Showing posts with label final exam. Show all posts
Showing posts with label final exam. Show all posts

Monday

Exam oh Exam

Sedar tak sedar nampaknya semester akan berakhir. Rasa sekejapnya aku dan teman2 bersama-sama menyiapkan berita Kampus sebanyak 6 keluaran. Walaupun aku lebih banyak menyibuk daripada bekerja, tapi sekurangnya-kurangnya aku tolong gak. (tolong menyibuk)

Tapi semua itu sudah berlalu, yang perlu difikirkan sekarang ialah final exam yang bakal menjengah dalam setiap pelajar, tak kira dimana jua anda berada. Yang nak ambil SPM dan STPM pun tak lama lagi juga.

Walaupun waktu-waktu begini (2.37am) amat sesuai untuk orang2 yang macam kelawar macam aku untuk study, tapi disebabkan terlalu banyak penganruh-pengaruh dan ancaman-amcaman dari luar menyebabkan, masa aku sering dilenyapkan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Terutama sekali facebook.

Penangan FB nie sebenarnya telah banyak melalaikan aku. Aku rasa ramai yang tak setuju dengan aku. Sebab kata mereka, pemimpin2 negara pun disaran untuk ada FB nie. Tapi bagi aku, antara aku dan pemimpin negara nie, bagai langit dan bumi. Mereka online kadang2, aku plak online lebih 12 jam sehari. Selagi wireless tak terputus dan laptop aku tak meragam, selagi itulah aku akan online.


Aku memang pasang hajat dan impian untuk sekurang2nya sekali dalam exam aku dapat 3.00keatas, tapi dengan sikap dan perangai aku macam nie, camne tue??? fikir-fikirlah sendiri. Nak salahkan orang lain memang tak boleh sebab dri sendiri tak mahu berubah.

Pic sebelah tue, aku bukan nak tuju kat sesape, tak kat diri sendiri juga. Sebelum aku kenal FB pun relust aku cukup2 makan jer, kalu dah kenal FB ni aku rasa headline boleh diubah ke 'Facebook punca keputusan semakin teruk'.

(Ayat menyedapkan diri) Papepun, aku rasa setiap sem aku dah cuba yang terbaik dan buat sehabis baik, mungkin yang terbaik bagi aku, masih tak terbaik bagi lecture. Tapi sekali tengok dalam slip, pointer aku selalu gak naik biarpun naik 0.01 cgpa.

nota d kaki: Buat teman-teman, sahabat-sahabat, kawan-kawan semua. Good luck for ur final exam.

Friday

Jom Membebel

Aku skarang tengah boring sambil otak aku tengah pusing ligat sebab dah lebih 24 jam aku tak tidur. Semalam lepas aku rasa dah blur duk study pengajian aqidah, dan kawan2 aku pun duk mengajak aku, so kami keluar ke khaleel untuk minum2 dalam kul 3 pagi. Sebab aku rasa nak stay up sampai pagi, so aku order nescafe o ais satu.

Sampai kat khaleel, dua orang kawan aku yang tak tau datang dari mana, ada kat sana. Sebab dah lama tak kumpul ramai sebab masing2 busy study untuk exam. Yer la sangat duk study. Kami pun borak la ngan macam2 isu baru dan isu lapuk. Sambil2 gelak macam tak ingat mati.
Lepas geng mamak khaleel nak cuci kedai, tapi cam nak halau kitaorang je. So dalam kul 4 pagi kami pun pulang ke pangkal jalan. Sebab aku dah minum nescafe ala2 kaw gak tue, so mata aku secara automatiknya tak nak tutup kedai gak. So aku pun study la sambil baring2 boring2 sampai subuh. Lepas subuh, try gak nak tidur, tapi mata aku nie degil cam aku gak, so sampai la kul lapan. Mandi dan siap sedia untuk berjuang dalam dewan peperiksaan.
Masuk dewan, buka buku soalan, aku makin jadi blur tengok soalan2 membunuh. Dalam setengah jam baru otak dan jari aku beroperasi untuk berfikir dan menulis esei. Semakin lama, kepala aku semakin berat ditambah plak ngan rasa ngantuk tiba2. Alah biasa tegal biasa. Aku meneruskan operasi menjawab exam sampai siap walaupun aku rasa tak berbaloi aku tak tidur dengan jawapan esei yang hanya ciput je aku tulis.
Masa berjalan balik ke bilik, dalam fikiran aku cuma A tak mungkin, B rasa tak logik, C mungkin la. Adakah ini gara2 nescafe o ais atau aku yang study last minute?
Nota d kaki: Fuhh, sungguh kick penangan nescafe o ais khaleel hingga skarang aku tak rasa ngantuk.

Minta Cadangan

Lepas hampir seminggu rumate aku menghilang tanpa khabar berita. Hari pertama exam, dia muncul saat aku duk study last minute. Aku tak kisah pun dia ada ke tak. Lagipun malam tue aku akan balik kampung. So tak perlu la aku aku ambik kisah sangat ngan dia.
Lepas 3 hari aku hilang dari pandangan dia, aku kembali ngan semangat dan otak yang berkobar2 dan fresh lagi. Masa aku sampai bilik, tengok atas meja dia, pc dan monitor dia takde atas meja. Aku cuma syak, dia dah pos balik comp dia kat Sarawak kot. Memang aku tak syak lain dah.
Lepas je balik dari solat jumaat. Dia masuk bilik ngan pc n monitornya. Nampaknya, tekaan dan syakkan aku lari dan tersasar jauh. Petang, dengan semangat yang masih terkobar2, aku ambik nota2 untuk study, tapi otak, hati aku terganggu dengan sound2 yang kuat dari speaker dia, ngah main games menatang apa enth. Aku pun kuar dan g tido kat surau.
Malam, lepas makan ala kadar kat kedai makan la. Aku balik ngan harapan dia kuar dah xkan balik untuk selama-lamannya. Tapi biasa la, syakkan aku memang tersasar. Dia beralih plak dari games ke nonton movie omputih. Sound tue, jgan cakap la, satu malaya boleh dengar. So secara automatiknya, mood study aku bertukar mode ke malas. Bukan sebab aku duk layan sama, tapi aku jadi serabut.
Aku tak tahu camner aku nak study sepanjang minggu exam nie kalu dia still ngan sikap dan perangai budak2 tadika dan tak hormat aku. Perlu ke dia hormat aku, padahal aku pun tak pernah nak hormat dia. So sape ada cadangan nak buat camner ngan dia????
nota d kaki: Aku menaip entri nie saat mode study aku malas dan serabut ngan rumate aku.

Jom Balik Kampung

Dalam orang lain duk sibuk ngan study dan exam. Aku ambik keputusan untuk balik kampung. Lagipun, dah lepas satu paper dan next peper sminggu lagi. So boleh la rilex2 kat umah sambil mengosongkan minda aku yg serabut.
Sebelum tue aku nak story masa ngan exam kat Dewan Indah 1. Masa duk tekun dan kusyuk memerah otak mengarang esei paper YKT 213, bila2 aircond terpadam. Perhh, panas giler tambah plak ngah jawab exam. Makin tensen la aku mengarang esei. Masa ngah jawab tue, untuk mengurangkan presure student, pengawas peperiksaan sediakan air milo kotak untuk student. Dapat gak la aku basah tekak yg semakin kering nie. Dalam sejam gak aircond terpadam kalu tak silap aku. Tp okey la, ada air kotak. Kalau la tiap kali exam, dapat air kotak pun okey gak. Tapi kalau dapat air mineral lagi okey kot.
Sampai je kat Tanah Merah kul 2.30 pagi selepas perjalanan lebih 5 jam. Mak n adik aku yang jemput. Sampai je kat umah aku terus menjadi sorang pelapar seperti tak makan seminggu. Lepas letak barang2, aku terus tuju ke dapur, jenguk kot2 ada sisa2 makanan. Tapi aku hampa sebab mak aku tak masak pun malam tue. Buka peti sejuk , juz ada tepung lempeng jer, aku pun tibai je la sampai 4 kering hingga habis inti yang mak aku buat. Sebab terlebih kenyang, hingga pagi aku tak boleh nak lelapkan mata.
Petang, aku rasa cam mengidam nak makan laksam, tapi aku hampa sebab mak aku bizi sangat2 ngan kerja sekolahnya. So aku pulang ke penang ngan hampa gak. Tapi aku boleh gak makan sayur fevret aku, bendi goreng ngan telur. Tue pun lepas aku call nak aku suruh beli lepas balik dari sekolah. Aku bertuah gak, sebab aku boleh makan cendawan goreng. Biasa la musim2 skarang nie, musim ujan. So cendawan banyak tumbuh kat busut2.
Aku balik ngam2 malam tue ada pasar malam, so boleh gak aku merasa makan nasi kerabu. Walaupun kat area penang nie ada gak pasar malam yg gerai jual nasi kerabu, tapi tak sama sebab kat sini aku beli ngan duit sendiri, kat umah tentu ngan duit parent aku.
Kakak aku pun balik gak, aku balik pun sebab dia balik. Baru meriah skit. Tapi dia balik lambat skit. Sebelum balik, kak aku call, dia kata nak makan jemput pisang. Aku rasa nak tergelak gak. Makanan yang senang camtu malas nak buat, nampak sangat jenis malas nak masak. Papepun aku pun dah lama tak makan. Kalu kat sini, walaupun ada jual. Tak 200% tak sama ngan mak aku buat.
nota d kaki: Aku balik kampung hanya untuk makan jer.

Sunday

Maaf, Aku Emo Skit

Semakin dekat nak start exam, aku rasa jiwa aku makin tak tenteram, macam ada masalah besar dalam diri aku. Tapi aku sendiri tak tahu masalah tue. Aku terpaksa biarkan jiwa aku melayang sendirian. Kekadang macam bodoh je bila duk fikir pasal diri aku.
Tadi, mak aku call. Rasanya lebih 20 misscall, tapi aku tak jawab. Aku rasa macam takde kekuatan untuk cakap, hinggakan mak sedara aku YM, tanya kondisi aku. Aku tak sanggup nak dengar suara mereka. Aku buat banyak masalah sem nie hingga menyusahkan keluarga aku. Hinggakan aku tak tertanggung rasa malu, hanya penyesalan yang ada. Hati dan jiwa aku pun dah puas menangis sampai kering dan gersang.
Aku cuma berharap kemaafan daripada mak dan ayah aku, seluruh keluarga aku. Aku cuma berharap mereka doakan kejayaan aku, kebahagian aku, ketenangan aku. Akanku cuba balas segala jasa mereka walaupun ia takkan terbalas.
Untuk kengkawan2 yang menjenguk blog aku nie, selamat menghadapi final exam dan semoga kita semua berjaya menggapai apa yang diimpikan. Maafkan segala kesilapan, kekhilafan aku sepanjang perkenalan kita.
Seperti kata, kawan2 aku, see you at top.
nota d kaki: Jiwa kacau, jiwa parah