaleel. Port bola paling ramai terutama jika Man United lawan. So boleh la tengok kat skrin besar yang dipasang. Tapi geng2 gua bukan peminat Man United tetapi Chelsea. Tapi kene tengok kat tv kecil je.
Sepanjang perlawanan 90 minit berlangsung perlawanan antara Chelsea ngan Stoke City, memang memdebar giler, semua gol yang disumbat dalam separuh masa kedua. Tapi Chelsea yang lebih banyak kawal bola dan shot. Akhirnya penantian gol tamat apabila Stoke City sumbat pada minit ke 60. Gua tengok muka sorang2 geng gua memang geram giler. Semua sumpah serapah keluar dari mulut diaorang. Nak tunggu Chelsea sumbat gol memang bising giler, terutama mamat yang duduk belakang gua, bola hilang kat kaki, bola tak gol, pemain Chelsea kene terjah memang dia tak bleh terima. Chelsea sumbat goal minit 89 dan pada masa tambahan. So memang suka la diaorang, sorakan padu untuk The Blues.
Sepanjang gua berada kat restoran Khaleel tue antara perkataan paling popular ialah:-
1.Bodoh
2. Babi
3. Gila
4. Sial
5. Celaka
Memang kaw2 pemain Chelsea ngan Stoke City kene kutuk malam tue. Macam la diaorang tue pandai sangat main bola nak kutuk pemain2 profesional yang dibeli ngan harga puluh2 dan ratus juta tue. Tapi gua faham, terlalu fanatik tengok bola tetapi bukan fanatik main bola. Macam gua memang tak fanatik langsung. Sekadar tengok untuk temankan kawan ngan hilangkan boring dan makan nasi kandar.
nota d kaki: Best kalau dapat tengok perlawanan bola sepak Liga Super mendebar dan menghiburkan seperti EPL.

1 comment:

Ladybug Yna said...

kawe pom suko chelsea gok. tp kawe dop fanatik mano. sbb kawe ore tino. huhhhu~