Showing posts with label Tidur. Show all posts
Showing posts with label Tidur. Show all posts

Saturday

Study Week @ Sleep Week

Study Week dah kembali, maknanya final exam dah dekat. Tapi gua rasa dalam minggu study week nie, satu apa pun buku gua tak buka, kalu buka pun kejap je. Selain tue, gua rasa sepanjang minggu study week nie, masa yang gua abiskan untuk tidur pun semakin panjang. Study just malam dari pukul 9mlm-2pg, tue pun kekadang bleh lagi duk borak2 ngan the geng, buka laptop, layan chatting, dsb. So masa study yang 5 jam maybe dah jadi dalam 3 jam je.


Kalau bab tidur plak, lepas study, tidur dalam kul 3, rasanya bangun dalam kul 11 pagi. Lepas solat subuh, memang tak sah kalau tak sambung balik beradu. Petang plak, gua memang tak bleh nak study,so kalu boring2, lepas solat asar, gua sambung plak beradu 1-2 jam. So, ini menjadikan masa gua beradu dalam sehari 9-10 jam sehari. Tidur 10 jam, study 5 jam, Hanya 15 jam, so apa yang gua duk buat 9 jam lagi. Makan dan solat rasanya dalam sehari akan ambil masa 2 jam je. So gua telah mensia-siakan masa dengan banyaknya. Aduss, apa la nak jado ngan gua nie...
Gua harap sangat dengan masa yang masih ada ini, gua dapat gunakan dengan berfaedah. Gua hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah s.w.t semoga gua akan berjaya dalam peperiksaan semster ini, dan dapat membaiki pointer gau yang tidak membanggakan itu.
Nota d kaki: Tunggu masa dan mood yang baik untuk study dengan baik

Hari Ini Hari Sabtu

(11/10) hari sabtu, hari yang gua tunggu dan hari yang gua tak mahu ada...
Dah nama hari minggu, so gua boleh la tidur lama skit, lagu pun xde aktiviti yang nak buat. So gua bangun dalam pukul 11 pg. Kalu hari lain, kul 8 atau kul 9 dah kene bagun sebab ada kelas. Tapi masa 1st year dulu, hari sabtu hari ko-k, so pagi2 lagi dalam kul 8 dah kene ada kat kawasan parking school kajihayat. Tp masa 2nd year nie gua dah gugurkan kursus ko-k sebab gua tak larat nak involved dalam aktiviti ko-k yang start dari pagi sampai tengahari



Lepas mandi, so bermula la kehidupan hari sabtu gua yang memang membosankan, memboringkan dan mem..kan yang sama waktu dengannya. Dari gua buka mata sampai gua nak tutup mata, pasti xde aktiviti yang boleh gua buat.



Hari sabtu gua dah tetapkan hari untuk basuh kain yang tentunya bertimbun2 tue, tp x main la basuh tangan nie, kita kene guna teknologi yang ada. Biarpun kene bayar RM2.00, gua tak kisah sebab duit syiling gua dah hampir nak penuh tabung. Kiranya gua menabung tue untuk basuh baju2 yang seminggu tak basuh. Lepas dah



siap sidai baju, kawan gua ajak pegi sg dua untuk format laptop dia yang dah kene virus yang kaw2 punya. Fuhhh....macam2 virus masuk, yang klakarnya, ada gak virus nama JAMBANKU.NET.
<-----(tabung gua masa skolah menengah lagi)
Lepas balik dari Sg Dua tue, rasa boring terus mendampingi gua, apa lagi, on laptop dan bace berita2 yang ada. Berita yang ada pun memboringkan gua, asyik2 pasal politik, politik, dan politik. Tapi dapat gak untuk gua bahas dan bagi pendapat masa tutorial kelas kewartawana 1 nanti. Sampai pukul dua duk termenung dan mengoya depan laptop, terasa lapar la plak, nak turun makan pun rasa malas sebab cafe tutup, kene pegi cafe yang satu lagi tue, jauh skit so rasa malas nak pegi, akhirnya gua terpaksa mengalah kepada perut gua yang mimta untuk diisikan dengan nasi. Tengah hari nie, bajet yang gua kuarkan untuk makan ialah RM 3.50.


