Thursday

Suatu Malam

Balik dari keje dengan badan yang amat penat dan perut yang minta diisi lagi dan lagi, aku singgah kat kedai makan untuk beli bungkus jer. Tetiba sorang pak cik tanya

Pak Cik: Baru balik keje atau nak g keje
Aku: Baru balik pak cik

Pak Cik: Keje pengawal ke?
Aku: ???

Persoalan dalam hati, adakah pakaian keje aku macam pak guard atau muka aku nie memang sesuai jadi pak guard.

Nota d kaki: Kalu xde keje, jadi guard pun ok jer, asalkan razeki halal

Wednesday

Hiburan...

Sejak dua menjak nie rajin plak aku update blog nie...

Skrg nie aku ngah attach kat desk bintang popular atau nama glamernya bpop. Aku sendiri pun gelak bila dapat tahu kene tukar dari desk sport ke bpop, apatah lagi kawan2 lain dan senior sport. Jauh bebenor aku lari skopnya, kalu masuk news desk ke ok lagi.

Tapi sebagai orang yang menurut perintah, ikut je la arahan itu, kalu xnk ikut, bungkus balik kampung la jawabnya. Bagi aku yang xde basic gossip reporting dan entertainment reporting nie kira agak susah gak la nak tulis berita hiburan. Lagipun berita hiburan nie ada lenggok tersendiri untuk tarik perhatian pembaca. Siapa yang x suka gosip dan hiburan nie bukan manusia la jawabnya.

Sebenarnya aku masih dalam keadaan terkejut lagi sebab masuk desk hiburan, bpop lagi tue. Sisipan mingguan yang penuh dengan cerita2 gosip artis dan cerita belakang tabir artis. Camne la ak nak kuasai cerita bab2 artis nie.

Aku sempat tanya kat principal kenapa aku ditukarkan ke hiburan bpop, jawapannya sebab penulisan sport aku dah macam sisipan berita minggu ataupun gaya penulisan rencana. Tapi rasanya gaya penulisan hiburan tue xde la. Mana aku pandai nak gosip2 propa2 nie. Harap2 cepat la masa berlalu 3 minggu, lepas tue aku nak apply untuk masuk desk crime. Baru mencabar skit cam kawan2 aku yang lain dapat g cover untuk kejadian tanah runtuh kat hulu langat.

nota d kaki: Tapi best gak kalu masuk desk hiburan, event mesti kat hotel2, makan dah tentu lepas....

Sunday

Byline...

Bagi yang memasuki dunia kewartawanan, terutama sekali print media, byline merupakan satu penghargaan atas daya usaha kita mencari bahan berita dan mengolahnya untuk menjadi berita bagi tatapan pembaca.

Apa yang aku diberitahu, wartawan yang mendapat 1st byline perlu belanja rakan2 wartawan lain. Sebabnya mungkin sebagai tanda terima kasih kepada rakan wartawan lain yang banyak membantu. Takpun kene paksa ngan wartawan senior lain untuk belanja.. Segala kemungkinan tetap terjadi..

Bagi aku plak, byline memang satu penghargaan atas susah payah kita, tapi apa gunanya kalu apa yang kita karang last2 keluar dalam newspaper keesokkan harinya lain dari yang asal kita tulis. Bila compare, memang betul gaya penulisan berita aku teruk walaupun dapat byline. Xde rasa bangga langsung dengan byline tersebut.

Dua minggu attach kat sport desk, banyak yang aku pelajari walaupun tempoh itu amat singkat untuk belajar. Tapi peluang yang aku dapat amat berguna. Bermula dari hanya buat translation untuk berita sukan antarabangsa, ikut wartawan senior, diberi peluang untuk keluar assignment sorang2 dan buat 1:1 interview.

Berbalik kepada isu byline, sesetengah wartawan baru, memang mereka perlukan byline untuk memperkenal diri kepada dunia wartawan. Siap bilang lagi baru berita dah kuar, brape byline dah dapat sepanjang minggu pastu g compare plak ngan wartawan2 baru lain. Saje nak bangga diri. Tapi ada aku kisahhhh...

Lastweek aku attach kat sport desk adalah minggu yang paling mencabar kerana tugasan aku adalah Kejohanan Badminton Remaja 2011. Tiga hari berkampung kat sana dari petang smpai malam dan berhujan adalah komitmen wartawan.

Hari pertama, tujuh para aku hantar dengann angle yang lain...last2 kuar angle lain. Hari kedua, hantar tetap tujuh para, tapi keluar 10 para. Itu pun para 1 ngan 2 jer sama... others para smuanya editor rewrite balik. Memang rasa sedih, tapi aku cuba untuk belajar dari semua kesilapan itu. Lastday as sport reporter, aku cuba untuk perbaiki smua kelemahan dan kesilapan dan hasilnya apa yang aku karang dan olah...sebijik kluar dalam berita keesokan harinya tapi tanpa byline. Namun aku tetap puas hati.

nota d kaki: Next week as entertaniment journalist.

Wednesday

Hari Ke-2

Sudah dua hari aku attach kat desk sport, tapi belum diberi sebarang assignment, cuma buat translate berita sukan luar negara. Tue pun belum tentu dimasukkan dalam newspaper. Nak buat camne, ayat bila dah translate, kekadang aku sendiri tak faham... Last2 aku just merayap kat desk2 lain sambil tolong kengkawan lain karang story assignment.

nota d kaki:Masih menunggu en. Ashok, sport editor bagi assignment.

Friday

Transformasi Siri Part 2

Salam 1Malaysia

Apa yang boleh ak rumuskan tentang hidup aku kini ialah, aku seorang bakal pemberita atau reporter sebuah akhbar no 2 negara, Berita Harian.

Berbalik kepada sambung transformasi diri, selepas cukup2 sebulan aku bekerja di CIMB, aku terpaksa mengucap selamat tinggal kepada kerja pertamaku. Sedih dalam suka sebenar, almaklum la, baru nak serasi dan rapat dengan rakan sekerja lain, dah nak resign. Jodoh x panjang...

Sekarang, aku trainee reporter Berita Harian. Sebulan masuk kelas mendengar segala perancangan masa hadapan NST dan BH dan juga operasi BH.Selain itu, belajar menulis berita walaupun selalu kene marah dengan intro berita yang entah apa2 dan berterabur.

Walaupun dan berkali2 buat latihan berita, ada beberapa house style BH yang sering aku lupa dan terus buat dalam penulisan berita. So... kene marah dan marah. Tapi yang penting belajar dari kesilapan.

Rasanya itu je update terbaru.

Adios....

Saturday

UPDATE: Transformasi diri

Assalamualaikum, Salam Blogger...

Memang lama aku tinggalkan blog nie tanpa sebarang bebelan. Agak busy dengan life baru dan juga dengan benda2 yang tidak berfaedah.

Sepanjang lebih sebulan tak update blog nie, macam2 perkara yang telah terjadi. Dari seorang penganggur kepada seorang bekerjaya. Dari seorang banker kepada seorang wartawan.
Alhamdulillah, setelah melalui liku2 hidup akhirnya rezeki memihak kepada aku. Bukan setakat rezeki, tapi rezeki yang melimpah ruah. Semuanya berlaku pada hari kejadian aku, 24 Februari 2011. Mulanya aku memerima panggillan dari iCimb dan sebelah petangnya dari Berita Harian.

Disebabkan Berita Harian hanya untuk penilaian terakhir, maka aku terima untuk bekerja di iCimb sdn bhd kat Kerinchi. Anak syarikat Cimb Group yang menjalankan urusan bank dan sistem kewangan seperti pengendalian cek, cimb customer service dll.

Kerja aku start jam 7 pagi disaat warga KL lain baru nak memulakan hari2 mereka, tetapi aku dah terpacak kat opis. Bidang kerja aku, senang tapi sangat banyak kerja yang harus diselesaikan. Bermula dengan verify cek yang mencecah ribu2 setiap hari boleh buat mata nie berpinar. Settle verify, beralih plak kepada mailing kepada customer cek2 yang tak valid, walaupun hanya dalam seratus setiap hari, tapi kalu sorang2 yang buat, makan berjam gak. Lepas lunch hour, walaupun jarang sangat dapat turun lunch, ialah proses scanning signature dan update condition untuk akaun bank.

Kerja2 nie walaupun nampak senang tapi, perlukan komitmen yang tinggi. Ngadap pc dari pagi hingga petang, mata memang sakit dan berpinar. Sampaikan ada yang tak tahan dan resign dengan alasan seperti kornea rosak. Tapi rasanya kalu lama2 aku keje kat situ, bermata empat gak nanti.

To be continue...

Friday

Penang - Putrajaya - KL - Shah Alam

Salam 1Malaysia...

Tengok kepada tajuk entri macam jadual perjalanan bas ekspress jer, tapi itulah sebenarnya perjalanan rombongan cik kiah dan aku baru2 ini. Perjalanan untuk memulakan satu fasa hidup yang baru, tapi masih terkial-kial mencari tapak permulaan.

Sebenarnya aku sendiri tak tahu nak mula dimana perjalanan rombongan cik kiah nie, sebab banyak suka dan duka yang kami lalui, maklumlah berkelana ditempat orang, dah la x biasa keadaan Kuala Lumpur, kalu stakat aku sorang, memang aku main redah je KL tue, asalkan poket berduit.

Disebabkan nak cut bajet, kami stay kat Putrajaya, rumah mak sedara salah sorang ahli rombongan cik kiah. Kat situ, dah dapat potong bajet penginapan dan makan. Almaklum la, ngan makan apat free. Masa kami sampai dari Penang, hidangan makan malam dah siap hidang.

Sebut bab makan nie, memang kredit terima kasih daun keladi, nnt kami datang lagi untuk mak cik sebab masak untuk kami. Pagi2, awal jam 5 pagi mak cik dah bangun sediakan sarapan bihun goreng untuk kami. Bimbang kami kelaparan kot. Lagipun banyak tenaga diperlukan hari tersebut. Hari kedua plak, biarpun aku sorang je yang ada interview, mak cik bangun sama gak untuk masak nasi lemak plak... Rasa nak jadi anak angkat mak cik jer.

Itu baru bab sarapan, makan tengahari ngan malam pun sama gak. Siap kene warning supaya jangan makan kat luar sebab dia nak masak. Untung poket ngan perut kami. Antara menu istimewa untuk kami, sup tulang, soto, ayam kicap dll...

Kita beralih plak ke perjalanan kami yang seterusnya. Rombongan cik kiah tak sah kalu tak berjalan2 pusing2 KL. Lepas habis interview kat Shah Alam, kami bergerak ke KL Sentral. Dari KL Sentral kami ke Times Square untuk cari makan. Last2, McD gak yang jadi pilihan. Macam la kat KL Sentarl xde McD.

Hari kedua, aku memang awal2 pagi dh keluar sbb interview jam 8.30 pagi. So rombongan cik kiah yang lain menyusul ke KL lewat skit. Bajet2 aku habis interview, diaorang sampai KL Sentral. Plan kami Mid Valley plak, ada yang usul nak ke Sunway Piramid, tp aku sebagai Tourist Guide mereka pun xpernah sampai dan xtau cara nak pergi sana.

Last2, kat MidValley pun hanya acara makan2 kat Pizza Hut jer, pastu jalan2 pusing2 bangunan sampai letih. Masa nak balik adalah pengalaman pertama ahli rombongan cik kiah sebab terpaksa berhadapan dengan keadaan yang agak kelam kabut warga kota.

Disebabkan masa kami nak balik bertembung ngan waktu keluar kerja, maka keadaan di stesen komuter agak sibuk, sesak dan haru biru. Ditambah plak, perjalanan tren dari Sg Buloh dibatalkan. So terpaksa kami bersesak2 nak naik tren. Akhirnya selepas 3 tren dan lebih sejam meninggu, baru kami berjaya meloloskan diri masuk ke dalam tren. Dalam gerabak dah macam sardin penyek rasanya, macam plastesin pun ada. Mujurlah perjalanan stesen Mid Valley ngan KL Sentral cuma stesen berikutnya. Xde la lama berpenyek dalam gerabak.

nota d kaki: Empat hari hidup kat KL dah macam2 perkara aku hadapi, niekan pula nak bina hidup di KL...