Tuesday

Balik Ke Kampus

Gua balik ke kampus USM hari ahad (5/10) sebab hari isnin kuliah dah start. Lagipun memnag dah jadi trend gua, kalu nak balik ke Penang ari ahad malam, sampai pagi and then terus pegi kelas kul 10 pagi. Menurut tiket yang gua beli, bas akan bertolak kul 10 mlm, so dalam kul 9.30 mlm, adik gua hantar gua ke stesen bas dekat Salem Aziz Textile TM. So gua pun berkira-kira la, mayb dalam pukul 4.00 pagi gua akan sampai ke Penang. Masa gua kat stesen bas tue, gua ada gak la terserempak dengan 2-3 orang kawan lama masa skul dulu. Pape pun gua nak mintak maaf la sebab gua dah lupa nama korang, sape suruh nama korang tue berbelit panjang sangat.

9.45 mlm :- Gua sampai di stesen bas, sebelum tue gua singgah kejap kat umah nenek gua, sempat gak la salam berlapik RM50.

10.00 mlm :- Bas yang gua tunggu tak datang lagi, so gua pun g tanya kat budak kaunter tiket, mana la tau kot-kot bas tue dah ada ke kat belakang. Sebab memang banyak bas ekspres dan bas tambahan malam tue. Tp budak tue jawab, bas ada tapi lambat sikit. So gua tak kisah la kalu lambat dalam 30 minit ke...

10.30 mlm :- Bas tak sampai-sampai lagi, yang ada kebanyakkan bas yang bertolak untuk ke KL je

11.00 mlm :- Bas ekspres Mutiara, E-Budaya dan Shamisha dah sampai dan nak bertolak pun, tp enjin bas tambahan yang nak naik tak bunyi pun lagi. Tiba-tiba, orang kat kaunter buat pengumuman, bas untuk ke Melaka ditunda pukul 10 pagi esk, padahal menurut pak cik yang duk sebelah gua tue kata, bas tue sepatutnya bertolak kul 8.30 mlm td. Gua tak tau la jenis janji apa nie, Janji Melayu atau Janji Rock. So apa lagi, tak pasal2 pak cik kaunter tue kene maki hamun.

12.00 mlm :- Gua still setia tunggu bas tambahan tue, sebuah bas tambahan untuk ke Penang dah sampai, tapi bas sekolah je. Kawan2 gua semua naik bas tue, gua je yang naik bas lain, sepatutnya gua naik bas skali ngan diaorg gak, tp tiket gua hilang. Tiba-tiba hujan plak yang turun. Kalu tidur kat rumah pun sedap. Gua dah tekad, kalu bas tak sampai gak kul 1.00 pg, gua nak ambk balik duit tiket dan pegi Penang minggu depan.

1.00 pagi :- Bas yang ditunggu-tunggu kira-kira 3 jam akhirnya muncul. Masa gua tanya kat budak kaunter tue, dia kata bas persiaran, tp yang sampai bas sekolah. Bas sekolah pun, bas sekolah la, yang penting gua sampai ke Penang. Lagipun gua tengok bas sekolah tue cam ok je.

8.00 pagi:- Akhirnya gua sampai kat Penang.

No comments: