Monday

Rencana

Nie rencana yang aku tulis sendiri n cedok skit2 dari akhbar n internet untuk assignment pertama aku dalam penulisan rencana. Kalau korang rasa excited nak pergi tempat tue, maknya rencana yang aku tulis nie memenuhi citarasa lecture.
Melarikan diri dari keadaan hiruk pikuk bandar yang sentiasa mengalami kesesakan lalu lintas, pencemaran alam memang mendamaikan. Bagi penduduk yang tinggal dalam suasana kota kaya metropolitan seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, dapat mengunjungi tempat-tempat yang mendamaikan seperti pulau-pulau, tempat peranginan memang tidak dapat dilepaskan. Ketenangan daripada deruan ombak, kirauan burung dan unggas seakan menggamit dan mengalu-alukan kedatangan pelawat kesana.

Salah satu pulau yang kian popular untuk dijadikan tempat untuk bercuti ialah Pulau Jerejak di Pulau Pinang. Berkeluasan 362 hektar, dan terletak 1.5 batu nautika dari tanah besar. Kawasan hutan pesisir pantai Pulau Jerejak berusia kira-kira 4000 tahun dan memiliki 210 spesis dari 72 keluarga sepsis flora dan 39 spesis fauna. Kawasan pulau juga dikelilingi oleh bukit-bukit hijau yang belum diterokai dan terpelihara daripada sebarang aktiviti pembangunan.

Pulau Jerejak dikatakan mula ditemui oleh Kapten Francis Light pada awal tahun 1786 sebelum beliau menemui Pulau Pinang. Pulau Jerejak juga pernah dicadangkan untuk dijadikan pengkalan tentera British oleh Kolenal Arthur Wellesly of Wellington, England untuk melindungi bandar baru Jamestown (Bayan Lepas) pada tahun 1797.

Pada tahun 1910an, Pulau Jerejak juga telah dijadikan tempat kuarantin kesihatan pendatang asing oleh pihak British dan pada tahun 1930an, sebuah hospital kusta dan tibi telah dibina di timur pulau tersebut yang mampu memuatkan kira-kira 150 orang pesakit dalam satu-satu masa. Pulau ini juga pernah mendapat jolokan pulau ‘sonatorium’ selepas Perang Dunia Kedua apabila ramai mangsa perang mengidap pengakit batuk kering.

Selain itu, palau tersebut juga dijadikan Kem Tahanan Politik British atau Penjara Pulau Jerejak, sebagai pulau buangan pada tahun 1948-1949 dimana penjara tersebut pernah menempatkan pejuang-pejuang nasionalisme seperti Dr Burhanuddin Al-Helmi, Ahmad Boestaman, Rashid Karim dan Ibrahim Karim. Penjara Pulau Jerejak juga pernah menjadi sebuah penjara keselamtan tertinggi dengan jolokan nama ‘Alcatraz Malaysia’ yang dibuka pada 12 Jun 1969.

Penjara Pulau Jerejak telah ditutup pada tahun 1990 dan tahanan-tahanan telah dipindahkan ke penjara lain seperti Penjara Simpang Renggam dan Penjara Muar secara berperingkat-peringkat sehingga 13 Ogos 1993 sebagai langkah keselamatan akibat banyak peristiwa hitam yang berlaku seperti rusuhan dan tahanan penjara yang berjaya meloloskan dari daripada penjara.

Selepas hampir tujuh tahun menjadi pulau terpencil tanpa sebarang penghuni, pada tahun 2000, pulau tersebut telah dijadikan sebagai tempat peranginan sebagai tarikan pelancong sesuai dengan status Pulau Pinang sebagai sebuah destinasi pelancongan pantai di Malaysia.

Selain itu, tinggalan bangunan-bangunan lama dan penjara juga boleh dijadikan sebagai salah satu tarikan pelancongan untuk mengunjungi Pulau Jerejak. Namun sehingga kini, tiada sebarang langkah penambahbaikan semula dijalan keatas bangunan-bangunan tinggalan tersebut meskipun pulau tersebut semakin menggamit ramai pelancong dalam dan luar negara.

Sejarah baru Pulau Jerejak bermula dengan pembinaan sebuah pusat peranginan Pulau Jerejak Resort and Spa pada tahun 2003 dan siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada Januari 2004. Kawasan resort dan spa ini telah didirikan di kawasan hospital kusta, Terdapat bantahan dilakukan terhadap pembinaan pusat peranginan tersebut kerana ia akan memusnahkan ekosistem dan juga tinggalan sejarah di pulau tersebut, namun ia tetap diteruskan.

Bagi pengunjung dan pelancong yang ingin ke Pulau Jerejak, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan bot laju dengan tambang untuk dewasa RM 12 dan kanak-kanak RM6 untuk hari-hari biasa. Namun, untuk hari minggu, tambang yang dikenakan ialah RM30 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak termasuk pakej buffet makan tengah hari di Restoran Santapan.

Perkhidmatan bot laju bermula seawal jam 6.30 pagi hingga 10.30 malam bagi perjalanan jeti ke resort, manakala perjalanan dari dari resort ke jeti adalah seawal jam 7.30 pagi hingga 11.30 malam. Bagi hari minggu, perkhidmatan bot laju dilanjutkan sehingga jam 12.30 malam bagi perjalanan dari jeti ke resort dan jam 1.30 pagi bagi perjalanan dari resort ke jeti.

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pengurusan resort ialah tempat meletak kenderaan di kawasan jeti. Selain itu, pelbagai aktiviti boleh dijalankan di kawsan Pulau Jerejak seperti ‘jungle trakking’ ‘paint ball’, bola sepak pantai, polo air dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan tentunya menyeronokkan sekiranya dilakukan secara beramai-ramai. Selain itu, pengunjung juga boleh bersantai di tepi kolam yang terdapat di dalam resort. Bagi pengunjung yang ingin membelai diri, mereka bolehlah mencuba perkhidmatan spa yang disediakan.

Melalui aktiviti yang boleh dijalan disini, dapat menunjukkan bahawa, Pulau Jerejak bukan sahaja sesuai untuk merehatkan minda daripada hiruk-pikuk kota sebaliknya turut menyediakan kemudahan untuk melakukan aktiviti luar yang boleh dijalankan di sekitar kawasan resort dan Pulau Jerejak.

Menurut seorang pengunjung dari Kuala Lumpur, “Tak sangka dulu takut juga dengar nama Pulau Jerejak tapi bila dah datang sini rasa suka, banyak aktiviti boleh dibuat di sini” kata Adam Iskandar kepada penulis semasa ditemui.

Beliau juga turut menyatakan mengunjungi Pulau Jerejak juga dapat menghindari mereka sekeluarga daripada keadaan kota yang hiruk pikuk dan bising.

Bagi seorang usahawan, Jason Lim, mengunjungi Pulau Jerejak merupakan destanasi peranginan yang sesuai untuk seisi keluarga.

"Di sini juga ada kemudahan spa dengan pakej yang menarik sesuai untuk keluarga dan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga," katanya

Bagi penulis mengunjungi Pulau Jerejak merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan, hal ini kerana pulau tersebut bukan sahaja sebagai pusat peranginan untuk bercuti bersama kelaurga dan rakan-rakan, sebaliknya sesuai untuk melakukan sebarang aktiviti riadah luar yang menyeronokkan. Selain itu, bangunan tinggalan British yang masih tersergam amat sesuai sebagai tarikan tambahan pelancongan ke pulau tersebut.Suasana hijau hutan disekeliling pulau dan bukit-bukau tentunya dapat mengekalkan keindahan Pulau Jerejak sebagai sebuah destinasi pelancongan dan peranginan yang semakin menggamit pengunjung untuk kesana

nota d kaki: Korang rasa rencana nie macam karangan budak sekolah rendah atau tulisan seorang penulis profesional atau wartawan.

No comments: