Monday

Sukses...

Walaupun semalam gua agak sangsi dengan perbentangan yang akan gua lakukan pada hari ini sebab kurang kerjasama antara ahli kumpulan yang lain, akhirnya gua berjaya melaksanakan tugas perbentangan dengan baik. Kumpulan gua kumpulan yang last skali kene bentang, so tak ramai la student2 yang ada dalam dewan kuliah. Takde la nanti gua rasa gementar, gemuruh dsb. Sebab tak cukup masa, akhirnya gua just summaries perbentangan tue. Tak sampai 10 minti siap bentang.

Kumpulan gua terpaksa bentang hasil perbincangan, artikel yang diterbitkan melalui blog bwcs.wordpress.com dimana kumpulan kami terpaksa, memang kena paksa buat pun, buat artikel2 berkaitan dengan teknomogi dan pekerjaan. Kalau tengok daripada tajuk yang kitaorg dapat tue, agak meluas gak perbincangan yang boleh dilakukan, tp masalahnya otak yang agak sempit, so kitaorg buat artikel berdasar kepada pemahanan sendiri tanpa merujuk kepada persoalan yang dikehendaki, so tiap kali tutorial, kumpulan gua mesti kena hentam skit2 dengan Mr Tutor, Eng Kiat.

Papepun gua rasa bangga kerana gua rasa komunikasi gua semakin bagus, tak macam dulu, agak2 gementar, malas dsb.

Nota d kaki: Tak sabar nak bentang untuk assignment sem depan plak

No comments: