Thursday

Tag Ke-3 Dari Flora

Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama tersebut?
Apa Gua Pikir
Aku letak nama blog nie camtu sebab, aku tulis blog nie berdasar apa yang aku pikir. Yang aku tak pikir aku tak tulis
Apakah nama link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
guapikir.blogspot.com
nama link nie sama je ngan nama blog aku.
Apakah "method" penulisan dalam blog anda?
Macam2 ada, apa yang aku rasa nak tulis, aku tulis
Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Stakat nie, aku tak pikir lagi. Sebab blog nie tempat aku nak luahkan isi hati, jantung aku. Kiranya blog nie buah hati, pengarang jantung aku la
Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
Aku nak tulis lebih2 pun x berani sebab tak pernah jumpa face 2 face. Papepun aku rasa dia nie "MeRuPaKan SeOrAnG pELaJaR BuSinEss & E-CoMmErCe ++ SeOrAnG YaNg SiMpLe ++ PeMaLu ++ BeRtAnGgUnGjAwAb (insyaALLAH) ++ SeOrAnG yAnG sAnGaT MaNjA dAn PeRiAnG ++ SuKa BeRkAwAn dAn MeNeRimA dEnGaN sEadAnYa ++ "
Aku ambik trus dari blog dia.
Senaraikan 5 orang yang anda akan TAG
aku baru je tag mereka2 2 hari lepas. Sesape yang nak jawab dipersilakan.
aku bagi free

Wednesday

Tag Dari Yana (Ladybug)

Upload picture yang anda gemari dan jawab soklan dibawah

Kenapa anda suke gambar ini?

aku suka pic nie sebab kak aku yng edit,

nampak hemsen dan sweet blako.

Bila kali terakhir mkn pizza?

enth la, aku pun dah tak ingat

Lagu terakhir yg anda dengar?

lagu Aku Dengan Mu (exists)

lagu baru, nak tau best ke tak lagu tue

Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?

Aku makan roti kaya sambil minum milo o panas

perhhh, nikmat giler

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa?

ijat, pok jat.

aku tak suka org panggil nama aku pelik2

nanti aku pelempang

Tag lagi 5 org *soalan seterusnya ada kaitan dengan org yg anda tag!

Niena

Ubye

Flora

Marina

Syida

Siapa no 1 pada anda?

Grup member SHE101 aku yg banyak bersusah payah

untuk selesaikan assignment kitaorg

Org no 3 ada hubungan dgn sape?

enth la, tak sempat nak check

Kata sesuatu berkenaan no 5:

Sorry sebab aku main sorok2 ngan ko

Bagaimana dgn org no 4?

Semoga ko dapat anak ramai2 nanti

Siapa org no 2?

Kawan aku masa skolah menengah dulu.

Bakal cikgu, blaja kat UPM

Tuesday

Buat Aku Rasa Lapar

Aku baru lepas baca satu artikel dalam online paper pasal makanan. Biasalah, kalu artikel2 mesti kene selalu baca untuk tambah pengetahuan selain menajamkan penulisan aku gak. Tapi yang membuatkan aku berasa lapar dan rasa nak balik sebab artikel tue pasal makanan2 tradisional kat klate.


Biasalah aku, kalu bab2 makan nie memang laju skit. Lagipun duk kat penang nie mana nak dapat semua my fevret food tue. Nama makanan tradisional, akok, nasi kerabu, tepung pelita, nasi dagang, tapai beras, puteri mandi dll memang fevret aku. Kalu aku balik klate, tak dapat benda2 tue rasanya bleh menggila aku kat penang nanti.


Sekarang, bertempat kat Stadium Sultan Muhammad ke IV, ada Pesta Makanan Kelantan yang menjual pelbagai jenis makanan tradisional kelantan selain makanan tradisional negeri2 lain. Nie yang membuakan aku rasa nak balik on the sport nie. Aku dah kempunan nak makan nie. Lecur air liur aku baca artikel tue sebab dah lama tak makan fevret2 food aku tue.

Koeang baca la sendiri --> link

Nota d kaki: Alasan semata-mata je nak balik kampung

Monday

Aman Duniaku

Aku terasa aman bahagia sekarang. Semalam dia telah membuatkan aku rasa macam nak gaji sebuah kubur jer. Menyusahkan hidup aku jer bersama-sama dengan dia.
Semalam, aku memang letih gile, lagipun dah 4 malam aku tidur tanpa bulan dan bintang. So disebabkan semua assignment semua dah settle, so bolehlah aku melelapkan mata awal sikit. Biarkan pagi tue ada test, tapi lepas aku buka nota, aku rasa cam nota tue tak nak menerima aku. Atau aku yang tak nak. Mana-mana jer la.
Dalam kul 1.30 pagi, lepas abis layan bola kat khalel. Aku balik ke bilik. Dia pun dah nyenyak ngan bantal bucuk dia. So bolehlah aku terus menyenyakkan diri aku gak jap lagi. Tapi lepas je aku siap solat isyak, dia tiba2 terjaga daripada tidurnya. Terus ke PCnya dan main game dan layan lagu.
Aku dah naik geram sebenarnya, kalu pasang sound slow skit okey la, nie macam satu desa boleh dengar. Aku cuba gak untuk tidur, tapi tak berdaya. Lagipun aku kalu tidur tak boleh pasang lampu, kalu boleh semua ruang2 cahaya tak boleh ada. Tapi dah dia ngah masyuk depan PC aku malas nak kata pape la. Kot2 dia ada belas kasihan kat aku. Tapi memang dia tak berperikemanusiaan kat aku. Akhirnya, aku rasa dekat kul 5 pagi baru aku boleh tido.
Aku memang tak pernah satu kepala dengan dia. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab dah hampir dua tahun aku satu bilik dengannya, atau sikap dan perangainya. Mungkin semua diatas kot.
Sekarang, dia tiada kat sini lagi. Aku pun tak ambik kisah mana dia nak pegi. Balik negerinya, atau kemana saje dia pergi, Lantaklah. Tengah hari tadi, dengan beg yang aku syak sejak kelmarin dia dia nak pergi somewhere. So pergilah dia kemana-mana saje. Kalau boleh tak balik terus pun tak pe.
nota d kaki: Adakah aku terlalu kejam???

Jiwa Parah Hati Kosong

Mungkin hanya itu yang ada dalam diri aku sekarang. Parah dan kosong. Aku tak tau bagaimana untuk aku menghadapi tekanan yang menghimpit diri aku kini. Aku cuba untuk lari daripada kenyataan ini, tetapi semakin aku lari semakin teruk aku rasa.
Mungkin ini balasan yang aku terima akibat membuat keputusan yang bodoh2 amat dalam hidup aku. Cuba untuk berdikari dengan cara sendiri tetapi akhirnya aku sendiri yang rebah dan bersungkur. Mana mereka2 yang kata akan bersama-sama aku dulu. Sebab aku membelakangkan mereka, mereka terus membiarkan aku terkapai-kapai sorang diri. Kejam betul. Atau aku yang bodoh sebab percaya kepada mereka.
Final exam, semakin dekat, Tapi diri aku semakin hanyut. Aku seperti hilang punca untuk aku teruskannya. Rasa ingin lari jauh, jauh, jauh. Aku mahukan ketenangan, kedamaian. Mana tempatnya, bila waktunya. Aku sendiri tidak pasti.
Memang aku suka bersendirian, melayan jiwa-jiwa kosong aku ini. Melihat hati menangis sendirian. Kawan-kawan, hanya teman berseronok. Teman susah, hanya diri aku sendirian. Lagipun bila mati kita akan bersendirian juga. Aku pun rasa kawan2 semakin jauh daripada aku. Atau aku yang menjauhkan diri dari mereka. Apa apa je la.
nota d kaki: Aku pasrah dengan apa yang berlaku. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Wednesday

Menanti Di Barzakh



Far - East - Menanti Di Barzakh

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Kompang Robek

Kira-kira seminggu yang lalu, semasa kelas Dr. Mus, Bakri (YDP Perkom) datang tempat kitaorang untuk cari perserta untuk kompang sempena pelancaran Impact Week, anjuran Pusat Penngajian Komunikasi, USM.
Disebabkan aku pun free dari sebarang aktiviti, assignment pun dah kurang, so aku join sebagai peserta kompang. Meh aku sebut nama2 peserta, selain aku, kir, ajeng, apih, bakri, husna, ina, khairatul dan aya. Kitaorang berlatih dibawah kendalian en. Syamsuri, Pegawai Dewan Budaya USM.
Masa, first day latihan, memang semua takde bakat bermain kompang, ngan kata lain, sumbang dan hancur. Lepas latihan 2-3 hari, semuanya boleh dikira okey la. Semua bakat2 terpendam dan keluar sikit2 sorang.
Tetapi, ajenh dan apih kene pergi ke program IMT-GT kat Unimap, so mereka tak pasti samada sempat balik atau tak. Tetapi mereka akan cuba gak untuk balik sebab ajeng yang lagi lead kat depan.
Masa raptai majlis perasmian, tak sempat mula lagi, ada yang dah balik sebab lewat sangat, dekat kul 7 mlm baru nak start raptai. Akhirnya tinggal aku, khairatul dan ina je yang ada. So, juz buat la sekadar termampu.
Hari majlis perasmian, (Rabu, 1 April 2009) dengan baju yang dipinjam daripada Dewan Budaya, aku ke tempat perasmian dengan muka yang ngantuk. Sebenarnya mood aku untuk main kompang dah tinggal separuh sebab ajeng dan apih tak sempat gak nak balik. So secara automatiknya, bakri yang akan jadi leader. Dia pun sebenarnya bukan yakin sangat tapi terpaksa. Tapi jalan je la.
Selepas semua tetamu terhormat sampai, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, TNC dan Dato' A. Kadir Yasin. Dengan semangatnya kompang kami dipalu. Mula2, bunyi memang semangat giler, gegar satu dewan budaya. Tetapi....
Masuk je pintu dewan budaya, tempo kitaorang dah lari. Bunyi, tempo memang dah tak sekata. Aku pun dah blur ngan situasi tue, Tapi aku still palu je kompang tue. Sampai la bakri bagi guide untuk berhenti. Masa dah bunyi lain tue, aku rasa cam nak lari jer, sebab malu giler. Aku rasa semua yang ada dalam dewan tue dah perasan sebab semua berpaling muka kat kumpulan kompang kami.
Abis je, aku ngan kir terus bagi baju pinjam dan kompang kat budak2 pompuan dan terus blah dari situ. Tak sanggup rasanya nak berhadapan dengan semua orang.
nota d kaki: Pengalaman yang memalukan tetapi manis