Friday

Rahmat Ujian

Gua percaya setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. Gua memang sangat bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana gua sedar benda ini dari awal. Walaupun gua dah buat satu kesilapan yang tak boleh diterima akal, menyebabkan keluarga juga berasa bimbang dan hampir hilang kepercayaan kepada gua atas apa yang gua lakukan, namun itu semua adalah satu ujian yang sangat besar untuk untuk ditempuhi.
Kesalahan yang gua lakukan ini juga akibat berfikiran pendek dan ingin mengejar kebendaan dunia semata-mata. Akibat pengaruh daripada kata-kata manis dan kebendaan menyebabkan gua mula lalai dan turut berfikiran kebendaan walaupun semua itu merupakan mainan syaitan yang cuma untuk menyesatkan anak-anak Adam a.s
Walaupun apa yang gua lakukan pada mulanya cuba untuk disembunyikan daripada keluarga, tetapi, tetapi akibat terdesak untuk mengingini sesuatu yang pada mulanya gua tak pasti tujuannya , gua minta nasihat dari mak sedara yang akhir mamahani tujuan sebenar gua. Atasan nasihat dan pandangan yang diberikan, gua pasti apa yang lakukan merupakan satu kesilapan yang besar dan teramat besar. Setiap perkara yang berlaku, walaupun tidak boleh dikembalikan kepada asalnya, tetapi ini menjadi satu teladan untuk gua dan keluarga untuk sentiasa beringat-ingat dan sesungguhnya padangan daripada orang yang lebih tua merupakan pandangan yang paling bernas.
Tetapi pemikiran manusia yang sentiasa berubah positif dan negatif menyebabkan seseorang berada dalam keadaan yang paling sukar untuk membuat keputusan. Itulah yang terjadi kepada gua sekarang. Dalam dilema antara yang positif dan negatif. Kebuntuan fikiran untuk berfikir dengan lebih bijak, lebih terbuka menyebabkan kekusutan dalam minda. Yang positif menjadi negatif dan yang negatif tetap negatif dan semakin negatif.
Yang penting kini adalah cuba bangkit daripada kekecewaan yang dicipta sendiri. Dorongan, nasihat dan semangat begitu penting untuk gua bangkit daripada kegagalan ciptaan sendiri. Walaupun orang berkata, tiada guna menyesal tetapi penyesalan awal merupakan satu keputusan terbaik berbanding menyesal selepas jauh tersasar daripada landasan kebenaran. Gua amat berterima kasih kepada mak sedara gua yang awal2 lagi telah mengesan kesalahan dan cepat2 menegur gua supaya gua tidak tersasar jauh dan terus mencipta kesalahan untuk diri sendiri.
Kini, gua benar2 berharap kesalahan yang telah gua lakukan ini menjadi ikhtibar dan teladan untuk gua dan keluarga. Gua amat berharap agar keluarga dapat menerima kekesalan yang telah gua lahirkan. Gua juga akan cuba untuk mengembalikan kehidupan asal yang sentiasa simple tetapi bermakna.
Nota d kaki: Alhamdulillah, satu pengajaran untuk diri yang kerdil di sisi Allah s.w.t

No comments: