Friday

Jom Balik Kampung

Dalam orang lain duk sibuk ngan study dan exam. Aku ambik keputusan untuk balik kampung. Lagipun, dah lepas satu paper dan next peper sminggu lagi. So boleh la rilex2 kat umah sambil mengosongkan minda aku yg serabut.
Sebelum tue aku nak story masa ngan exam kat Dewan Indah 1. Masa duk tekun dan kusyuk memerah otak mengarang esei paper YKT 213, bila2 aircond terpadam. Perhh, panas giler tambah plak ngah jawab exam. Makin tensen la aku mengarang esei. Masa ngah jawab tue, untuk mengurangkan presure student, pengawas peperiksaan sediakan air milo kotak untuk student. Dapat gak la aku basah tekak yg semakin kering nie. Dalam sejam gak aircond terpadam kalu tak silap aku. Tp okey la, ada air kotak. Kalau la tiap kali exam, dapat air kotak pun okey gak. Tapi kalau dapat air mineral lagi okey kot.
Sampai je kat Tanah Merah kul 2.30 pagi selepas perjalanan lebih 5 jam. Mak n adik aku yang jemput. Sampai je kat umah aku terus menjadi sorang pelapar seperti tak makan seminggu. Lepas letak barang2, aku terus tuju ke dapur, jenguk kot2 ada sisa2 makanan. Tapi aku hampa sebab mak aku tak masak pun malam tue. Buka peti sejuk , juz ada tepung lempeng jer, aku pun tibai je la sampai 4 kering hingga habis inti yang mak aku buat. Sebab terlebih kenyang, hingga pagi aku tak boleh nak lelapkan mata.
Petang, aku rasa cam mengidam nak makan laksam, tapi aku hampa sebab mak aku bizi sangat2 ngan kerja sekolahnya. So aku pulang ke penang ngan hampa gak. Tapi aku boleh gak makan sayur fevret aku, bendi goreng ngan telur. Tue pun lepas aku call nak aku suruh beli lepas balik dari sekolah. Aku bertuah gak, sebab aku boleh makan cendawan goreng. Biasa la musim2 skarang nie, musim ujan. So cendawan banyak tumbuh kat busut2.
Aku balik ngam2 malam tue ada pasar malam, so boleh gak aku merasa makan nasi kerabu. Walaupun kat area penang nie ada gak pasar malam yg gerai jual nasi kerabu, tapi tak sama sebab kat sini aku beli ngan duit sendiri, kat umah tentu ngan duit parent aku.
Kakak aku pun balik gak, aku balik pun sebab dia balik. Baru meriah skit. Tapi dia balik lambat skit. Sebelum balik, kak aku call, dia kata nak makan jemput pisang. Aku rasa nak tergelak gak. Makanan yang senang camtu malas nak buat, nampak sangat jenis malas nak masak. Papepun aku pun dah lama tak makan. Kalu kat sini, walaupun ada jual. Tak 200% tak sama ngan mak aku buat.
nota d kaki: Aku balik kampung hanya untuk makan jer.

No comments: