Friday

Selamatkan Palestin

Berita yang sering terpapar di dada2 akhbar sekarang memang tak bleh lari daripada kekejaman Israel terhadap Palestin. Hari2 kita dapat lihat mayat2 kanak2, wanita, orang tua, para syuhada yang gugur dimedan syahid.


Semalam gua sempat singgah di sebuah surau dalam perjalanan pulang ke USM, selepas solat isyak diadakan solat hajat. Semasa solat hajat, gua boleh dengar esakkan imam surau tersebut. Ini nak menunjukkan betapa sedih dan hibanya beliau dengan apa yang berlaku terhadap saudara seislam kita dibumi palestin. Surah yang dibaca beliau juga surah Al-Fil semasa solat isyak dan solat sunat hajat.



Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)

Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka ?

Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan,

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras,

Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.


Boikot barangan/produk Amerika/Yahudi. Bolehkah ia berlaku??? Nampak cam mustahil jer. Dah berapa kali gua dengar NGO lancarkan slogan barangan/produk Amerika/Yahudi tapi gua nampak macam tak berkesan jer. Kebergantungan masyarakat dunia terhadap barangan produk Amerika/Yahudi memang banyak. Barang yang kita guna, pakai, makan semuanya daripada Amerika/Yahudi. Berapa banyak keluaran barangan/Produk pengguna yang dikelurakan oleh orang2 islam??? Walau bagaimanapun, demi islam gua rasa boikot tersebut amat perlu kerana keuntungan yang diperolehi oleh syarikat yahudi banyak disalurkan untuk meruntuhkan umat islam didunia. Korang bleh rujuk link nie untuk mengetahui produk Amerika/Yahudi yang perlu kita boikot. Klik sini


Negara2 Arab, apa yang mereka buat sekarang??? Membantu Palestin menentang Israel, bantuan kemanusian??? Tak dengar pun bantuan yang dibuat oleh negara2 arab yang kaya seperti Arab Saudi, UAE, Qatar dll. Kalau sekadar berdemontrasi, gua rasa Israel tak hairan pun. Apa yang gua tahu, negara2 arab kebanyakan mempunyai mazhab yang berbeza seperti Syiah, Wahabi, Sunni dll. Mungkin perbezaan mazhab menyebabkan mereka tidak membantu. Tapi seperti yang semua tahu, negara2 arab yang kaya semuanya tunduk kepada Amerika Syarikat, so tak hairan la kenapa mereka seperti tak endah kepada penderitaan rakyat Palestin.


Demontrasi hanyalah sebagai tanda bantahan yang tidak memberi sebarang makna kepada Israel. Hanya doa dan solat hajat kita sebagai umat islam, Hamba Allah yang penting untuk menegakkan islam, menegakkan negara Palestin Merdeka. Semoga rakyat Palestin dibawah payungan Allah s.wt. Seseungguhnya perjuangan mereka adalah intifada, fisabilillah, mati mereka adalah mati syahid.
nota d kaki: Allahu Akhbar

No comments: