Wednesday

Kompang Robek

Kira-kira seminggu yang lalu, semasa kelas Dr. Mus, Bakri (YDP Perkom) datang tempat kitaorang untuk cari perserta untuk kompang sempena pelancaran Impact Week, anjuran Pusat Penngajian Komunikasi, USM.
Disebabkan aku pun free dari sebarang aktiviti, assignment pun dah kurang, so aku join sebagai peserta kompang. Meh aku sebut nama2 peserta, selain aku, kir, ajeng, apih, bakri, husna, ina, khairatul dan aya. Kitaorang berlatih dibawah kendalian en. Syamsuri, Pegawai Dewan Budaya USM.
Masa, first day latihan, memang semua takde bakat bermain kompang, ngan kata lain, sumbang dan hancur. Lepas latihan 2-3 hari, semuanya boleh dikira okey la. Semua bakat2 terpendam dan keluar sikit2 sorang.
Tetapi, ajenh dan apih kene pergi ke program IMT-GT kat Unimap, so mereka tak pasti samada sempat balik atau tak. Tetapi mereka akan cuba gak untuk balik sebab ajeng yang lagi lead kat depan.
Masa raptai majlis perasmian, tak sempat mula lagi, ada yang dah balik sebab lewat sangat, dekat kul 7 mlm baru nak start raptai. Akhirnya tinggal aku, khairatul dan ina je yang ada. So, juz buat la sekadar termampu.
Hari majlis perasmian, (Rabu, 1 April 2009) dengan baju yang dipinjam daripada Dewan Budaya, aku ke tempat perasmian dengan muka yang ngantuk. Sebenarnya mood aku untuk main kompang dah tinggal separuh sebab ajeng dan apih tak sempat gak nak balik. So secara automatiknya, bakri yang akan jadi leader. Dia pun sebenarnya bukan yakin sangat tapi terpaksa. Tapi jalan je la.
Selepas semua tetamu terhormat sampai, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, TNC dan Dato' A. Kadir Yasin. Dengan semangatnya kompang kami dipalu. Mula2, bunyi memang semangat giler, gegar satu dewan budaya. Tetapi....
Masuk je pintu dewan budaya, tempo kitaorang dah lari. Bunyi, tempo memang dah tak sekata. Aku pun dah blur ngan situasi tue, Tapi aku still palu je kompang tue. Sampai la bakri bagi guide untuk berhenti. Masa dah bunyi lain tue, aku rasa cam nak lari jer, sebab malu giler. Aku rasa semua yang ada dalam dewan tue dah perasan sebab semua berpaling muka kat kumpulan kompang kami.
Abis je, aku ngan kir terus bagi baju pinjam dan kompang kat budak2 pompuan dan terus blah dari situ. Tak sanggup rasanya nak berhadapan dengan semua orang.
nota d kaki: Pengalaman yang memalukan tetapi manis

1 comment:

Alfie Stole Niena said...

hahaha ye ke?? tak perasan pun.. sebb aku sempat tertdur kat belakang pentas tu tunggu.. ngantok siot.. ;P