Tuesday

Coretan Sebelum Raya

Selepas seminggu gua bercuti, so pada hari ahad (5/10) gua kembali menyambung tugas sebagai student...
Dalam entri kali nie gua nak story sepanjang seminggu gua bercuti raya, kiranya ada la sedikit story yang gua nak kongsi. Gua sampai di kampung tiga hari sebelum raya, so sempat gak la gua membusykan diri untuk persiapan menyambut raya tahun nie.

Tiga Hari Sebelum Raya :-
Kira-kira kul 11 pagi gua g hantar kawan gua yang singgah kat umah gua ke stesen bas, 3 hari sebelum raya, bandar tanah merah dan bertukar jadi macam kuala lumpur, jalam jam kira-kira 1 kilometer untuk masuk ke bandar. Nasib baik gua naik motor, sempat gak la cilok2 skit. Gua x sangka orang tanah merah sebenarnya begitu ramai. Sampaikan padang bola pun dah bertukar jadi tempat parking kereta.

Dua Hari Sebelum Raya:-
Hari nie x de la sibuk sangat pun, tp hari nie gua rasa cam nak mengamuk satu negara. Masa gua g jumpa kawan kat umah dia, Gua terperasan yang tiket gua hilang. Tp dah kat umah orang, buat2 cool la, balik rumah nanti baru meletup skit. Cari punya cari punya cari, x jumpa jgak. Rasanya dah seluruh rumah gua cari. So gua buat conclusion, tiket tue jatuh masa gua ke pasar kelmarin. So terpaksa la gua beli tket yang baru. Mula2 gua ke kaunter tiket transnasional, pastu gua pergi ke kaunter tiket bas mutiara. Tp yang ada cuma tiket bas tambahan yang tak tahu asal usulnya, MN Agency. Sepanjang gua hidup kat bumi nie x pernah pun dengar nama syarikat tue. Papepun, kene beli jugak. Harganya RM50. Mahal giler... kalu beli beras, akan dapat dua guni, boleh makan untuk sebulan.

Sehari Sebelum Raya:-
Sehari sebelum raya, masanya untuk buat ketupat, tapai beras, dsb.Pagi-pagi lagi selepas solat subuh, gua dah kene bertugas, tugas gua mesin kelapa je untuk buat ketupat. Teringat gua kat iklan raya 2-3 tahun lepas pasal sorang mamat yang duk mesin kelapa dan pakai helmet tue. Bab bungkus ketupat memang gua hangin giler, rasanya tiap kali raya gua duk belajar cara nak bungkus ketupat, tapi tak jadi-jadi gak. Dah bermacam teknik diajar oleh sifu-sifu namun gua tetap x pandai gak. So gua hanya bungkus tapai beras je la. Lagipun memang gua suka makan tapai beras tue. Kiranya gua la sifu dalam membungkus tapai.
Petang tue, first time in the last day gua pergi ke bazar ramadan, mak gua bagi Rm50 untuk beli lauk pauk dan kuih-miuh untuk berbuka puasa. Biasa la kan, hari terakhir ramadan nie, memang sibuk kat dapur, tp dapur tak berasap, yang berasap cuma oven la... tue pun kalu biskut atau kek hangit. Duit yang mak gua bagi tue, memang x cukup kalu gua yang membeli, tengok je apa yang berkenan gua beli, so untuk petang tue je gua abiskan kira2 RM60 untuk beli lauk dan kuih. Memang gua boros kalu bab makanan nie.

nota d kaki: Memang seronok untuk sambut hari raya

No comments: