Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Friday

Jom Balik Kampung

Dalam orang lain duk sibuk ngan study dan exam. Aku ambik keputusan untuk balik kampung. Lagipun, dah lepas satu paper dan next peper sminggu lagi. So boleh la rilex2 kat umah sambil mengosongkan minda aku yg serabut.
Sebelum tue aku nak story masa ngan exam kat Dewan Indah 1. Masa duk tekun dan kusyuk memerah otak mengarang esei paper YKT 213, bila2 aircond terpadam. Perhh, panas giler tambah plak ngah jawab exam. Makin tensen la aku mengarang esei. Masa ngah jawab tue, untuk mengurangkan presure student, pengawas peperiksaan sediakan air milo kotak untuk student. Dapat gak la aku basah tekak yg semakin kering nie. Dalam sejam gak aircond terpadam kalu tak silap aku. Tp okey la, ada air kotak. Kalau la tiap kali exam, dapat air kotak pun okey gak. Tapi kalau dapat air mineral lagi okey kot.
Sampai je kat Tanah Merah kul 2.30 pagi selepas perjalanan lebih 5 jam. Mak n adik aku yang jemput. Sampai je kat umah aku terus menjadi sorang pelapar seperti tak makan seminggu. Lepas letak barang2, aku terus tuju ke dapur, jenguk kot2 ada sisa2 makanan. Tapi aku hampa sebab mak aku tak masak pun malam tue. Buka peti sejuk , juz ada tepung lempeng jer, aku pun tibai je la sampai 4 kering hingga habis inti yang mak aku buat. Sebab terlebih kenyang, hingga pagi aku tak boleh nak lelapkan mata.
Petang, aku rasa cam mengidam nak makan laksam, tapi aku hampa sebab mak aku bizi sangat2 ngan kerja sekolahnya. So aku pulang ke penang ngan hampa gak. Tapi aku boleh gak makan sayur fevret aku, bendi goreng ngan telur. Tue pun lepas aku call nak aku suruh beli lepas balik dari sekolah. Aku bertuah gak, sebab aku boleh makan cendawan goreng. Biasa la musim2 skarang nie, musim ujan. So cendawan banyak tumbuh kat busut2.
Aku balik ngam2 malam tue ada pasar malam, so boleh gak aku merasa makan nasi kerabu. Walaupun kat area penang nie ada gak pasar malam yg gerai jual nasi kerabu, tapi tak sama sebab kat sini aku beli ngan duit sendiri, kat umah tentu ngan duit parent aku.
Kakak aku pun balik gak, aku balik pun sebab dia balik. Baru meriah skit. Tapi dia balik lambat skit. Sebelum balik, kak aku call, dia kata nak makan jemput pisang. Aku rasa nak tergelak gak. Makanan yang senang camtu malas nak buat, nampak sangat jenis malas nak masak. Papepun aku pun dah lama tak makan. Kalu kat sini, walaupun ada jual. Tak 200% tak sama ngan mak aku buat.
nota d kaki: Aku balik kampung hanya untuk makan jer.

Saturday

Hari Ini Hari Sabtu

(11/10) hari sabtu, hari yang gua tunggu dan hari yang gua tak mahu ada...
Dah nama hari minggu, so gua boleh la tidur lama skit, lagu pun xde aktiviti yang nak buat. So gua bangun dalam pukul 11 pg. Kalu hari lain, kul 8 atau kul 9 dah kene bagun sebab ada kelas. Tapi masa 1st year dulu, hari sabtu hari ko-k, so pagi2 lagi dalam kul 8 dah kene ada kat kawasan parking school kajihayat. Tp masa 2nd year nie gua dah gugurkan kursus ko-k sebab gua tak larat nak involved dalam aktiviti ko-k yang start dari pagi sampai tengahari



Lepas mandi, so bermula la kehidupan hari sabtu gua yang memang membosankan, memboringkan dan mem..kan yang sama waktu dengannya. Dari gua buka mata sampai gua nak tutup mata, pasti xde aktiviti yang boleh gua buat.



Hari sabtu gua dah tetapkan hari untuk basuh kain yang tentunya bertimbun2 tue, tp x main la basuh tangan nie, kita kene guna teknologi yang ada. Biarpun kene bayar RM2.00, gua tak kisah sebab duit syiling gua dah hampir nak penuh tabung. Kiranya gua menabung tue untuk basuh baju2 yang seminggu tak basuh. Lepas dah



siap sidai baju, kawan gua ajak pegi sg dua untuk format laptop dia yang dah kene virus yang kaw2 punya. Fuhhh....macam2 virus masuk, yang klakarnya, ada gak virus nama JAMBANKU.NET.
<-----(tabung gua masa skolah menengah lagi)
Lepas balik dari Sg Dua tue, rasa boring terus mendampingi gua, apa lagi, on laptop dan bace berita2 yang ada. Berita yang ada pun memboringkan gua, asyik2 pasal politik, politik, dan politik. Tapi dapat gak untuk gua bahas dan bagi pendapat masa tutorial kelas kewartawana 1 nanti. Sampai pukul dua duk termenung dan mengoya depan laptop, terasa lapar la plak, nak turun makan pun rasa malas sebab cafe tutup, kene pegi cafe yang satu lagi tue, jauh skit so rasa malas nak pegi, akhirnya gua terpaksa mengalah kepada perut gua yang mimta untuk diisikan dengan nasi. Tengah hari nie, bajet yang gua kuarkan untuk makan ialah RM 3.50.


Lepas tue, terasa boring plak, apa lagi perut pun dah kenyang, gua pun menidurkan diri untuk seketika, lagipun roomate gua tak melalak dengan games gitar dia tue. Biasa la nak main gitar yang sebenar x pandai, dapat main gitar games pun jadi la. Lepas bangun, solat zohor dan tunggu untuk solat asar, sempat gak kuar check2 friendster, bace komen, forum dan sebagainya sampai check berita2 terkini dalam akhbar online.


Petang, rasa lapar la plak. So gua pun layan la roti ngan air milo. Kalu duk umah bleh gak makan goreng pisang, tak pun nugget. Sambil layan makan tue sempat gak layan budak2 dalam chat room sampai nak maghrib. Lepas mandi dan solat maghrib, terinagt plak gua kat assignment sejarah yang sepatutnya gua hantar hari khamis lepas, tapi tak siap2 lagi. Gua harap Dr Nik tak reject assignment gua tue. Akhirnya selepas tertungkus lumus untuk siapkan kesimpulan assignment, akhirnya sattle, cuma nak print out je.
<---buku rujukan untuk assignment pengantar sejarah
Malam... Lepas siapkan assignment tue, rasa lapar lagi, nak turun cafe, comfirm cafe tue dah tutup. So terpaksa la gua pekena nasi kandar mamak khaleel malam nie. Lepas pakai smart2, gua pun teruskan perjalanan dengan kaki gua ke restoran mamak belakang USM nie. Untuk perjalanan pergi dan balik tue, rasanya bleh la bakar kalori skit, secara tak lansung kira macam semaman la gak. Makan kat restoran mamak nie dah tentu gua akan lari bajet nanti, biasa la nasi kandar rm4.50, air milo o beng rm 1.50.
Makan dah, assignment dah, solat dah...
Lepas tue gua duk update blog dan buat entry baru HARI INI HARI SABTU