Thursday

Sahabat...

SAHABAT
AIZAT
Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup
Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi
Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Chorus:

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

Erm, tak tau plak nape gua tiba2 nak tulis pasal sahabat, kawan, rakan, dll yang bermaksud seseorang yang boleh dikira amat bermakna dalam hidup selepas keluarga. Sepanjang kehidupan pasti ada memori indah yang kita semua tak boleh lupa bila bersama-sama mereka nie. Bila jumpa kembali selepas lama tak bersua muka pasti ada cerita2 lama yang kembali diungkaikan kembali yang pasti akan mengundang gelak ketawa.

Bila teringat kembali kisah2 lalu,mesti gua rasa nak jumpa kembali sahabat2 gua yang lama tak jumpa nie Kali terakhir jumpa sebelum raya lepas, berbuka puasa ramai2, tapi ada yang tak dapat datang sebab dibuat saat2 akhir, pape pun gua amat berterima kasih kepada yang arrange majlis berbuka puasa tue.

Paling gua tak bleh lupa, masa lepas exam STPM. Kitaorang buat program ala2 family day gitu. So dapat la kumpulkan dalam 20 orang geng2 tingkatan 6 atas untuk buat camping kat pantai. Buat games, bakar ayam, mandi laut dan lain2. Walaupun buat cuma 2 hari 1 malam, sekurang-kurangnya dapat la dijadikan satu kenangan terindah buat kitaorang. Rasanya kalu nak buat sekarang, mungkin masing2 sudah ada komitmen lain, so ini mungkin menjadi yang pertama dan terakhir untuk kitaorang berkumpul ramai2 dengan kata lain mengeratkan silaturrahim.


Lepas exam jugak, pergi main boling. Pergi ramai2 memenuhkan pusat boling. Kira takde orang lain kat situ kecuali geng2 kita. So masing2 mesti nak tunjukkan kebolehan masing2 untuk dapat strike games. Sampaikan sanggup perhabiskan duit semata-mata kerana dapat hobi baru. Sanggup datang dari Tanah Merah ke Kota Bharu untuk naik boling. Sama2 kongsi untuk duit minyak dsb. Bila diingatkan kembali, rasa nak gelak je.

Kalau nak dikira pengalaman dengan kengkwan2 nie memang banyak dan sukar untuk diuraikan. Tapi gua gembira kerana walaupun dalam kalangan kita nie ramai yang otak gila2 masa skul dulu, dicop oleh ramai guru dll, tapi kita telah buktikan kepada mereka bahawa kita berjaya menjadi pelajar terbaik dan berjaya menjejak kaki ke universiti.

Terasa singkat masa ini, sudah lebih dua tahun tak jumpa, tapi ada yang masih contact dan jumpa bila cuti. Mungkin kita boleh berkumpul semual buat satu reunion, mengimbau kembali detik2 persahabatan lampau, bertanya khabar dsb.
Memang, bila terdengar lagu SAHABAT nie, timbul perasaan ingin berjumpa semula dengan sahabat2 lama. SAHABAT, INGATLAH, KAU SELALU JADI YANG TERBAIK...
WALAU KAU TAK DISINI LAGI...
Nota d kaki: Aizat AF5 dengan Aizat_Ejz adalah insan yang berbeza.

No comments: