Wednesday

Kampung dan Motivasi

Dah lama gua tak update blog nie, al maklum la balik kampung kejap untuk menenangkan fikiran dan hati yang kusut2 nie. Bila dah balik kampung, hilang segala masalah yang ada, memang tak ingat pape pun masalah, kerja2 yang bertimbun, exam dsb. Selepas mengharungi minggu pembelajaran selama 14 minggu, exam akan menanti dihadapan plak. So persediaan perlu gua lakukan sebaik mungkin untuk cover CGPA gua yang sememangnya tak brape membanggakan, cukup2 makan je.
Balik kampung memang takde istilah rehat pun, tak melekat kat rumah langsung. Masa gua balik kampung hari yang lepas, gia telah diajak oleh ayah dan umi gua untuk melawat moyang saudara gua yang sakit. Gua pun tak sangka yang gua ada ramai saudara mara sebelah ayah gua. Dia pun tak pernah nak cerita atau bawa gua adik beradik kesana, so manalah gua kenal. Gua keluar rumah dalam pukul 9 pg untuk kesana, nak kata jauh rumah moyang saudara tue, takde la jauh sangat, cuma dalam 30 minit je dari umah gua. Masa duk berbual dengan anak moyang saudara tue, ayah gua cakap dah lebih 30 tahun dia tak datang kesana. Fuhh, lama giler kalau camtu tak jumpa, tapi moyang saudara gua tu still kenal ayah gua. Umurnya dah menjangkau 84 tahun tapi ingatan orang tua masih jelas walaupun sakit. Lepas meluang masa hampir 45 minit kat rumahnya, gua pergi plak umah saudara-mara yang lain, semuanya 5 buah rumah yang gua singgah, tapi semuanya gua tak kenal. Dari gua lahir hingga umurnya 21 tahun nie, tak pernah skali pun gua pergi rumah2 mereka. Mungkin hari tersebut perlu menjadi satu titik permulaan untuk mengerat silaturrahim dengan saudara-mara yang jauh.
Semasa dikampung juga, gua dapat motivasi diri daripada mak saudara gua, Che Sue nie. Almaklum la, pelajar PhD di USM Kubang Kerian. Bila dia dah berjaya pergi jauh dalam kehidupannya, dia juga berharap agar anak2 saudaranya mengikut jejaknya untuk menjadi seorang sarjana. Che Sue kata, semasa belajar di UPM, result exam dia macam result gua gak semasa semester2 awal, tapi dia cuba untuk merangkak sedikit2 sehingga result akhir mendapat CGPA 3.00 lebih2. Kemudian ambik master dan kini PhD. Satu perjalanan yang penuh onak duri, pahit maung untuk berjaya dalam pelajaran ini. So gua akan cuba untuk menyahut cabaran ini, supaya gua juga akan berjaya sehingga ke peringkat yang tertinggi bermula daripada semester ini. Persaing untuk mendapatkan peluang pekerjaan sekarang semakin sukar, terutama sekali jika mendapat CGPA yang sekadar cukup2 makan je. Yang mendapat ijazah pun hampir 85000 graduan menganggur, so sekarang dengan master sahaja yang menjamin peluang pekerjaan yang cerah, tapi jika mendapat PhD, bukan sahaja cerah, tapi terang benderang untuk mendapat peluang pekerjaan. Tapi, gua duk pikir2, adakah gua akan berjaya menandingi Che Sue sehingga bergelar seorang sarjana dengan title Dr Aizat??? Semoga Allah memakbulkan impianku ini.
Nota d kaki: Exam dah dekat, masa untuk study sebaik mungkin.

1 comment:

Anonymous said...

exam dah dekat?
good luck... :)