Friday

Jom Main Kawin-kawin

KANGAR: “Saya hairan dengan urusan perkahwinan ini kerana dari segi logik, nak beli kerbau sekalipun kita perlu bertemu pemiliknya...inikan pula orang.

“Saya dan keluarga langsung tak pernah bertemu bakal ‘menantu’ dan tak tahu menahu mengenai majlis akad nikah mereka,” kata bapa ‘pengantin perempuan’, Wan Ahmad Wan Harun, 58, (gambar) ketika ditemui petang semalam.


Katanya, adat Melayu ada peraturannya apabila keluarga pengantin lelaki perlu mengadakan majlis merisik, bertunang, menetap mas kahwin dan hantaran serta tarikh perkahwinan.


“Tapi semua itu tak berlaku kepada saya yang dikatakan bakal menerima ‘menantu’. Secara tiba-tiba, rombongan pengantin lelaki datang untuk bernikah.


“Saya terkejut dan hampir pengsan apabila rombongan pengantin lelaki tiba-tiba datang ke masjid dekat rumah untuk melangsungkan pernikahan (1 Januari lalu),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gial, dekat sini.


Seorang inspektor polis, Nurr Fahmy Abu Samah, 28, menanggung malu kerana mendakwa ditipu bakal isteri yang masih berstatus isteri orang menyebabkan majlis perkahwinan itu dibatalkan.

Dalam kejadian itu, rombongan pengantin lelaki terkejut apabila melihat `pengantin’ perempuan hanya berkain batik dan berbaju-T menyambut kedatangan mereka seorang diri di rumahnya di Kampung Gial.


Wan Ahmad yang juga seorang pesara kerajaan berkata, anak perempuan sulungnya daripada lima beradik itu, Wan Azura, 28, sudah berkahwin dan sepanjang pengetahuannya anaknya itu masih tinggal bersama suami di Kuala Lumpur.


“Macam mana dia hendak berkahwin kerana sudah bersuami. Mengapa keluarga pengantin lelaki tak siasat latar belakang bakal isteri dan tergesa-gesa hadir untuk berkahwin,” katanya.


Justeru, katanya, bagi mengelak kejadian tidak diingini, dia dan isteri, Aisyah Mat, 49, mengambil keputusan keluar dari rumah ketika rombongan pengantin tiba pada hari berkenaan.

nota d kaki: Nak kahwin kene ikut adat melayu


No comments: