Monday

Rencana

Saat temujanji diatur oleh penulis, beberapa kali ia terpaksa diubah disebabkan oleh jadual pengajian yang padat. Melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi memerlukan komitmen dan pengorbana yang lebih demi memastikan citi-cita untuk menjadi seorang pensyarah kelak berjaya. Walaubagaimana pun, peluang yang ada digunakan oleh penulis sepenuhnya untuk membongkar segala pengalaman dan perjalanan hidup gadis ini sehingga bakal bergelar seorang doktor.

Sepenjang temuramah dijalankan, Hafzan yang gemar membahasakan diri Kak Zan, jika dilihat kepada perwakatannya merupakan seorang yang amat peramah dan ceria. Sikapnya yang gemar bersenda, meriuhkan suasana saat itu yang turut ditemani oleh beberapa rakan seperjuangan.

Dilahirkan di Tanah Merah, Kelantan, beliau mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah di Tanah Merah. Beliau kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di sebuah Sekolah Menengah Ugama Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu. Kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang Sains Pemakanan di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Menurut beliau, selepas tamat tingkatan 5, beliau memang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, tetapi disebabkan oleh mabuk darah, beliau terpaksa menukar haluan ke bidang pemakanan. Walaupun bidang sains pemakanan tidak mencabar seperti bidang kedoktoran, namun cabarannya tetap ada kerana setiap bidang pengajian memerlukan komitmen dan minat yang mendalam.

Selepas berjaya menggenggam segulung ijazah, beliau merasakan masih kekurangan ilmu didada. Oleh itu, beliau telah menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang yang sama di UPM. Hal ini kerana, bagi beliau, hanya dengan segulung ijazah sahaja tidak cukup untuk merebut peluang-peluang pekerjaan disebabkan golongan yang mempunyai ijazah kini ramai. Namun selepas tamat pengajiannya, sangkaannya untuk mendapatkan pekerjaan dengan senang ternyata meleset. Hal ini ditambah lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Selepas dapat master, ingatkan senang sikit nak minta kerja, sebab yang ada master tidak ramai sangat, lagipun taraf pendidikan pun dah dikira lebih tinggi” ujurnya.

Disebabkan sukar untuk mendapatkan pekerjaan tetap, beliau melakukan kerja-kerja sambilan seperti guru bukan sandaran, pembantu penyelidik di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM).

“Sekurang-kurangnya, dapat juga cari pengalaman kerja dan sedikit pendapatan untuk menyara emak dan diri sendiri” katanya.

Semasa bekerja sebagai pembantu penyelidik di USM, beliau mendapat peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat doktor falsafah melalui skim Rancangan Latihan Kakitangan Akademik USM. Baginya, ia merupakan satu peluang yang tidak perlu dilepaskan.
Ketika pelajar-pelajar lain memilih untuk melanjutkan pelajaran ke universiti yang terkemuka di luar negara, beliau sebaliknya memilih universiti tempatan iaitu Universiti Sains Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Kesihatan Bersekutu.

“Saya tidak nafikan bahawa USM Kampus Kesihatan dekat dengan rumah, hal ini kerana perjalana antara rumah dan USM hanya memakan masa satu jam”. Tetapi baginya, beliau yakin dengan keupayaan universiti tempatan terutama sekali USM sebagai tempat untuk menimba ilmu. Taraf USM sebagai universiti Apex mengukuhkan lagi keupayaan USM untuk standing dengan universiti-universiti yang terkemuka di luar negara.

Selain itu, selepas tamat pengajian nanti juga, secara tidak langsung, beliau akan dilantik sebagai pensyarah di USM juga. Jadi, dapatlah dia menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana kampus.

Saat diajukan pengalaman-pengalaman beliau menjalankan kajian untuk thesisnya, beliau menyatakan bahawa, kajian yang dilakukannya melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah. Oleh itu, beliau terpaksa melayan pelbagai kerenah dan perangai pelajar yang mempunyai pelbagai ragam. Paling tidak dapat dilupakan apabila tas tangannya turut dicuri oleh pelajar disebuah sekolah yang dikunjunginya semasa menjalankan kajian.

“Ragam pelajar sekolah memang macam-macam, tapi yang penting kerjasama antara pelajar sangat penting untuk memastikan kajian yang dijalankan mempunyai hasil yang diinginkan.” Selain itu, pihak sekolah juga turut banyak membantu untuk memastikan kelancaran kajian yang dijalankan.

Kajian yang dijalan mengenai tahap anemia darah dalam kalangan pelajar sekolah adalah penting untuk memastikan pelajar-pelajar terbabit mempunyai tahap kesihatan yang baik.
Menurut beliau, selain kajian yang dijalan terhadap pelajar-pelajar sasaran, ia juga bertujuan untuk memberi pendidikan secara tidak formal terhadap pelajar-pelajar sekolah untuk menjaga soal pemakanan. Hal ini kerana, soal pemakanan sangat penting untuk memastikan pelajar dapat menumpu perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran.

Tujuh tahun mendambakan diri dalam pelajaran menjadikan Hafzan seorang yang cukup bermotivasi tinggi dan mempunyai pelbagai pengalaman bergelar seorang siswazah. Jadi, tidak hairanlah beliau menjadi tempat rujukan kepada anak-anak saudaranya untuk mendapat pendapat dan nasihat berkaitan pelajaran. Selain itu, keakraban antaranya dengan anak-anak saudara menjadikan mereka tidak kekok untuk berkongsi masalah dan mendapatkan nasihat. Lagipun sebagai anak yang bongsu, tentu lebih rapat dengan anak-anak saudaranya.

Saat diaju soalan berkaitan jodoh, beliau hanya tersenyum tersipu-sipu. Menurut beliau, saudara-maranya selalu mengajukan soalan tersebut kepadanya. Hal ini kerana, beliau seolah-olah terlalu menumpukan perhatian kepada pelajaran sehingga mengabaikan soal jodoh. Baginya, soal jodoh sudah ditentukan oleh tuhan, mungkin jodohnya lambat sedikit. Namun, beliau sebenarnya akan diijab kabulkan dengan lelaki pilihannya dalam bulan Mac nanti.

Bagi rakan-rakan seperjuangannya, mereka menyatakan bahawa Kak Zan merupakan seorang sangat rajin dan sentiasa dengan buku. Baginya walau ke mana sekalipun, buku tetap ada ditangan.

“Jika saya ada sebarang masalah, Kak Zan tempat saya untuk dapatkan nasihat sebab beliau selalu mengambil berat terhadap rakan-rakannya” ujur Wan Azlin.

Bakal pensyarah dalam bidang sains kesihatan ini juga ada memberi nasihat kepada golongan remaja dan siswazah-siswazah. “Golongan remaja seharusnya jangan abaikan soal pelajaran hal ini kerana ilmu merupakan segala-galanya untuk mengubah kehidupan dan masa hadapan seseorang”. Katanya diakhir temuramah tersebut.

Nota d kaki: Aku rasa rencana yang aku tulis nie tak ubah seperti karangan aku masa sekolah dulu. Korang rasa???

No comments: