Saat temujanji diatur oleh penulis, beberapa kali ia terpaksa diubah disebabkan oleh jadual pengajian yang padat. Melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi memerlukan komitmen dan pengorbana yang lebih demi memastikan citi-cita untuk menjadi seorang pensyarah kelak berjaya. Walaubagaimana pun, peluang yang ada digunakan oleh penulis sepenuhnya untuk membongkar segala pengalaman dan perjalanan hidup gadis ini sehingga bakal bergelar seorang doktor.
Sepenjang temuramah dijalankan, Hafzan yang gemar membahasakan diri Kak Zan, jika dilihat kepada perwakatannya merupakan seorang yang amat peramah dan ceria. Sikapnya yang gemar bersenda, meriuhkan suasana saat itu yang turut ditemani oleh beberapa rakan seperjuangan.
Dilahirkan di Tanah Merah, Kelantan, beliau mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah di Tanah Merah. Beliau kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di sebuah Sekolah Menengah Ugama Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu. Kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang Sains Pemakanan di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Menurut beliau, selepas tamat tingkatan 5, beliau memang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, tetapi disebabkan oleh mabuk darah, beliau terpaksa menukar haluan ke bidang pemakanan. Walaupun bidang sains pemakanan tidak mencabar seperti bidang kedoktoran, namun cabarannya tetap ada kerana setiap bidang pengajian memerlukan komitmen dan minat yang mendalam.
Selepas berjaya menggenggam segulung ijazah, beliau merasakan masih kekurangan ilmu didada. Oleh itu, beliau telah menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang yang sama di UPM. Hal ini kerana, bagi beliau, hanya dengan segulung ijazah sahaja tidak cukup untuk merebut peluang-peluang pekerjaan disebabkan golongan yang mempunyai ijazah kini ramai. Namun selepas tamat pengajiannya, sangkaannya untuk mendapatkan pekerjaan dengan senang ternyata meleset. Hal ini ditambah lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
“Selepas dapat master, ingatkan senang sikit nak minta kerja, sebab yang ada master tidak ramai sangat, lagipun taraf pendidikan pun dah dikira lebih tinggi” ujurnya.
Disebabkan sukar untuk mendapatkan pekerjaan tetap, beliau melakukan kerja-kerja sambilan seperti guru bukan sandaran, pembantu penyelidik di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM).
“Sekurang-kurangnya, dapat juga cari pengalaman kerja dan sedikit pendapatan untuk menyara emak dan diri sendiri” katanya.
Semasa bekerja sebagai pembantu penyelidik di USM, beliau mendapat peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat doktor falsafah melalui skim Rancangan Latihan Kakitangan Akademik USM. Baginya, ia merupakan satu peluang yang tidak perlu dilepaskan.
Ketika pelajar-pelajar lain memilih untuk melanjutkan pelajaran ke universiti yang terkemuka di luar negara, beliau sebaliknya memilih universiti tempatan iaitu Universiti Sains Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Kesihatan Bersekutu.
“Saya tidak nafikan bahawa USM Kampus Kesihatan dekat dengan rumah, hal ini kerana perjalana antara rumah dan USM hanya memakan masa satu jam”. Tetapi baginya, beliau yakin dengan keupayaan universiti tempatan terutama sekali USM sebagai tempat untuk menimba ilmu. Taraf USM sebagai universiti Apex mengukuhkan lagi keupayaan USM untuk standing dengan universiti-universiti yang terkemuka di luar negara.
Selain itu, selepas tamat pengajian nanti juga, secara tidak langsung, beliau akan dilantik sebagai pensyarah di USM juga. Jadi, dapatlah dia menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana kampus.
Saat diajukan pengalaman-pengalaman beliau menjalankan kajian untuk thesisnya, beliau menyatakan bahawa, kajian yang dilakukannya melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah. Oleh itu, beliau terpaksa melayan pelbagai kerenah dan perangai pelajar yang mempunyai pelbagai ragam. Paling tidak dapat dilupakan apabila tas tangannya turut dicuri oleh pelajar disebuah sekolah yang dikunjunginya semasa menjalankan kajian.
“Ragam pelajar sekolah memang macam-macam, tapi yang penting kerjasama antara pelajar sangat penting untuk memastikan kajian yang dijalankan mempunyai hasil yang diinginkan.” Selain itu, pihak sekolah juga turut banyak membantu untuk memastikan kelancaran kajian yang dijalankan.
Kajian yang dijalan mengenai tahap anemia darah dalam kalangan pelajar sekolah adalah penting untuk memastikan pelajar-pelajar terbabit mempunyai tahap kesihatan yang baik.
Menurut beliau, selain kajian yang dijalan terhadap pelajar-pelajar sasaran, ia juga bertujuan untuk memberi pendidikan secara tidak formal terhadap pelajar-pelajar sekolah untuk menjaga soal pemakanan. Hal ini kerana, soal pemakanan sangat penting untuk memastikan pelajar dapat menumpu perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran.
Tujuh tahun mendambakan diri dalam pelajaran menjadikan Hafzan seorang yang cukup bermotivasi tinggi dan mempunyai pelbagai pengalaman bergelar seorang siswazah. Jadi, tidak hairanlah beliau menjadi tempat rujukan kepada anak-anak saudaranya untuk mendapat pendapat dan nasihat berkaitan pelajaran. Selain itu, keakraban antaranya dengan anak-anak saudara menjadikan mereka tidak kekok untuk berkongsi masalah dan mendapatkan nasihat. Lagipun sebagai anak yang bongsu, tentu lebih rapat dengan anak-anak saudaranya.
Saat diaju soalan berkaitan jodoh, beliau hanya tersenyum tersipu-sipu. Menurut beliau, saudara-maranya selalu mengajukan soalan tersebut kepadanya. Hal ini kerana, beliau seolah-olah terlalu menumpukan perhatian kepada pelajaran sehingga mengabaikan soal jodoh. Baginya, soal jodoh sudah ditentukan oleh tuhan, mungkin jodohnya lambat sedikit. Namun, beliau sebenarnya akan diijab kabulkan dengan lelaki pilihannya dalam bulan Mac nanti.
Bagi rakan-rakan seperjuangannya, mereka menyatakan bahawa Kak Zan merupakan seorang sangat rajin dan sentiasa dengan buku. Baginya walau ke mana sekalipun, buku tetap ada ditangan.
“Jika saya ada sebarang masalah, Kak Zan tempat saya untuk dapatkan nasihat sebab beliau selalu mengambil berat terhadap rakan-rakannya” ujur Wan Azlin.
Bakal pensyarah dalam bidang sains kesihatan ini juga ada memberi nasihat kepada golongan remaja dan siswazah-siswazah. “Golongan remaja seharusnya jangan abaikan soal pelajaran hal ini kerana ilmu merupakan segala-galanya untuk mengubah kehidupan dan masa hadapan seseorang”. Katanya diakhir temuramah tersebut.
Nota d kaki: Aku rasa rencana yang aku tulis nie tak ubah seperti karangan aku masa sekolah dulu. Korang rasa???
Catatan aku pada blog ini adalah dari perspektif diri. Apa yang aku lihat, dengar dan rasa, aku akan cuba untuk berkongsi
Showing posts with label rencana. Show all posts
Showing posts with label rencana. Show all posts
Monday
Dimana Ada Kemahuan, Disitu Ada Jalan
Akhirnya aku percaya jugak dengan pepatah "Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan"
Ini kerana, walaupun aku masih blur nak buat rencana profail tentang apa pada mulanya. Tetapi selepas aku melihat kejayaan Manchester United yang bersungguh-sungguh mencari gol dalam perlawanan akhir Piala Liga, walaupun tidak mendapat goal dan hanya menang melalui sepakan panalti. Tetapi aku percaya, pemain2 MU telah mengerah keringat untuk mencari gol.
Lepas je balik dari tengok perlawanan tersebut dalam pukul 2 pagi, aku buka laptop dan mula mencari bahan2 dan berfikir apa yang perlu untuk menulis rencana mengenai profail seseorang. Selepas tilik punya tilik, akhirnya aku ambik keputusan untuk menulis rencana profail mengenai mak sedara aku yang ngah ambik PhD sekarang nie.
Sekurang-kurangnya aku tak payah nak interview orang, aku tulis je apa yang aku tahu dan jika ada musykil2 skit, aku bleh tanya dia, takpun aku tulis ikut suka hati aku jer. Senang skit keje aku.
Selepas fikir2 dan tulis sedikit sebanyak isi2 yang hendak dimasukkan, akhirnya dalam pukul 3 pagi, aku start mengarang rencana tersebut. Tungkus-lumus memikirkan ayat dan bahasa yang paling kritis untuk aku muatkan dalam rencana aku nie. Ayat-ayat kritis memang diperlukan untuk menarik minat pembaca. Tapi kalu ayat tue sampai berbunga-bunga aku rasa, boleh lempar dalam recycle bin rencana aku nanti.
Akhirnya, selepas bertungkus lumus dan memerah segala otak kanan dan kiri, akhirnya dalam pukul 5.08 pagi dengan mata aku pun semakin mengecil dan perut pun terasa lapar, maka siaplah rencana aku dengan tajuknya...
Nota d kaki: Pensyarah aku tak suruh bagi tajuk untuk rencana tue, so aku pun tak fikir lagi nak bagi tajuk untuk rencana tersebut
Rencana
Nie rencana yang aku tulis sendiri n cedok skit2 dari akhbar n internet untuk assignment pertama aku dalam penulisan rencana. Kalau korang rasa excited nak pergi tempat tue, maknya rencana yang aku tulis nie memenuhi citarasa lecture.
Melarikan diri dari keadaan hiruk pikuk bandar yang sentiasa mengalami kesesakan lalu lintas, pencemaran alam memang mendamaikan. Bagi penduduk yang tinggal dalam suasana kota kaya metropolitan seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, dapat mengunjungi tempat-tempat yang mendamaikan seperti pulau-pulau, tempat peranginan memang tidak dapat dilepaskan. Ketenangan daripada deruan ombak, kirauan burung dan unggas seakan menggamit dan mengalu-alukan kedatangan pelawat kesana.
Salah satu pulau yang kian popular untuk dijadikan tempat untuk bercuti ialah Pulau Jerejak di Pulau Pinang. Berkeluasan 362 hektar, dan terletak 1.5 batu nautika dari tanah besar. Kawasan hutan pesisir pantai Pulau Jerejak berusia kira-kira 4000 tahun dan memiliki 210 spesis dari 72 keluarga sepsis flora dan 39 spesis fauna. Kawasan pulau juga dikelilingi oleh bukit-bukit hijau yang belum diterokai dan terpelihara daripada sebarang aktiviti pembangunan.
Pulau Jerejak dikatakan mula ditemui oleh Kapten Francis Light pada awal tahun 1786 sebelum beliau menemui Pulau Pinang. Pulau Jerejak juga pernah dicadangkan untuk dijadikan pengkalan tentera British oleh Kolenal Arthur Wellesly of Wellington, England untuk melindungi bandar baru Jamestown (Bayan Lepas) pada tahun 1797.
Pada tahun 1910an, Pulau Jerejak juga telah dijadikan tempat kuarantin kesihatan pendatang asing oleh pihak British dan pada tahun 1930an, sebuah hospital kusta dan tibi telah dibina di timur pulau tersebut yang mampu memuatkan kira-kira 150 orang pesakit dalam satu-satu masa. Pulau ini juga pernah mendapat jolokan pulau ‘sonatorium’ selepas Perang Dunia Kedua apabila ramai mangsa perang mengidap pengakit batuk kering.
Selain itu, palau tersebut juga dijadikan Kem Tahanan Politik British atau Penjara Pulau Jerejak, sebagai pulau buangan pada tahun 1948-1949 dimana penjara tersebut pernah menempatkan pejuang-pejuang nasionalisme seperti Dr Burhanuddin Al-Helmi, Ahmad Boestaman, Rashid Karim dan Ibrahim Karim. Penjara Pulau Jerejak juga pernah menjadi sebuah penjara keselamtan tertinggi dengan jolokan nama ‘Alcatraz Malaysia’ yang dibuka pada 12 Jun 1969.
Penjara Pulau Jerejak telah ditutup pada tahun 1990 dan tahanan-tahanan telah dipindahkan ke penjara lain seperti Penjara Simpang Renggam dan Penjara Muar secara berperingkat-peringkat sehingga 13 Ogos 1993 sebagai langkah keselamatan akibat banyak peristiwa hitam yang berlaku seperti rusuhan dan tahanan penjara yang berjaya meloloskan dari daripada penjara.
Selepas hampir tujuh tahun menjadi pulau terpencil tanpa sebarang penghuni, pada tahun 2000, pulau tersebut telah dijadikan sebagai tempat peranginan sebagai tarikan pelancong sesuai dengan status Pulau Pinang sebagai sebuah destinasi pelancongan pantai di Malaysia.
Selain itu, tinggalan bangunan-bangunan lama dan penjara juga boleh dijadikan sebagai salah satu tarikan pelancongan untuk mengunjungi Pulau Jerejak. Namun sehingga kini, tiada sebarang langkah penambahbaikan semula dijalan keatas bangunan-bangunan tinggalan tersebut meskipun pulau tersebut semakin menggamit ramai pelancong dalam dan luar negara.
Sejarah baru Pulau Jerejak bermula dengan pembinaan sebuah pusat peranginan Pulau Jerejak Resort and Spa pada tahun 2003 dan siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada Januari 2004. Kawasan resort dan spa ini telah didirikan di kawasan hospital kusta, Terdapat bantahan dilakukan terhadap pembinaan pusat peranginan tersebut kerana ia akan memusnahkan ekosistem dan juga tinggalan sejarah di pulau tersebut, namun ia tetap diteruskan.
Bagi pengunjung dan pelancong yang ingin ke Pulau Jerejak, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan bot laju dengan tambang untuk dewasa RM 12 dan kanak-kanak RM6 untuk hari-hari biasa. Namun, untuk hari minggu, tambang yang dikenakan ialah RM30 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak termasuk pakej buffet makan tengah hari di Restoran Santapan.
Perkhidmatan bot laju bermula seawal jam 6.30 pagi hingga 10.30 malam bagi perjalanan jeti ke resort, manakala perjalanan dari dari resort ke jeti adalah seawal jam 7.30 pagi hingga 11.30 malam. Bagi hari minggu, perkhidmatan bot laju dilanjutkan sehingga jam 12.30 malam bagi perjalanan dari jeti ke resort dan jam 1.30 pagi bagi perjalanan dari resort ke jeti.
Antara perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pengurusan resort ialah tempat meletak kenderaan di kawasan jeti. Selain itu, pelbagai aktiviti boleh dijalankan di kawsan Pulau Jerejak seperti ‘jungle trakking’ ‘paint ball’, bola sepak pantai, polo air dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan tentunya menyeronokkan sekiranya dilakukan secara beramai-ramai. Selain itu, pengunjung juga boleh bersantai di tepi kolam yang terdapat di dalam resort. Bagi pengunjung yang ingin membelai diri, mereka bolehlah mencuba perkhidmatan spa yang disediakan.
Melalui aktiviti yang boleh dijalan disini, dapat menunjukkan bahawa, Pulau Jerejak bukan sahaja sesuai untuk merehatkan minda daripada hiruk-pikuk kota sebaliknya turut menyediakan kemudahan untuk melakukan aktiviti luar yang boleh dijalankan di sekitar kawasan resort dan Pulau Jerejak.
Menurut seorang pengunjung dari Kuala Lumpur, “Tak sangka dulu takut juga dengar nama Pulau Jerejak tapi bila dah datang sini rasa suka, banyak aktiviti boleh dibuat di sini” kata Adam Iskandar kepada penulis semasa ditemui.
Beliau juga turut menyatakan mengunjungi Pulau Jerejak juga dapat menghindari mereka sekeluarga daripada keadaan kota yang hiruk pikuk dan bising.
Bagi seorang usahawan, Jason Lim, mengunjungi Pulau Jerejak merupakan destanasi peranginan yang sesuai untuk seisi keluarga.
"Di sini juga ada kemudahan spa dengan pakej yang menarik sesuai untuk keluarga dan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga," katanya
Bagi penulis mengunjungi Pulau Jerejak merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan, hal ini kerana pulau tersebut bukan sahaja sebagai pusat peranginan untuk bercuti bersama kelaurga dan rakan-rakan, sebaliknya sesuai untuk melakukan sebarang aktiviti riadah luar yang menyeronokkan. Selain itu, bangunan tinggalan British yang masih tersergam amat sesuai sebagai tarikan tambahan pelancongan ke pulau tersebut.Suasana hijau hutan disekeliling pulau dan bukit-bukau tentunya dapat mengekalkan keindahan Pulau Jerejak sebagai sebuah destinasi pelancongan dan peranginan yang semakin menggamit pengunjung untuk kesana
nota d kaki: Korang rasa rencana nie macam karangan budak sekolah rendah atau tulisan seorang penulis profesional atau wartawan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
