Wednesday

USMFC Cemerlang di laman sendiri


Aksi sulung USM FC di pentas Liga Perdana 2010 menampakkan hasil apabila menundukkan Pos Malaysia FC dengan jaringan 1-0

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan gagal mencari gol awal untuk keputusan 0-0 pada separuh masa pertama.

Namun begitu, pada minit ke-45, USM FC hampir berada dihadapan, namun gol yang dihasilkan dinafikan oleh pengadil akibat telah melepasi kawalan offside

Menjengah ke separuh masa kedua, permainan adalah agak seimbang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan dengan beberapa gerakan berbahaya ditunjukkan oleh pemain Pos Malaysia FC dan USM FC namun gagal untuk menjaringkan gol.

Namun, lima minit sebelum wisel tamat, gol yang dicari menjelma hasil tandukan cantik Mohamad Baser.

Menurut Jurulatih USM FC, S Veloo, beliau berbangga dengan aksi yang ditunjukkan oleh anak-anak buahnya dan memyifatkan ia sebagai satu permulaan yang baik.

“Namun ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki untuk memantapkan lagi persembahan pasukan khususnya dibahagian serangan dan pertahahanan,” katanya.

“Untuk perlawanan seterusnya menentang PDRM, kita mensasarkan untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata,’’ ujarnya.

Hadir sama menyaksikan perlawanan tersebut ialah Naib canselor USM Prof. Tan Sri Dr. Dzulkifli Abd. Razak dan Timbalan Naib Canselor Bahagian Penyelidikan dan Inovasi Prof. Asma Haji Ismail.

Perlawanan seterusnya, USM FC akan menentang Polis DiRaja Malaysia di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi pada 15 Januari dan akan menentang pasukan Felda United FC di laman sendiri pada 18 januari 2010.

1 comment:

Namukiawa said...

hukz. tp lagi cemerlang apabila kemenangan mereka disambut meriah oleh pelajar kewartawanan yang sedang menyiapkan BK edisi 7. buktinya, mereka meletakkan gambar aksi USMFC di kedua-dua muka hadapan dan belakang. kalaulah USMFC tau, sure2 tangkap nangis. mana x nya, Malaysia menang pingat emas bola sepak time lawan Vietnam di Sukan Sea Laos pun x dapat coverage kek gini. gempar deh perbuatan kalian. muahaha.