Saturday

Kenapa ini masih berlaku

Wah...wah...wah...
sekejap je rasa masa terlalu...rasa macam kelmarin baru bersua <---kata2 bakri semasa bagi ucapan 9 page masa J Nite

Malam bersama-sama kawan yang paling happening, syahdu, dan sebenarnya sukar diucap dengan kata-kata (bohong skit-skit)... Malam yang sebenarnya aku impikan semua kawan-kawan bersama-sama hingga ke penghujung majlis, tp sayangnya ada gak yang blah begitu sahaja...aku tak tau apa yang diaorg fikirkan, still rasa kecil hati, marah dengan yang lain... hanya mereka yang ada jawapan

Takyah fikir kepada perkara yang membuatkan kita rasa sedih, hari-hari terakhir nie perlu happy...enjoy ngan kengkawan...

Friday

Sekadar Picisan

Dah lama aku biarkan blog nie bersawang, banyak masa dihabiskan untuk assignment dan final projek. Assignment, walaupun ada satu jer, tapi kalau dh buat last minute tue, memang xde kualiti mana jawabnya, orang kata sekadar antr untuk dapat markah, dapat 2/10 pun dah kira ok.

Untuk Final Projek, xyah cite la...memang memenatkan badan, otak dan smua anggota badan. Walaupun masa yang diberi sudah lama, tapi macam biasa la, kalu tak buat last minute memang tak sah. Masa cuti mid sem, sanggup tak balik kampung dengan alasan untuk siapkan apa-apa yang patut sebelum buat layout untuk majalah. Tp semuanya hampeh, langsung tak berbekas. satu rencana pun tak buat.

Sebab kitaorg dah perkenalkan satu rencana baru, yang tak pernah diajar oleh mana-mana lecture, so disini aku sertakan rencana tersebut. Rencana Diari...

Khamis (18/3) organisasi final projek mula serius dalam membahagi tugas, tugas dibahagi ikut suka hati, tapi atas persetujuan dan kelayakan masing-masing. Aku kalu boleh, leboh prefer untuk buat layout, just ngadap PC/laptop dan buat ikut suka hati. Tapi disebabkan ahli kumpulan tak cukup, aku buat rencana yang entah apa2 entah, Berkumpul, lepas acara makan besar, jam 12 malam... berlanjutan sampai jam 4 pagi, masing-masing balik dengan rencana yang tak siap.

Jumaat (19/3) Seperti meeting-meeting sebelum ini, kami berkumpul 9.30 malam untuk settekan semua rencana yang betul siap. Walaupun otak semakin kurang efisien sebab banyak sangat perkara yang difikirkan, selain dateline yang semakin dekat, tapi sekurangkurangnya malam tue aku dah siapkan satu rencana, satu lagi dalam separuh jer. Tak sah kalu xde aktiviti sampingan, so malam tue sebab maisng-masing otak dah penat, so layan muvi Adnan Sempit pun best. Papehal malam tue berlanjutan sampai jam 3 pagi.

Sabtu (20/3) Tempat operasi ditukarkan dari Cafe Aman ke C10,untuk memudahkan segala operasi dijalankan. Operasi dimulakan lebih awal dalam jam 11 pagi. Biasalah, yang penting kumpul tenaga atas katil dulu sebelum buang tenaga dengan kerja-kerha yang semakin banyak. Jam terus berdetik sampai tak tahu hari hampir malam. Hari nie, plan birthday party untuk sorang anggota kongsi gelap, Roslin@Lin@Olynn. Dia agak terkedu gak, spt tak sangka, tp dia juga tak sangga tak dibaling teung dan gandum.

Ahad (21/3) C10 dah jadi macam rumah kedua kami, makan tido semuanya lat situ, tp ada juga yang terus mandi manda kat kat sana, sampai bilik sendiri pun tak kenal. Grup aku, semua rencana sudah settle, cuma nak edit rencana, kasi urmm skit, nak cuba dapatkan anugerak rencana terbaik semasa Comm Nite nanti, angan-angan je nie. Saat ke minit ke jam, pagi ke petang ke malam memang berlalu dengan pantas. Perasan hari dah berganjak ke Isnin. Hari nie, plan keliling Penang untuk snap pic, dari pagi gerak sampai malam baru settle. Diri sdiri ambil gambar, pastu diri sdiri jugak yang jadi model.

Isnin (22/3) Semalaman tak tidur, kalu lelap pun kejap jer. Sekadar ambil syarat. Hari isnin, kene jual BK, dengan tak mandi, kepala semakin berserabut, memang sah aku takkan jual. Penat lelah dengan tak tidur, costumer tengok pun, akan lari. Walaubagaimana pun, dengan mata yang semakin pedih perit, aku pergi ke kelas, dalam kelas, terpaksa niat buat-buat segar walaupun mata dah tak boleh nak celik. Lecture tanya pun, jawab cam mamai2 jer. Masing-masing ambil keputusan untuk balik tido, rehat secukupnya, Aku tido dari jam 2 petang, alarm kul 4, tapi terlajak tido sampai jam 5 petang. Lepas smart-smart dan hensemkan diri, gerak ke c10. Muka maisng-masing dah macam mayat hidup. tapi semangat masih membara. Aku dari seorang penulis rencana dah bertukar kepada layout designer, sebab masa semakin memhambat, tambah pulak ada manusia yang cakap pandai, tapi tak serupa bikin. Last-last aku gak yang tolong cantikkan layout tue. Bukan nak membangga diri, tapi itulah kenyataan.

Selasa (23/3) Masing-masing dah semakin tak tentu hala, dgr2 ada grup dah macam2 angin keluar. Tapi aku rasa grup aku still maintain enjoy the journey. Walaupun kekadang terpaksa menyekat angin daripada keluar. Kerja-kerja suntingan dan layout diteruskan seperti biasa. Walaupun plan dateline dah lepas, tapi kerj-kerja tetap dilakukan dengan tenang dan enjoy sempoi dan yang sama waktu dengannya. Dalam grup aku konflik pun kadang-kadang timbul, tapi disebabkan satu lawan 5, yang satu mesti kalah, walaupun seperti tidak mahu mengalah. Seperti biasa, masa berlalu dengan pantas, tak mampu untuk dihentikan walaupun sesaat. Dari siang telah bertukar malam, C10 dah bertukar daripada tempat kerja kepada seperti rumah pelacuran, semua cari port tidur masing-masing. Tapi aku tetap gagahkan diri untuk tidak tidur bersama member2 yang lain

Rabu (24/3) Segala kerja yang dilakukan semakin hampir selesai. Akhirnya mata aku terpaksa menidakkan yang aku boleh terus berjaga. Lepas solat subuh, hanya ingin rehatkan badan, tapi sampi jam 10.30 aku terlena. Semua kelas, bukan sengaja tapi terpaksa untuk ponteng. Selepas terjaga dari tidur yang agak lena, semua kerja final projek tak siap 100%, pergi hantar ke kedai print dan duduk bersembang di restoran mamak sebelum pulang ke kamar untuk terus melelapkan mata sampai petang.

nota d kaki: Bila diingatkan kembali, semua ini adalah satu kenangan yang sukar dilupakan semasa bergelar mahasiswa universiti. Jika ujian sebenar ini tidak mampu ditempuhi dihalangi, macam mana mahu tempuhi halangan yang lebih mencabar dialam kerja nanti

Monday

Setiap yang hidup pasti akan mati

Jika dua minggu lepas aku terima berita kemalangan kawan sekuliah. Memang terkejut juga, dah la kami satu grup untuk final projek magazine. Tapi tak kisah sangat pasal final projek tue, yg penting nyawa dan kesihatannya. Tp sekarang mujurlah dia dah semakin sihat dan isnya Allah sempat recover sepenuhnya sebelum final exam.

Pagi tadi aku terima berita kemalangan kawan lama aku masa sekolah rendah dan menengah. Bukan kemalangan biasa2, tp kemalangan yg menyebabkan kematian. Dari berita kwn2 aku, memang ngeri gak kemalangan tue. Memang terkejut sangat2. Aku pun tak sempat nak tanya dengan lebih lanjut, sebab kwn2 aku yang tinggal dan belajar sama dengan dia masih terkejut lagi.

Tapi dari laporan berita yang aku baca, aku bleh bayangkan yang kemalangan itu amat dasyat dan ngeri sebab tertembung dengan kereta dari arah bertentangan.

Pernah gak sekelas dulu cuma tak rapat. Yang aku still ingat, dia nie perangai manja2 skit, maklumlah anak tunggal dalam keluarga. Perempuan sorang plak tue. Aku memang sukar nak bayangkan bagaimana perasaan mak ayah dia. Dah anak tunggal, tentu jaga anak seperti menatang minyak yang penuh.

Buat kawan2 aku yang betul2 rapat dengan dia, yang betul2 terkejut dan sedih... Ingatlah sesiapa yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya. Cuma kita tidak tahu bila kita akan dipanggil untuk mengadapnya.

Nota d kaki: Innalillah.. semoga Allah menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman dan bertakwa.


Thursday

Islam agama syumul

PADA 17 Oktober tahun lalu, peguam terkenal Amerika Syarikat (AS) yang bertaraf jutawan, Mark Shaffer secara rasmi memeluk Islam di Arab Saudi.

Beliau yang mengendalikan pelbagai kes perundangan sivil, memeluk Islam ketika bercuti 10 hari di negara itu untuk melawat bandar terkenal seperti Riyadh, Abha dan Jeddah.

Di AS, beliau seorang yang sangat dikenali lebih-lebih lagi Shaffer ialah peguam yang mengendalikan kes raja pop Michael Jackson, iaitu seminggu sebelum superstar itu meninggal dunia pada 25 Jun 2009.

Sebagaimana yang diceritakan oleh pemandu pelancong, Dhawi Ben Nashir yang mengiringi Shaffer sepanjang percutian di Arab Saudi itu, peguam itu memeluk Islam dengan penuh kerelaan.

"Sejak hari pertama Shaffer menjejakkan kakinya di Tanah Arab, beliau bertanyakan pelbagai soalan mengenai Islam terutamanya mengenai solat.

"Selepas bercuti selama dua hari di Riyadh, sebuah bandar yang agak moden, kami kemudiannya bertolak ke Bandar Najran untuk melawat dua kawasan iaitu Abha dan Al-Ula.

"Di situ, minat beliau terhadap Islam semakin bercambah lebih-lebih lagi apabila berada di padang pasir yang gersang dan tandus. Namun semua ini memberikan pelbagai kesan tersendiri kepada jiwa Shaffer," katanya.

Shaffer dikatakan begitu tertarik melihat gelagat tiga pemuda yang turut mengikuti rombongan itu mendirikan sembahyang di tengah-tengah padang pasir yang luas.

Suasana itu memberikan satu pemandangan yang cukup indah kepada peguam tersebut.

Selepas itu mereka ke Al Juf dan sejurus tiba di sana, Shaffer meminta Dhawi mendapatkan beberapa buah buku mengenai Islam.

Sehari suntuk Shaffer menghabiskan masa dengan hanya membaca buku-buku tersebut.

"Keesokan pagi, Shaffer terus meminta saya supaya mengajarnya bagaimana melakukan solat. Tanpa banyak masalah saya pun menerangkan cara-cara untuk mendirikan solat termasuk mengambil air sembahyang," kata Dhawi.

Tanpa disangka, Shaffer kemudiannya berdiri di sebelah Dhawi dan mereka bersama-sama mendirikan solat.

Selepas bersolat dan berdoa, Shaffer berterus terang kepada Dhawi mengenai jiwanya yang kini dirasakan cukup tenang dan damai, suatu nikmat perasaan yang tidak beliau pernah rasakan sebelum ini.

Ketika itu peguam berkenaan hanya ingin merasa sendiri kesan solat terhadap dirinya walaupun masih belum memeluk Islam secara rasmi.

Pada petang Khamis itu mereka meneruskan perjalanan ke bandar Jeddah. Sepanjang perjalanan itu Shaffer tidak putus-putus membaca buku mengenai Islam.

Apabila tiba dan menginap di sebuah hotel di Jeddah, Dhawi meminta kebenaran Shaffer untuk keluar mengerjakan solat Jumaat.

"Bolehkah saya pergi bersama-sama awak? Nanti, bolehlah saya melihat sendiri bagaimana yang dikatakan solat Jumaat itu," kata Shaffer.

"Silakan, tidak ada masalah, marilah," ajak Dhawi.

Setibanya mereka di sebuah masjid yang terletak tidak jauh dari hotel penginapan, Shaffer dan Dhawi terpaksa solat di luar masjid. Mungkin kerana mereka tiba agak lewat, para jemaah telah melimpah ke luar masjid.

Menurut Dhawi, beliau melihat sendiri bagaimana Shaffer begitu asyik menyaksikan gelagat umat Islam mengerjakan solat terutama sebaik sahaja masing-masing selesai mengerjakan solat itu.

Para jemaah tanpa mengira latar belakang, miskin kaya dan sebagainya mereka semuanya saling bersalaman dan berpeluk dengan wajah yang ceria dan gembira.

Unik dan indah

Shaffer mengakui beliau begitu mengagumi pemandangan yang disifatkan begitu unik dan indah itu.

Sebaik sahaja tiba di hotel, tanpa ragu-ragu lagi Shaffer memberitahu Dhawi keinginannya memeluk Islam secara rasmi.

Dhawi tidak terkejut malah meminta supaya Shaffer membersihkan diri, iaitu mandi sunat dan kemudiannya beliau membimbing peguam itu melafazkan dua kalimah syahadah.

Maka rasmilah jutawan AS itu memeluk Islam setelah mengamati dan tertarik dengan suasana serta bagaimana agama itu begitu kuat diamalkan di Arab Saudi.

Seusai memeluk Islam itu, Shaffer menyatakan hasratnya untuk mengunjungi dan beribadat di Masjidil Haram di Mekah, sebelum mengakhiri percutiannya di Arab Saudi.

Bagi memenuhi hasrat Shaffer itu, Dhawi membawanya ke pejabat Dakwah dan Irshad di Al Hamro Jeddah bagi mendapatkan pengesahan mengenai pengislaman peguam itu.

Shaffer kemudiannya mendapat sijil sebagai dokumen rasmi yang membenarkan Shaffer untuk memasuki kota Mekah dan beribadat di Masjidil Haram.

Beliau kemudiannya diiringi Muhammad Turkistani yang bermurah hati membawa Shaffer masuk ke Tanah Suci Mekah dan bersama-sama beribadat di situ.

Sebaik sahaja Shaffer dapat memasuki Masjidil Haram di mana tersergam di hadapannya kini kaabah yang menjadi kiblat dan tumpuan ibadah umat Islam wajah Shaffer begitu gembira dan berseri-seri.

"Tidak dapat dibayangkan betapa gembira malah begitu terharu kerana sukar mempercayai bahawa Kaabah kini berada di hadapan mata," kata Shaffer kepada Dhawi.

Syukur atas nikmat Allah

Mulutnya tidak henti-henti mengucapkan syukur atas nikmat Allah kerana dapat berada di hadapan kaabah lebih-lebih lagi dalam tempoh 24 jam baru memeluk Islam.

Beliau kemudiannya mengerjakan tawaf mengelilingi kaabah yang diakhiri dengan solat sunat dan doa yang panjang.

Apabila tiba masanya untuk mereka meninggalkan Masjidil Haram, dapat dilihat betapa Shaffer seperti enggan berpisah malah suasana bertukar menjadi sangat sayu.

Baru sampai sudah hendak berpisah, hati mana yang tidak sedih!

Dalam satu temuramah dengan akhbar Al Riyadh, Shaffer tidak dapat menghuraikan perasaannya kini setelah rasmi memeluk Islam tanpa paksaan mana-mana pihak.

"Tetapi apa yang jelas, dapat dirasakan saya seperti dilahirkan semula dan kehidupan seolah-olah baru sahaja bermula.

"Di samping begitu gembira iaitu kegembiraan yang sukar saya terjemahkan melalui kata-kata apabila diizinkan Allah tidak sahaja dapat mengecap nikmat iman tetapi yang lebih bertuah lagi saya dapat beribadat di hadapan kaabah.

"Ini menjadikan diri saya sangat mendekati Islam dan tidak mahu berjauhan dari kaabah yang suci itu," katanya.

Namun beliau menyedari bahawa dia masih begitu dangkal mengenai Islam.

"Maka menjadi satu tanggungjawab selepas ini untuk saya terus mengkaji dan mendalami agama Allah ini dan yang pasti kembali ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah dan haji," ujarnya dengan penuh azam.

Sebelum ini menurut Shaffer, beliau telah menerima pelbagai maklumat mengenai Islam namun semua itu agak terhad.

"Sehinggalah saya melawat Arab Saudi dan secara peribadi menyaksikan mengenai Islam di sana, melihat sendiri bagaimana mereka mendirikan solat semua itu menyebabkan keinginan saya untuk mengenali Islam semakin kuat.

"Ditambah apabila saya banyak membaca mengenai Islam semua itu membuatkan saya semakin yakin bahawa Islam adalah agama yang benar," katanya.

Sunday

Berani betul budak nie

Aku merupakan antara jutaan oarang Malaysia yang mengikuti perkembangan kes seorang gadis berumur 19 tahun, Norlaili Afizah Omar @ Pijah yang dikatakan lari bersama kekasihnya Sarjo @ Abg Jo untuk berkahwin di Indonesia. Namun akhirnya, Pijah mengambil keputusan untuk kembali ke pangkuan keluarga selepas berita kehilangan Pijah dilaporkan didada-dada akhbar dan media elektronik.

Bagi aku, Pijah seorang gadis yang berani kerana mengambil keputusan untuk lari dan kahwin di Indonesia. Mungkin Pijah tidak membaca laporan akhbar dan media elektronik tentang kesensaraan yang ditanggung oleh gadis2 yang dibawa lari ke Indonesia.

Ataupun perasaan kasih, sayang, cinta yang mendalam Pijah terhadap Abg Jo, aku ambil kata2 dari Utusan Malaysia pandangan terhadap lelaki Indonesia:-

hadeja Rini, 26, dari Medan, berkata, layanan yang diberikan oleh lelaki Indonesia terhadap wanita mempunyai perbezaan dengan lelaki tempatan.

''Lelaki Indonesia melayan wanita dengan penuh pengertian, sopan dan pandai menjaga hati pasangannya.

''Namun itu tidak bermakna lelaki tempatan tidak bagus, cuma cara mereka menunjukkan kasih sayang mungkin berbeza berbanding lelaki Indonesia yang lebih terbuka," ujarnya.

Sementara itu, Fatkhurrahman, 36, dari Gombong, Jawa Timur pula berpendapat, sikap rajin dan tidak melepaskan peluang yang berada di depan mata merupakan antara tarikan yang ada pada lelaki Indonesia.

''Kami datang ke Malaysia untuk bekerja dan asalkan kerja itu halal, pasti kami sanggup lakukannya dan mungkin ini yang dinilai wanita tempatan sehingga nekad memilih lelaki Indonesia," katanya.

Tapi, jika benarlah laporan dalam akhbar, tidak ditokok tambah, aku rasa memang Abg Jo nie seorang yang caring and loving sebab dengan rela hati melepaskan Pijah untuk kembali ke pangkuan keluarga. Dia pun tahu, tanpa restu kelaurga, perkahwinan mungkin takkan bahagia.

Tapi, aku pelik juga, dalam berjuta-juta lelaki kat Malaysia nie, nak pilih gak lelaki Indonesia. Adakah lelaki M'sia nie x macam Abg Jo. Tengok cam Dato' K, loving and caring gak mcm Abg Jo.

Papepun, untuk Pijah, akhirnya dia telah kembali sedar dari angau cinta dengan membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan keluarga. Umur pun baru 19 tahun, masih muda lagi dan perjalanan untuk masa hadapan pun masih jauh. Pijah pun ada kata nak masuk rancangan Mentor, mesti ramai yg akan vote Pijah sebab dia dah popular sebelum masuk lagi.

Nota d kaki: Abg Jo dah balik Indonesia, abg Aizat still ada kat Malaysia


Saturday

Kematian

Sejak kebelakangan ini, hampir setiap hari aku mendengar berita mengenai kematian samada dalam kalangan saudara-mara kengkawan, berita atau diblog.

Al-Qur’an menegaskan bahwa seluruh manusia, bahkan seluruh makhluk hidup, akan mengalami kematian. Tidak seorang pun yang akan hidup kekal di dunia ini. Allah SWT berfirman,

“Semua yang ada di muka bumi ini akan fana.” (QS. Ar-Rahman: 36)
“Setiap yang bernyawa itu pasti akan mengalami kematian.”(QS. Ali ‘Imran: 185)
“Sesungguhnya engkau—wahai Rasul—akan mati. Dan sesungguhnya mereka pun akan mati.” (QS. Az-Zumar: 30)
“Dan kami tidak menjadikan orang-orang yang sebelum kamu itu hidup kekal. Apakah jika kamu mati mereka itu hidup kekal?” (QS. Al-Anbiya’: 34

Dari ayat-ayat ini kita dapat memastikan bahwa kematian merupakan hukum kehidupan umum dan mutlak bagi setiap makhluk hidup di dunia ini.

Melalui ayat-ayat Al-Quran yang aku petik nie, kita semua tahu yang hidup pasti akan menemui kematian, tidak kira bagaimana cara sekalipun. Bila malaikat menjemput, pasti tidak ada yang mampu menolak dan menangguhnya.

Kematian juga tidak mengira umur, darjat, pangkat, pasti kematian akan menjelma juga

Bila terfikir akan kematian, pasti ramai yang akan takut, tapi sudah bersediakah kita untuk menghadapinya? Cukupkah amalan kita didunia, sudahkah kita mula bertaubat? adakah kita sudah memaafkan dan dimaafkan?

Bila terngat tentang kematian, teringat juga aku pada lagu selimut putih..

Bila Izrail Datang Memanggil
Jasad Terbujur Di Pembaringan
Seluruh Tubuh Akan Menggigil
Terbujur Badan dan Kedinginan
Tak Ada Lagi Gunanya Harta
Kawan Karib Sanak Saudara
Jikalau Ada Amal Di Dunia
Itulah Hanya Pembela Diri
Janganlah Mahu Dikenang-kenang
Engkau Digelar Manusia Agung
Sedarlah Diri Tahu Diuntung
Sebelum Masa Lkerenda Diusung
Datang Masanya Insaflah Diri
Selimut Putih Pembalut Badan
Tinggal Semua Yang Dikasihi
Berbaktilah Hidup Sepanjang Zaman

Kematian sebenarnya berlaku setiap saat dan detik, cuma kita sahaja tidak mengetahuinya. Yang ditinggalkan hanya, amalan, doa anak yang solah dan sedekah jariah.

Salam takziah aku untuk Nadzirah diatas kematian pakciknya, ajeng - neneknya, rakyat negeri johor - almarhun Sultan Iskandar, Keluarga Timb. Ketua Polis Negara, Tan Sri Sedek Ali, Pensyarah UM, Dr. Anuar Nor Arai, Timb Editor Utusan Online, Faridah Hashim dan Jurufoto Utusan Nazudeen.

nota d kaki: semasa aku menulis entri nie, hujan turun dengan renyai2. Hujan rahmat

Friday

Jom Main Kawin-kawin

KANGAR: “Saya hairan dengan urusan perkahwinan ini kerana dari segi logik, nak beli kerbau sekalipun kita perlu bertemu pemiliknya...inikan pula orang.

“Saya dan keluarga langsung tak pernah bertemu bakal ‘menantu’ dan tak tahu menahu mengenai majlis akad nikah mereka,” kata bapa ‘pengantin perempuan’, Wan Ahmad Wan Harun, 58, (gambar) ketika ditemui petang semalam.


Katanya, adat Melayu ada peraturannya apabila keluarga pengantin lelaki perlu mengadakan majlis merisik, bertunang, menetap mas kahwin dan hantaran serta tarikh perkahwinan.


“Tapi semua itu tak berlaku kepada saya yang dikatakan bakal menerima ‘menantu’. Secara tiba-tiba, rombongan pengantin lelaki datang untuk bernikah.


“Saya terkejut dan hampir pengsan apabila rombongan pengantin lelaki tiba-tiba datang ke masjid dekat rumah untuk melangsungkan pernikahan (1 Januari lalu),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gial, dekat sini.


Seorang inspektor polis, Nurr Fahmy Abu Samah, 28, menanggung malu kerana mendakwa ditipu bakal isteri yang masih berstatus isteri orang menyebabkan majlis perkahwinan itu dibatalkan.

Dalam kejadian itu, rombongan pengantin lelaki terkejut apabila melihat `pengantin’ perempuan hanya berkain batik dan berbaju-T menyambut kedatangan mereka seorang diri di rumahnya di Kampung Gial.


Wan Ahmad yang juga seorang pesara kerajaan berkata, anak perempuan sulungnya daripada lima beradik itu, Wan Azura, 28, sudah berkahwin dan sepanjang pengetahuannya anaknya itu masih tinggal bersama suami di Kuala Lumpur.


“Macam mana dia hendak berkahwin kerana sudah bersuami. Mengapa keluarga pengantin lelaki tak siasat latar belakang bakal isteri dan tergesa-gesa hadir untuk berkahwin,” katanya.


Justeru, katanya, bagi mengelak kejadian tidak diingini, dia dan isteri, Aisyah Mat, 49, mengambil keputusan keluar dari rumah ketika rombongan pengantin tiba pada hari berkenaan.

nota d kaki: Nak kahwin kene ikut adat melayu