Lepas tue, terasa boring plak, apa lagi perut pun dah kenyang, gua pun menidurkan diri untuk seketika, lagipun roomate gua tak melalak dengan games gitar dia tue. Biasa la nak main gitar yang sebenar x pandai, dapat main gitar games pun jadi la. Lepas bangun, solat zohor dan tunggu untuk solat asar, sempat gak kuar check2 friendster, bace komen, forum dan sebagainya sampai check berita2 terkini dalam akhbar online.


Petang, rasa lapar la plak. So gua pun layan la roti ngan air milo. Kalu duk umah bleh gak makan goreng pisang, tak pun nugget. Sambil layan makan tue sempat gak layan budak2 dalam chat room sampai nak maghrib. Lepas mandi dan solat maghrib, terinagt plak gua kat assignment sejarah yang sepatutnya gua hantar hari khamis lepas, tapi tak siap2 lagi. Gua harap Dr Nik tak reject assignment gua tue. Akhirnya selepas tertungkus lumus untuk siapkan kesimpulan assignment, akhirnya sattle, cuma nak print out je.
<---buku rujukan untuk assignment pengantar sejarah
Malam... Lepas siapkan assignment tue, rasa lapar lagi, nak turun cafe, comfirm cafe tue dah tutup. So terpaksa la gua pekena nasi kandar mamak khaleel malam nie. Lepas pakai smart2, gua pun teruskan perjalanan dengan kaki gua ke restoran mamak belakang USM nie. Untuk perjalanan pergi dan balik tue, rasanya bleh la bakar kalori skit, secara tak lansung kira macam semaman la gak. Makan kat restoran mamak nie dah tentu gua akan lari bajet nanti, biasa la nasi kandar rm4.50, air milo o beng rm 1.50.
Makan dah, assignment dah, solat dah...
Lepas tue gua duk update blog dan buat entry baru HARI INI HARI SABTU

Tuesday

Kelas Hari Selasa

Pagi tadi gua ada klas kul 10 pg kat Pusat Bahasa, so lepas solat subuh gua pun buat alarm pukul 9 pagi, tp biasa la pukul 9 pagi alarm bunyi kul 9.30 baru gua bangun dari tilam terbang gua tue. Biasa la kalu dah rasa liat je nak pegi klas. Lepas pikir2 dah 2 kali gua ponteng klas LSP300 tue, gua pun bangun gak dari beradu dan mandi. Lepas siap mandi dan siap pakai baju dan smua, gua pun turun la bawah nak g ke bus stand IK. Sampai je kat bawah hostel bas hijau lalu depan gua, so secara livenya gua dapat rasa yg gua akan lambat sampai ke klass pg nie. Nampaknya ramalan gua benar belaka, dekat 20 minit gua tu nggu baru bas hijau tue muncul, tue pun lepas gua nyanyi lagu Ku Seru. Dengan perasaan malas yg mula menyelubungi gua, gua pun naik laa bas. Sampai kat Pusat Bahasa pukul 10.30 pg, turun je bas gua terpikir, mesti Ms Tan tanya gua,"Why are you late" apa gua nak jwb nie, bas lambat ataul lewat bangun tidur so gua nak jawab "the bus was late" @ "i wake up late". Ramalan gua benar belaka, masuk je klass, Ms Tan tanya, "kenapa lambat" sebab dia tanya dalam BM gua pun jawab dalam BM gak la. penat gua susun ayat takut terabur speaking english.
Abis je klas kul 11.50 pg, bermakna abis la klass untuk gua hari nie. Gua cepat2 keluar klass dan tggu bas hijau lagi, kalu lambat lagi bas tue sampai nampaknya gua kene nyanyi skali lagi lagu Ku Seru tue, tp nampaknya kejap je gua tunggu. Sampai je bilik, gua terasa ngantuk giler sbb dalam kelas td pun asyik duk menguap je kijenya, kalu gua duk belakang memang sah2 gua dah sambung tidur. Lepas tue gua pun panjat tangga katil dan mula la episod baru tidur gua.
Nota d kaki: Memang tue la sejarah hidup gua hari selasa slalunya.