Showing posts with label Insaf. Show all posts
Showing posts with label Insaf. Show all posts

Saturday

Kematian

Sejak kebelakangan ini, hampir setiap hari aku mendengar berita mengenai kematian samada dalam kalangan saudara-mara kengkawan, berita atau diblog.

Al-Qur’an menegaskan bahwa seluruh manusia, bahkan seluruh makhluk hidup, akan mengalami kematian. Tidak seorang pun yang akan hidup kekal di dunia ini. Allah SWT berfirman,

“Semua yang ada di muka bumi ini akan fana.” (QS. Ar-Rahman: 36)
“Setiap yang bernyawa itu pasti akan mengalami kematian.”(QS. Ali ‘Imran: 185)
“Sesungguhnya engkau—wahai Rasul—akan mati. Dan sesungguhnya mereka pun akan mati.” (QS. Az-Zumar: 30)
“Dan kami tidak menjadikan orang-orang yang sebelum kamu itu hidup kekal. Apakah jika kamu mati mereka itu hidup kekal?” (QS. Al-Anbiya’: 34

Dari ayat-ayat ini kita dapat memastikan bahwa kematian merupakan hukum kehidupan umum dan mutlak bagi setiap makhluk hidup di dunia ini.

Melalui ayat-ayat Al-Quran yang aku petik nie, kita semua tahu yang hidup pasti akan menemui kematian, tidak kira bagaimana cara sekalipun. Bila malaikat menjemput, pasti tidak ada yang mampu menolak dan menangguhnya.

Kematian juga tidak mengira umur, darjat, pangkat, pasti kematian akan menjelma juga

Bila terfikir akan kematian, pasti ramai yang akan takut, tapi sudah bersediakah kita untuk menghadapinya? Cukupkah amalan kita didunia, sudahkah kita mula bertaubat? adakah kita sudah memaafkan dan dimaafkan?

Bila terngat tentang kematian, teringat juga aku pada lagu selimut putih..

Bila Izrail Datang Memanggil
Jasad Terbujur Di Pembaringan
Seluruh Tubuh Akan Menggigil
Terbujur Badan dan Kedinginan
Tak Ada Lagi Gunanya Harta
Kawan Karib Sanak Saudara
Jikalau Ada Amal Di Dunia
Itulah Hanya Pembela Diri
Janganlah Mahu Dikenang-kenang
Engkau Digelar Manusia Agung
Sedarlah Diri Tahu Diuntung
Sebelum Masa Lkerenda Diusung
Datang Masanya Insaflah Diri
Selimut Putih Pembalut Badan
Tinggal Semua Yang Dikasihi
Berbaktilah Hidup Sepanjang Zaman

Kematian sebenarnya berlaku setiap saat dan detik, cuma kita sahaja tidak mengetahuinya. Yang ditinggalkan hanya, amalan, doa anak yang solah dan sedekah jariah.

Salam takziah aku untuk Nadzirah diatas kematian pakciknya, ajeng - neneknya, rakyat negeri johor - almarhun Sultan Iskandar, Keluarga Timb. Ketua Polis Negara, Tan Sri Sedek Ali, Pensyarah UM, Dr. Anuar Nor Arai, Timb Editor Utusan Online, Faridah Hashim dan Jurufoto Utusan Nazudeen.

nota d kaki: semasa aku menulis entri nie, hujan turun dengan renyai2. Hujan rahmat

Wednesday

Agama Sebagai Taruhan

Terkejut aku bila terbaca laporan akhbar tentang sebuah keluarga yang asal daripada Ajil, Terengganu yang kini menetap kat Pahang yang ingin murtad kerana faktor kemiskinan dan dihina oleh masyarakat. Adakah keluarga ini fikir dengan menukar agama, mereka boleh hidup dengan senang lenang? Adakah mereka fikir agama yang mereka bakal anuti tue, boleh mengubah nasib kemiskinan mereka?
Aku juga terfikir, mengapa masyarakat sekeliling menghina mereka disebabkan oleh miskin? Bagi aku, kemiskinan wujud di mana2 saje. Takkan la kat kampung yang mereka tinggal tue, keluarga mereka sahaja yang miskin.
Bagi aku, hanya orang yang kurang dan tidak teguh pegangan agama sahaja yang terfikir untuk menukar agama ke agama lain. Dan alasan kemiskinan bukan faktor utama yang menyebabkan mereka terfikir untuk menukar agama. Kalaupun mereka menukar agama, aku rasa kelaurga tersebut akan lebih teruk dihina oleh masyarakat sekeliling, bukan hanya kerana kemiskinan, tetapi kerana menukar agama. Mungkin bagi ibu bapa, mereka masih boleh menerima cemuhan masyarakat, tetapi bagaimana pula anak2 mereka yang masih kecil?
Dalam akhbar, keluarga ini ada memberitahu, mereka menggunakan bekalan air daripada sebuah madrasah. Bagi aku la, kalau di ayah nie merupakan kaki madrasah tue, aku rasa orang kampung tak kisah mereka menggunakan bekalan air dari sana. Tapi aku pun x tau keadaan sebenar. Nie hanya andaian aku jer.
Satu lagi yang aku nak persoalkan ialah, mana perginya wakil rakyat kawasan tersebut. Aku tak pasti, wakil rakyat tersebut daripada parti mana, tapi tak kisah la dari mana2 pun. Bagi aku la, wakil rakyat kawasan tersebut tak buat keje, hanya pandai berpolitik dan kumpul harta jer. Kepentingan rakyat setempat diabaikan, tidak dipedulikan. Takkan, masuk rancangan Bersama Mu, wakil rakyat baru nak tunjuk batang hidung, baru nak tunjuk keprihatinan kepada rakyat setempat. Nak glamour jer.
Tapi, aku amat bersyukur dengan keprihatinan seorang Hamba Allah yang sempat tahu keadaan tersebut dan melaporkan kepada media sebelum dirujuk kepada Majlis Agama Islam Pahang. Keluarga ini memang patut dibela, diberi kaunseling dan nasihat serta pengawasan oleh pihak majlis agama untuk memastikan niat mereka untuk menukar agama tidak timbul lagi. Semoga kelaurga ini tidak lagi berniat untuk menukar agama dan masih berdiri teguh dengan kalimah syahadah.
Nota d kaki: Iman seseorang manusia hanyalah seperti buih dilautan. Jagailah ia, agar tidak pecah walaupun dihempas oleh ombak ganas.

Friday

Rahmat Ujian

Gua percaya setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. Gua memang sangat bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana gua sedar benda ini dari awal. Walaupun gua dah buat satu kesilapan yang tak boleh diterima akal, menyebabkan keluarga juga berasa bimbang dan hampir hilang kepercayaan kepada gua atas apa yang gua lakukan, namun itu semua adalah satu ujian yang sangat besar untuk untuk ditempuhi.
Kesalahan yang gua lakukan ini juga akibat berfikiran pendek dan ingin mengejar kebendaan dunia semata-mata. Akibat pengaruh daripada kata-kata manis dan kebendaan menyebabkan gua mula lalai dan turut berfikiran kebendaan walaupun semua itu merupakan mainan syaitan yang cuma untuk menyesatkan anak-anak Adam a.s
Walaupun apa yang gua lakukan pada mulanya cuba untuk disembunyikan daripada keluarga, tetapi, tetapi akibat terdesak untuk mengingini sesuatu yang pada mulanya gua tak pasti tujuannya , gua minta nasihat dari mak sedara yang akhir mamahani tujuan sebenar gua. Atasan nasihat dan pandangan yang diberikan, gua pasti apa yang lakukan merupakan satu kesilapan yang besar dan teramat besar. Setiap perkara yang berlaku, walaupun tidak boleh dikembalikan kepada asalnya, tetapi ini menjadi satu teladan untuk gua dan keluarga untuk sentiasa beringat-ingat dan sesungguhnya padangan daripada orang yang lebih tua merupakan pandangan yang paling bernas.
Tetapi pemikiran manusia yang sentiasa berubah positif dan negatif menyebabkan seseorang berada dalam keadaan yang paling sukar untuk membuat keputusan. Itulah yang terjadi kepada gua sekarang. Dalam dilema antara yang positif dan negatif. Kebuntuan fikiran untuk berfikir dengan lebih bijak, lebih terbuka menyebabkan kekusutan dalam minda. Yang positif menjadi negatif dan yang negatif tetap negatif dan semakin negatif.
Yang penting kini adalah cuba bangkit daripada kekecewaan yang dicipta sendiri. Dorongan, nasihat dan semangat begitu penting untuk gua bangkit daripada kegagalan ciptaan sendiri. Walaupun orang berkata, tiada guna menyesal tetapi penyesalan awal merupakan satu keputusan terbaik berbanding menyesal selepas jauh tersasar daripada landasan kebenaran. Gua amat berterima kasih kepada mak sedara gua yang awal2 lagi telah mengesan kesalahan dan cepat2 menegur gua supaya gua tidak tersasar jauh dan terus mencipta kesalahan untuk diri sendiri.
Kini, gua benar2 berharap kesalahan yang telah gua lakukan ini menjadi ikhtibar dan teladan untuk gua dan keluarga. Gua amat berharap agar keluarga dapat menerima kekesalan yang telah gua lahirkan. Gua juga akan cuba untuk mengembalikan kehidupan asal yang sentiasa simple tetapi bermakna.
Nota d kaki: Alhamdulillah, satu pengajaran untuk diri yang kerdil di sisi Allah s.w.t